03 November, 2011

-Monalisa Page 43-

Seung Ho meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sebelum bersandar pada kerusi pejabatnya.Kedengaran keluhan kecil keluar dari mulut lelaki itu.Lagaknya terlalu banyak perkara yang merunsingkan fikirannya.Entah mengapa,dia sendiri tidak pasti.Belakangan ini,dia sering memikirkan mengenai Hyo Young yang sudah hampir dua minggu menjauhkan diri daripadanya selepas insiden yang berlaku di kelab Ojos Frios itu.
"Kenapa aku mesti runsing pasal hal dia?Salah ke aku untuk memilih Fei sedangkan aku sendiri tak boleh paksa hati aku sendiri untuk mencintai Hyo Young.Ish,kenapa dengan aku ni?"Soalnya sendiri,sambil memegang kepalanya yang semakin runsing itu.Lamunannya terganggu seketika apabila kedengaran deringan telefon bimbitnya,minta diangkat.
"Ya,Fei?"Seung Ho mengukir senyuman nipis sebaik sahaja menjawab panggilan daripada wanita yang sudah pun bertakhta di hatinya itu.
"Apa?Nak dinner dengan saya malam ni?"Soalnya.Lama Seung Ho memikirkan ajakan Fei itu.
"Em...okey.Nanti saya jemput awak,okey?"Seung Ho kemudiannya mematikan panggilan itu sebelum bersandar pada kerusi empuknya itu.Tidak lama selepas itu,kedengaran pula bunyi ketukan pada pintu bilik pejabatnya.
"Masuk!"Sebaik sahaja,mendengar arahan daripada pewaris utama itu,cepat-cepat setiausahanya melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Tuan."Seung Ho memandang ke arah setiausahanya.
"Ada apa?"

Seung Ho segera memarkirkan keretanya di suatu sudut.Seung Ho tergamam apabila melihat rumah Hyo Young yang dipenuhi dengan ramai orang itu.Perlahan-lahan,Seung Ho melangkah ke arah rumah Hyo Young itu.Seung Ho tergamam apabila melihat beberapa orang sedang melakukan upacara penghormatan terakhir untuk nenek Hyo Young sebelum upacara pengebumian dijalankan.Sungguh Seung Ho tidak terjangka kejadian malang itu akan menimpa Hyo Young.Seung Ho kemudiannya menoleh ke arah Hyo Young yang sedang berdiri berdekatan dengan keranda neneknya.Wanita itu kelihatan sugul sekali.Entah berapa kali wanita itu sudah mengalirkan air mata pun Seung Ho tidak pasti.Semestinya Hyo Young sudah terlalu banyak menderita atas kehilangan satu-satunya saudaranya yang masih tinggal.Kini,Hyo Young tinggal berseorangan.Tiada lagi ibu,ayah dan neneknya yang akan menjaganya.Hati Seung Ho sayu melihat keadaan Hyo Young yang lemah tidak bermaya itu.Seung Ho sedikit terkejut apabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang.Seung Ho menoleh ke arah belakangnya itu.Kelihatan Byung Hee sedang berdiri di belakangnya.
"Kau?"Seung Ho terkejut dengan kehadiran Byung Hee di situ.Byung Hee berdiri di sebelahnya.
"I know...I shouldn't come here but..."
"She called you,huh?"Soal Seung Ho,memotong percakapan Byung Hee.Byung Hee tidak segera menjawab pertanyaan sepupunya itu.Seung Ho tersenyum nipis.
"Why she didn't called me?Kenapa aku mesti tahu pasal ni daripada setiausaha aku dan bukannya daripada mulut dia sendiri?"Soal Seung Ho,berusaha mengawal nada suaranya.
"Daripada kita gaduh pasal hal ni,baik kau jumpa dengan nenek Hyo Young.Sekurang-kurangnya kau tahu pasal hal ni,daripada aku ikut cakap Hyo Young untuk rahsiakan hal ni dari kau."Perlahan-lahan,Byung Hee beredar dari situ,meninggalkan Seung Ho di situ.Seung Ho terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.Benarkah Hyo Young mahu merahsiakan hal ini daripada pengetahuannya?Untuk apa?Seung Ho sekali lagi menoleh ke arah Hyo Young.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah Hyo Young yang berdiri berdekatan dengan keranda neneknya itu.Hyo Young terkejut apabila melihat Seung Ho sedang melakukan upacara penghormatan terakhir kepada neneknya.Hyo Young tergamam seketika apabila Seung Ho memandang ke arahnya.Hyo Young akui dia sangat merindui lelaki itu setelah sekian lama dia membawa diri demi merawat hatinya yang terluka itu.Tanpa sebarang kata,Seung Ho beredar dari situ.

