29 October, 2011

-Monalisa Page 39-

Sang Hyun membalas senyuman sekumpulan pelajar wanita yang tersenyum manis ke arahnya.Dia turut membalas lambaian segelintir pelajar perempuan yang berada di dalam kumpulan itu.Sebaik sahaja dia melepasi kumpulan pelajar itu,dia melepaskan nafas lega perlahan-lahan.
"Fuh,penat gila senyum-senyum macam ni,"bisiknya.Sang Hyun menyambung semula langkahnya menuju ke kafe.Kali ini,dia pergi berseorangan,tidak ditemani oleh sepupunya,Mir.Belakangan ini,Mir sangat sibuk dengan kelas tutorial bahasa inggerisnya bersama-sama Lizzy.Bersungguh-sungguh benar sepupunya itu mahu memenangi hati kakaknya sedangkan Mir sendiri sudah jelas tentang perasaan Sandara terhadap Byung Hee.Langkahnya terhenti seketika apabila matanya tertangkap suatu kelibat yang sangat dikenalinya itu.Perlahan-lahan,Sang Hyun bersembunyi di sebalik dinding,dengan harapan dapat mencuri dengar perbualan mereka itu.
"Awak nak ajak saya keluar?"Soal Ha Young.Kelihatan EL tersenyum manis ke arahnya sambil angguk.
"Itu pun kalau awak sudi.Saya dah lama nak ajak awak keluar ni,tapi takut pula boyfriend awak marah,"kata EL.
"Boyfriend saya?Siapa pula yang jadi boyfriend saya ni?"Soal Ha Young,tersenyum kecil.
"Park Sang Hyun.Dia boyfriend awakkan?"Soal EL pula.Ha Young tertawa kecil.Kembang hatinya kalau benar Sang Hyun adalah teman lelakinya.
"Mana ada.Kami kawan jelah.Dia kan orang besar,takkanlah nak saya ni jadi girlfriend dia pula,"kata Ha Young.EL tersenyum lebar.
"So,awak ni single lagilah ye?"Kelihatan jelas riak wajah teruja EL.Perlahan-lahan,Ha Young angguk.
"Kalau macam tu...saya nak...awak jadi girlfriend saya,boleh?"Soal EL,perlahan-lahan.Mata Ha Young membulat.
"Apa?"Soal Ha Young.Perlahan-lahan,EL mencapai tangan Ha Young lalu diciumnya.
"Saya harap awak setuju dengan permintaan saya ni...sebab...saya dah lama sukakan awak,Ha Young,"kata EL,terus-terang.
"Em..t..t..tapi..."Belum sempat Ha Young meneruskan kata-katanya,EL menutup mulutnya dengan jari telunjuknya.
"Nanti dulu.Saya tak nak dengar jawapan awak sekarang.Saya bagi masa untuk awak berfikir dulu,okey?"Soal EL.Perlahan-lahan,Ha Young angguk.EL tersenyum puas.
"Kalau saya nak ajak awak keluar,boleh kan?"Soal EL lagi.Ha Young memandang ke belakang EL.Matanya terbuntang luas apabila melihat kelibat Sang Hyun sedang berjalan menjauhi mereka.Apakah Sang Hyun mendengar perbualan mereka?
"Ha Young?"
"Ya?"
"Awak setuju tak nak keluar dengan saya ni?"Soal EL.
"Okey,saya setuju,"jawab Ha Young sambil memandang ke arah kelibat Sang Hyun yang semakin jauh itu.

Lamunan Ha Young terganggu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Cepat-cepat Ha Young menjawab panggilan itu sebaik sahaja melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Awak free tak petang ni?"Soal Sang Hyun dalam talian.Ha Young menelan air liur.
"Em..kenapa awak tanya,Sang Hyun?"Soal Ha Young.
"Tak adalah.Saya teringin nak makan mee sos yang awak buat tu.Boleh tak awak buatkan untuk saya petang ni?Saya boleh tunggu awak kat bawah nanti,"kata Sang Hyun.
"Em...saya..."
"Kenapa?"Soal Sang Hyun,apabila menyedari perubahan nada suara Ha Young itu.Ha Young tidak segera menjawab."Awak...awak sibuk ya petang ni?"Soal Sang Hyun.
"Em...miane...saya ada...saya ada hal sikit petang ni,"kata Ha Young,berat hati.
"Oh...macam tu ke?Tak apalah.Saya pun tak boleh nak buat apalah kalau awak betul-betul sibukkan.Takkan saya nak paksa awak pula.It's okay.Jumpa lagi nanti."Pantas sahaja Sang Hyun memutuskan talian.Ha Young mengeluh.Sungguh dia berasa kecewa kerana terpaksa menolak permintaan Sang Hyun itu.Perhatiannya teralih ke arah EL apabila menyedari lelaki itu sedang menantinya di luar kelas.Lambat-lambat Ha Young bangun dari tempat duduknya.Ha Young membalas senyuman EL secara paksa.
"Kita pergi sekarang,okey?"Soal EL.Perlahan-lahan,Ha Young angguk.EL kemudiannya mencapai tangan Ha Young lalu dibawanya Ha Young berjalan bersama dengannya.

