09 November, 2011

-Monalisa Page 49-

Hyo Sung yang baru sahaja mengemas katilnya itu terkejut apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu rumahnya.
"Kejap!"Kelihatan abangnya sedang berjalan menuju ke arah pintu rumahnya itu.Hyo Sung terus menyambung semula kerjanya.
"Hyo Sung ah!"Hyo Sung menoleh ke luar biliknya sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil dari luar.Hyo Sung bergegas ke luar biliknya.
"Ada apa oppa?"Soal Hyo Sung.Kelihatan abangnya sedang tersenyum ke arahnya."Apa senyum-senyum ni?"Hyo Sung semakin hairan dengan sikap abangnya itu.
"Oh,dalam diam-diam,Hyo Sung dah ada...namja chingu ekh?"Soal abangnya,sambil mengusik.
"Namja chingu?"Hyo Sung tidak mengerti.
"Ada budak lelaki cari Hyo Sung.Siapa tu?Boleh tahan handsome juga oppa tengok,"kata abangnya.Hyo Sung tergamam mendengar kata-kata abangnya itu.Cepat-cepat dia menuju ke arah pintu rumahnya.Chang Sunkah?Namun,tekaannya meleset sama sekali.
"Du Jun?"Soal Hyo Sung,sedikit hairan dengan kehadiran Du Jun di rumahnya itu.Hyo Sung cuba mencari-cari kelibat Chang Sun,namun tidak kelihatan.
"Em...kenapa awak datang ke rumah saya ni?Ada apa,Du Jun?"Soal Hyo Sung.
"Sorry sebab ganggu awak pagi-pagi ni.Tapi...saya ada hal nak cakap dengan awak ni,Hyo Sung."Kata Du Jun.Jelas kelihatan riak bimbang pada wajahnya.
"Kenapa ni?Muka awak nampak risau je,"kata Hyo Sung,mulai tidak sedap hati.
"Joon hyung..."

"Saya nak baliklah!Saya kan dah sihat,"kata Chang Sun,rimas dengan perbuatan doktor yang cuba menghalang niatnya untuk keluar dari hospital itu.
"Maaf,Encik Lee.Tapi,pihak kami masih belum boleh benarkan encik keluar.Lagipun,ibu encik dah pesan kepada kami untuk betul-betul memastikan encik sihat sebelum keluar dari hospital,"kata doktor itu dengan sabar.Chang Sun mengeluh.
"Luka saya tak adalah teruk mana.Awak pun tahu kan?"Chang Sun tetap tidak mahu mengalah.
"Tapi luka encik boleh terdedah kepada jangkitan kalau luka encik tu tak dirawat dengan betul.Kalau encik boleh bekerjasama dengan kami,kami yakin yang encik boleh keluar dari sini lebih awal daripada yang dijadualkan,"kata doktor itu.Chang Sun melihat tangan kanannya yang berbalut dari pergelangan tangan ke sikunya itu.
"Nanti saya akan minta misi untuk tukar balutan pada tangan dan kepala encik tu ya?Harap encik boleh bersabar sikit je lagi,"kata doktor itu sebelum beredar dari situ.Chang Sun mengeluh kasar.Sungguh dia berasa teramat bosan di situ.Chang Sun berfikir seketika mengenai kejadian yang telah menimpanya itu.Nasibnya amat baik kerana sempat mengelak daripada dilanggar oleh sebuah kereta.Mujurlah kecederaannya tidaklah seteruk mana.Sekurang-kurangnya dia masih boleh memarahi doktor kerana kebosanannya sebentar tadi.
Chang Sun mendongak ke arah pintu biliknya apabila terdengar bunyi pintu ditolak dari luar.Chang Sun tergamam apabila melihat Hyo Sung sedang berdiri di hadapannya.
"Hyo Sung?"Chang Sun masih belum percaya dengan kehadiran Hyo Sung di situ.Perlahan-lahan Hyo Sung melangkah ke arahnya.Riak wajahnya kelihatan bimbang sekali.
"Apa awak buat kat sini?Macam mana awak tahu yang saya..."
"Awak tak ada apa-apa ke,Chang Sun?"Soal Hyo Sung,tidak menunggu Chang Sun menghabiskan kata-katanya.Hyo Sung menyentuh kedua-dua pipi Chang Sun.Chang Sun terkedu."Macam mana awak boleh jadi macam ni?Awak betul-betul tak ada apa-apa ke?Apa yang doktor cakap pasal awak?Hah?"Kelihatan mata Hyo Sung mulai bergenang."Saya nak pergi tanya dengan doktor awak sekarang."Niat Hyo Sung terbantut apabila Chang Sun menarik tangannya sehingga membuatkan Hyo Sung terduduk di sebelahnya.
"Saya tak ada apa-apa,Hyo Sung..."
"Tapi..tapi..kepala awak..."
"Saya okey.Awak dengar tak?Saya okey.Saya betul-betul okey,"kata Chang Sun,cuba menenangkan Hyo Sung yang terlalu bimbang akan keadaannya itu.Chang Sun tersenyum nipis.Hatinya berasa tenang sekali dengan kehadiran Hyo Sung di situ."Saya okey."Sekali lagi,Chang Sun meyakinkan Hyo Sung.Pipi wanita itu diusapnya lembut.Hyo Sung tidak dapat menahan sebaknya lagi.Laju sahaja air matanya mengalir membasahi pipi gebunya itu.Chang Sun menyeka air mata Hyo Sung yang mengalir itu.
"Kenapa awak nangis ni?Kan saya dah cakap yang saya okey.Saya luka sikit je.Tak adalah sakit sangat pun,"kata Chang Sun,tersenyum.
"Saya risau sangat bila dengar yang awak accident,tahu tak?Macam-macam yang saya fikir pasal awak."Hyo Sung terus menangis.
"Mesti Du Jun yang cakap kat awak macam tu kan?Aish,dia ni memang nak kena ni.Berani dia buat awak risau macam ni."Chang Sun sengaja menyalahkan Du Jun walaupun dia tahu kebimbangan Hyo Sung itu ialah berpunca daripadanya sendiri.Chang Sun memandang ke arah Hyo Sung.
"Miane..."Ucap Chang Sun."Lepas ni,saya akan jaga diri saya baik-baik,okey?Saya takkan buat awak risau macam ni lagi,"kata Chang Sun.Chang Sun menyeka air mata Hyo Sung yang masih lagi mengalir itu.
"Comellah awak ni,Hyo Sung.Sayang juga awak kat saya ya,"kata Chang Sun,sengaja mengusik Hyo Sung.Hyo Sung akhirnya tersenyum.Chang Sun turut tersenyum.Perlahan-lahan,Chang Sun menarik Hyo Sung ke dalam pelukannya.
"Jeongmal miane.Saya betul-betul minta maaf sebab dah buat awak risau macam ni,"ucap Chang Sun.Hyo Sung menggeleng perlahan.
"Itu tak penting.Yang penting awak betul-betul tak ada apa-apa.Tu je yang saya nak,"kata Hyo Sung.Chang Sun tersenyum.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi pintu bilik itu ditolak dari luar.
"Opp..Hyo Sung?Apa yang kau buat kat sini?!"Hyo Sung segera melepaskan pelukan Chang Sun apabila melihat Chae Rin yang sedang berdiri di hadapan mereka itu.Chang Sun pula melepaskan keluhan.Sampai bila lagi dia harus menghadapi gangguan daripada wanita itu?
"Chang Sun,saya...saya balik dulu,"kata Hyo Sung,ingin beredar dari situ.Chang Sun pantas menarik tangan Hyo Sung.
"Awak nak pergi mana?Saya tak habis berbual lagi dengan awak,"kata Chang Sun,cuba menghalang niat Hyo Sung itu.Perlahan-lahan,Hyo Sung melepaskan tangan Chang Sun.Hyo Sung tersenyum nipis ke arah lelaki itu."Esok saya datang jumpa awak lagi ekh?Lagipun...saya ada hal sikit hari ni,"kata Hyo Sung.
"Awak janji yang awak akan datang sini lagi esok?Kalau tak,saya yang pergi jumpa awak,"kata Chang Sun,bersungguh-sungguh.Hyo Sung angguk sambil tersenyum.Hyo Sung kemudiannya beredar dari situ tanpa mempedulikan jelingan tajam Chae Rin terhadapnya.