Hyo Young bersendirian di bawah pokok berhadapan dengan tasik,tidak jauh dari rumah neneknya itu.Lama sungguh dia termenung di situ.Pastinya dia sedang merindui neneknya yang sudah pun tiada itu.Hyo Young menyeka air matanya yang tidak jemu mengalir itu.
"Mianeyo...emonim.Hyo Young tahu emonim tak suka tengok Hyo Young menangis macam ni.Tapi...Hyo Young tak boleh."Hyo Young menangis lagi.Sungguh dia tidak mampu untuk menghadapi dugaan berat sebegini.
"Emonim...Hyo Young dah tak ada sesiapa lagi.Lepas ni,Hyo Young nak bermanja dengan siapa lagi?Siapa yang sudi nak layan Hyo Young yang nakal ni,emonim?Tak ada siapa-siapa lagi,emonim..."Tangisnya lagi.Hyo Young mendongak seketika apabila merasakan ada seseorang yang lain sedang mengambil tempat di sisinya.Hyo Young terkejut apabila melihat Seung Ho sedang memandang ke tasik di hadapan mereka itu.Hyo Young kemudiannya berpaling daripada lelaki itu.Dia malu untuk berhadapan dengan lelaki itu dalam keadaan kusut begitu.Apatah lagi,hatinya masih lagi enggan untuk berjumpa dengan Seung Ho yang sudah pun menolak cintanya pada suatu malam di Ojos Frios sebelum ini.Mereka membisu sesama sendiri.
"Dulu pun aku fikir...kalau appa dah tak ada...siapa lagi yang nak bermain dengan aku...siapa lagi nak temankan aku memancing pada waktu petang...dan siapa lagi yang nak bercerita dekat aku sebelum aku masuk tidur...waktu tu aku hanya fikir...tak ada siapa...sebab pada aku...tiada siapa yang boleh buat semua tu kecuali appa aku."Seung Ho berhenti seketika.Kedengaran lelaki itu melepaskan nafas panjang.Hyo Young pula masih enggan untuk memandang ke arah lelaki itu."Tapi aku lupa...aku lupa yang aku masih ada omma...masih emonim...dan lain-lain.Walaupun mereka tidak sama seperti appa,tapi...sekurang-kurangnya aku masih ada mereka yang menyanyangi aku seadanya."Sambungnya.
"Tapi saya tak...saya dah tak ada sesiapa lagi."Hyo Young mulai bersuara,walaupun perlahan sekali nadanya.Hyo Young menyeka air matanya yang masih bersisa itu."Saya hanya tinggal sebatang kara sekarang ni.Tiada lagi omma yang sudi berkongsi cerita dengan saya.Tiada lagi appa yang sudi bermain dengan saya.Dan...emonim..."Hyo Young sebak.Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.Seung Ho memandang sayu ke arah wanita itu.Hyo Young tergamam apabila merasakan tubuhnya dibawa ke dalam pelukan Seung Ho.
"Sekurang-kurangnya awak masih ada saya...Seung Ho yang...Seung Ho yang..."Seung Ho terkejut apabila Hyo Young menjauhkan diri daripadanya.
"Saya rasa...hari pun dah lewat ni.Baik awak balik dulu,"kata Hyo Young,berura-ura mahu beredar dari situ.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.Ternyata Hyo Young masih enggan mahu bertemu dengannya.Seung Ho memandang ke arah Hyo Young yang kian jauh darinya itu.
"Kenapa aku rasa susah hati bila dia jadi macam ni?Kenapa aku...susah hati bila dia tak nak cakap dengan aku?"Soalnya sendiri.


Seung Ho berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah nenek Hyo Young.Seung Ho cuba mencari-cari kelibat Hyo Young di setiap sudut rumah sederhana besar itu.
"Hyo Young."Panggilannya tidak bersahut.Namun,perhatiannya teralih apabila melihat pintu bilik nenek Hyo Young yang sedikit terbuka itu.Perlahan-lahan,Seung Ho mendekati bilik itu.Seung Ho terkejut apabila melihat Hyo Young dan Byung Hee sedang berada di dalam bilik itu.Kelihatan Hyo Young sedang menangis di sisi Byung Hee.
"Hyo Young ikut oppa balik ke istana ya?"Pujuk Byung Hee,bimbang memikirkan Hyo Young yang mahu tinggal bersendirian di situ.Hyo Young menggeleng perlahan.
"Tak nak.Hyo Young tak sampai hati nak tinggalkan rumah ni.Lagipun...Hyo Young masih lagi rindukan emonim,"kata Hyo Young.
"Tapi,bahaya kalau Hyo Young tinggal kat sini sorang-sorang.Kalau Hyo Young nak,oppa atau Seung Ho boleh bawakan Hyo Young ke sini setiap hujung minggu.Okey?"Byung Hee tetap tidak berputus asa untuk memujuk wanita itu.
"Mianeyo...oppa...Hyo Young tak nak balik lagi.Hyo Young nak bersendirian dulu kat sini,"kata Hyo Young,tetap berdegil.
"Tapi,Hyo Young..."
"Aku akan tinggal kat sini."Byung Hee dan Hyo Young terkejut apabila baru menyedari kehadiran Seung Ho di situ.Seung Ho memandang tajam ke arah Byung Hee.
"Aku akan tinggal kat sini."Sekali lagi,Seung Ho mengulangi kata-katanya.Kali ini,dia memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young terdiam.


Yang Seung Ho,Ryu Hyo Young,Jung Byung Hee

No comments:

Post a Comment