15 November, 2011

A Love Letter From Heaven



-Krystal f(x) as Soo Jung-


Soo Jung berjalan cepat menuju ke  sebuah wad dengan tangannya yang sedang memegang sebuah beg kertas berwarna merah jambu.Soo Jung berhenti seketika sebaik sahaja dia sudah tiba di hadapan pintu bilik yang tertera nama Jo Tae Gyu itu.Soo Jung menarik nafas panjang kemudian dihembusnya perlahan-lahan.Soo Jung kemudiannya menolak pintu bilik itu.
"Tae Gyu oppa!"Soo Jung memaniskan wajahnya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.Lelaki yang bernama Tae Gyu itu menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,lelaki itu mengukir senyuman manis ke arah Soo Jung walaupun wajahnya jelas kelihatan sedang menahan kesakitan yang teramat itu.Soo Jung kemudiannya berjalan ke arah Tae Gyu sebelum meletakkan beg kertas yang dibawanya bersama itu di atas meja.
"Oppa sihat hari ni?"Soal Soo Jung sambil melabuhkan punggung di atas kerusi,bersebelahan dengan katil Tae Gyu itu.Tae Gyu tertawa kecil sebaik sahaja mendengar soalan Soo Jung itu.
"Kenapa oppa gelak pula ni?"Soal Soo Jung.
"Sihat apanya kalau oppa dah terang-terang duduk kat hospital ni.Oppa dah tak boleh pakai dah perkataan sihat-sihat ni,"kata Tae Gyu.
"Apalah oppa ni.Soo Jung tengah tolong nak doakan oppa cepat sihat,oppa tak nak pula.Sekurang-kurangnya,oppa jawablah yang oppa sihat.Kalau nanti oppa jadi betul-betul sihat macam mana?"Balas Soo Jung.Tae Gyu angguk perlahan sambil tersenyum.
"Okay.Oppa sihat.Puas hati?"Soal Tae Gyu.Soo Jung tersenyum lebar.
"Macam tulah.Hah,terlupa pula."Soo Jung kemudiannya mengambil beg kertas yang diletaknya di atas meja itu lalu diserahkan kepada Tae Gyu.
"Hari tu,oppa cakap oppa teringin nak baca siri komik Orion High School yang baru kan?Jadi,hari tu,kebetulan Soo Jung nampak komik-komik ni dekat kedai buku yang selalu kita pergi tu.Soo Jung pun belilah untuk oppa,"kata Soo Jung,bersemangat.Cepat-cepat Tae Gyu melihat isi yang ada di dalam beg kertas itu.Bibirnya tersenyum lebar sebaik sahaja melihat buku-buku komik yang diingininya itu sudah ada di hadapan matanya.Soo Jung turut gembira apabila melihat Tae Gyu yang kelihatan gembira dengan pemberiannya itu.
"Oppa tak tahu nak cakap apa lagi,Soo Jung.Tapi...terima kasih..."Ucap Tae Gyu.Soo Jung sekadar tersenyum.Soo Jung kemudiannya memerhati keadaan Tae Gyu yang kelihatan semakin susut itu.Rambutnya juga sudah semakin menipis.Wajahnya juga kelihatan pucat.Tae Gyu tidak lagi kelihatan seperti dahulu.Yang kekal,hanyalah senyuman manisnya yang amat menyenangkan hati bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.Soo Jung terus memerhati wajah Tae Gyu yang sedang kusyuk membaca komik yang baru diberinya itu.Wajah itulah yang sering menemani tidur malamnya itu.Wajah itulah yang ingin dilihatnya setiap detik waktu.Ya,Soo Jung amat menyanyangi Tae Gyu,namun dia tidak berani untuk meluahkannya.Bukan kerana takut cintanya ditolak oleh Tae Gyu,tetapi...

