29 October, 2011

-Monalisa Page 38-

Byung Hee mula mengemas barang-barangnya,sebelum bergerak ke tapak projek pembinaannya di Icheon.Kelihatan riak wajahnya sedikit gelisah,seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini.Tangannya pantas membelek-belek segala dokumen yang tersusun di atas mejanya itu.Seketika dia mengeluh,seketika dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Aish,mana pula aku letak fail tu?"Soalnya sendiri.Seingatnya dia sudah menyimpannya dengan rapi sekali.Bunyi deringan telefon bimbitnya mulai mengganggu tumpuannya.
"Saya datang nanti."Pantas sahaja Byung Hee menamatkan panggilan daripada Penasihat Kim itu."Mana ni?Oh Jio,sejak bila pula kau jadi kalut macam ni?"Ngomelnya,memarahi dirinya sendiri atas kelalaiannya itu.Byung Hee kemudiannya mengarahkan setiausahanya untuk masuk ke dalam.
"Ya Tuan?Ada apa yang boleh saya bantu?"Soal setiausahanya itu,hairan melihat Byung Hee yang kelam kabut mencari sesuatu di dalam biliknya itu.Pantas setiausahanya melangkah mendekati presidennya itu,membantu mengemas semula fail-fail yang berselerak di atas meja presidennya itu.
"Awak ada pegang fail untuk projek kat Icheon ke?"Soal Byung Hee,tanpa langsung memandang ke arah setiausahanya itu.Setiausahanya itu berhenti seketika daripada meneruskan perbuatannya itu.
"Fail projek Icheon?Em...saya rasa saya dah pulangkan balik fail tu dekat Tuan dalam dua hari yang lepas.Kenapa,Tuan?Hilang ke?"Soal setiausahanya pula.Kedengaran Byung Hee melepaskan keluhan kecil.
"Yeke?Aduh...macam manalah saya boleh hilangkan benda penting tu..."Keluhnya.
"Tak apa,Tuan.Saya boleh carikan dulu fail tu.Tuan pun nak cepat ni kan?Kalau saya dah jumpa...saya boleh tolong hantarkan fail tu dekat tuan.Bolehkan Tuan?"Soal setiausaha itu."Tuan?"Setiausahanya menoleh ke arah Byung Hee apabila mendapati Byung Hee tidak menjawab pertanyaannya itu."Tuan,kenapa ni?"Setiausahanya mulai panik apabila melihat muka Byung Hee yang kelihatan sedikit pucat dan berpeluh itu.Kelihatan lelaki itu berundur beberapa tapak ke belakang.
"Tuan?"
"T...T..Tolong...bu..buangkan benda tu..."Tergagap-gagap Byung Hee menyusun kata sambil menunjukkan ke suatu arah.Perlahan-lahan,setiausahanya cuba melihat sesuatu yang ditunjukkan oleh Byung Hee itu.
"Lipas?"
"Buanglah cepat!Saya tak suka benda tu ada kat dalam bilik saya ni!"Byung Hee mulai meninggikan suaranya.Sungguh setiausahanya terkejut dengan perubahan lakunya yang belum pernah dilihatnya itu sepanjang dia berkhidmat dengan lelaki itu.
"Tap..tapi...Tuan...S..saya pun tak berani..."Balas setiausahanya,takut-takut.
"Panggilkan sesiapa yang boleh tolong buangkan."Pantas sahaja Byung Hee mengeluarkan arahannya.Kelam kabut setiausaha itu melangkah keluar dari bilik lelaki itu.