"Kenapa muka awak monyok je ni?Awak tak sihat ke,Ha Young?"Soal EL,bimbang melihat keadaan Ha Young yang serba tidak sihat itu.
"Eh,tak adalah.Saya okey je.Muka saya memang macam ni,"kata Ha Young,berbohong.
"Yeke?Susahlah macam ni,"kata EL,mengeluh.
"Kenapa pula?"
"Yelah...muka awak dah comel sangat dah..tapi tak cukup manis je.Cuba awak senyum sikit,kan lagi manis,"kata EL.Ha Young tersenyum kecil."Ha...macam tulah.Saya suka tengok awak senyum macam ni.Saya cemburu dekat Sang Hyun tau,"kata EL.Ha Young memandang ke arahnya.
"Cemburu?Kenapa cemburu?"Soal Ha Young.
"Yelah...saya boleh tengok awak senyum macam ni dari jauh je...itupun bila awak bersama dengan Sang Hyun.Untung Sang Hyun dapat tengok senyuman awak depan mata dia,"kata EL,berterus terang.EL memandang ke arahnya.
"Awak...awak mesti sukakan Sang Hyun kan?"Soal EL.
"Apa awak cakap ni?Mengarut je,"kata Ha Young,menafikan tekaan lelaki itu.EL tersengih.
"Kalau macam tu,saya ada peluanglah kan untuk memenangi hati awak?"Soal EL,teruja.Ha Young tersenyum sambil angguk.
"Itupun kalau awak sabarlah nak layan karenah saya,"kata Ha Young,seraya bergurau.EL tertawa kecil.
"Of course saya boleh bersabar dengan karenah awak,"kata EL,yakin.
"Ha Young,"panggil EL.Ha Young memandang ke arahnya.
"Chuahae..."Ucap EL.

"Awak betul-betul okey ke?Nak saya bawa awak ke klinik?"Soal EL.
"Saya tak ada apa-apalah,EL.Awak janganlah buat saya gelak,"kata Ha Young.
"Saya seriuslah,Ha Young.Tiba-tiba je awak minta saya hantar awak balik.Saya takutlah juga kalau-kalau awak memang tak sihat,"kata EL.
"Saya okey...cuma mungkin penat sikit kot hari ni.Lain kali,saya janji saya tak buat hal lagi,okey?"Kata Ha Young,bersungguh-sungguh meyakinkan EL.Perlahan-lahan,EL angguk.
"Arasso.Kalau awak ada apa-apa masalah,awak call saya,arasso?"Soal EL,masih lagi bimbang dengan keadaan Ha Young.Ha Young angguk sambil tersenyum.Setelah benar-benar memastikan lelaki itu sudah kian jauh darinya,barulah Ha Young beredar dari situ,untuk menuju ke satu tempat.

"Sang Hyun!"Ha Young tergamam apabila melihat dua orang wanita sedang bersama dengan Sang Hyun di dalam  rumah agam milik lelaki itu.Sang Hyun yang melihat kehadiran Ha Young di situ turut terkejut.
"Oppa...siapa tu?Oppa ada ajak orang lain ke selain daripada kami?"Soal salah seorang daripada dua orang wanita itu yang sedang memaut lembut leher Sang Hyun yang sedang duduk itu.
"Yelah,oppa.Oppa tipu kami berdua ye?"Soal yang seorang lagi.Sang Hyun tersenyum.
"Mana ada oppa tipu...dia cuma..."
"Chuwesuhamnida...saya ni orang gaji baru kepada keluarga Tuan Sang Hyun.Maaf sebab mengganggu,"kata Ha Young,sebelum beredar dari situ.Sang Hyun terkejut dengan kata-kata Ha Young itu.

Ha Young berjalan pantas meninggalkan perkarangan rumah agam keluarga Sang Hyun itu.Namun,langkahnya terhenti apabila terasa tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang.
"Awak nak pergi mana tu?"Soal Sang Hyun.Ternyata Ha Young terkejut dengan kehadiran Sang Hyun di situ.
"Saya nak balik.Maaf sebab ganggu awak waktu-waktu macam ni,"kata Ha Young,melepaskan tangan Sang Hyun.Perlahan-lahan,Ha Young melangkah beredar dari situ.
"Jadi awak dah bersetujulah dengan permintaan EL untuk jadi teman lelaki awak?"Langkah Ha Young terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Sang Hyun itu.Ditolehnya ke arah lelaki itu.Sang Hyun melangkah dekat ke arahnya.
"Awak bersetuju ke dengan permintaan dia tu?"Sekali lagi Sang Hyun mengulangi soalannya.Ha Young tidak segera menjawab.Bahu Ha Young itu dipegangnya.Ha Young terkejut.
"Kenapa awak tak jawab?Jadi betullah awak dah bersetuju dengan permintaan dia tu?"Soal Sang Hyun lagi.Ha Young masih belum membalas.Sang Hyun mendekatkan wajahnya ke arah Ha Young.
"Kalau betul awak dah bersetuju...saya takkan benarkan,"kata Sang Hyun,separuh berbisik.Ha Young menelan air liur apabila melihat wajah Sang Hyun yang semakin dekat dengannya itu.
"Saya akan ubah keputusan awak."Perlahan-lahan,Sang Hyun mencium Ha Young.Ha Young terkejut dengan tindakan lelaki itu.Cepat-cepat dia menjauhkan wajahnya daripada Sang Hyun daripadanya.Namun,Sang Hyun sekali lagi mencium Ha Young.Ha Young masih lagi enggan.Sang Hyun tetap tidak berputus asa,malah terus mendakap wanita itu seerat-eratnya.Akhirnya,Ha Young mengalah.Ha Young jatuh juga dalam dakapan lelaki itu.

 Park Sang Hyun
 Oh Ha Young
L Infinite

No comments:

Post a Comment