"Aku dah agak dah yang kau ada kat sini."Tae Gyu dan Soo Jung menoleh serentak ke arah suara yang tiba-tiba memecah kesunyian bilik itu.Tae Gyu mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.
"Oh,Min Woo.Lambatnya kau datang hari ni,"kata Tae Gyu.Soo Jung sekadar memandang ke arah Min Woo yang sedang melangkah ke arah mereka itu.
"Hyung okey?"Soal Min Woo,sambil mengambil tempat di sebelah Soo Jung.
"Hyung jadi lebih okey lepas Soo Jung hadiahkan Hyung komik Orion High School yang baru ni.Mesti kau pun tak baca lagi kan?"Soal Tae Gyu sambil menunjukkan komik barunya itu kepada Min Woo.
"Wah,ni yang latest ni.Sampai hati kau beli senyap-senyap untuk hyung sorang je,Soo Jung.Macam nilah kawan,"kata Min Woo,kecewa.Soo Jung mencebik.
"Kau kan banyak duit.Belilah sendiri,"balas Soo Jung,selamba.
"Amboi,mulut bukan main manis lagi ekh."Min Woo mencubit pipi Soo Jung dengan kuat.Soo Jung mengaduh kesakitan.Tae Gyu pula tertawa melihat ragam dua sahabat karibnya yang sudah hampir 10 tahun berkawan itu.Antara mereka bertiga,Tae Gyulah yang paling tua dan matang.Antara mereka bertiga,Min Woolah yang paling kasar dan nakal.Antara mereka bertiga,Soo Junglah yang paling muda dan bijak menceriakan suasana.
"Min Woo ah."Min Woo menoleh ke arah Tae Gyu sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh lelaki itu.Soo Jung turut memandang ke arah Tae Gyu.
"Hyung ada benda nak minat tolong dengan kau,"kata Tae Gyu.Min Woo sekadar menanti Tae Gyu untuk terus berkata-kata.
"Hyung dengar...ada taman hiburan yang baru dekat dengan kawasan perumahan kita tu.Hyung teringin sangat nak pergi,tapi hyung tahu...hospital mesti tak bagi hyung keluar dari wad ni."
"Kalau hyung nak,aku boleh minta pelepasan kat doktor untuk sehari,"kata Min Woo,mencelah.Tae Gyu menggeleng.
"Tak perlu.Lagipun hyung tahu yang hyung...bukan lagi macam dulu.Hyung dah tak larat."Perlahan-lahan,Tae Gyu menyusun kata-katanya."Kalau kau pergikan untuk hyung,boleh?"Soal Tae Gyu.
"Takkan aku kena pergi sorang-sorang kot?"Soal Min Woo,sedikit terkejut dengan permintaan Tae Gyu itu.
"Kau pergilah dengan Soo Jung."Tae Gyu menoleh ke arah Soo Jung pula.Min Woo turut menoleh ke arah yang sama.
"Soo Jung ikut sekali?"Soal Soo Jung.Soo Jung memandang ke arah Min Woo.Tae Gyu pula sudah tersenyum lebar.


-WooHyun INFINITE as Min Woo-


"Kita nak main apa ni?"Soal Min Woo,sambil melihat ke arah orang ramai yang sedang seronok bermain di taman hiburan itu.Soo Jung yang sedang berdiri di sebelahnya itu mendiamkan diri.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia mencuba semua permainan yang ada di situ.Namun,dia hanya berani melakukan demikian sekiranya Tae Gyu yang sedang berada di sebelahnya ketika ini.Malangnya,Min Woo yang sedang berdiri di sebelahnya itu.
"Agak-agak apa yang Tae Gyu oppa suka main kalau dia ada kat sini?"Soal Soo Jung.Min Woo berfikir sejenak.Entahlah,dia sendiri tidak pasti.Selama ini,dia tidak pernah pun teringin untuk bermain di taman hiburan sebegini.Tidak mencabar katanya.
"Takkan kau tak tahu?"Soal Min Woo pula.
"Entahlah.Tapi dulu,aku pernah naik ferris wheel dengan Tae Gyu oppa.Tu jelah,"kata Soo Jung.Min Woo tertawa.
"Gila romantik korang berdua ni.Apa yang korang berdua buat kat dalam tu hah?"Soal Min Woo,sengaja mengusik.Merah muka Soo Jung sebaik mendengar usikan Min Woo itu.Min Woo pula tersenyum nakal.
"Dahlah.Jomlah kita masuk.Kita main je apa yang ada kat sini.Jangan lupa tangkap gambar macam yang Tae Gyu oppa pesan pula,"kata Soo Jung,segera berjalan ke hadapan meninggalkan Min Woo yang masih lagi ketawa besar di belakang.


