04 October, 2011

-Monalisa Page 31-

Joo Yeon menolak pintu bilik Byung Hee perlahan-lahan apabila mendengar suara Byung Hee yang membenarkannya untuk masuk ke dalam.
"Maafkan saya,Tuan,"kata Joo Yeon,sebaik sahaja wajah Byung Hee muncul di hadapan matanya.Byung Hee yang sedang bercermin mata itu mengukir senyuman ke arahnya.
"Duduklah,"kata Byung Hee sebelum menoleh ke arah kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya itu.Tanpa banyak soal,Joo Yeon sekadar mematuhi arahan presidennya itu.
"Ada apa Tuan panggil saya?Saya...ada buat salah apa-apa ke?"Soal Joo Yeon,takut-takut.Entah apa pulalah sebab Byung Hee memanggilnya ketika itu.Bimbang pula sekiranya hasil kerjanya tidak menepati kehendak presiden muda itu.Byung Hee memandang ke arah Joo Yeon yang sudah kelihatan tidak selesa itu.
"Kenapa dengan awak ni?Tengok saya macam tengok hantu je,"kata Byung Hee.
"Bukan macam tu,Tuan.Saya...takut...takut kalau-kalau saya ada buat salah je,"kata Joo Yeon,berterus terang.Byung Hee mengukir senyuman nipis.Dia kemudiannya menyerahkan sebuah fail berwarna biru ke arah wanita itu.Tanpa menunggu arahan daripada presiden itu,Joo Yeon membuka perlahan-lahan fail biru yang berada di hadapannya itu.Kelihatan dahinya sedikit berkerut apabila membaca isi-isi yang terkandung di dalam fail itu.
"Em...kenapa Tuan bagi saya baca dokumen ni?Ni bukannya...projek baru yang Encik Kang sedang uruskan ke?"Soal Joo Yeon,kurang memahami.Byung Hee angguk."Okey...so?Apa kaitannya dengan saya,Tuan?'Soal Joo Yeon lagi.
"Saya nak awak gantikan dia dalam projek ni,"kata Byung Hee.Mata Joo Yeon terbuka luas apabila mendengar kata-kata Byung Hee.
"Apa?Saya gantikan dia?"Soal Joo Yeon,tidak percaya.Byung Hee sekadar angguk."T..Tapi...saya kan masih baru lagi kat sini?Nanti apa yang pekerja lain cakap?"
"Awak jangan risau.Saya bukannya buat keputusan ni sorang-sorang.Lagipun,Encik Kang yang cadangkan nama awak untuk gantikan tempat dia dalam projek ni.Dia kan dah tahu cara kerja awak macam mana.Awak pun tahu cara kerja dia...so,no problem,"kata Byung Hee.
"Tapi Tuan...kenapa pula tiba-tiba Encik Kang nak saya gantikan tempat dia pula?"Soal Joo Yeon.
"Dia ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan.Jadi,nak tak nak...awak kenalah terima kerja baru awak ni,"kata Byung Hee,selamba.Joo Yeon membisu.Matanya masih lagi ditumpukan ke arah dokumen itu.Byung Hee mengukir senyuman nipis.
"Saya pun turun padang juga.Awak jangan risaulah.Awak takkan buat silap kalau saya ada,"kata Byung Hee sambil memandang ke arah komputer ribanya.Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee.Kalau dia ada...lagilah banyak aku buat silap,bisik hatinya.Joo Yeon menggigit bibirnya.
"Esok kita mulakan kerja,okey?"Byung Hee memandang ke arah Joo Yeon yang kelihatan masih berada di awang-awangan itu."Joo Yeon?"Joo Yeon tersentak.
"Ya,Tuan?"
"Esok kita mulakan kerja.Okey?"Sekali lagi Byung Hee mengulangi arahannya.Laju sahaja Joo Yeon angguk,tidak sedikit pun membantah arahan lelaki itu.

Joo Yeon menangkap gambar bagi setiap sudut bangunan hotel yang masih belum siap sepenuhnya itu.Byung Hee pula sibuk mendengar keterangan pekerjanya yang bertugas di tapak pembinaan hotel lima bintang yang bakal disiapkan itu.Kelihatan lelaki itu mengangguk seketika sambil mendengar keterangan pekerjanya itu.Joo Yeon pula mula memerhatikan semula gambar yang baru sahaja ditangkapnya sebelum dicoretkan sesuatu di atas buku notanya.