"Hyo Sung!"Hyo Sung menoleh ke arah belakangnya apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.Kelihatan Chae Rin sedang berjalan ke arahnya.Apa pula yang mahu dilakukan oleh Chae Rin kali ini?Kelihatan Chae Rin tersenyum sinis ke arahnya.
"Bukan main kau peluk dengan oppa ye tadi?Tak sangka kau ni...ada skill juga nak buat oppa tergoda dengan kau kan?"Soal Chae Rin,mengejek.
"Kalau awak nak cakap pasal hal Chang Sun,baik awak lupakan.Saya tak ada masa nak bergaduh dengan awak pasal hal ni lagi,"kata Hyo Sung,berani.Chae Rin tertawa sinis.
"Wow...betul ke yang aku tengah cakap dengan Hyo Sung,si miskin ni?"Chae Rin memandang tajam ke arah Hyo Sung."Kau jangan ingat,yang kau boleh berlagak dengan aku bila oppa dah mula rapat dengan kau,okey?Tak ada maknanya.Kau ingat yang aku takkan berhenti untuk dapatkan balik apa yang kau dah rampas daripada aku ke hah?!"
"Apa yang saya dah rampas daripada awak?"Soal Hyo Sung.Chae Rin tertawa kecil.
"Hyo Sung...Hyo Sung...okeylah macam ni...apa yang kau rasa bila tengok keadaan oppa tadi?Tu baru je luka sikit.Macam mana kalau...dia...tak mungkin selamat selepas kemalangan tu?Agak-agak apa yang kau rasa?"Soal Chae Rin.Hyo Sung terkejut dengan kata-kata Chae Rin.
"Apa yang awak cakap ni?Takkanlah..."
"Yes.Aku yang langgar dia.Ops,bukan.Aku terlanggar dia.Miane,"kata Chae Rin,tersenyum mengejek.
"Apa?"Sungguh Hyo Sung tidak menyangka dengan rancangan Chae Rin itu.
"Awak yang langgar Chang Sun?"Sungguh Hyo Sung amat sukar untuk mempercayai kata-kata Chae Rin itu.Chae Rin mendekatkan wajahnya ,seperti ada sesuatu yang ingin dibisikkannya.
"Selama ni...apa yang aku nak...aku mesti dapat.Sama macam oppa.Aku nakkan dia..dan aku mesti dapatkan dia.Tapi...kalau aku tak dapat dia,orang lain pun takkan boleh dapat dia,"kata Chae Rin,sambil tersenyum sinis.Mata Hyo Sung terbuka luas.
"Ops,aku dah tercakap semuanya."Chae Rin tertawa.Chae Rin kemudiannya meninggalkan Hyo Sung di situ.Hyo Sung pula masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Chang Sun..."

 Lee Chang Sun
 Jeon Hyo Sung
 Hyuna as Chae Rin
Yoon Doo Joon

No comments:

Post a Comment