Soo Jung dan Min Woo akhirnya memilih untuk menaiki ferris wheel sebelum mereka bergerak pulang ke rumah.Masing-masing membisu.Soo Jung pula lebih selesa melontarkan pandangannya ke luar,langsung tidak menoleh ke arah Min Woo yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Min Woo pula asyik memerhati ke arah Soo Jung tanpa Soo Jung sedari.Lama dia menatap wajah Soo Jung yang sudah lama memikat hatinya dalam diam itu.Sudah begitu lama dia memendam perasaannya terhadap Soo Jung,namun enggan diluahkan.Bukan takut cintanya itu ditolak,tetapi,Min Woo lebih banyak memikirkan mengenai Tae Gyu yang mungkin menyimpan perasaan yang sama terhadap Soo Jung.Silap langkah,persahabatan yang sudah berusia 10 tahun itu mungkin akan musnah begitu sahaja.Itu yang paling Min Woo bimbangkan.
Min Woo terkejut apabila melihat butir-butir jernih mengalir pada pipi gebu Soo Jung itu.
"Soo Jung ah..."Cepat-cepat Soo Jung mengesat air matanya sebaik sahaja ditegur oleh Min Woo.Soo Jung menoleh ke arah Min Woo sambil tersenyum.Min Woo pula memandang ke arah Soo Jung tanpa sebarang kata.Soo Jung menjadi pelik dengan pandangan Min Woo itu.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"Soal Soo Jung,pura-pura berlagak biasa.Dia mulai berasa tidak selesa dengan pandangan Min Woo itu.
"Kau mesti fikirkan pasal Hyung,kan?"Soal Min Woo.Soo Jung membetulkan rambutnya sambil tersenyum nipis.
"Aku...cuma risaukan keadaan Tae Gyu oppa.Aku tengok...keadaan oppa makin teruk.Dia dah tak macam dulu,"kata Soo Jung,perlahan.Min Woo sekadar mendengar.Air mata Soo Jung kemudiannya mengalir lagi.Ternyata dia tidak dapat menahan sebaknya lagi.Keadaan Tae Gyu yang semakin kronik itu membuatkan dirinya tidak kuat untuk menghadapinya lagi.Soo Jung terlalu bimbangkan Tae Gyu.
"Kenapa mesti oppa yang terpaksa hadapi penyakit tu?Oppa terlalu baik untuk terima semua ni.Apa kesalahan yang dia dah buat sampai dia dihukum macam ni?"Soalnya,sebak.Soo Jung mengesat air matanya yang kian laju mengalir itu.
"Miane.Aku tahu...aku tak patut cakap macam tu..tapi...aku betul-betul tak kuat untuk terima kenyataan ni."
"Kalau aku ada kuasa...aku sanggup bertukar tempat dengan Hyung."Soo Jung memandang ke arah Min Woo sebaik sahaja lelaki itu menghabiskan kata-katanya.Kelihatan Min Woo sedang memandang ke luar.Lelaki itu kemudiannya menoleh semula ke arah Soo Jung.
"Aku sanggup untuk menggantikan tempat Hyung untuk terima kesakitan tu.Sebab...kalau aku dapat bertukar tempat dengan Hyung..."Min Woo berhenti seketika.Wajah Soo Jung itu ditatapnya dengan pandangan yang tidak dapat Soo Jung fahami.
"Aku tak perlu tengok kau sedih macam ni.Aku tak perlu tengok kau menangis sebab terlalu bimbangkan Tae Gyu Hyung lagi.Sebaliknya,aku dapat tengok kau tersenyum...ketawa...sebab kau dapat bersama dengan Hyung."Min Woo kemudiannya tersenyum nipis ke arah Soo Jung.Min Woo kemudiannya mengambil tempat di sisi Soo Jung.Tangan Soo Jung itu dicapainya sebelum digenggamnya erat.
"Segala apa yang terjadi kepada Hyung...semua tu bukan hukuman.Tetapi ujian...untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kekuatan kita untuk terima dugaan itu.Kita berdua kenal siapa Hyung.Kita tahu...Hyung kuat untuk menghadapi semua ni.Kita mungkin tak sekuat Hyung,sebab tu kita tak dapat apa yang Hyung dapat sekarang ni."Min Woo kemudiannya mengusap lembut rambut Soo Jung yang panjang sehingga ke paras bahu itu.
"Hyung mesti tak suka kalau tengok kau menangis macam ni,"kata Min Woo.Soo Jung sekadar membisu.
"Kita kena kuat untuk Hyung.Kita kena tolong Hyung untuk terus bertahan.Kita tak boleh lemah macam ni,okey?"Kata Min Woo.Perlahan-lahan,Soo Jung angguk.Kata-kata Min Woo itu ada benarnya.Min Woo tersenyum sebelum menarik Soo Jung ke dalam pelukannya.Soo Jung tergamam dengan tindakan Min Woo itu.
"Aku harap...kau tak tunjuk kelemahan kau di depan Hyung.Kalau kau perlukan bahu untuk bersandar dan menangis...Aku ada untuk kau."




