06 October, 2011

-Monalisa Page 32-

Seung Ho memarkirkan keretanya di hadapan lobi lapangan terbang Icheon.Dia kemudiannya melangkah keluar dari keretanya sambil membuka cermin mata hitamnya.Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang yang dikenalinya.Seung Ho kemudiannya melihat jam tangannya.Sesekali kedengaran hembusan nafasnya yang berat itu.
"Aku datang awal sangat ke?"Fikirnya.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman manis apabila matanya dapat menangkap kelibat seorang wanita yang amat dinantikannya itu.Kelihatan wanita itu melambaikan tangannya ke arah Seung Ho.Seung Ho turut membalas lambaian wanita itu.
"Awak dah lama tunggu ke?"Soal Fei sebaik sahaja dia sudah berdiri dekat dengan lelaki itu.Seung Ho sekadar menggeleng.Bagasi berwarna merah hati itu bertukar tangan.
"Awak nak terus balik ke atau nak jalan-jalan dulu?"Soal Seung Ho,sebelum memasukkan bagasi Fei itu ke dalam bonet keretanya.Fei kemudiannya memaut tangan Seung Ho sambil berlagak manja.
"Kita jalan-jalan dululah.Saya pun dah lama tak berbual dengan awak.Rindu pula,"kata Fei,manja.Seung Ho tersenyum.
"Oh,dulu tak nak mengaku rindu...sekarang baru nak mengaku.Talam dua muka lah awak ni,"kata Seung Ho.Fei sekadar tertawa kecil."Em...Hyo Young tahu tak yang awak jemput saya ni?"Soal Fei,perihal tunang putera raja itu.
"Perlu ke dia tahu yang saya jemput awak kat sini?"Soal Seung Ho pula.
"Mestilah.Dia kan tunang awak.Kalau dia cari awak macam mana?"Balas Fei.Seung Ho tersenyum nipis.
"Bukannya isteri saya pun.Saya yakin dia tak kisah kalau dia tahu saya dengan awak sekarang ni.Dahlah,masuk dalam cepat.Awak cakap je nak pergi mana,saya bawakan,"kata Seung Ho.Fei akur.Malas untuk bertikam lidah dengan lelaki itu semata-mata kerana Hyo Young yang mula dianggap sebagai saingannya dalam berebut cinta Seung Ho itu.

Fei menoleh ke arah Seung Ho yang sedang memandu di sebelahnya itu.Seung Ho yang menyedari pandangan Fei terhadapnya itu sesekali menjeling ke arah wanita itu.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?Rambut saya nampak kelakar ke?"Soal Seung Ho sambil membetulkan rambutnya yang berwarna perang itu.Fei tertawa kecil.
"Tak adalah.Rambut awak okey.Semua okeylah.Tak ada yang tak okey.Awak nampak kacak hari ni,"kata Fei,memuji ketampanan putera raja itu.Seung Ho tersenyum bangga apabila mendengar pujian daripada Fei itu.
"Ni macam ada apa-apa je ni.Sebelum ni,awak tak pernah pun puji melambung dekat saya.Kutuk-kutuk saya adalah...Siap buli lagi,"kata Seung Ho,mengimbau kembali peristiwa lama antara dirinya dengan Fei itu.
"Awak marah saya lagi ke?"Soal Fei.Seung Ho menyembunyikan senyumannya.
"Mestilah.Awak boleh kena hukum tau sebab buli saya teruk-teruk.Nasib baik omma saya baik dengan awak.Kalau tak,saya tak tahulah apa yang terjadi,"balas Seung Ho,pura-pura marah.
"Habis tu,awak masih marahkan saya lagilah ni?"Soal Fei,ingin tahu.Laju sahaja Seung Ho angguk,mengiyakan tanggapan wanita itu.Wajah Fei mencuka.
"Awak nak saya buat apa untuk tebus balik kesalahan saya tu?"Soal Fei lagi.Seung Ho tersenyum sinis.
Seung Ho menoleh ke arah Fei.

