22 October, 2011

-Monalisa Page 37-

Seung Ho menuruni anak tangga ke ruang tamu sambil menguap kecil.Keletihannya berparti di Ojos Frios semalam masih belum hilang.Entah pukul berapa baru dia melelapkan mata pun dia tidak pasti.Macam-macam perkara yang dilakukannya semalam.Untuk seketika,dia terkenangkan peristiwa dengan Hyo Young di kelab semalam.Seung Ho menggeleng-geleng kepalanya,laju.Seakan-akan sukar untuk mempercayai kejadian itu benar-benar terjadi.Seung Ho kemudiannya cuba mencari kelibat Hyo Young,namun tidak dijumpainya.Kedengaran dia mengeluh kecil.
"Takkan dia tak balik semalam kot?"Seung Ho menggaru-garu kepalanya.Perhatiannya kemudiannya teralih ke arah salah seorang daripada pembantu istananya yang sedang melalui ruang itu.Sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh Seung Ho,sekejap sahaja pembantu istana itu sudah berada di hadapan lelaki itu.
"Awak ada nampak Hyo Young?"Soal Seung Ho.
"Em,rasanya tak pula saya nampak dia pagi ni,Tuan.Kenapa,Tuan?"Soal pembantu istana itu.
"Boleh awak carikan dia kejap?Saya nak jumpa dia sekarang,"arah Seung Ho.Pembantu istana itu menganggukkan kepalanya,menurut arahan tuan muda itu.Seung Ho kemudiannya berjalan menuju ke taman istananya.Niatnya untuk mengambil udara segar di situ terbantut apabila matanya tertangkap pada kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu.Seung Ho kemudiannya berpaling,mahu beredar dari situ.
"Good morning!"Langkahnya terhenti apabila mendengar sapaan Byung Hee itu.Byung Hee berjalan menuju ke arahnya.
"Agak lambat kau bangun hari ni.Kau tidur pukul berapa semalam?"Soal Byung Hee,berbasa-basi.Cuba menarik minat sepupunya itu untuk berbual dengannya.Dia meletakkan tangannya pada bahu kanan Seung Ho,namun lelaki itu menggerakkan bahunya,tanda dia tidak selesa dengan tindakan Byung Hee itu.
"Kau dah breakfast ke?Ahjumma dah sediakan breakfast tu.Jomlah breakfast sekali,"ajak Byung Hee,tetap tidak berputus asa.Seung Ho menjeling ke arahnya.
"Kenapa ajak aku?Dah tak biasa breakfast sorang-sorang ke?Bukannya kau tak pernah datang sini.Ni apahal pula datang pagi-pagi ni?Pagi-pagi lagi dah menyemak tengok muka kau.Otak aku ni dahlah tengah berserabut ni,"kata Seung Ho.Byung Hee tersenyum kecil.
"Sorry.Aku saja singgah sekejap nak jumpa dengan emonim.Nanti aku baliklah,"balas Byung Hee."Hah...tadi aku nampak Hyo Young bawa beg besar.Dia nak pergi mana tu?Kelam kabut je aku nampak dia keluar tadi,"kata Byung Hee,setelah teringatkan Hyo Young yang awal-awal lagi sudah keluar yang entah kemana itu.Mendengar sahaja kata-kata Byung Hee itu,pantas sahaja Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Apa?Dia bawa beg besar?Dia pergi mana?"Soal Seung Ho pula.Ternyata Byung Hee terkejut dengan kenyataan Seung Ho itu.Apa pula masalah yang timbul kali ini?
"Kau tak tahu?Macam mana pula kau boleh tak tahu?"Seung Ho tidak terus menjawab soalan Byung Hee itu.Sebaliknya dia melepaskan keluhan berat.Dia menolak helaian rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang.
"Aku rasa aku tahu mana dia pergi.Dia tak ada tempat lain lagi nak pergi."Duga Seung Ho.Seung Ho memandang ke arah Byung Hee.
"Aku rasa kau tak adalah buat apa-apa kat aku tapi...thanks pasal berita ni,"kata Seung Ho,sebelum beredar dari situ.Ternyata Byung Hee gembira dengan ucapan terima kasih Seung Ho terhadapnya itu.Walaupun dia yakin,lelaki itu mungkin terpaksa melakukannya.
"Tuan Seung Ho..."Byung Hee menoleh ke arah pembantu istana yang kelam kabut cuba mencari Seung Ho itu.
Namun sebaik sahaja pembantu itu terlihat kelibat Byung Hee,pantas sahaja dia melangkah ke arah lelaki itu.
"Maafkan saya,Tuan.Tuan ada nampak Tuan Seung Ho?"Soal pembantu istana itu.
"Dia baru pergi.Ada apa awak cari dia?"Soal Byung Hee,ingin tahu.
"Pasal Cik Hyo Young,"jawab pembantu istana itu.
"Oh...saya rasa dia dah tahu dekat mana Hyo Young pergi.Rasanya Seung Ho dah pergi cari Hyo Young sekarang ni,"balas Byung Hee,sambil tersenyum ke arah pembantu istana itu.