-Geonil SUPERNOVA as Tae Gyu-


Tae Gyu menoleh ke arah pintu biliknya apabila terasa seperti ada orang yang sedang menolak pintu biliknya itu.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman manis apabila melihat Soo Jung dan Min Woo sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.Soo Jung turut tersenyum ke arah Tae Gyu yang memakai sarung kepala itu.Pasti lelaki itu mahu menyembunyikan rambutnya yang semakin menipis dari hari ke hari itu.Semuanya kerana rawatan kemoterapi yang dijalani oleh lelaki itu.
"Macam mana dengan date korang?Mesti gempak kan?"Usik Tae Gyu.Soo Jung sekadar tersenyum.Min Woo pula membisu seribu bahasa.Soo Jung kemudiannya menyerahkan sebuah buku album kecil kepada Tae Gyu.
"Ni gambar yang oppa pesan untuk kami tangkap tu.Harap oppa suka,"kata Soo Jung.Album itu pun bertukar tangan.Tae Gyu tersenyum lebar apabila melihat gambar-gambar Soo Jung dan Min Woo semasa mereka berada di taman hiburan itu.
"Seronoknya.Oppa tengok gambar-gambar ni pun,oppa rasa seronok sangat.Macam oppa pula yang ada kat situ,"kata Tae Gyu.Soo Jung tersenyum nipis.
"Kalau oppa nak pergi,Soo Jung dengan Min Woo boleh temankan,"kata Soo Jung,berlagak ceria.Tae Gyu tersenyum.
"Tapi kena tunggu oppa sihatlah.Nanti kalau tiba-tiba oppa pengsan tengah-tengah jalan,siapa yang nak angkat oppa?"Tae Gyu bergurau.Soo Jung membetulkan sarung kepala yang dipakai oleh Tae Gyu sambil tersenyum.
"Soo Jung dengan Min Woo selalu doakan yang oppa akan cepat-cepat sihat.Lepas tu,kita boleh berseronok macam dulu.Betul tak,Min Woo?"Soal Soo Jung,sambil menoleh ke arah Min Woo yang sedang duduk di atas sofa itu.Min Woo sekadar tersenyum.
"Kalau oppa dah tak ada pun,kamu berdua masih boleh berseronok,kan?"Kata-kata Tae Gyu itu ternyata mengejutkan Soo Jung dan Min Woo yang mendengarnya.
"Apa Hyung mengarut ni?"Ternyata Min Woo tidak senang dengan kata-kata Tae Gyu itu.Tae Gyu terdiam."Kami berdua tak pernah lupa untuk doakan Hyung untuk cepat sihat dan keluar dari hospital ni.Hyung pula senang-senang cakap macam tu,"kata Min Woo,marah.Min Woo kemudiannya bangun dari tempat duduknya lalu segera beredar dari situ.
"Oppa,oppa janganlah terasa dengan kata-kata Min Woo tu.Mood dia tengah tak baik sikit hari ni,"kata Soo Jung.Tae Gyu sekadar menggeleng perlahan sambil tersenyum.
"Apa yang dia cakap tu betul.Tak ada yang salah.Oppa memang tak patut mudah putus asa.Oppa yang salah dalam hal ni,"kata Tae Gyu,tenang.Soo Jung sekadar mendengar.
"Min Woo tu...dari dulu sampai sekarang...langsung tak berubah."Soo Jung memandang ke arah Tae Gyu.
"Walaupun dia lagi muda dari oppa,tapi...lagak dia langsung tak macam umur dia.Silap hari bulan,orang lain mesti fikir yang oppa ni sebenarnya adik dia,"kata Tae Gyu,sambil tertawa kecil.
"Sebelum Soo Jung berpindah ke sini,Min Woolah satu-satunya kawan oppa yang sanggup berkawan dengan oppa yang selalu sakit-sakit dulu.Oppa ingat lagi,dia sanggup tak pergi bermain bola dengan orang lain semata-mata nak bermain dengan oppa yang tak berapa sihat masa tu."Kelihatan Tae Gyu tersenyum manis apabila mengenangkan kenangannya bersama dengan Min Woo itu.
"Oppa tak akan lupa jasa baik Min Woo,Soo Jung.Walaupun dia nampak kasar dan dingin di luar,tapi hatinya lembut.Selama oppa hidup,oppa tak pernah jumpa orang sebaik dia,Soo Jung,"kata Tae Gyu.Tae Gyu kemudiannya mencapai tangan Soo Jung.
"Soo Jung kena janji dengan oppa...yang Soo Jung akan jaga Min Woo dengan baik.Bolehkan Soo Jung buat semua ni untuk oppa?"Soal Tae Gyu.
"Apa oppa cakap ni?Mestilah Soo Jung boleh tengokkan Min Woo.Diakan kawan baik Soo Jung juga."Balas Soo Jung."Oppa...tak maksudkan yang bukan-bukan,kan?"Soo Jung bimbang sekiranya ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Tae Gyu itu.Tae Gyu sekadar tersenyum nipis.
"Oppa mungkin tak dapat nak balas apa yang Min Woo dah buat untuk oppa.Tapi,oppa harap Soo Jung boleh lakukannya untuk oppa,"kata Tae Gyu.Air mata Soo Jung mengalir.Tae Gyu menyeka air mata Soo Jung dengan lembut.
"Oppa...Soo Jung tak boleh buat semua tu kalau oppa tak janji dengan kami yang oppa akan keluar dari bilik ni dengan sihat.Oppa kena janji dengan oppa yang akan sihat,"kata Soo Jung,sebak.Tae Gyu kemudiannya memeluk erat Soo Jung.Soo Jung pula menghamburkan kesedihannya dalam pelukan Tae Gyu,seakan-akan sudah memahami maksud sebenar yang tersembunyi dalam kata-kata lelaki itu.
Min Woo yang sedang bersandar di luar bilik itu turut mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Segala butir perbualan Tae Gyu dan Soo Jung itu sudah didengarinya.Semuanya.


