06 November, 2011

-Monalisa Page 45-

Tumpuan Joo Yeon terhadap kerjanya terganggu apabila terdengar bunyi loceng yang ditekan pada pintu rumahnya.Joo Yeon melangkah ke arah pintu rumahnya sebelum melihat tetamu yang datang ke rumahnya itu melalui skrin kecil bersebelahan pintunya itu.Joo Yeon tergamam apabila melihat Byung Hee yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya itu.Apa yang Jio buat kat sini?Joo Yeon membetulkan sedikit rambutnya agar kelihatan kemas.Perlahan-lahan,Joo Yeon membuka pintu rumahnya sambil mengukir senyuman ke arah putera raja itu.
"Jio?"Byung Hee tersenyum manis ke arahnya.
"Hai,Joo Yeon.Sorry ganggu awak malam-malam ni,"kata Byung Hee.Joo Yeon menggeleng perlahan.
"It's okay.Em,ada apa ye awak datang ke rumah saya ni?"Soal Joo Yeon,ingin tahu.
"Awak sibuk tak malam ni?"Soal Byung Hee.Joo Yeon menoleh seketika ke arah kerja-kerjanya yang bersepah di atas meja itu."Em,kalau awak sibuk,it's okey.Saya pun tak nak kacau awak lama-lama,"kata Byung Hee,yang menyedari kesibukan wanita itu.Pasti wanita itu sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan sendiri olehnya itu.
"Eh,tak apa,Jio.Takkan saya nak halau awak pula,"kata Joo Yeon,tergelak kecil.Byung Hee tersenyum.
"Em,awak baru balik dari Icheon ke?"Soal Joo Yeon apabila menyedari Byung Hee yang berpakaian pejabat itu.
"Yup.Saya baru saja balik dari sana...and terus datang sini...sebab saya nak jumpa dengan awak,"kata Byung Hee.Joo Yeon terdiam apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
"Em...awak nak jumpa dengan saya?"Soalnya.Kelihatan Byung Hee angguk,mengiyakan kata-kata wanita itu.
"Yalah.Saya kan dah janji nak tebus kesalahan saya dekat awak sebelum saya pergi dulu.Awak ingat lagi tak?"Soal Byung Hee.Joo Yeon cuba mengingati kata-kata yang dimaksudkan oleh lelaki itu.Tidak lama selepas itu,Joo Yeon tersenyum kecil.
"Oh...kalau pasal tu,tak apalah,Jio.Bukannya awak sengaja pun.Perkara biasalah tu,"kata Joo Yeon.
"Tapi kalau saya still nak tebus juga,awak tak kisah kan?"Soal Byung Hee.Tanpa menunggu jawapan daripada Joo Yeon,Byung Hee segera menghulurkan sekuntum bunga kaila kepada Joo Yeon.Joo Yeon terkejut dengan huluran lelaki itu.
"Saya harap awak terima bunga ni daripada saya,"kata Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon mengambil bunga itu daripada Byung Hee.Byung Hee tersenyum lebar apabila Joo Yeon sudi menerima pemberiannya.
"Em,okeylah.Saya tak nak kacau awak lama-lama.Saya balik dululah okey?"Byung Hee meminta diri untuk pulang.Joo Yeon angguk.
"Awak rehatlah betul-betul ya,Jio.Awak mesti dah penat.Susah-susah je awak datang sini sebab nak bagi bunga ni kat saya,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum lagi.
"No problem.Saya balik dulu ya.Good night,"kata Byung Hee,sebelum beredar.Joo Yeon melambai ke arah lelaki itu.Joo Yeon menutup pintu rumahnya sebaik sahaja kelibat Byung Hee hilang dari pandangannya.Joo Yeon memerhati bunga kaila yang diberi oleh Byung Hee sebentar tadi.Joo Yeon tersenyum lebar apabila membaca sesuatu yang tertulis pada kelopak bunga kaila itu.

Saya tunggu awak kat bawah hari Sabtu ini pada pukul 9am,okey?^^


Joo Yeon mengukir senyuman manis kepada Byung Hee yang sedang menantinya di lobi apartmentnya itu.Byung Hee turut membalas senyumannya.
"Sorry sebab buat awak tunggu lama kat sini,"ucap Joo Yeon.Byung Hee melihat jam tangannya.
"Em...awak dah lewat 5 minit.Ni nak kena denda ni,"kata Byung Hee.
"Hah?Kena denda?Em...apa dia?"Soal Joo Yeon,mulai rasa tidak sedap hati.
"Dendanya..."Byung Hee kemudiannya membukakan pintu kereta mewahnya itu kepada Joo Yeon.
"Awak kena masuk ke dalam kereta ni."Joo Yeon tertawa kecil sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.
"Awak saja nak kenakan saya ye?"Soal Joo Yeon.Byung Hee tertawa kecil.
"Awak ingat saya ni tak pandai bergurau ke?Jom?"Balas Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon melangkah masuk ke dalam kereta mewah milik lelaki itu.