Tidak lama selepas itu,kelihatan Joo Yeon melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.Joo Yeon hairan apabila melihat Byung Hee yang sedang berdiri di suatu sudut jauh dari mejanya itu.
"Tuan?"
"Tolong buangkan lipas tu sekarang!"Joo Yeon terkejut dengan nada suara Byung Hee yang sedikit tinggi daripada kebiasaannya itu.Pantas sahaja Joo Yeon mencari lipas yang dimaksudkan oleh Byung Hee itu.Sebaik sahaja menjumpai lipas yang sedang merayap di bawah meja Byung Hee itu,pantas sahaja Joo Yeon memukulnya dengan surat khabar yang dicapainya dari atas meja lelaki itu.Byung Hee melepaskan nafas lega sebaik sahaja melihat Joo Yeon membawa keluar bangkai lipas dari biliknya itu.Lelaki itu mulai bersandar pada sofanya.Sungguh dia berasa lega ketika itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan Joo Yeon masuk semula ke dalam biliknya dengan membawakan segelas air suam sebelum meletakkannya di atas meja.
"Minum dulu,Tuan,"kata Joo Yeon,sedikit bimbang melihat keadaan Byung Hee yang berserabut itu.
"Miane..."Balas Byung Hee,selepas melepaskan nafas panjang.Riak wajah bimbang Joo Yeon itu diperhatikannya."Miane...saya dah banyak susahkan awak."Joo Yeon tersenyum kecil sebaik sahaja mendengar Byung Hee mengucapkan kata-kata maaf kepadanya.
"Tak apa,Tuan.Perkara kecil je tadi,"balas Joo Yeon.Byung Hee tersenyum nipis.Wajah manis Joo Yeon itu diperhatikannya lagi.
"Kalau awak nak gelak,gelaklah.Saya tahu...benda ni sangat kelakar.Ha~saya ni betul-betul lelaki yang teruk."Keluh Byung Hee lagi.Joo Yeon tersenyum lagi.
"Tak apalah,Tuan.Bukannya tuan seorang je yang takutkan lipas,ramai lagi lelaki yang takutkan lipas.Em...Tuan dah okey ke sekarang ni?"Soal Joo Yeon,prihatin.Byung Hee angguk sambil tersenyum.
"Gomawo.Saya tak tahulah apa akan jadi kalau awak tak tolong saya tadi,"kata Byung Hee.Joo Yeon tersenyum.Perbualan mereka terganggu seketika apabila pintu bilik Byung Hee itu ditolak dari luar.Kelihatan wajah setiausahanya muncul di muka pintu.
"Tuan,tuan tak ada apa-apa?"Soalnya.Byung Hee menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman yang begitu manis sekali.
"Chuwesuhamnida...saya tak sengaja marah awak tadi.Em...nanti saya belanja awak makan sebagai tanda maaf saya,okey?"Kata Byung Hee.
"Tak apa,Tuan.Saya pun nak minta maaf sebab saya tak dapat nak tolong tuan tadi.Nasib baik saya jumpa Joo Yeon.Kalau tak...saya tak tahu apa akan jadi.Chuwesuhamnida."Setiausahanya itu menundukkan sedikit badannya."Em,tuan?"
"Ya?"
"Tuan dah jumpa fail tu?"Soalan setiausahanya itu benar-benar mengejutkan Byung Hee.Sungguh dia terlupa akan fail itu untuk seketika.Byung Hee segera bangun dari tempat duduknya,menyambung semula cariannya.Joo Yeon turut mengekori Byung Hee dari belakang.Setiausahanya pula beredar dari bilik itu,cuba mencari fail itu di luar.
"Tuan nak saya carikan fail apa tuan?"Soal Joo Yeon.
"Boleh tak awak tolong carikan fail projek kat Icheon tu?Saya rasa saya dah salah letak fail tu kat mana-mana.Saya pun tak tahu macam mana saya boleh careless macam ni,"ngomel Byung Hee.Joo Yeon tersenyum kecil.Sungguh ini adalah kali pertama dia melihat Byung Hee dalam keadaan kalut dan kelam kabut,tidak seperti lazimnya.Comel pula apabila dilihatnya seorang lelaki yang sering kelihatan hebat dan berkarisma itu berubah menjadi seorang yang kelam kabut dan resah gelisah.
"Tuan,nak saya carikan fail tu kat dalam rak?Mungkin tuan ada tersimpan fail tu kat dalam rak ke?"Soal Joo Yeon.Byung Hee memandang ke arah rak bukunya itu.
"Saya rasa...saya jarang simpan fail kat dalam tu..tak apalah.Awak cari sajalah ye,"kata Byung Hee,sebelum menyambung semula cariannya.Joo Yeon mulai menolak sedikit susunan buku-buku di dalam rak itu,untuk mencari fail yang dimaksudkan oleh presidennya itu.Tanpa disengajakannya,sekeping gambar terjatuh dari susunan buku-buku yang diusiknya itu.Cepat-cepat Joo Yeon mengambil semula gambar itu untuk disimpannya semula di antara susunan buku-buku itu.Namun,perbuatannya terbantut apabila matanya tertangkap pada tulisan tangan yang tertera pada belakang gambar itu