Dari hari ke hari,keadaan Tae Gyu semakin kronik.Tae Gyu kerap kali batuk sehingga menyukarkannya untuk bercakap.Namun,dia masih mampu tersenyum apabila bersama dengan Soo Jung dan Min Woo yang tidak jemu-jemu melawatnya walau sesibuk mana pun mereka ketika itu.
"Min Woo ah..."Dengan lenah,Tae Gyu memanggil Min Woo yang sedang berdiri di hujung katilnya itu.
"Ada apa,Hyung?"Soal Min Woo.Tae Gyu terbatuk-batuk seketika.
"Hyung nak jalan-jalan kat bawah.Boleh temankan Hyung?"Soal Tae Gyu,lemah.Min Woo menoleh ke arah Soo Jung yang sedang duduk bersebelahan dengan Tae Gyu itu.Kelihatan Soo Jung tersenyum ke arahnya sambil angguk.
"Okey."


Soo Jung menolak perlahan kerusi roda yang dinaiki oleh Tae Gyu itu sementara Min Woo berjalan di belakang mereka.
"Kita pergi kat sanalah,"kata Tae Gyu sambil menunjukkan tangannya ke suatu arah.Soo Jung akur pada permintaan Tae Gyu itu.Tae Gyu menarik nafas panjang sebaik sahaja tiba di tempat yang dimaksudkannya itu.Pemandangan tasik yang dilihatnya itu betul-betul mendamaikan jiwanya.Min Woo dan Soo Jung turut menikmati pemandangan itu.
"Oppa,Soo Jung nak pergi dekat dengan tasik tu,boleh?"Soal Soo Jung.
"Pergilah,tapi hati-hati."Pesan Tae Gyu,sambil tersenyum.Soo Jung segera berjalan ke arah tasik itu.
"Aku ikut dia.Nanti kalau jatuh susah pula,"kata Min Woo,sebelum mengikuti langkah Soo Jung dari belakang.Tae Gyu sekadar tersenyum sebaik sahaja ragam dua sahabatnya itu.Selalu sahaja bergaduh tidak kira waktu dan tempat.Asyik sekali Tae Gyu memerhati ke arah dua sahabatnya itu.Perlahan-lahan,dia mengeluarkan kameranya dari dalam beg kecilnya itu.


Klik!


