08 November, 2011

-Monalisa Page 48-

"Awak sure ke yang awak tak nak ikut saya balik lagi ni?"Soal Seung Ho yang kini sudah pun berdiri di hadapan keretanya.Hyo Young angguk sambil tersenyum nipis.Seung Ho melepaskan keluhan perlahan.Ternyata usahanya untuk memujuk Hyo Young pulang tidak berjaya.Seung Ho membuka pintu keretanya sambil diperhatikan oleh Hyo Young.Namun,lelaki itu menutup kembali pintu keretanya.Seung Ho menoleh ke arah Hyo Young.
"Kenapa Seung Ho?Awak kata awak ada meeting esok.Kalau awak lambat bergerak,nanti awak lambat sampai,"kata Hyo Young,hairan dengan kelakuan Seung Ho itu.
"Sekali lagi,saya tanya awak..."Seung Ho memandang ke arah Hyo Young.Begitu juga dengan Hyo Young.
"Awak betul ni...yang awak tak nak ikut saya balik ke Seoul lagi?"Soal Seung Ho,inginkan kepastian.Hyo Young tersenyum manis.Seung Ho turut tersenyum tatkala melihat senyuman manis Hyo Young yang pertama kali dilihatnya selepas kejadian malang yang menimpa wanita itu.
"Wah,nampaknya awak...risau juga dekat saya ya,Seung Ho?"Sengaja Hyo Young mengusik Seung Ho.
"Saya seriuslah,Hyo Young.Yalah...awak pun duduk kat sini sorang-sorang.Kalau apa-apa jadi macam mana?"Soal Seung Ho.
"Ala...emonim saya dulu duduk sini sorang-sorang juga.Tak ada apa-apa pun kan,"kata Hyo Young,berusaha meyakinkan Seung Ho agar tidak bimbang akan keselamatannya di situ.Seung Ho mengeluh.
"Habis tu,awak nak balik Seoul bila ni?"Soal Seung Ho,sudah mulai berputus asa.
"Saya tak tahu lagilah,Seung Ho.Tengoklah dulu macam mana.Kalau saya nak balik nanti,saya baliklah,"kata Hyo Young.
"Kalau awak nak balik,awak mesti call saya,arasso?"Seung Ho berhenti seketika."Jangan call Jio ataupun Jung Byung Hee.Awak mesti call Seung Ho atau Yang Seung Ho.Arasso?"Sekali lagi,Seung Ho menegaskan kata-katanya.Hyo Young hampir-hampir sahaja tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Seung Ho yang kedengaran lucu itu.
"Kenapa awak nak gelak pula?Betullah saya cakap kan?"Kelihatan Seung Ho tidak puas hati.
"Awak jealous ke kalau saya call Jio oppa?"Soal Hyo Young.Kedengaran Seung Ho berdehem beberapa kali.
"Bukan apa.Cuma..nanti orang lain cakap apa pula.Awak kan tunang saya.Nanti orang ingat saya tak pandai jaga tunang sendiri pula,"kata Seung Ho.
"Saya tunang awak?"Soal Hyo Young,tidak percaya dengan apa yang didengarnya dari mulut Seung Ho.Seung Ho sengaja buat-buat tidak dengar akan pertanyaan Hyo Young itu apabila dia memakai cermin mata hitamnya.Seung Ho membuka pintu keretanya sebelum masuk ke dalamnya.Seung Ho memandang ke arah Hyo Young.
"Jaga diri baik-baik tau.Kalau ada apa-apa,just call me.JUST CALL ME,arasso?"Sekali lagi,Seung Ho mengingatkan Hyo Young agar menghubunginya sekiranya mempunyai masalah.
"Iye,Tuan Yang Seung Ho.Saya akan call awak kalau saya ada masalah,"kata Hyo Young,sambil tersenyum.Seung Ho turut tersenyum ke arahnya.
"Bye,"ucap Seung Ho,sebelum memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah nenek Hyo Young itu untuk kembali ke istananya semula.Hyo Young melambai ke arah kereta Seung Ho yang kian jauh ke hadapan itu.Hyo Young tersenyum manis.Sungguh dia berasa bahagia sekali atas perhatian Seung Ho walaupun mungkin perhatian itu adalah kerana dasar simpati terhadap nasib malang yang menimpanya.
"Tak apalah.Sekurang-kurangnya dapat juga aku tengok Seung Ho macam ni walaupun mungkin sekejap,"kata Hyo Young,sambil tersenyum.Lamunan Hyo Young terganggu apabila terdengar bunyi isyarat mesejnya berbunyi.


"Lagi satu...I think u should call me oppa too...
awak lupa ke yang sy ni sebaya dgn Jio?It's not fair yg Jio
sorg je awak panggil oppa."


Hyo Young tertawa kecil sebaik sahaja membaca mesej yang dihantar oleh Seung Ho itu.
"Seung Ho oppa?"Hyo Young cuba menyebut panggilan baru terhadap Seung Ho itu.
"Kenapa rasa muka aku macam panas je lepas sebut nama tu?"Hyo Young menepuk perlahan kedua-dua pipinya.


