06 November, 2011

-Monalisa Page 46-

Byung Hee tidak langsung memandang ke arah ibunya yang sedang duduk di hadapannya itu.Secawan teh yang disediakan kepadanya itu pun langsung tidak disentuhnya.Puan Jung meletakkan cawannya di atas meja sambil memandang ke arah anak lelaki tunggalnya itu.
"Dah nak dekat tiga tahun lebih kita tak jumpa,kan?"Soal ibunya.Byung Hee terus membisu.Ternyata lelaki itu masih lagi enggan untuk bercakap dengan ibunya."Omma gembira bila tengok yang anak omma dah balik semula ke Seoul."Kata ibunya lagi.Byung Hee melepaskan keluhan kecil."Byung Hee sihat?"Soal Puan Jung.Byung Hee sekadar angguk perlahan.Puan Jung tersenyum kecil.Walaupun anak lelakinya itu masih lagi enggan untuk bercakap dengannya,namun dengan anggukan kepalanya saja sudah mampu menggembirakan hatinya.
"Omma tahu...yang Byung Hee masih lagi marah dengan omma.Tapi...Byung Hee pun tahukan...semua tu satu kemalangan.Omma sendiri tak sangka yang perkara tu akan terjadi,"kata Puan Jung.Byung Hee tetap membisu.Andai diikutkan hati,mahu saja dia melarikan diri dari situ.Namun,dia tahu usahanya itu akan menjadi sia-sia.Mustahil ibunya akan melepaskannya dengan mudah.Apatah lagi,dia masih dapat melihat pengawal peribadi ibunya sedang berjaga pada setiap pintu rumah agamnya itu.Huh,kawalan di istana keluarga Yang pun tak seteruk di rumah agamnya itu.Sekurang-kurangnya,di istana itu masih ada lagi ruang untuk bersendirian.Sebab itu,Byung Hee lebih selesa berada di situ walaupun kehadirannya di situ agak kurang disenangi oleh sepupunya,Seung Ho sendiri.
"Omma mengaku...yang omma tak suka tengok Byung Hee bersama dengan Nana dulu.Tapi,omma takkan tergamak nak menyebabkan kemalangan tu berlaku.Apatah lagi,yang Byung Hee pun turut berada dalam kereta tu."
"Kalau omma nak cakap pasal hal tu,saya rasa lebih baik omma lupakan saja.Saya tak ada masa nak dengar pasal hal yang dah lepas tu.Saya pun ada banyak kerja lagi ni,"kata Byung Hee,sedikit kasar.Tanpa menunggu kata-kata daripada Puan Jung,Byung Hee segera bangun dari tempat duduknya.
"Siapa perempuan yang bersama dengan kamu dalam kereta tadi?"Soalan mengejut daripada Puan Jung itu ternyata cukup membuatkan Byung Hee tersentak.Puan Jung memandang ke arah anak lelakinya yang sedang membelakanginya itu.
"Kamu jangan ingat...omma tak tahu menahu langsung mengenai perbuatan kamu di luar.Dan...kamu jangan ingat..yang omma akan berlembut hati dengan kamu walaupun selepas kejadian 3 tahun yang lalu,"kata Puan Jung.Byung Hee tersenyum sinis.
"Kenapa?Kali ni,apa yang omma nak buat pula?Nak bunuh saya sekali?"Soal Byung Hee,masih lagi enggan menoleh ke arah ibunya.Puan Jung terdiam.Kali ini,barulah Byung Hee menoleh ke arah ibunya.
"Saya mungkin dah boleh lupakan apa yang dah terjadi selama ni.Tapi...bila saya jumpa dengan omma...hati saya sakit.Kalau betul...omma tak suka dengan pilihan saya,omma tak patut buat macam tu.Omma tak patut suruh orang-orang omma intip kami,kejar kami,dan buat kami terlibat dalam kemalangan sehingga membuatkan Nana terbunuh!"Byung Hee melepaskan geramnya yang sudah tersimpan lama itu.Puan Jung tersenyum nipis.
"Jadi,kamu memang nak salahkan omma dalam hal ni?Hah?Kamu dah lupa siapa yang bawa kereta sewaktu hari kejadian tu?Siapa yang bawa kereta tu sehingga membuatkan Nana kamu tu terbunuh?Kamu dah lupa?"Soal Puan Jung.Byung Hee terdiam.
"Kalau diingatkan balik...kamu yang bawa kereta tu sehingga menyebabkan kemalangan tu berlaku,kan?"Soal Puan Jung lagi.Perlahan-lahan,dia melangkah mendekati ke arah anak lelakinya itu.
"Baiklah.Kalau betul kamu masih nak salahkan omma dalam hal ni,terserah.Tapi...kamu jangan ingat yang omma akan biarkan kamu dapat bersama dengan perempuan tadi dengan mudah.Omma ingatkan kamu...lebih baik kamu lupakan perempuan tu,sebelum nasib dia pun akan jadi sama macam Nana."Puan Jung kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan Byung Hee berseorangan di situ.Byung Hee menggenggam tangannya,geram.Oleh sebab terlalu geram,Byung Hee membaling cawan yang diletakkan di hadapannya itu ke lantai.