"Geram betullah dengan awak ni.Saya ingatkan apalah tadi.Rupanya awak nak saya belanja awak makan kat sini je?"Fei meluahkan rasa tidak puas hatinya.Seung Ho pula tersenyum lebar apabila usikannya sebentar tadi menjadi.
"Kenapa?Awak nak saya buli awak macam yang awak pernah buat kat saya ke?"Soal Seung Ho.
"Tak adalah.Cuma...betul ke yang awak ni tak kisah kalau saya cuma belanja awak makan je?"Soal Fei pula.Seung Ho angguk.
"Awak tak payah fikir banyaklah.Yang penting,saya yang nak awak belanja saya makan sekarang ni.So,kiranya...semua masalah dah dikira selesai,okey?"Seung Ho menghirup jus sambil memandang ke arah Fei yang sedang duduk di hadapannya itu.Fei angguk.
"Okey,saya terima 'hukuman' awak ni.Lepas ni jangan tuntut apa-apa lagi,okey?"Kata Fei.Seung Ho mengukir senyuman ke arahnya.Seung Ho kemudiannya mencapai tangan Fei yang lembut itu.Fei terkejut dengan tindakan lelaki itu.Seung Ho memandang ke arahnya.
"Kenapalah kita tak berjumpa awal-awal lagi?Kalau tak..."Seung Ho berhenti seketika sambil memandang ke arah tangan Fei yang sedang digenggamnya itu.
"Kalau tak?"Fei menanti kata-kata Seung Ho.
"Kalau tak...mesti saya tak tolak cadangan omma saya untuk menjodohkan saya dengan awak."Fei tersentak saat mendengar pengakuan lelaki itu.Fei pura-pura ketawa.
"Apa yang awak merepek ni,Seung Ho?Gaya awak cakap ni...macam tak suka je bertunang dengan Hyo Young tu?Dia kan cantik,baik...bertuah awak dapat gadis macam Hyo Young tu,tau tak?"Fei berusaha mengawal getaran hatinya itu.Jauh di sudut hatinya,tiada langsung keikhlasan yang mengiringi kata-katanya itu.Mana mungkin dia menyenangi pertunangan antara Seung Ho dengan Hyo Young itu sedangkan status tunangan Seung Ho itu sepatutnya menjadi miliknya."Awak...awak tak cintakan Hyo Young ke?"Fei memberanikan diri untuk membongkar isi hati lelaki itu.Sebaik sahaja mendengar pertanyaan wanita itu,pantas sahaja Seung Ho melepaskan tangan wanita itu.
"Ish...takkanlah saya tak cintakan dia.Kalau saya tak cintakan dia,buat apa saya nak bertunang dengan dia,betul tak?"Seung Ho berbohong,sebelum tersenyum."Saya gurau je.Awak tak payah ambil seriuslah.Seronok pula tengok muka terkejut awak tu,"kata Seung Ho,sambil tertawa.Fei mencebik.
"Banyaklah bergurau...Tak senonohlah awak ni.Benda macam ni pun nak main-main juga,"kata Fei,tidak puas hati.Seung Ho sekadar membalasnya dengan gelak tawanya.Fei pula pura-pura berlagak biasa.Sedangkan hatinya ketika itu sedang menahan amarah yang teramat sangat terhadap Hyo Young.Apa kelebihan yang ada pada wanita itu sehingga mampu membuatkan Seung Ho jatuh cinta terhadapnya?Ketika itu,Seung Ho pula asyik menatap wajah manis Fei yang sudah sekian lama menjadi igauannya itu.Entah sampai bila dia harus merahsiakan isi hatinya terhadap wanita itu,dia sendiri tidak pasti.Apa yang pasti,perjanjian pertunangan dengan Hyo Young akan tamat sebaik sahaja Seung Ho mengakui bahawa dia sudah berjumpa dengan wanita pilihan hatinya itu.

"Cik Oh,awak ada nampak Seung Ho tak?"Soal Hyo Young,apabila menyedari ketiadaan Seung Ho di istana itu sejak dari awal pagi lagi.
"Tuan Muda?Em...tak silap saya...dia dah keluar sejak dari awal pagi lagi,Cik Hyo Young.Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?"Balas pembantu istana itu sambil menawarkan bantuannya terhadap bakal puteri mahkota itu.Hyo Young menggeleng sambil mengukir senyuman manis.
"Tak apa.Saya cuma nak tahu Seung Ho pergi mana saja,"kata Hyo Young sebelum beredar dari situ.Hyo Young menggigit bibirnya.Ke mana pula Seung Ho pergi ni?Hyo Young kemudiannya melihat skrin telefon bimbitnya itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.Hari ini merupakan hari yang amat dinanti-nantikannya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu terlepas daripada menyambut hari istimewa itu kali ini.Sebelum ini,Hyo Young teragak-agak untuk menyambut hari istimewa itu bersama-sama dengan Seung Ho.