Hyo Young sibuk mengemas ruang tamu rumah neneknya itu sambil menyanyi kecil.Hyo Young tersenyum kecil apabila mengingatkan kembali perbualannya dengan Seung Ho sebelum lelaki itu pulang ke Seoul.Begitu juga dengan mesej yang dihantar oleh lelaki itu sebentar tadi.Hyo Young meneruskan kerjanya.Namun,perbuatannya itu tidak lama apabila hidungnya terbau sesuatu yang terbakar dari dapurnya.Hyo Young terus meninggalkan kerjanya itu lalu bergegas ke dapur untuk melihat sesuatu yang terjadi di situ.Hyo Young terkejut apabila melihat api yang kian marak di dapur itu.Hyo Young yang mulai panik itu cuba membuka pintu dapur itu namun gagal apabila pintu itu berkunci.Hyo Young kemudian bergegas ke ruang hadapan pula.Hyo Young menjadi semakin panik apabila pintu di ruang hadapan itu turut berkunci.Kelihatannya seperti ada orang lain yang cuba membuat khianat terhadapnya.
"Tolong!"


Seung Ho mencari-cari sesuatu di dalam begnya di tempat duduk sebelah dengan tangan kanannya.Kelihatan dahinya berkerut seribu,entah apalah yang mengganggu fikirannya itu.Seung Ho akhirnya terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Mana pula benda tu?"Seung Ho terus mencari-cari barang yang dimaksudkannya itu.Seung Ho mengeluh kasar.
"Alamak,takkan aku tertinggal kat rumah Hyo Young tadi kot?Ni kena patah baliklah ni,"kata Seung Ho.Dia terpaksa memandu keretanya menuju semula ke arah rumah Hyo Young.


Seung Ho terkejut apabila melihat rumah nenek Hyo Young yang sedang hangus dijilat api itu.Seung Ho segera bergegas keluar dari keretanya.
"Hyo Young!"Seung Ho cuba memecahkan pintu rumah Hyo Young yang berkunci itu.Seung Ho menghentakkan badannya ke arah pintu itu dengan kuatnya."Hyo Young!"
Tidak lama selepas itu,akhirnya pintu itu terbuka juga.
"Hyo Young!Awak kat mana?!"Seung Ho menjerit-jerit nama Hyo Young,dengan harapan wanita itu akan menyahut panggilannya.Namun,usahanya tidak berhasil apabila panggilannya itu langsung tidak bersahut dari dalam.Seung Ho menutup hidungnya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.Matanya terasa begitu pedih sekali akibat daripada asap yang kian tebal itu.
"Hyo Young!"Pandangan Seung Ho tertumpu ke arah sesuatu yang sedang terbaring di hadapannya.
"Hyo Young!"Seung Ho bergegas ke arah Hyo Young yang terbaring lemah itu.Lelaki itu kemudiannya mendukung Hyo Young yang tidak sedarkan diri itu menuju ke luar rumah.Seung Ho kemudiannya memandu laju keretanya menuju ke hospital sambil memandang ke arah Hyo Young yang masih belum sedarkan diri itu.
"Hyo Young..."


"Tolong!Tolong selamatkan saya!"Hyo Young terbatuk berkali-kali.Tangannya diletakkan pada dadanya,menahan rasa sakit pada dadanya.Kepalanya mulai berpinar-pinar.
"Seun..Seung..Seung Ho...to..tolong..saya."Hyo Young terbatuk lagi.Wanita itu sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri.Hyo Young terduduk.Badannya mulai basah kerana peluh.Rasa bahang di dalam rumah itu sudah tidak tertahannya lagi.
"Seung Ho..."


"Seung Ho,tolong...tolong saya..."Seung Ho segera bergegas ke arah Hyo Young yang memanggil namanya itu.Kelihatan mata wanita itu masih lagi terpejam rapat.Pasti wanita itu sedang mengalami igauan buruk.Seung Ho menggenggam erat tangan wanita itu.
"Hyo Young,saya ada kat sini,"kata Seung Ho.Seung Ho mengesat air mata Hyo Young yang mengalir itu.
"Seung Ho...saya takut..."
"Hyo Young,saya ada kat sini."Seung Ho berusaha menenangkan Hyo Young.Tidak lama selepas itu,Hyo Young membukakan matanya.Dadanya berombak perlahan.Hyo Young memerhati keadaan sekelilingnya.
"Hyo Young?"Hyo Young memandang ke arah Seung Ho."Hyo Young,awak okey?"Hyo Young masih lagi memandang ke arah Seung Ho."Tak ada lagi yang perlu awak takutkan.Saya ada kat sini,Hyo Young.Awak dah selamat,"kata Seung Ho,sambil mengukir senyuman ke arahnya.Air mata kian mengalir lebat membasahi
pipi wanita itu.Seung Ho terkejut apabila Hyo Young memeluknya sambil menangis.
"Oppa..."Seung Ho terkejut dengan panggilan Hyo Young terhadapnya.Hyo Young memeluknya erat sekali,seolah-olah enggan melepaskan Seung Ho pergi jauh daripadanya.Seung Ho membalas pelukan wanita itu.
"Saya takut..takut sangat...tiba-tiba ada api...api besar sangat...pintu...pintu berkunci...sa..saya dah tak tahu..nak buat apa lagi...saya takut..."Hyo Young sebak.Seung Ho mengusap lembut rambut Hyo Young yang panjang melepasi bahu itu.
"Awak dah selamat.Tak ada apa lagi yang perlu awak takutkan lagi,Hyo Young.S..sa..op..oppa ada untuk awak,Hyo Young,"kata Seung Ho.Hyo Young terus menghamburkan kesedihan dan ketakutannya dalam pelukan Seung Ho.
"Awak dah selamat..."Seung Ho terus menerus menenangkan Hyo Young yang masih dalam keadaan trauma itu.Mujurlah dia berpatah semula ke rumah Hyo Young,jika tidak,Hyo Young mungkin tidak berada di hadapannya lagi seperti ketika ini.Seung Ho memeluk erat Hyo Young,meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan Hyo Young daripada terkorban di dalam kebakaran itu.



No comments:

Post a Comment