Tae Gyu tersenyum sebaik sahaja melihat gambar yang baru sahaja ditangkapnya itu.Tae Gyu kemudiannya menyimpan gambar itu di dalam beg kecilnya itu.
"Min Woo ah!Soo Jung ah!"Kedua-dua Soo Jung dan Min Woo itu menoleh ke arah Tae Gyu sebaik sahaja terdengar nama mereka dipanggil.
"Ada apa,oppa?'Soal Soo Jung sebaik sahaja tiba di hadapan Tae Gyu itu.
"Jom kita tangkap gambar sama-sama?"Soal Tae Gyu.
"Boleh boleh!Min Woo,kau tangkap gambar aku dengan oppa dulu la ye?"Kata Soo Jung,selamba.Mata Min Woo terbuntang luas.
"Yah,kau ingat aku kuli ke?"Balas Min Woo.Tae Gyu pula tertawa kecil.
"Kita tangkap gambar sama-sama lah.Apa susah..."Begitu mudah Tae Gyu mencari jalan penyelesaian.Min Woo kemudiannya mengambil kamera dari tangan Tae Gyu.Soo Jung pula sudah mendekatkan jaraknya dengan Tae Gyu.Min Woo mengangkat kamera itu menghadap ke arah mereka.


"1,2,3,Kimchi!"


Tanpa Soo Jung dan Min Woo sedari,itulah kali terakhir mereka bertiga mengabadikan kenangan mereka ke  dalam sekeping gambar yang akan menjadi bukti ikatan persahabatan mereka yang tulus dan ikhlas itu.




Sebulan berlalu...


Soo Jung melangkah keluar dari tanah perkuburan dengan langkah perlahan.Min Woo pula sudah lama berdiri di hadapan kawasan perkuburan itu.Min Woo memandang sepi kawasan perkuburan yang menempatkan Tae Gyu itu.Soo Jung berjalan mendekati ke arahnya.
"Jom,Min Woo.Kita balik?"Soo Jung mengajak Min Woo pulang.Tangan Min Woo dicapainya.Namun,Min Woo melepaskan tangannya perlahan-lahan.Soo Jung terkejut dengan tindakan Min Woo itu.
"Aku nak pergi,"kata Min Woo.
"Kau nak pergi mana?"Soal Soo Jung.
"Aku nak pergi dari sini."Soo Jung terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Min Woo itu.
"Apa kau cakap ni?Kau nak pergi mana?"Soal Soo Jung.Min Woo memandang ke arah Soo Jung.
"Aku tak boleh duduk kat sini."
"Kenapa ni,Min Woo?Apa yang dah berlaku ni?Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni?"Soal Soo Jung.Lama Min Woo merenung ke arah Soo Jung.
"Aku tak nak kau halang aku,Soo Jung.Aku tetap akan pergi dari sini,"kata Min Woo,nekad.
"Kau nak tinggalkan aku?"Soal Soo Jung.
"Kenapa?Perlu ke aku berada di sisi kau sampai bila-bila?Tak boleh ke ada sedikit ruang untuk aku bersendirian?"Soal Min Woo pula.
"Tapi kenapa mesti kau pergi dari sini?Kau masih boleh bersendirian di sini kalau itu yang kau nak.Dan aku akan bagi ruang tu selama mana pun yang kau nak,"kata Soo Jung,berusaha menghalang Min Woo daripada meneruskan niatnya itu.
"Macam mana aku nak tinggal kat sini kalau semuanya mengingatkan aku pada Hyung?!"Soal Min Woo.Soo Jung terdiam.Min Woo meraup wajahnya.Soo Jung pula menundukkan wajahnya.Menyembunyikan air matanya yang mulai mengalir itu.
"Kau tak fikir apa yang aku rasa pula?'Soal Soo Jung.Min Woo tidak segera menjawab.
"Aku pun rasa apa yang kau rasa,Min Woo.Kesakitan yang aku rasa ni sama macam apa yang kau rasa.Sama!Aku pun sedih bila Tae Gyu oppa tinggalkan kita berdua.Aku faham keadaan kau,Min Woo.Tapi,takkan kau sanggup tinggalkan tempat ni...tinggalkan aku...untuk lupakan semua kenangan kita bertiga selama ni?"Soo Jung mencapai tangan Min Woo lalu digenggamnya erat.
"Tae Gyu oppa pun mesti tak setuju dengan keputusan kau ni,"kata Soo Jung lagi.
"Aku cuma tak nak kau penuhi permintaan Hyung untuk jaga aku,Soo Jung."Soo Jung terkejut dengan kata-kata Min Woo.
"Aku tak nak...Hyung balas apa yang aku dah buat dekat dia selama ni.Aku tak perlukan semua tu."Kata Min Woo.
"Min Woo ah..."Lembut Soo Jung menyebut nama lelaki itu.
"Kalau oppa tak pesan semua tu pun,aku akan buat juga.Aku akan jaga kau...tengok-tengokkan kau..."Min Woo memandang tepat ke arah anak mata Soo Jung itu.Soo Jung tersenyum manis ke arahnya."Aku memang nak buat semua tu untuk kau,Min Woo."Soo Jung pula terus menggenggam erat tangan tangan Min Woo.
"Aku tak nak kita teruskan hubungan macam ni,Min Woo.Aku...aku..."
"Aku tak boleh,Soo Jung.Miane..."Min Woo memintas kata-kata Soo Jung.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya.Min Woo kemudiannya berpaling dari Soo Jung sebelum melangkah pergi dari situ.
"Aku tahu kau cintakan aku!"Min Woo tidak mempedulikan kata-kata Soo Jung itu.
"Min Woo ah!"Soo Jung terus memanggil nama Min Woo.Min Woo terus melangkah.
"Jangan pergi!"
Min Woo terus melangkah tanpa mempedulikan Soo Jung yang sedang menangis memanggil namanya itu.