Imbas Kembali:
"Tak payahlah.Aku tak berniat langsung nak sambut benda tu.Bukannya ada apa-apa pun,"kata Seung Ho.Hyo Young yang berpakaian t-shirt serta berseluar suku panjang itu mencebik.
"Kenapa pula?Bukannya aku nak buat party besar-besar pun.Kita sambut berdua pun cukuplah.Sekali-sekala nak juga sambut hari jadi kau ni,"kata Hyo Young.Seung Ho yang bertopi merah itu membisu."Jomlah..."Hyo Young terus cuba memujuk Seung Ho."Kita pergi lepak kat kelab Ojos Frioslah.Boleh dapat diskaun,"kata Hyo Young,seraya bergurau.
"Ish,lagilah aku tak nak kalau kau nak ajak aku ke sana.Tak payahlah.Baik kau duduk sini diam-diam,temankan aku main snuker kat sini pun dah kira bagus,"kata Seung Ho sambil memandang ke arah bola berwarna merah yang ingin dipukulnya itu.Hyo Young kehilangan idea untuk terus memujuk lelaki itu.
"Apalah kau ni,Seung Ho.Benda yang simple macam ni pun kau nak susahkan.Aku nak sambut birthday kau je pun.Apa yang susah sangat?Selama aku berkawan dengan kau ni,tak pernah pun sambut birthday kau,"balas Hyo Young.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Kau...kau suka kat aku ke?"Soal Seung Ho,tiba-tiba.Hyo Young terkejut sebaik sahaja mendengar pertanyaan Seung Ho yang kedengaran nakal itu.
"Yah,jangan nak perasan!Ish,malaslah nak cakap dengan kau ni,"kata Hyo Young dengan geram sebelum beredar meninggalkan lelaki itu sendirian.


Hyo Young memegang pipinya yang terasa panas itu.Sungguh dia malu apabila mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dua tahun yang lepas itu.Hyo Young kemudiannya menepuk pipinya berkali-kali.
"Okey,kali ni aku tak nak terlepas lagi.Aku akan pastikan rancangan aku kali ni menjadi.Nak tak nak dia kena ikut juga rancangan aku ni.Aja aja fighting!"Hyo Young nekad dengan keputusannya itu.Hyo Young kemudiannya menoleh ke arah pembantu istana yang berdiri tidak jauh darinya itu.
"Maafkan saya,semua...Tapi,saya ada sesuatu yang nak saya minta tolong dari awak semua,"kata Hyo Young sambil mengukir senyuman penuh makna sekali.Pembantu-pembantu istana itu saling memandang antara satu sama lain.


"Thanks sebab hantarkan saya balik,"kata Fei sambil tersenyum manis ke arah Seung Ho."Awak tak nak masuk dulu ke?Muka awak nampak letih je tu.Saya boleh buatkan air untuk awak,"kata Fei,apabila menyedari raut wajah Seung Ho yang kelihatan letih tidak bermaya itu.Pasti penat memandu sejak dari awal pagi lagi.Seung Ho tersenyum nipis.
"Tak apa.Saya okey je.Mata saya kan memang macam ni.Padahal saya tak letih pun sebenarnya,"kata Seung Ho.Fei mencebik.
"Ala...masuklah kejap.Rehat-rehatlah dulu.Kalau awak nak mandi pun boleh.Barulah segar sikit bila nak memandu nanti,"kata Fei,terus berusaha memujuk lelaki itu supaya singgah sekejap ke rumahnya.
"It's okay,Fei.Seriously,saya tak ada apa-apa.Lagipun...saya rasa...tak elok kalau saya masuk rumah awak ni malam-malam.Awak pun tahukan yang...saya sekarang ni dah jadi tumpuan orang.Kalau orang lain salah anggap pasal kita ni...susah saya nak jawab dengan omma saya nanti,"kata Seung Ho,berterus terang.Fei melepaskan keluhan berat.Ternyata usahanya tidak berjaya.
"Okey,kalau awak dah cakap macam tu...saya tak boleh nak buat apalah.Tapi...awak betul-betul okey ke ni?Takkan nak singgah minum air pun tak nak?"Ternyata Fei masih belum berputus asa.Seung Ho tersenyum sambil menggeleng."Okey,hati-hati bila memandu tu,okey?"Fei menasihatkan Seung Ho sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam keretanya.
"Arasso...awak pun rehat-rehatlah dulu.Tidur awal tau,"balas Seung Ho.Fei angguk.Seung Ho kemudiannya menghidupkan enjin keretanya sebelum menoleh ke arah Fei.
"Saya balik dulu.Jumpa lagi,"kata Seung Ho.Fei melambaikan tangannya ke arah Seung Ho sebelum kereta lelaki itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.Fei menggigit bibirnya.Geram dengan rancangannya yang gagal itu.
"Aku tak boleh lepaskan kau kali ni,Seung Ho.Kau mesti jadi milik aku juga."Hatinya berbisik."Hyo Young tak layak rampas kedudukan aku yang sepatutnya menjadi milik aku itu.Aku takkan benarkan!"Fei menggengam tangannya,erat.

No comments:

Post a Comment