15 October, 2011

-Monalisa Page 34-

Hyo Sung menarik nafas panjang sebelum melepaskannya secara perlahan-lahan.Sesekali dia melihat jam tangannya.Tinggal lagi beberapa minit sahaja lagi sebelum peperiksaan bermula.Hyo Sung membaca sedikit lagi nota kecil yang dibuatnya itu.Bimbang pula sekiranya masih ada nota yang belum dibacanya.Namun,perbuatannya terhenti apabila notanya diambil oleh Chang Sun secara mengejut.Hyo Sung memandang ke arah Chang Sun yang berdiri di hadapannya itu.
"Apa awak buat ni?"Soal Chang Sun sambil menunjukkan nota Hyo Sung di hadapan wanita itu.Chang Sun kemudiannya membaca nota yang dibuat oleh wanita itu.Chang Sun menyembunyikan senyumannya apabila melihat nota Hyo Sung yang cantik dan kemas itu.
"Saya nak semak balik apa yang saya dah baca.Saya takut kalau ada yang saya lupa,"jawab Hyo Sung.Chang Sun kemudian memasukkan nota Hyo Sung ke dalam begnya dengan selamba.
"Tak payah.Kita kan dah banyak buat perbincangan pasal soalan-soalan peperiksaan yang lepas?Jadi,jangan risaulah.Saya yakin corak soalannya sama saja.Yakinlah pada diri sendiri,"kata Chang Sun,tenang.Tetapi hati Hyo Sung masih belum tenang.
"Em...kalau saya tak dapat kalahkan awak...awak masih sudi berkawan dengan saya?"Soal Hyo Sung,tiba-tiba.Chang Sun memandang ke arahnya.
"Kenapa pula awak tak dapat kalahkan saya?Takkan dah takut kot?"Soal Chang Sun pula.Perlahan-lahan,Hyo Sung angguk.
"Saya takut sangat kalau kita dah tak boleh rapat macam ni kalau saya tak dapat kalahkan awak dalam peperiksaan ni.Yelah,sesuatu yang sangat mustahil kan kalau saya nak kalahkan awak.Ujian yang biasa-biasa pun saya tak lepas,"balas Hyo Sung.Riak wajah Chang Sun sedikit berubah muram apabila mendengar kata-kata Hyo Sung.Kata-kata Hyo Sung itu ada benarnya.Bukankah perjanjian sudah dilakukan antara dirinya dengan Chae Rin sebelum ini?
"Awak ingat saya nak lepaskan awak dengan mudah ke hah?"Soal Chang Sun pula.Hyo Sung terkejut dengan kata-kata Chang Sun itu.Chang Sun membetulkan sedikit kolar bajunya,malu dengan kata-katanya sendiri.
"Yelah...masa saya dah banyak dihabiskan untuk mengajar awak.Awak ingat saya ni sibuk mengajar awak saja ke?Saya pun ada bisnes keluarga yang perlu diuruskan.Awak pun tahukan perkara tu,"kata Chang Sun.Hyo Sung tersenyum nipis.
"Oh yeke?Maaflah...saya tahu yang saya ni dah banyak susahkan awak.Miane..."Ucap Hyo Sung sambil menundukkan sedikit kepalanya.Tanpa dijangka oleh Hyo Sung,Chang Sun menarik tubuhnya pantas sebelum memeluk wanita itu.Hyo Sung terpana.Matanya terbuntang luas.Chang Sun memperkemas pelukannya.
"Awak jangan fikir bukan-bukan.Peperiksaan ni bukannya penentu untuk kita terus berkawan ke tak.Mana ada orang pakai prinsip macam tu?Mengarut je..."Chang Sun berhenti seketika."Lepas habis peperiksaan nanti,tunggu saya kat sini,arasso?"Soal Chang Sun sebelum melepaskan pelukannya.Chang Sun kemudiannya mengukir senyuman manis terhadap wanita itu.
"All the best!"Chang Sun menghadiahkan ciuman pada dahi Hyo Sung sebelum beredar meninggalkan wanita itu.Hyo Sung kemudiannya terduduk di situ.Masih lagi terkejut dengan kejutan yang dilakukan oleh Chang Sun itu.
"Habislah.."keluhnya.Hyo Sung memegang dahinya yang dicium oleh Chang Sun sebentar tadi.
"Aku dah tak ingat apa yang aku dah baca tadi..."