Tiga tahun berlalu...


"Ada surat untuk awak,Soo Jung,"kata Lee Seol sambil menyerahkan surat yang tertulis nama Soo Jung itu kepadanya.Soo Jung menerimanya sambil tersenyum.
"Kamsahamida."Soo Jung kemudiannya meletakkan surat itu di atas meja sebelum menyambung semula kerjanya yang tertangguh seketika itu.Namun,perhatiannya beralih semula ke arah surat itu.Entah mengapa,seperti ada sesuatu yang menariknya untuk membaca surat itu.Perlahan-lahan,Soo Jung membuka surat itu.Soo Jung terkejut apabila melihat nama Jo Te Gyu sebagai penghantarnya.

Terima kasih sebab sudi bersama dengan oppa selama sepuluh tahun ni,Soo Jung.Jujur oppa katakan...oppa sangat sayangkan Soo Jung dan Min Woo.Dalam kehidupan yang akan datang pun,oppa harap...oppa masih dapat berkawan dengan kalian yang sudi menerima oppa yang lemah ni.Jaga diri baik-baik.Semoga kita boleh berjumpa lagi di hayat yang akan datang...

Soo Jung kemudiannya melihat gambar-gambar yang disertakan sekali dengan surat itu.Soo Jung tersenyum apabila melihat gambar-gambar mereka bertiga.Namun,senyumannya mengendur apabila melihat gambarnya bersama dengan Min Woo yang ditangkap dari sudut belakang itu.Sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Min Woo.Wajah Min Woo di dalam gambar itu ditatapnya penuh rindu.Soo Jung melepaskan keluhan kecil.Tiada langsung khabar berita daripada lelaki itu.Soo Jung kemudiannya mengambil beg tangannya,berura-ura mahu beredar dari situ.
"Awak nak pergi mana tu,Soo Jung?"Soal Lee Seol,ingin tahu.
"Tempat biasa."Ringkas jawapan yang diberikan oleh Soo Jung itu.Lee Seol yang sudah masak dengan perangai Soo Jung itu sekadar tersenyum manis.
"Sampaikan salam saya dekat oppa awak tu ya?"Pinta Lee Seol.Soo Jung tersenyum manis sambil angguk.

