11 October, 2011

-Monalisa Page 33-

Seung Ho menguap sebaik sahaja keluar dari perut keretanya itu.Seketika,dia melihat jam tangannya.Ternyata malam sudah kian larut.Patutlah terasa berat sahaja matanya ketika itu.Kalau disorongkan bantal yang berganda-ganda empuknya ketika itu,pasti sudah lama dia terlena walaupun tubuhnya terbaring di atas rumput.Seung Ho mulai melangkah masuk ke dalam ruang tamu istana milik keluarganya itu.
"Tuan!"Seung Ho menoleh apabila terdengar namanya yang dipanggil oleh pembantu istana itu.Kelihatan pembantu istana itu tercungap-cungap,seperti baru selepas berlari.
"Kenapa awak tercungap-cungap ni?"Soal Seung Ho,hairan.Pembantu istana itu mengurut-urut dadanya yang sesak itu.
"Cik Hyo Young..."Mata Seung Ho membulat apabila mendengar nama Hyo Young yang meniti di bibir pembantu istana itu.
"Kenapa dengan Hyo Young?"

Seung Ho terkejut apabila melihat keadaan Hyo Young yang terbaring lesu di atas katil dengan dahinya yang berbalut itu.Perlahan-lahan,Seung Ho melangkah mendekati ke arah Hyo Young yang masih belum sedarkan diri itu.
"Cik Hyo Young terjatuh dari tangga tadi.Maafkan kami,Tuan sebab kami tak tengok Cik Hyo Young betul-betul.."
Seung Ho melepaskan keluhan berat apabila mengingatkan kembali kata-kata pembantu istananya sebentar tadi.Wajah lesu Hyo Young itu ditatapnya.
"Apa lagilah yang kau buat kali ni,hah?Tak boleh ke kalau kau jaga diri tu elok-elok sikit,"kata Seung Ho,perlahan.Seung Ho kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi.Wajah itu diperhatinya lagi.Dahi Hyo Young yang berbalut itu disentuhnya perlahan.
"Nasib baik doktor kata luka tak teruk sangat.Kalau teruk,macam mana?Apa yang aku nak jawab dengan nenek kau kalau ada apa-apa terjadi dekat kau?"Soal Seung Ho.Hyo Young masih lagi membisu.
"Aku dah janji dengan nenek kau..yang aku akan jaga kau baik-baik kat sini.Kalau nenek kau tahu apa yang terjadi dekat kau sekarang ni,mesti dia sedih.Fikirkanlah sikit pasal nenek kau.Dia sayang sangat dekat kau...dan aku yakin...kau pun tahu pasal tu.Lain kali,hati-hati sikit,"kata Seung Ho lagi.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.
"Lagipun aku dah banyak kali cakap dengan kau kan...yang aku tak perlu sambutan hari jadi semua ni.Sekarang..kau pula yang yang sakit."Sekali lagi,Seung Ho menyentuh dahi Hyo Young itu.Namun,perlakuannya terhenti apabila menyedari Hyo Young yang mulai sedar itu.Pandangan mata mereka bertembung antara satu sama lain.Seung Ho segera menarik semula tangannya daripada terus menyentuh dahi Hyo Young yang berbalut itu.Seung Ho menahan malunya.Hyo Young bangun dari pembaringannya apabila melihat Seung Ho yang berada di hadapannya itu.
