12 November, 2011

-Monalisa Page 51-

Byung Hee terdiam sebaik sahaja mendengar penerangan daripada Doktor Yoon itu.Doktor Yoon mengukir senyuman nipis kepada Byung Hee,dengan niat untuk tidak terus membuatkan lelaki itu bimbang akan keadaan Joo Yeon yang sedang ditahan di wad itu.
"Kalau Cik Lee Joo Yeon makan ubat mengikut masa,jadi saya yakin keadaan ni takkan berlaku lagi.Seboleh-bolehnya biarlah ada orang yang boleh mengingatkan Cik Lee untuk makan ubat dia pada waktu yang ditetapkan.Yalah...kadang-kadang dia boleh terlupa bila terlalu sibuk dengan kerja,"kata Doktor Yoon,tenang.
"Tapi...pasal jantung baru dia tu...betul-betul baik ke?Saya takut kalau-kalau jantung tu tak sesuai dengan dia,"soal Byung Hee.Doktor Yoon tersenyum.
"Encik Jung tak perlu risau.Jantung baru tu masih lagi dalam keadaan baik.Untuk sementara waktu ni,pihak kami sedang menunggu laporan dari hospital di Sydney memandangkan Cik Lee mendapatkan pembedahan pemindahan jantung di sana.Walau apapun,keadaan Cik Lee masih lagi dalam keadaan baik.Cuma dia kena buat seperti apa yang saya katakan tadilah,"kata Doktor Yoon.Byung Hee terus membisu.Byung Hee kemudiannya memandang ke arah doktor lelaki itu.
"Bila laporan perubatan tu akan sampai ya?"Soal Byung Hee,ingin tahu.
"Mungkin dalam minggu depan."
"Kalau saya nak tahu pasal laporan tu,boleh?"Soal Byung Hee.
"Asalkan Encik Jung ialah ahli keluarga Cik Lee seperti yang Encik Jung katakan tadi,tak ada masalah."Kelihatan Doktor Yoon tersenyum lagi ke arah Byung Hee.
"Kamsahamida,"ucap Byung Hee,sambil menghembuskan nafas lega.

"Saya kena balik dulu,"kata Byung Hee.Joo Yeon yang sedang duduk di atas katil itu tersenyum.
"Kena balik?Kenapa mesti ada perkataan 'kena'?Gaya awak macam...ada orang paksa awak balik,"kata Joo Yeon.
"Kalau bukan sebab kerja di office,saya rela bermalam dekat sini lagi dengan awak tau,"balas Byung Hee.
"Awak nak terus ke office ke?Baliklah rumah dulu.Mesti awak penat sebab temankan saya semalaman,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum.Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas katil sambil memandang ke arah Joo Yeon.
"Penat saya hilang bila saya tengok senyuman awak ni.Saya lega sangat bila tengok yang awak lebih sihat dari semalam,"kata Byung Hee.
"Miane.Saya dah banyak susahkan awak,Jio,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum sambil menggosok lembut kepala Joo Yeon itu.
"Dahlah.Semua tu tak ada apa-apa.Yang penting sekarang ni,awak rehat cukup-cukup.Bila awak betul-betul dah sihat nanti,baru awak datang kerja balik,arasso?"Soal Byung Hee.
"Okay.Saya akan pergi kerja bila saya betul-betul dah sihat,"kata Joo Yeon.Byung Hee tertawa kecil.
"Good girl,"usik Byung Hee.Joo Yeon sekadar tertawa.

"Jung Hyun?"Byung Hee terkejut apabila melihat Penasihat Kim sedang menantinya bersama-sama dengan pemandu keretanya itu.
"Tuan okey?"Soal Penasihat Kim,bimbang melihat keadaan Byung Hee yang sedikit tidak terurus dari kebiasaannya itu.
"I'm okey."Balas Byung Hee.
"Tuan nak terus ke office atau balik ke villa dulu?"Soal Penasihat Kim.Byung Hee menoleh seketika ke arah tingkap bilik yang menempatkan Joo Yeon itu.Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Okay.Saya akan pergi kerja bila saya betul-betul dah sihat."

Byung Hee tersenyum.
"Saya nak balik ke villa dulu,"katanya,sebelum masuk ke dalam kereta.Penasihat Kim kemudiannya memandang ke arah yang dipandang oleh Byung Hee sebentar tadi.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.
"Jung Hyun ah."Penasihat Kim tersentak apabila terdengar namanya dipanggil oleh Byung Hee.
"Chuwesuhamnida,"ucap Penasihat Kim,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Cepat-cepat Penasihat Kim duduk di tampat duduk hadapan bersebelahan dengan pemandu itu.

Seung Ho menoleh ke arah Hyo Young yang sedang duduk bersebelahan dengannya itu.Hyo Young langsung tidak menoleh.Malah dia terus kaku di situ,seperti terlalu banyak perkara yang sedang mengganggu fikirannya itu.
"Hyo Young."Seung Ho cuba menyapa wanita itu.Namun,Hyo Young tidak membalas.Seung Ho kemudiannya meletakkan tangannya pada tangan kiri Hyo Young."Hyo Young."
Bagaikan terjaga dari lena,Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.
"Kita dah sampai ni,"kata Seung Ho,lembut.Hyo Young memandang ke arah hadapannya.
"Jom kita masuk dulu.Dah sampai bilik nanti,awak rehat dulu,okey?"Kata Seung Ho.Perlahan-lahan,Hyo Young angguk.Seung Ho tersenyum ke arahnya.

Seung Ho meletakkan beg yang berisi pakaian Hyo Young itu di atas lantai bilik Hyo Young.Hyo Young pula sudah melabuhkan punggung di atas katil empuk itu.Seung Ho memandang ke arah Hyo Young.Sejak dari kejadian kebakaran itu,amat sukar sekali baginya untuk mendengar Hyo Young berkata-kata.Ternyata kejadian itu memberi impak besar terhadap Hyo Young yang baru sahaja kehilangan neneknya itu.
"Hyo Young,"panggil Seung Ho.Hyo Young memandang ke arah Seung Ho.
"Oppa nak keluar kejap.Hyo Young rehat-rehatlah dulu ya,"kata Seung Ho,sambil tersenyum nipis.Seung Ho kemudiannya berpaling dari Hyo Young.
"Oppa nak pergi mana?"Seung Ho berhenti melangkah sebelum ditolehnya ke arah Hyo Young.Kelihatan Hyo Young sedang tersenyum nipis ke arahnya.
"Oppa...oppa nak ke office.Nak uruskan benda sikit,"jawab Seung Ho.
"Okey.Hati-hati,"balas Hyo Young.Seung Ho tersenyum.
"Oppa pergi dulu,"kata Seung Ho.Perlahan-lahan,Seung Ho menutup pintu bilik Hyo Young.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.Seung Ho kemudiannya memanggil pembantu istananya.
"Please take care of Hyo Young.Dia masih tak sihat lagi tu.Tengokkan dia,okey?"Pesannya sebelum beredar dari situ.





No comments:

Post a Comment