03 October, 2011

-Monalisa Page 30-

“Awak ni kenapa ,Mir?Kan saya dah suruh awak siapkan soalan yang saya bagi dekat awak minggu lepas.Kenapa awak tak siapkan?”Soal Lizzy,apabila melihat kertas soalan yang diberinya seminggu yang lalu masih lagi bersih,tanpa jawapan.Mir tidak segera menjawab sebaliknya membuang pandangannya ke luar tingkap.Gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Mir?Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”Lizzy cuba mengulangi soalannya apabila langsung tidak mendapat respon daripada lelaki itu.Lizzy melepaskan keluhan berat.
“Saya rasa…awak macam ada masalah sekarang ni.Kalau awak rasa tak senang hari ni,kita boleh tangguhkan kelas dulu.Mungkin kita boleh ganti kelas untuk esok,”kata Lizzy,memahami.Mir tetap membisu.Lizzy pula perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya.”Saya…balik dululah.Jumpa awak esok,”kata Lizzy.
“Lizzy!”Langkah Lizzy terhenti apabila terdengar namanya dipanggil oleh Mir.Lizzy segera menoleh ke arah Mir.Kali ini,Mir turut menoleh ke arahnya.
“Saya nak minta tolong awak sikit,boleh tak?”Soal Mir.Perlahan-lahan,Lizzy mengangguk.Mir mengukir senyuman nipis ke arahnya.