Selepas 3 jam berlalu...

Hyo Sung tersentak apabila melihat Chang Sun yang sudah pun menunggunya di tempat tadi.Kelihatan lelaki itu sedang mendengar iPodnya sambil menggerak-gerakkan kakinya,mengikut rentak lagu yang sedang dimainkannya itu.
Perlahan-lahan,Hyo Sung melangkah mendekatinya.Chang Sun yang menyedari kehadiran Hyo Sung itu perlahan-lahan menanggalkan earphonenya.
"Dah siap?"Soal Chang Sun.
"Hah?Dah siap?"Hyo Sung hairan dengan pertanyaan Chang Sun itu.Tanpa menjawab pertanyaan Hyo Sung itu,Chang Sun segera menarik tangannya lalu menuju ke arah kereta mewahnya.Pemandu lelaki itu sudah pun menunggu kehadiran tuan mudanya.
"Kita pergi sekarang,"kata Chang Sun,memberi arahan kepada pemandunya itu.Pemandunya menundukkan sedikit kepalanya,menuruti arahan tuan mudanya itu.Hyo Sung pula terus tertanya-tanya.

"Jom...kita dah sampai,"kata Chang Sun.Hyo Sung membisu.Chang Sun menoleh ke arahnya.
"Awak okey tak?"Soal Chang Sun.Hyo Sung teragak-agak untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.Sungguh dia tidak selesa dengan pakaian yang tersarung pada tubuhnya itu.Seumur hidupnya,belum pernah dia memakai pakaian yang sebegitu rupa.Chang Sun yang menyedari kelakuan Hyo Sung itu tersenyum kecil.Tangan wanita itu dicapainya.
"Jangan takutlah.Awak cantik malam ni,"kata Chang Sun,memuji kecantikan Hyo Sun pada malam itu.Sungguh Chang Sun turut terkejut dengan perubahan Hyo Sung selepas disiapkan oleh pembantu-pembantunya sebentar tadi."Jom..."Chang Sun terus cuba mengajak Hyo Sung untuk masuk ke dalam.Lama-kelamaan,barulah Hyo Sung berupaya untuk mengukir senyuman kecil ke arah lelaki itu.Ternyata Chang Sun berpuas hati apabila Hyo Sung menerima ajakannya.

Hyo Sung lebih selesa berjalan secara sembunyi-sembunyi di belakang Chang Sun,apatah lagi apabila melihat terlalu ramai orang yang sedang berpesta di dalam kelab itu.Pasti mereka yang berada di situ bukan dari kalangan orang biasa.Kelihatannya mereka seperti dari golongan berada.Lihat sahaja dari gaya pemakaian mereka.Semuanya berjenama mahal.Sungguh Hyo Sung berasa terlalu kerdil apabila berada dalam kalangan mereka.Terdapat juga daripada mereka yang  memandang tajam ke arahnya.Manakan tidak,Hyo Sung berdiri terlalu dekat dengan Chang Sun ketika itu.Hyo Sung berniat untuk beredar dari situ.Dia mula melangkah untuk beredar dari situ namun dihalang oleh Chang Sun.
"Pedulikan...Macamlah awak tak pernah tengok orang pandang awak macam tu kat kampus.Saya bukan saja popular kat kampus tau.Kat sini pun,saya jadi rebutan,"kata Chang Sun,penuh yakin.Hyo Sung tersenyum kecil.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah Hyo Sung."Tapi saya nak kat awak je,"bisiknya.Ternyata Hyo Sung terkejut dengan kata-kata lelaki itu.
"Hyung!"Hyo Sung menoleh ke arah suatu sudut.Kelihatan Chang Sun melambai ke arah suara itu.
"Eh,Hyo Sung pun datang sekali?"Soal Sang Hyun sebaik sahaja mendekati ke arah mereka.
"Semua dah sampai ke?"Soal Chang Sun,mengenai sepupu-sepupunya yang lain.
"Tinggal Seung Ho hyung dengan Jio hyung je tak sampai lagi,"kata Sang Hyun,masih lagi dengan senyumannya.Chang Sun angguk.
"Jom,Hyo Sung."Chang Sun memegang tangan Hyo Sung.Mahu tak mahu,Hyo Sung akur pada ajakan Chang Sun.



No comments:

Post a Comment