11 November, 2011

-Monalisa Page 50-

Joo Yeon mulai tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjanya apabila merasakan dadanya yang terasa sakit itu.Namun,Joo Yeon terus berusaha untuk menahan kesakitannya itu.Joo Yeon pura-pura mengukir senyuman manis ke arah orang lain yang sedang melakukan perbincangan dengannya itu.Joo Yeon mengesat peluhnya yang mengalir itu.
"Joo Yeon,awak okey ke?Muka awak macam tak sihat je ni,"soal rakannya.Joo Yeon menggeleng perlahan sambil tersenyum.
"Saya okey.Mungkin saya rasa panas kot,"kata Joo Yeon,berbohong.Joo Yeon kemudiannya mencuri-curi pandang ke arah Byung Hee yang sedang sibuk berbincang sambil memeriksa bahagian bangunan hotel yang sudah disiapkan itu.Kelihatan Byung Hee begitu tekun sekali dengan kerjanya itu.Joo Yeon berusaha untuk terus bertahan.Bimbang pula keadaan dirinya yang sedang sakit itu akan menyusahkan orang lain terutamanya Byung Hee.

Joo Yeon melambai ke arah rakan sekerjanya selepas sahaja waktu kerja mereka sudah tamat.Joo Yeon kemudiannya menoleh ke belakang apabila merasakan ada seseorang sedang menyentuh bahunya.
"Jio..."Joo Yeon tersenyum nipis ke arah Byung Hee.
"Macam mana dengan kerja awak hari ni?"Soal Byung Hee,sambil tersenyum.Namun,senyuman lelaki itu mulai mengendur apabila melihat wajah Joo Yeon yang pucat,tidak bermaya itu."Joo Yeon,awak tak sihat ke?Kenapa muka awak pucat ni?"Byung Hee cuba menyentuh dahi Joo Yeon.
"Saya tak ada apa-apa,Jio.Saya..."Joo Yeon mulai berasakan pandangannya itu semakin berpinar.
"Saya..."Pandangannya menjadi gelap.

Byung Hee tidak senang duduk apabila melihat jam pada tangannya.Sudah agak lama Joo Yeon berada di dalam bilik rawatan,namun masih belum kedengaran lagi berita daripadanya.Penyakit apa yang sedang dialami oleh Joo Yeon sekarang ini?Mengapa tidak pernah sekali pun dia menyedari keadaan Joo Yeon yang sedang sakit itu?Byung Hee melepaskan nafas berat.Sungguh dia bimbang dengan keadaan Joo Yeon itu.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam dan melihat apa yang sedang terjadi.
"Aku harap sangat yang dia tak ada apa-apa,"bisiknya sambil menutup matanya,berusaha menyedapkan hatinya.