“Argh!!!!!!”Lizzy menjerit sekuat hati apabila menaiki roller coster yang meluncur laju itu.Mir pula ketawa sepuas hatinya.Lizzy hanya mampu menutup matanya kerana tidak berani untuk melihat dirinya yang sedang terapung di udara itu.Sekejap dia merasa kepalanya di bawah dan kakinya di atas.Sekejap lagi dia berasa roller coster itu meluncur laju ke bawah.
“Bila nak habis ni?”Hatinya berbisik.Sungguh,Lizzy tidak dapat menahan rasa takutnya lagi.Tidak lama selapas itu,barulah Lizzy berani untuk membukakan matanya apabila merasakan pergerakan roller coster itu semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
“Pergh!Seronok gila!”Mir menjerit sepuas hatinya sambil diikuti dengan gelak tawanya.”Seronokkan Lizzy?Rasa macam terbang kat udara je tadi,”kata Mir,masih lagi dengan tawanya yang bersisa itu.Mir kemudiannya menoleh kea rah Lizzy apabila mendapati wanita itu tidak memberi respon terhadap pertanyaannya sebentar tadi.Mata Mir membulat apabila melihat kea rah Lizzy yang sedang memeluk tubuh itu.Mir menyentuh bahu wanita itu sambil menggerakkannya perlahan.
“Lizzy,awak okey tak?”Soal Mir,sedikit bimbang.Lizzy memandang ke arahnya tanpa sebarang kata.”Kenapa awak tak cakap dengan saya yang awak takut naik roller coster ni tadi?”Soal Mir lagi.Sekali lagi,Lizzy tidak menjawab pertanyaan Mir.Entah mengapa,mulutnya terasa berat untuk berkata-kata.
“Kalau saya tahu yang awak takut,tak adalah saya dengan kejamnya nak ajak awak naik benda ni.Em..awak boleh bangun tak ni?Kita pergi minum-minum dulu,”kata Mir,cuba mengajak Lizzy untuk beredar.Lizzy cuba bangun secara perlahan-lahan.Kelihatan kakinya menggigil sebaik sahaja dia berdiri.Timbul pula rasa bersalah dalam benak putera raja itu apabila melihat keadaan Lizzy yang masih lagi dalam ketakutan itu.Mir kemudiannya mencapai tangan Lizzy dengan niat untuk mengurangkan sedikit perasaan takut wanita itu.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Miane…tak sangka pula yang awak takut naik roller coster tadi.Lain kali,saya tak ajak awak naik lagi,okey?”Mir memandang kea rah wajah Lizzy yang masih ketara ketakutannya itu.Perlahan-lahan,Lizzy mengangguk.Mir tersenyum manis.
“Okey,kita pergi minum-minum dulu nak.Bila awak dah okey sikit,baru kita sambung jalan-jalan lagi,”cadang Mir.
“S..saya dah okey.Kalau awak nak jalan-jalan sekarang pun tak apa.Awak…awak tak perlu kisahkan pasal saya,”kata Lizzy,sambil melepaskan genggaman Mir itu.Lizzy kemudiannya mengukir senyuman nipis ke arah Mir.”Jomlah,kita jalan-jalan.Awak kata nak pergi jalan-jalan kan?”Soal Lizzy.
“Betul ke yang awak tak ada apa-apa ni?Kalau awak pengsan kat tengah jalan,saya tak larat nak angkat awak,”kata Mir,seraya bergurau.Lizzy tertawa kecil.
“Ya,saya dah okey,”kata Lizzy.Mir kemudiannya mengukir senyuman manis.
“Tapi,saya tetap nak belanja awak minum sebab buat awak rasa tak selesa dekat roller coster tadi.Boleh kan?”Soal Mir.Perlahan-lahan,Lizzy angguk.
Mir tidak bercakap walau sepatah pun sepanjang mereka berjalan-jalan di taman tema itu.Lizzy yang berjalan di sebelahnya itu turut berasa sedikit hairan dengan perubahan sikap Mir yang tidak pernah dilihatnya itu.Kelihatannya,lelaki itu sedang menyembunyikan sesuatu yang hanya diketahui olehnya.Ajakan Mir ke taman tema itu juga masih menjadi tanda tanyanya.Ingin ditanya puncanya,namun Lizzy tidak berani.Bimbang dianggap menyibuk pula.
“Saya minta maaf sebab saya ganggu waktu awak hari ni,”kata Mir,tiba-tiba.Lizzy yang sedang asyik memikirkan mengenai perubahan sikap lelaki itu turut tersentak.Lizzy menoleh kea rah lelaki itu.Kelihatan lelaki itu melepaskan nafas berat.Mir kemudiannya menghentikan ayunan kakinya.Lizzy turut berbuat demikian.”Sebenarnya saya dah lama tak datang ke sini.Kali terakhir saya datang sini pun…waktu umur saya 14 tahun,”kata Mir.Lizzy sekadar mendengar.”Dulu…saya selalu juga datang sini dengan…dengan noona.Noona yang rajin temankan saya ke sini.Sampaikan…sepupu saya sendiri cemburu sebab noona rajin sangat temankan saya.Macam saya nila adik dia yang betul,”kata Mir lagi sambil tersenyum.Namun,senyumannya mengendur tidak lama selepas itu.”Mungkin…sebab tulah dia tak sedar perasaan sebenar saya terhadap dia…Mungkin itulah sebabnya…”Suaranya kian perlahan.Hati Lizzy tersentuh apabila melihat wajah Mir yang berubah riak itu.
“Saya rasa awak kenalah luahkan perasaan sebenar awak terhadap dia.Macam mana dia nak tahu kalau awak tak luahkan perasaan awak tu dekat dia,”kata Lizzy,tanpa disedarinya.Mir menoleh ke arahnya.Lizzy segera menutup mulutnya apabila menyedari kelancangan mulutnya itu.”Miane…saya tak sengaja nak masuk campur hal awak,”kata Lizzy,berulang kali meminta maaf.Mir mengukir senyuman nipis.
“Cinta saya dah kena tolak…sebelum sempat saya meluahkannya.”Lizzy terkejut dengan kata-kata Mir itu.Mir kemudiannya tertawa kecil.”Awak tak rasa cerita saya ni…kelakar ke?Mesti awak fikir saya ni macam budak-budakkan?Kalau orang dah tak nak tu,buat apalah saya nak terhegeh-hegeh lagi.Sepatutnya saya cari yang lain je,betul tak?”Soal Mir.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.Namun,Mir lekas-lekas mengesat air matanya yang baru sahaja menitis itu.Dia cuba mengukir senyuman.
“Ish,kenapa dengan saya ni?Benda macam ni pun nak fikir teruk-teruk,”kata Mir.”Lupakanlah…saya rasa nak sambung main lagilah.Jom kita masuk rumah hantu pula nak?”Soal Mir sambil menoleh ke arah Lizzy.Senyumannya mengendur apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya itu dipeluk oleh Lizzy.
“Lizzy?”
“Saya faham perasaan awak.Saya faham sangat-sangat…”Telinga Mir dapat menangkap jelas nada suara Lizzy yang berubah sebak itu.Lizzy mengeratkan lagi pelukannya.”Sebab…saya pun alami perkara yang sama macam awak…Cinta saya juga ditolak sebelum saya sempat meluahkannya,”kata Lizzy,sebak.Perlahan-lahan,Lizzy melepaskan pelukannya sambil mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Lizzy kemudiannya mengukir senyuman nipis.
“Saya rasa..tak salah kalau awak cuba untuk luahkan perasaan awak dekat dia.Macam mana kalau selama ni pun dia sebenarnya menyimpan perasaan yang sama dekat awak,cuma dia je yang malu nak mengaku dekat awak?”Kata Lizzy.
“Kalau macam tu…awak pun kena buat macam tulah,”kata Mir pula.Lizzy terdiam.Mir tersenyum ke arahnya.”Awak pun kena luahkan perasaan awak tu dekat dia.Manalah tahu,apa yang awak nampak selama ni…hanya salah faham je.Betul tak?”Soal Mir pula.Lizzy terkejut apabila tiba-tiba sahaja Mir mendakap tubuhnya yang kecil itu.
“Gomawo…saya rasa…hati saya lega sikit bila saya dah luahkan masalah saya walaupun secara tak sengaja.Saya rasa…tindakan saya untuk berkongsi masalah dengan awak…adalah tepat,”kata Mir.
“Tapi…awak kan ada sepupu yang lebih rapat dengan awak?Lagipun,saya tak tolong apa-apa,sebab saya pun…ada masalah yang sama macam awak,”kata Lizzy.Mir tersenyum.
“Saya rasa sangat selesa bila bersama dengan awak,Lizzy.”Mata Lizzy terbuntang luas apabila mendengar pengakuan Mir itu.Mir kemudiannya melepaskan pelukannya sambil memandang wajah manis Lizzy itu.
“Macam manalah lelaki tu boleh tolak cinta awak sedangkan awak dah comel macam ni?”Soal Mir,sambil mencubit lembut pipi Lizzy.Lizzy mengusap pipinya yang dicubit oleh Mir itu.Mir kemudiannya memaut bahu Lizzy.
“Disebabkan kita ada masalah yang sama,jadi,marilah kita selesaikannya dengan cara yang sama,”kata Mir.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Cara yang sama?”Soal Lizzy,tidak mengerti.Mir tersenyum nakal.Dia kemudiannya menunjukkan sesuatu kepada Lizzy.Lizzy terkejut apabila melihat tangan Mir yang menghala ke arah rumah hantu yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri itu.Tanpa menunggu kata putus daripada Lizzy,dengan pantasnya Mir menarik tangan wanita itu menuju ke tempat yang dimaksudkannya tadi.
“Mir!”




No comments:

Post a Comment