My Monalisa


Matanya terbuka luas apabila melihat imej yang tertera pada gambar itu.Benarkah apa yang dilihatnya itu?Entah mengapa,jantungnya berdegup begitu pantas ketika itu.Apakah perasaannya yang dirasainya ketika ini?Terkejutkah?Marahkah?Sedihkah?
"Awak dah jumpa ke fail tu,Joo Yeon?"Soalan Byung Hee itu segera mematikan lamunan Joo Yeon itu.Kelam kabut Joo Yeon menyimpan semula gambar itu.
"Joo Yeon?"
"Em,tak ada,Tuan."Balas Joo Yeon,cuba berlagak biasa.Perbualan mereka terganggu seketika apabila terdengar ketukan pada pintu bilik lelaki itu.Tanpa menunggu arahan daripada Byung Hee,pantas sahaja pintu bilik itu ditolak dari luar.Kelihatan wajah Penasihat Kim muncul di muka pintu.Joo Yeon terkejut apabila bertembung mata dengan lelaki itu.Begitu juga dengan Penasihat Kim.
"Kenapa Joo Yeon ada kat sini dengan Tuan?"Bisik hatinya.
"Kenapa,Penasihat Kim?"Soal Byung Hee.Segera Penasihat Kim mengalihkan pandangannya daripada Joo Yeon.
"Maaf,Tuan.Tapi kita dah lewat sangat ni,"kata Penasihat Kim."Em...Tuan ada masalah ke?"Soal Penasihat Kim sebaik sahaja melihat ruang bilik Byung Hee yang bersepah itu.
"Saya tengah cari fail projek Icheon tu.Saya tak tahu mana saya letak fail tu,"kata Byung Hee.
"Fail yang berwarna biru tu kan?"Soal Penasihat Kim.Segera Byung Hee menoleh ke arah Penasihat Kim.
"Awak ada nampak ke fail saya tu?"Soal Byung Hee,sedikit terkejut.
"Ada dalam kereta,Tuan.Semalam tuan ada letak fail tu dalam kereta.Rasanya tuan lupa nak ambil semula fail tu,"kata Penasihat Kim.Sebaik sahaja mendengar kata-kata Penasihat Kim itu,Byung Hee menepuk dahinya.
"Aduh,macam mana saya boleh terlupa ni?Okey,okey...thanks.Kita gerak sekarang,"kata Byung Hee,sambil mengambil kotnya yang tergantung rapi pada kerusinya.Byung Hee kemudiannya mengukir senyuman ke arah Joo Yeon.Malu atas kecuaiannya itu.
"Maafkan saya sebab susahkan awak,Joo Yeon.Em...saya kena pergi sekarang.Nanti...saya tebus balik kesalahan saya ni kat awak,okey?Saya pergi dulu,"kata Byung Hee,sambil tersenyum manis.Byung Hee menepuk bahu Penasihat Kim,tanda mahu beredar dari situ.Penasihat Kim menundukkan sedikit kepalanya sebelum menoleh ke arah Joo Yeon untuk seketika.Begitu juga dengan Joo Yeon.Tanpa sebarang kata,Penasihat Kim segera beredar dari situ,mengekori Byung Hee dari belakang.
Sebaik sahaja,kedua-dua lelaki itu sudah beredar,Joo Yeon terduduk di atas lantai bilik itu.Sungguh dia terkejut dengan segala apa yang sudah dilihatnya ketika ini.Benarkah gambar yang tersimpan di dalam rak itu adalah gambar Nana,rakan karibnya yang sudah meninggal dunia tiga tahun yang lalu?Dan...apa pula kedudukan  Jung Hyun di dalam syarikat itu?Kelihatannya Jung Hyun bukan calang-calang pekerja biasa di dalam syarikat itu.Apa yang baru dilihatnya sebentar tadi,Jung Hyun kelihatan seperti orang terpenting di dalam syarikat itu.Joo Yeon memegang kepalanya yang mulai sakit itu.Sungguh dia tidak memahami situasi yang sudah berlaku itu.




No comments:

Post a Comment