"Kamu nak pergi mana tu?"Langkah Seung Ho terhenti apabila kedengaran suara ibunya di belakang.Seung Ho menoleh ke arah ibunya.
"Omma..."Permaisuri Yang perlahan-lahan melangkah ke arah putera tunggalnya itu.
"Kamu nak pergi cari Hyo Young ya?"Soal Permaisuri Yang,tanpa berselindung.Seung Ho tidak menjawab.
"Omma yang bagi keizinan kepada Hyo Young untuk balik ke kampungnya.Katanya nak tenangkan fikiran dia untuk sementara waktu ni,"kata Permaisuri Yang,memandang tepat ke arah wajah anak lelakinya itu.Seung Ho pula menundukkan wajahnya.
"Kamu bergaduh ya?"Duga ibunya.Seung Ho mendongak.
"Apa omma cakap ni?Kami baik-baik saja.Manalah saya tahu apa masalah Hyo Young tu sebenarnya,"kata Seung Ho.
"Omma nak kamu datang ke bilik omma sekarang,"kata Permaisuri Yang sebelum beredar dari situ,menuju ke kamarnya.Seung Ho mengeluh kecil.Inilah perkara yang paling dibencinya.Pasti ibunya itu mahu membebel lagi.

"Kamu jangan ingat...omma tak tahu ya pasal keakraban kamu dengan Fei.Omma bukannya melarang kamu untuk berkawan dengan dia.Padahal sebelum ni,ommalah yang nak sangat kalau kamu berkahwin dengan Fei.Tapi kamu dah pilih Hyo Young.Dan sekarang...Hyo Young dah jadi tunang kamu,dan tak lama lagi akan jadi isteri kamu,Seung Ho.Apa yang omma perasan,Seung Ho banyak habiskan masa dengan Fei daripada Hyo Young.Kenapa?Kamu sukakan Fei pula ke?"Soal Permaisuri Yang.Seung Ho tidak menjawab.
"Omma tak nak kamu buat sesuatu yang tak wajar nanti,Seung Ho.Dalam kalangan kamu berlima,kamu yang lebih menjadi perhatian,memandangkan kamu adalah pewaris utama dalam keluarga kita nanti.Sekarang ni,semua orang dah tahu...Ryu Hyo Young ialah tunang kepada Yang Seung Ho.Apa yang orang lain akan fikir kalau mereka tengok kamu lebih kerap bersama dengan Fei berbanding dengan Hyo Young?"Soal Permaisuri Yang lagi.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Kalau betul...kamu dah mula sukakan Fei..."Permaisuri Yang berhenti seketika.Seung Ho memandang ke arah ibunya."Omma takkan sesekali benarkan kamu untuk bersama dengan dia,"kata Permaisuri Yang.Mata Seung Ho membulat.
"Apa omma?"
"Seung Ho,kalau dari dulu lagi...kamu tak buat rancangan bukan-bukan ni,masalah ni takkan terjadi.Omma bukannya baru setahun dua hidup,Seung Ho.Omma dah masak sangat dengan perangai kamu.Omma tahu...kamu sebenarnya tak cintakan Hyo Young.Kamu pilih dia untuk menjadi tunang kamu semata-mata mahu mengelak daripada ditunangkan dengan Fei.Betulkan tekaan omma?"Permaisuri Yang memandang tepat ke arah anak mata Seung Ho.Seung Ho tertawa kecil.
"Apa omma mengarut ni?Tulah...omma banyak sangat tengok drama.Takkanlah Seung Ho tergamak nak buat kerja gila tu.Salah ke kalau saya nak rapat dengan Fei?Dia kan bekerjasama dengan syarikat kita untuk projek baru tu juga.Jadi,memang perkara biasalah kalau saya banyak bersama dengan dia kalau nak dibandingkan dengan Hyo Young.Omma bukannya tak kenal dengan Fei.Dia kan baik...macam yang omma pernah puji dia dulu waktu awal-awal nak tunangkan Seung Ho dengan Fei dulu,"balas Seung Ho,selamba.