"Macam mana?"Joo Yeon terkejut apabila tiba-tiba sahaja Byung Hee sudah berdiri dekat dengannya.
"Em...saya rasa saya dah boleh buat sketch sikit untuk design dalaman dia.Lagipun,rekaan yang sedia ada ni pun dah okey rasanya.Cuma mungkin kena perkemaskan lagilah kot.Tapi kena dapatkan pendapat Tuan dululah."Joo Yeon menyuarakan pendapatnya.Byung Hee angguk.
"Keluasan bilik tetamu macam mana?Awak dah tengok?"Soal Byung Hee pula.Joo Yeon angguk.
"Kalau macam tu...awak boleh serahkan pelan awak dalam...next week boleh?"Soal Byung Hee.
"Em...saya akan cuba buat yang terbaik,"balas Joo Yeon,sambil mengukir senyuman manis.Byung Hee turut membalas senyumannya.Perbualan mereka sedikit terganggu apabila kedengaran telefon bimbit Joo Yeon berdering.Joo Yeon menundukkan sedikit kepalanya ke arah Byung Hee.
"Maafkan saya,"kata Joo Yeon sebelum menjawab panggilan telefonnya itu.Tidak lama selepas itu,Joo Yeon melangkah ke arah Byung Hee yang sedang memerhati kerja pembinaan yang giat disiapkan oleh pekerja-pekerjanya itu.Byung Hee menoleh ke arah Joo Yeon yang sedang mendekati ke arahnya itu.
"Maafkan saya,Tuan.Saya ingat nak minta diri sebab saya baru dapat panggilan yang kawan saya kemalangan.Dia ada dekat hospital sekarang,"kata Joo Yeon,jelas kelihatan riak bimbang pada wajahnya.
"Kemalangan teruk ke?"Soal Byung Hee,turut terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Joo Yeon itu.
"Saya tak tahu,"kata Joo Yeon.
"Biar saya hantarkan,"kata Byung Hee,menawarkan bantuan.
"Hah?Eh,tak apa.Saya boleh naik teksi,"kata Joo Yeon,menolak baik bantuan Byung Hee itu.
"Tak apa.Saya boleh hantarkan.Jom."Byung Hee mencapai tangan Joo Yeon sebelum membawa wanita itu ke arah kereta mewahnya.Pemandu peribadi Byung Hee sudah pun membukakan pintu belakang.Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee.
"Kenapa?"Soal Byung Hee.
"Saya boleh pergi sendiri Tuan..."Sungguh Joo Yeon segan untuk menaiki kereta mewah milik Byung Hee itu.
"Kawan awak sakit kan?Awak boleh sampai lebih cepat kalau naik kereta saya sekarang ni.Masuklah,"kata Byung Hee.Mahu tak mahu,Joo Yeon terpaksa bersetuju.

Joo Yeon segera keluar dari kereta Byung Hee sebaik sahaja kereta itu betul-betul berhenti di lobi hospital itu.Namun,langkahnya menjadi perlahan apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu sedang melangkah keluar dari bangunan hospital itu.
"Oppa!"Joo Yeon kemudiannya melangkah ke arah Seung Ri yang sedang melangkah keluar dari hospital itu dengan tangannya yang berbalut itu.Seung Ri yang mendengar namanya dipanggil itu menoleh ke arah Joo Yeon.Bibirnya menguntum senyuman manis.
"Joo Yeon!"Seung Ri melambai ke arah Joo Yeon dengan tangannya yang sebelah lagi.
"Oppa,apa dah jadi ni?Macam mana boleh jadi macam ni?"Soal Joo Yeon,cemas.Seung Ri sekadar tersenyum.
"Oppa teringat kat Joo Yeon masa bawa motor tadi.Tu yang terjatuh tu,"kata Seung Ri seraya bergurau.Joo Yeon menepuk tangan Seung Ri yang berbalut itu.Seung Ri mengaduh kesakitan.
"Aduh,kenapa pukul tangan oppa ni?Sakitlah!"
"Orang serius,dia main-main pula.Nasib baik tak ada apa-apa.Kalau teruk tadi,macam mana?Joo Yeon risau,tahu tak?"Joo Yeon kelihatannya tidak senang dengan gurauan Seung Ri itu.