"Seung Ho..."Hyo Young benar-benar terkejut dengan kehadiran Seung Ho di situ.Tangannya segera diletakkan pada dahinya yang berbalut itu.Kedengaran dia mengaduh kesakitan.
"Ish,dah tahu sakit tu janganlah sentuh."Seung Ho memegang tangan Hyo Young itu sambil memarahinya.Menyedari pandangan Hyo Young terhadapnya itu,Seung Ho melepaskan tangannya.
"Kau ingat tak macam mana kau boleh terjatuh ni?"Soal Seung Ho.Hyo Young terdiam sejenak.Cuba memikirkan kembali kejadian yang berlaku terhadapnya sebelum ini.Tidak lama selepas itu,Hyo Young mengukir senyuman nipis ke arah Seung Ho.
"Miane...saya tahu yang saya dah susahkan ramai orang hari ni.Sepatutnya saya lebih berhati-hati masa turun tangga tadi,"kata Hyo Young.Seung Ho membisu.Kedengaran Hyo Young melepaskan keluhan berat.
"Tak jadilah pula surprise party yang saya nak buat ni.Habis semua plan yang saya dah buat,"kata Hyo Young,kecewa.
"Apa yang tak jadi pula?Aku dah cukup terkejut bila tahu yang kau cedera tahu tak?"Balas Seung Ho sambil memandang tajam ke arah Hyo Young.Hyo Young sekadar tersengih.
"Miane...saya tak sengaja nak buat awak risau macam ni,"kata Hyo Young.Seung Ho tertawa kecil.
"Risau?Kau jangan nak perasanlah.Aku risau pasal nak jawab apa dengan omma je kalau dia tahu pasal benda ni.Lain kali,hati-hati sikit.Apalah kau ni,macam budak-budak je,"balas Seung Ho.Riak wajah Hyo Young mulai berubah.Sedikit tersinggung dengan kata-kata Seung Ho itu.Seung Ho yang menyedari keterlanjuran kata-katanya itu mulai berasa tidak senang dengan perubahan riak wajah Hyo Young itu.Seung Ho berdiri dari tempat duduknya sambil membetulkan bajunya itu.Kedengaran dia berdehem beberapa kali.Hyo Young pula menundukkan wajahnya,masih tersinggung dengan kata-kata Seung Ho sebentar tadi.
"Hyo Young."Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh lelaki itu.
"Kata nak sambut sangat birthday aku.Cepatlah..."Seung Ho melihat jam tangannya."Em,tinggal lagi setengah jam je sebelum pukul 12..."Seung Ho kemudiannya memandang ke arah Hyo Young.Kelihatan Hyo Young masih lagi membatu di atas katil itu.Perlahan-lahan,Seung Ho mendekati ke arahnya sambil mencapai tangan wanita itu.Hyo Young terkejut dengan perlakuan lelaki itu.
"Jom..."Seung Ho menarik tangan Hyo Young,meninggalkan bilik tidur wanita itu.