"Kalau macam tu...kamu tak boleh tolak cadangan omma untuk adakan perkahwinan kamu dalam tempoh terdekat ni,"balas Permaisuri Yang,memberikan keputusannya.
"What?"Soal Seung Ho,tidak percaya.
"Omma nak adakan perkahwinan kamu dengan Hyo Young bulan depan.Hyo Young pun dah nak tamat kelas protokolnya hujung bulan ni.Jadi,omma rasa dah tak ada apa yang perlu ditunggu lagi,"kata Permaisuri Yang,mulai bangun dari tempat duduknya.
"Omma!"Seung Ho memanggil ibunya.Langkah Permaisuri Yang terhenti.Permaisuri Yang menoleh ke arah Seung Ho.
"Kamu tak suka dengan cadangan omma ke?"Soal Permaisuri Yang.
"I'm not ready yet,omma.Mana boleh omma putuskan perkara penting ni tiba-tiba je?"Soal Seung Ho,tidak puas hati."Seung Ho tak setuju dengan cadangan omma kali ni.Cukuplah dengan pertunangan ni.Untuk hal-hal seterusnya,biar Seung Ho yang sendiri tentukan.Seung Ho bukannya budak kecil lagi,"kata Seung Ho.Seung Ho kemudiannya ingin beredar dari situ.
"Yang Seung Ho."Seung Ho berhenti.Permaisuri Yang masih lagi belum berganjak daripada kedudukannya.
"Kalau kamu nak...hubungan kita seperti Byung Hee dengan ibunya...teruskan.Apa yang omma tahu...omma takkan sesekali merestui kalau kamu betul-betul suka dengan Fei.Fei dah tak layak lagi untuk bersama dengan kamu,arasso?"Kata Permaisuri Yang.Seung Ho mendengus kasar sebelum beredar dari bilik ibunya itu.

Hyo Young melangkah masuk ke halaman rumah neneknya dengan senyuman girang.Ternyata hatinya sangat tenang apabila berada di kampung halamannya yang amat dirinduinya itu.Kelihatan neneknya sedang sibuk mengemas tanamannya di halaman rumahnya yang kecil itu.
"Emonim..."Sapa Hyo Young.Neneknya menoleh ke arahnya apabila mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.
"Hyo Young!"Mereka saling berpelukan,melepaskan rindu yang sudah tersimpan lama itu.
"Emonim sihat?"Soal Hyo Young.Neneknya mengangguk sambil tersenyum.
"Hyo Young balik seorang saja ke ni?"Soal neneknya sambil mencari-cari sesuatu di belakang Hyo Young.Hyo Young tersenyum.
"A'ah...Hyo Young baik seorang je kali ni..."
"Kenapa Seung Ho tak datang sekali?"Soal neneknya.Senyumannya mengendur.
"Seung Ho...ada kerja lain.Hyo Young dah rindu sangat kat emonim.Sebab tu Hyo Young balik,"kata Hyo Young sambil memeluk neneknya sekali lagi.Hyo Young kemudiannya melepaskan pelukannya.
"Emonim..Hyo Young dah lapar.Hyo Young tak sabar nak makan masakan emonim,"rengek Hyo Young,manja.
"Arasso...arasso...Mari masuk dulu,"kata neneknya sambil mencapai tangan cucu tunggalnya itu masuk ke dalam rumahnya yang sederhana itu.

No comments:

Post a Comment