"Tapi,Jio..."
"Saranghae..."Joo Yeon terdiam sebaik sahaja mendengar pengakuan Byung Hee itu.
"Saya betul-betul cintakan awak,Joo Yeon,"kata Byung Hee,bersungguh-sungguh meyakinkan Joo Yeon mengenai perasaannya terhadap Joo Yeon.
"Saya tahu...mungkin ini terlalu cepat untuk kita...untuk awak...tapi...saya yakin...yang saya betul-betul cintakan awak...dan saya tak boleh hidup tanpa awak,Joo Yeon,"kata Byung Hee.
"Tapi saya tak berhak ada dalam hati awak,Jio.Saya...tak layak untuk menggantikan cinta pertama awak,"kata Joo Yeon,rasa bersalah terhadap Nana yang pernah mendiami hati lelaki itu."Lagipun...adakah awak betul-betul yakin yang perasaan awak terhadap saya tu...adalah cinta?Saya takut yang awak hanya keliru dengan perasaan awak sendiri,Jio,"kata Joo Yeon.
"Perkara apa yang perlu saya kelirukan lagi?Dah tiga tahun saya tak dapat rasa apa yang saya rasakan sekarang ni.Tiga tahun hati saya terluka,hati saya kosong.Tiga tahun saya berusaha melupakan kesakitan yang saya alami.Tiga tahun saya berusaha menerima hakikat yang dia tiada lagi dalam hidup saya.Dan segala apa yang saya rasakan selama tiga tahun ni mulai beransur hilang selepas saya bertemu dengan awak,Lee Joo Yeon.Selepas saya bertemu dengan awak..."Luah Byung Hee,sekaligus membongkarkan segala apa yang disimpannya selama ini walaupun tidak keseluruhannya.Joo Yeon terkejut dengan kata-kata Byung Hee.Tiga tahun itu satu tempoh yang sudah cukup lama bagi lelaki itu menderita atas kematian Nana.Byung Hee mulai menjauhkan diri daripada Joo Yeon.
"Gwenchana.Mungkin saya masih terkejut dengan kejadian siang tadi."Byung Hee kemudiannya tersenyum nipis ke arah Joo Yeon.Wajah ayu Joo Yeon itu ditatapnya sepenuh hati.
"Tapi,saya betul-betul sayangkan awak."Byung Hee kemudiannya mengambil semula kotnya yang diletaknya di atas sofa itu.Kelihatan lelaki itu sudah bersedia untuk beredar dari situ.
"Gomawo,"kata Byung Hee,sambil melangkah ke arah pintu.
"Kalau..."Byung Hee berhenti melangkah apabila terdengar Joo Yeon yang mahu mengatakan sesuatu itu.
"Kalau jantung saya berdegup kencang setiap kali saya berjumpa dengan awak...apakah itu juga menandakan yang saya turut menyimpan perasaan yang sama seperti awak?"Byung Hee menoleh ke arah Joo Yeon sebaik sahaja Joo Yeon menghabiskan kata-katanya.Joo Yeon kemudiannya melangkah ke arah Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon mencapai tangan Byung Hee lalu di letakkan pada dadanya.Byung Hee terkejut apabila dapat merasakan degupan jantung yang kuat pada dada Joo Yeon itu.
"Saya dah rasa macam ni sejak dari pertama kali saya jumpa awak,Jio.Begitulah seterusnya...sehinggalah sekarang,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum sebaik sahaja mendengar pengakuan wanita itu.Perlahan-lahan,Byung Hee menarik Joo Yeon ke dalam pangkuannya.Joo Yeon juga akhirnya tersenyum dalam tangis.Jauh di sudut hatinya,dia berazam untuk menjadi seorang wanita yang terbaik untuk lelaki itu yang pernah terluka dan menderita kerana kehilangan cinta Nana.

"Apa yang kau buat kat sini?"Byung Hee terkejut dengan kehadiran Seung Ri di situ.Byung Hee segera bangun dari tempat duduknya."Apa yang kau dah buat dengan Joo Yeon sampai dia sakit hah?!"Seung Ri pula terus menarik kolar baju lelaki itu.
"Seung Ri,apa kau buat ni?"Byung Hee berusaha melepaskan tangan Seung Ri pada kolar bajunya.
"Kalau ada apa-apa terjadi pada Joo Yeon nanti,aku akan bunuh kau,faham?!"Seung Ri yang sedang berang itu melepaskan kolar baju Byung Hee.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia menumbuk wajah musuhnya itu.Mereka kemudiannya menoleh ke arah doktor yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik rawatan itu.Pantas sahaja Seung Ri melangkah ke arah doktor itu.Byung Hee terpaksa membiarkannya.
"Kamsahamida,"ucap Seung Ri,sambil menundukkan sedikit tubuhnya ke arah doktor itu selepas sahaja doktor itu selesai menerangkan mengenai keadaan Joo Yeon kepadanya.Seung Ri kemudiannya menoleh ke arah Byung Hee dengan pandangan tajam.
"Baik kau balik je,Jio.Jangan sampai sabar aku hilang bila tengok kau kat sini,"kata Seung Ri sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Joo Yeon itu.