Soo Jung meletakkan bunga di atas kubur Tae Gyu.Soo Jung kemudiannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.
"Soo Jung dah terima surat daripada oppa.Pandai juga oppa buat kejutan untuk Soo Jung,kan?"Soal Soo Jung sambil tersenyum."Gomawo."
"Hari ni...dah genap 3 tahun oppa tinggalkan Soo Jung...tapi...rasa macam oppa masih lagi ada di sisi Soo Jung...Walaupun kenyataannya oppa dah tak ada...tapi...Soo Jung tahu...yang kenangan oppa masih lagi hidup dalam hati Soo Jung.Sampai bila-bila pun,Soo Jung takkan lupakan segala apa yang kita dah buat selama ni,oppa.Tulah janji Soo Jung."Soo Jung tersenyum manis.Dia kemudiannya berpaling dari kubur Tae Gyu itu.Soo Jung terkejut apabila melihat Min Woo yang sedang berdiri di hadapannya itu.Begitu juga dengan Min Woo.
"Min Woo?"Soo Jung seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.Perlahan-lahan,Soo Jung melangkah ke arah Min Woo.Begitu juga dengan Min Woo.
"Min Woo ah...betul ke awak ni Min Woo?"Soal Soo Jung.Min Woo kelihatan berbeza sekali berbanding tiga tahun lalu.Penampilannya lebih kemas dan matang.
"Soo Jung,"kata Min Woo.
"Bila awak balik?"Soal Soo Jung.Min Woo menatap wajah Soo Jung yang amat dirinduinya itu.
"Miane..."Ucap Min Woo.
"Kenapa awak minta maaf pula ni?"Soal Soo Jung,menahan sebak.Sungguh hatinya terharu dengan pertemuan itu.Perlahan-lahan,Min Woo menarik Soo Jung ke dalam pelukannya.
"Min Won ah.."
"Miane...saya dah banyak buat awak terluka selama ni.Jeongmal miane..."Sungguh-sungguh Min Woo mengungkapkan kata-kata maafnya.
"Kenapa nak minta maaf pula ni?"Soo Jung mulai menangis.Min Woo mengeratkan pelukannya.
"Saya silap...saya salah...miane..."Ucap Min Woo lagi.Soo Jung terus menangis di dalam pelukan lelaki itu.
Min Woo kemudiannya meleraikan pelukannya itu lalu menatap wajah Soo Jung yang sudah lama tidak ditatapnya selama tiga tahun itu.
"Awak boleh maafkan saya?"Soal Min Woo.
"Tapi kali ni,saya takkan benarkan awak pergi lagi,"balas Soo Jung,sebak.Min Woo tersenyum.Pipi Soo Jung yang basah dengan air mata itu diusapnya lembut.
"Apa yang awak cakap dulu...betul..."Kata Min Woo.Soo Jung memandang ke arah Min Woo."Saya pun ada keinginan yang sama macam awak..."Kata Min Woo lagi.
"Saya tak nak hubungan kita terbatas sebagai kawan lagi lepas ni,"kata Min Woo.Soo Jung tergamam dengan kata-kata Min Woo itu.
"Saya nak terus bersama dengan awak...saya nak terus bermain dengan awak...saya nak terus bergaduh dengan awak...macam dulu-dulu.Tapi ada satu yang berbeza..."Min Woo merenung ke anak mata Soo Jung.
"Kali ni,saya nak bersama dengan awak sebab saya cintakan awak...saya nak bermain dengan awak sebab saya cintakan awak...saya nak bergaduh dengan awak sebab saya cintakan awak...Saya nak buat semua tu..."Min Woo berhenti seketika.
"Sebab saya cintakan awak,Park Soo Jung."Air mata Soo Jung mengalir laju sebaik sahaja mendengar pengakuan Min Woo yang sudah lama diinginkannya itu.
"Saya..cintakan awak."Ucap Min Woo lagi sambil menyeka air mata Soo Jung itu.Kelihatan Soo Jung tersenyum manis.
"Saya pun...cintakan awak,Choi Min Woo..."Perlahan-lahan,Min Woo mendekatkan wajahnya ke arah Soo Jung lalu dikucupnya lembut bibir wanita itu.Hati lelaki itu terbuka untuk menerima hakikat bahawa dia sebenarnya memerlukan Soo Jung dalam hidupnya kerana surat yang diterimanya daripada Tae Gyu itu.

Soo Jung seorang gadis yang baik...sentiasa buat hati orang di sekelilingnya menjadi senang...semua orang pasti akan tersenyum dan gembira bila bersama dengannya...Hyung dapat lihat semua tu pada kau...lepas adanya Soo Jung.Hyung mulai nampak sifat sebenar kau yang lembut,yang jarang sekali kau tonjolkan.Semuanya kerana Soo Jung.Hyung mula nampak keikhlasan kau dalam membuat sesuatu...kerana Soo Jung.Kau tak sedar semua tu...
Kau tak sedar yang kau semakin kerap tersenyum sejak adanya Soo Jung...
Sedar tak yang kau sebenarnya sayangkan Soo Jung lebih dari seorang kawan?
Min Woo ah...
Luahkan saja perasaan kau kepada Soo Jung.Hyung yakin...semuanya akan menjadi lebih baik selepas ni...
Hyung harap...masih ada lagi ruang untuk kau bahagia selepas apa yang dah terjadi sebelum ni...
Miane...sebab mungkin Hyung tak dapat menjadi sahabat yang baik...
dan...
Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang terbaik dalam hidup Hyung...


-THE END-

No comments:

Post a Comment