Seung Ho menyembunyikan senyuman terharunya apabila melihat persiapan majlis hari jadinya yang dirancang oleh tunangnya itu.Walaupun tidak siap sepenuhnya atas sebab kemalangan kecil yang menimpa wanita itu,hati Seung Ho sudah cukup terharu dengan kejutan daripada wanita itu.
"Em...sebenarnya tak siap lagi.Em...awak masuk tidur jelah.Lagipun awakkan tak kisah kalau tak sambut birthday awak?"Hyo Young cuba mengemas semula barang-barang yang sudah diaturnya itu khas untuk sambutan hari jadi putera raja yang dicintai dalam diamnya itu.Perlakuannya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Seung Ho.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.
"Kau kan sakit?Kalau dah tak ada mood nak sambut birthday aku pun,biarlah pembantu istana yang kemaskan.Jagalah standard tu sikit,"kata Seung Ho,sambil meletakkan semula gelas yang dipegang oleh Hyo Young itu."Kau duduk sini,"kata Seung Ho sambil menarik kerusi untuk Hyo Young."Duduklah."Sekali lagi Seung Ho mengulangi kata-katanya apabila melihat Hyo Young yang masih berdiri di situ.Seung Ho kemudiannya melabuhkan punggung di hadapan Hyo Young apabila wanita itu sudah pun mengambil tempatnya.
"Mana kek?"Soal Seung Ho.
"Hah?"Hyo Young seolah-olah baru tersedar dari mimpinya yang baru singgah seketika itu.
"Kek?Kau tak sediakan kek untuk hari jadi aku ke?"Soal Seung Ho lagi.Hyo Young tersenyum nipis.
"Em...sebenarnya...kek tu dah terjatuh waktu saya jatuh tangga tadi...Jadi..."Hyo Young memberanikan diri untuk memandang ke arah Seung Ho.Kelihatan Seung Ho turut memandang ke arahnya,menanti penjelasan daripadanya."Miane..."Hyo Young menundukkan wajahnya sambil mengetuk kepalanya perlahan.
"Aish,kepala kau kan sakit tu!"Seung Ho menghalang Hyo Young daripada terus memukul kepalanya itu.
"Gwenchana...tak penting pun kek tu.Yang penting...kau tak ada apa-apa,"kata Seung Ho,tanpa memandang ke arah Hyo Young.Sebaliknya,dia lebih selesa memandang ke arah kolam renang istananya itu.Hyo Young tersenyum saat mendengar kata-kata Seung Ho itu.
"Gomawo..."Ucap Hyo Young,malu.Seung Ho menyembunyikan senyumannya.
"Kau tahu tak kenapa aku tak suka sambut hari jadi aku?"Soal Seung Ho,tiba-tiba.Hyo Young memandang ke arahnya.Tidak pula dia menjawab pertanyaan lelaki itu."Aku kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup aku sewaktu hari jadi aku yang ke-12.Seseorang yang sangat rapat dengan aku...yang sangat memahami aku..."Seung Ho mulai bercerita.Kelihatan lelaki itu mengukir senyuman nipis."Di saat orang lain sambut hari jadi dengan gembira...aku pula harus bersedih atas kehilangan appa..."Hyo Young terkejut saat mendengar kata-kata lelaki itu.Sungguh dia tidak mengetahui perihal kematian ayahanda Seung Ho yang berlaku ketika hari jadi Seung Ho yang ke-12."Oleh sebab tu...aku sangat bencikan dia...kalau bukan sebab dia...appa masih lagi boleh bersama dengan aku,"kata Seung Ho,menahan amarahnya.Suasana menjadi senyap seketika.Hanya kedengaran desiran angin malam yang amat mendamaikan itu.Seung Ho bangun dari tempat duduknya.
"Dah nak pukul 12 ni...aku masuk tidur dululah...Aku dah penat ni,"kata Seung Ho,berniat untuk beredar dari situ.Namun,niatnya terbantut apabila merasakan tubuhnya dipeluk oleh Hyo Young dari belakang.Seung Ho terkaku di situ.Hyo Young mengeratkan lagi pelukannya.
"Tinggal lagi 5 minit sebelum hari jadi awak berakhir...izinkan saya untuk memeluk awak selama lima minit ni,boleh?"Soal Hyo Young.Seung Ho tidak membalas apa-apa.Hyo Young memperkemas pelukannya terhadap lelaki itu.
"Saya faham perasaan awak,Seung Ho.Saya faham sangat keperitan yang awak alami bila awak kehilangan appa awak yang amat penting dalam hidup awak.Saya pun sama macam awak...Saya pun kehilangan kedua-dua orang tua saya...Tapi...saya harap sangat...berilah Jio oppa peluang untuk membetulkan keadaan...sampai bila awak nak berdendam dengan Jio oppa?Satu masa nanti,awak akan perlukan Jio oppa juga...Lagipun,Jio oppa sangat sangat nak berbaik dengan awak,Seung Ho,"kata Hyo Young.Seung Ho melepaskan keluhan berat.Perlahan-lahan,dia melepaskan pelukan Hyo Young.Hyo Young terkejut.
"Ini kali terakhir aku izinkan kau sambut birthday aku.Lepas ni,tak payah susah-susah lagi.Semua ni dah tak perlu,"kata Seung Ho.Langkah Seung Ho terhenti apabila Hyo Young mencium bibirnya secara mengejut.Matanya terbuntang luas.Tidak lama selepas itu,Hyo Young menjarakkan wajahnya daripada Seung Ho.Seung Ho masih lagi terkejut dengan tindakan wanita itu.
"Itu...hadiah pertama dari saya untuk hari jadi awak yang terakhir ni..."Hyo Young memandang ke arah Seung Ho."Saegil chukae..."Hyo Young terus beredar dari situ,meninggalkan Seung Ho berseorangan.




No comments:

Post a Comment