Byung Hee sekadar memerhati bilik rawatan yang menempatkan Joo Yeon dari dalam keretanya.Sejak dari petang tadi,dia menunggu di dalam kereta.Hatinya tidak senang meninggalkan Joo Yeon keseorangan di situ biarpun ada Seung Ri yang sedang menemaninya.
"Tuan nak saya belikan apa-apa makanan ataupun minuman?Tuan tak makan pun sejak dari tadi,"soal pemandu peribadinya itu.Byung Hee tersenyum ke arahnya.
"Gwenchana.Saya...saya tak lapar."Jawab Byung Hee.Byung Hee memandang ke arah pemandu keretanya itu.
"Saya rasa awak baliklah dulu.Saya mungkin nak duduk kat sini.Saya...tak sedap hati nak tinggalkan Joo Yeon kat sini,"kata Byung Hee.
"Tapi,Tuan.."
"Pagi esok awak datang jemput saya kat sini.Awak baliklah dulu,"kata Byung Hee,sambil mengambil barang-barang yang diperlukannya itu.Lelaki itu kemudiannya keluar dari keretanya.
"Awak terus balik ke villa saya,okey?Esok awak jemput saya kat sini,"kata Byung Hee,sekali lagi mengingatkan pemandu peribadinya itu.Mahu tidak mahu,pemandu itu terpaksa akur pada permintaan tuan mudanya itu.Bimbang pula apabila membiarkan putera raja itu di hospital.
"Baiklah,tuan.Saya akan jemput tuan esok,"kata pemandu itu.Byung Hee tersenyum.

Byung Hee perlahan-lahan menolak pintu bilik rawatan itu.Kelihatan Seung Ri tidak lagi berada di situ.Pastinya lelaki itu sudah pulang.Perlahan-lahan,Byung Hee melangkah ke arah Joo Yeon yang sedang terbaring lemah itu.Rambut Joo Yeon yang panjang hingga ke bahu itu dibelainya lembut.
"Miane...saya tak tahu pun yang awak tengah sakit tadi,"kata Byung Hee.Byung Hee kemudiannya mencapai tangan Joo Yeon sebelum dikucupnya lembut.
"Jio?"Byung Hee tersentak apabila terdengar suara Joo Yeon yang sedang memanggilnya itu.Byung Hee segera menoleh ke arah Joo Yeon.Kelihatan Joo Yeon sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Joo Yeon?"Senyuman lega mulai terukir di bibir Byung Hee sebaik sahaja melihat Joo Yeon yang sudah sedar itu.Byung Hee mengusap lembut pipi Joo Yeon sebelum dikucupnya lembut pipi itu.Byung Hee kemudiannya memeluk Joo Yeon yang sedang terbaring itu.
"Awak betul-betul dah buat saya gila sebab risaukan awak,Joo Yeon,"kata Byung Hee.Joo Yeon tersenyum.Perlahan-lahan,Joo Yeon membalas pelukan Byung Hee itu.
"Miane..."Ucap Joo Yeon.
"I love you,Joo Yeon,"ucap Byung Hee.
"I love you more,Jio,"balas Joo Yeon.Byung Hee tersenyum manis mendengar kata-kata Joo Yeon itu.Wajah Joo Yeon yang kelihatan tidak bermaya itu ditatapnya.
"I love you most."Byung Hee mengukir senyuman manis ke arah Joo Yeon.Joo Yeon turut tersenyum ke arahnya.Byung Hee cuba mengabaikan dahulu mengenai punca kesakitan Joo Yeon itu.Sekurang-kurangnya senyuman Joo Yeon itu sudah cukup melegakan hatinya yang keluh kesah itu.

 Jung Byung Hee
 Lee Joo Yeon
Seung Ri

No comments:

Post a Comment