Joo Yeon menjadi kekok dan senyap sepanjang perjalanan ke suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti hala tujunya itu.Byung Hee yang menyedari perubahan sikap wanita yang duduk di sebelahnya itu turut berasa hairan.
"Joo Yeon?Awak okey?"Soal Byung Hee,sedikit bimbang.Joo Yeon menoleh ke arahnya.
"Em...tak ada apa-apa."
"Betul ke?Saya tengok...awak asyik diam je sejak dari tadi.Kalau awak tak sihat,saya boleh bawakan awak ke klinik."Kata Byung Hee.Joo Yeon tersenyum kecil ke arah lelaki itu.
"Saya okeylah,Jio.Saya cuma...kekok...malu..."Katanya,sambil tersenyum nipis.Byung Hee tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata wanita itu.
"Awak malu?Kita kan dah biasa keluar bersama.Apa lagi yang nak malu dengan saya,Joo Yeon?"Soal Byung Hee,ingin tahu.
"Tak kisahlah.Malulah juga.Lagipun sebelum ni,kita keluar pun atas urusan kerja...em..tu je,"kata Joo Yeon.
Byung Hee tersenyum nipis mendengar jawapan Joo Yeon itu.
"Ataupun...awak rasa tak selesa sebab...saya tak...drive kereta ni sendiri?"Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee."Yelah...kalau sebelum ni...kita naik kereta macam ni pun,waktu kita nak ke tapak projek.Bukan keluar macam ni,kan,"kata Byung Hee,kelihatan jelas riak wajah bersalahnya itu.
"J..J..Jio...apa awak cakap ni?Bukan tu maksud saya..."Tanpa di sedari oleh Joo Yeon,tangannya sudah pun memegang tangan Byung Hee.Byung Hee terkejut dengan tindakan wanita itu.Joo Yeon segera melepaskan tangannya.Byung Hee tersenyum.
"Saya tak kisah...kalau awak tak pandai drive kereta ni.Awak ingat saya ni...nampak macam kuat demand juga ke?"Soal Joo Yeon,tanpa menoleh ke arah Byung Hee.Masih lagi malu atas tindakannya sebentar tadi.Byung Hee tersenyum lagi.Sedikit rasa terhibur dengan perangai Joo Yeon yang dianggapnya lucu itu.Ternyata wanita itu begitu cepat menyesuaikan diri dengannya.Jika di pejabat,Joo Yeon lebih bersikap formal terhadapnya.Tetapi ketika di luar pejabat,hubungan mereka tak ubah seperti kawan rapat.
"Saya bukan tak pandai drive...saya cuma...tak boleh,"kata Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee."Awak tahukan...yang saya sangat minat dengan sukan lumba kereta?Kalau awak nak tahu...saya dulu sangat aktif dalam sukan tu.Tapi...atas suatu sebab...saya dah tak berani...nak bawa kereta lagi,"kata Byung Hee,tidak menceritakan kisah silamnya sepenuhnya.Joo Yeon mulai memikirkan mengenai gambar Nana yang dijumpainya di dalam pejabat lelaki itu.Apakah kata-kata Byung Hee itu ada kaitannya dengan Nana?
"Jio..."Byung Hee menoleh ke arah Joo Yeon.Joo Yeon memandang tetap ke arah anak matanya."Awak ksah tak kalau...awak ceritakan saja segalanya kepada saya?"Soalnya.Byung Hee tidak segera menjawab pertanyaan Joo Yeon itu.Kelihatan lelaki itu sedang memikirkan kata-kata Joo Yeon itu.Byung Hee turut membalas pandangan Joo Yeon itu.
"Saya..."Namun,belum sempat Byung Hee menceritakan rahsianya kepada Joo Yeon,tiba-tiba kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Byung Hee itu berhenti mendadak.Mujur Byung Hee sempat menahan Joo Yeon daripada terjatuh ke hadapan.
"Awak okey?"Soal Byung Hee,bimbang.Joo Yeon terkejut apabila jarak wajahnya dengan Byung Hee kelihatan begitu dekat sekali.Begitu juga dengan Byung Hee.Byung Hee segera menjauhkan wajahnya daripada Joo Yeon.Joo Yeon membetulkan sedikit rambutnya.Byung Hee pula berdehem berkali-kali.
"Maafkan saya,Tuan."Byung Hee memandang ke arah pemandunya.
"Kenapa tadi,Kyu?"Soal Byung Hee,ingin tahu.
"Ada dua buah kereta dah halang perjalanan kita,Tuan,"jawab pemandunya yang dikenali sebagai Kyu itu.Byung Hee memandang ke arah dua buah kereta yang berhenti di hadapan keretanya itu.Joo Yeon turut melihat ke arah yang sama.Kelihatan dua orang lelaki sedang menghampiri ke arah tempat duduk belakang kereta mewah Byung Hee itu.Perlahan-lahan,Byung Hee menurunkan cermin keretanya.Dia tidak menoleh ke arah dua orang lelaki itu.Ternyata Byung Hee sudah tahu identiti sebenar dua orang lelaki itu.
"Maafkan kami,Tuan Jung.Kali ni,Tuan dah tak boleh lari dari kami lagi,"kata salah seorang daripada dua orang lelaki itu.Mahu tak mahu,Byung Hee terpaksa akur pada permintaan dua orang lelaki itu.
"Jio."Joo Yeon mulai bimbang.
"Tak ada apa-apa.Awak duduk je baik-baik kat sini,okey?"Byung Hee berusaha meredakan keresahan Joo Yeon itu.Byung Hee keluar daripada keretanya.Byung Hee memandang ke arah kereta hitam yang baru sahaja berhenti di hadapan keretannya itu.Byung Hee terkejut sebaik sahaja melihat seseorang yang keluar dari tempat duduk belakang kereta hitam itu.
"Omma?"
Joo Yeon yang turut menyedari kehadiran seorang wanita turut tertanya-tanya identiti wanita itu.
"Habislah..."Joo Yeon menoleh ke arah pemandu kereta Byung Hee itu apabila terdengar keluhan lelaki itu.
"Kenapa ni,Encik?Siapa perempuan tu?"Soal Joo Yeon,ingin tahu.
"Ibu Tuan..."Jawab pemandu itu.Joo Yeon tergamam apabila mendengar jawapan lelaki itu.Benarkah wanita yang dilihatnya itu adalah ibu kepada Byung Hee?



No comments:

Post a Comment