Joo Yeon segera membuka pintu rumahnya apabila terdengar bunyi loceng ditekan pada pintu rumahnya itu.Kelihatan wajah Byung Hee muncul di muka pintunya itu.
"Jio!"
"Awak tak apa-apa?"Soal Byung Hee,sambil memegang pipi kanan Joo Yeon.Joo Yeon tergamam seketika.
"Em...saya tak apa-apa.Awak?"Soal Joo Yeon.Byung Hee tidak segera menjawab pertanyaan Joo Yeon itu,sebaliknya dia terus memeluk tubuh Joo Yeon itu.
"Syukurlah yang awak tak apa-apa.Saya sangat risaukan awak tadi,"kata Byung Hee.
"Jio...kenapa dengan awak ni?"Soal Joo Yeon,hairan dengan sikap Byung Hee itu.Byung Hee mengeratkan lagi pelukannya.
"Jio..."
"Shh...izinkan saya untuk memeluk awak sekejap,Joo Yeon.Sekejap je..."Kata Byung Hee.Joo Yeon akhirnya membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya.Joo Yeon terkejut apabila telinganya dapat menangkap bunyi esakan daripada Byung Hee.Ternyata Byung Hee tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya.Joo Yeon memberanikan diri untuk mengusap lembut belakang Byung Hee yang sedang menangis itu.
"Jio...walaupun saya tak tahu apa sebab awak jadi macam ni,tapi...kalau dengan cara ni...boleh buat awak rasa lega...saya izinkan,"kata Joo Yeon.
"Miane..."Ucap Byung Hee,sebak.Sungguh lelaki itu kecewa dengan kejadian yang sudah berlaku siang tadi.Pertemuan dengan ibunya sudah membuatkan luka di hatinya kembali berdarah.Dan apa yang pasti...Joo Yeon mungkin akan terlibat di dalam konflik keluarganya yang tidak berkesudahan itu.Semuanya gara-gara kerana sikap tamak dan terlalu mementingkan darjat sehingga sanggup menggadaikan nyawa orang lain yang tidak langsung bersalah.

"Saya minta maaf sebab...tak dapat tunaikan janji saya pada awak hari ni,"ucap Byung Hee.Joo Yeon meletakkan secawan teh panas kepada Byung Hee sambil tersenyum nipis.
"Apa awak cakap ni?Tak apalah.Bukannya awak minta semua ni untuk terjadi pun kan?"Kata Joo Yeon,memahami."Dahlah.Awak minumlah dulu,Jio.Biar awak rasa tenang sedikit lepas dah minum teh ni,"kata Joo Yeon.Byung Hee mengambil cawan berisi teh panas itu.Byung Hee terkejut apabila melihat terdapat kelopak bunga kaila pada permukaan teh itu.Byung Hee meletakkan cawan itu di atas meja tanpa meneguknya.
"Eh,kenapa ni,Jio?Tak sedap ke?"Soal Joo Yeon.Joo Yeon kemudiannya melihat teh yang diletaknya di hadapan Byung Hee itu.
"Alamak...saya salah bagi teh kat awak.Miane...saya terbagi teh saya dekat awak.Biar saya buatkan yang baru ya?"Joo Yeon malu atas kesilapannya itu.Pasti sebab dia terlalu memikirkan sesuatu yang mengganggu fikiran Byung Hee ketika ini.
"Sebelum ni pun...awak pernah minum teh macam ni,kan?"Soal Byung Hee.Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee.
"Dulu pun...dia minum macam ni.Saya dah lama tak tengok teh yang ada bunga kaila macam ni.Tak sangka saya boleh jumpa lagi teh macam ni bila bersama dengan awak,Joo Yeon."Kata Byung Hee.Joo Yeon memandang ke arah tehnya itu.Dia yakin bahawa Byung Hee pasti sedang bercakap mengenai Nana,teman wanita pertamanya.
"Dia mesti sangat penting dalam hidup awakkan,Jio?Sebab...saya tengok awak...awak macam selalu cakap pasal dia.Bertuah dia dapat teman lelaki macam awak,"kata Joo Yeon.Byung Hee memandang ke arahnya.Joo Yeon turut memandang ke arah Byung Hee.Jantung Joo Yeon berdegup pantas apabila bertentang mata dengan Byung Hee itu.Perlahan-lahan,Byung Hee mendekatkan wajahnya ke arah wajah Joo Yeon.Dagu wanita itu dipegangnya lembut.Joo Yeon mula memejamkan matanya.Namun,entah mengapa tiba-tiba sahaja bayangan wajah Nana muncul di dalam fikirannya.Bagaikan terjaga dari lena,Joo Yeon segera memalingkan wajahnya daripada Byung Hee.Byung Hee terkejut dengan tindakan Joo Yeon itu.
"Miane...saya...saya tak boleh buat awak lupakan dia..."Kata Joo Yeon,sambil berdiri berura-ura mahu beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Byung Hee.Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee.Tanpa sempat Joo Yeon mengelak,Byung Hee mencium lembut bibirnya sambil memegang erat tangannya.Joo Yeon terkejut.Perlahan-lahan,Byung Hee menjauhkan wajahnya daripada Joo Yeon.Byung Hee mengusap kembut pipi Joo Yeon.
"Saya memang cintakan dia,Joo Yeon.Dialah cinta pertama saya yang membuatkan saya hilang arah tanpanya selama ni.Saya akui...hati saya dah tertutup untuk bercinta lagi selepas kehilangannya."Byung Hee tersenyum sambil mengusap lembut pipi Joo Yeon."Tapi...lepas saya dah jumpa awak...saya rasa hati saya tertarik untuk mengenali awak...untuk sentiasa dekat awak...apa yang penting...hati saya menjadi tenang bila saya bersama dengan awak,"kata Byung Hee."Kehadiran awak dalam hidup saya telah mengetuk hati saya untuk bercinta lagi,Joo Yeon,"kata Byung Hee.
"Tapi,Jio..."
"Saranghae..."

 Jung Byung Hee
Lee Joo Yeon
Kim Mi Sook as Puan Jung

No comments:

Post a Comment