"Miane...Tapi...seriously,I'm okay.Oppa cedera sikit je.Ni mesti kawan oppa yang call Joo Yeon ni,"kata Seung Ri.
"Kenapa?Kalau dia tak call...oppa nak sorokkan benda ni sampai bila?Ish,oppa ni memang suka buat orang risau tau?"Marah Joo Yeon.
"Miane...Oppa janji lepas ni oppa tak buat lagi,"kata Seung Ri.Pandangannya kemudian teralih ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berbual.Wajahnya berubah masam apabila matanya dapat menangkap kelibat lelaki yang amat amat dikenalinya itu.
"Apa yang dia buat kat sini?"Soal Seung Ri,tiba-tiba sambil memandang ke arah Byung Hee.Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee.
"Ah...lupa Joo Yeon nak kenalkan.Ni presiden tempat Joo Yeon kerja,Tuan Jung Byung Hee,"kata Joo Yeon,tidak pula berterus terang sepenuhnya kepada Seung Ri mengenai perkenalannya dengan Byung Hee di Australia sebelum ini.Seung Ri sekadar mengukir senyuman sinis ke arah Byung Hee sambil angguk.Pura-pura baru mengenali lelaki itu.Byung Hee pula sekadar menundukkan kepalanya sedikit.
"Seung Ri..."
"Byung Hee.."Masing-masing memperkenalkan diri.Seung Ri kemudiannya memaut bahu Joo Yeon.Joo Yeon yang berdiri di sebelahnya terkejut.
"Terima kasih sebab sudi terima tunang saya untuk bekerja di syarikat tuan.Kalau ada perkara silap yang Joo Yeon dah buat,harap tuan boleh maafkan.Maklumlah,tunang saya ni memang kalut sikit,"kata Seung Ri.Joo Yeon terkejut apabila Seung Ri membahasakan dirinya sebagai tunangannya.
"Oppa?Apa oppa cakap ni?"Soal Joo Yeon sebelum memandang ke arah Byung Hee.Byung Hee sekadar tersenyum nipis.
"Joo Yeon,saya minta diri dulu.Kalau awak ada apa-apa masalah mengenai pelan tu,awak boleh jumpa saya esok,"kata Byung Hee,berura-ura untuk beredar.Joo Yeon sekadar angguk.Byung Hee segera masuk ke dalam keretanya.Sesekali dia menoleh ke arah Joo Yeon yang berada dalam dakapan Seung Ri itu.
"Bawa saya balik ke vila,ahjussi,"arah Byung Hee.
"Tuan tak nak singgah ke istana dulu ke hari ni?"Soal pemandunya.Byung Hee menggeleng."Baik,Tuan,"kata pemandu itu,akur pada arahan tuan mudanya itu.Byung Hee melepaskan nafas berat.Sungguh hatinya tidak senang dengan perkara yang baru sahaja dilihatnya itu.Byung Hee melemparkan pandangannya ke luar.Benarkah Joo Yeon itu tunangan orang?Seung Rikah orangnya?
"Kenapa oppa cakap macam tu?Mesti tuan rasa tak selesa bila dengar oppa cakap macam tu,"kata Joo Yeon,tidak puas hati.
"Biarlah.Lagipun,kita memang dah nak bertunang kan?"Soal Seung Ri.Joo Yeon mencebik.
"Ee...siapa yang nak bertunang dengan oppa?Perasan.Dahlah orang nak balik.Buang masa je datang sini,"kata Joo Yeon,sambil mengatur langkah,meninggalkan Seung Ri.
"Joo Yeon,tunggulah!"Seung Ri cuba mengejar Joo Yeon yang kian menjauhinya.Tangan Joo Yeon itu dicapainya.Joo Yeon malas untuk membantah tindakan Seung Ri itu.Fikirannya ketika itu kusut memikirkan mengenai Byung Hee.Entah mengapa,dia kurang senang dengan kata-kata Seung Ri sebentar tadi.
"Kenapa dengan aku ni?"Bisik hatinya.
"Kenapa ni,Joo Yeon?"Soal Seung Ri,apabila menyedari riak wajah Joo Yeon yang berubah kelat itu.Joo Yeon segera mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.
"Tak ada apa-apa,"balas Joo Yeon,cuba berlagak biasa.Seung Ri tersenyum kemudiannya.Genggaman tangannya kian dieratkan,seolah-olah tidak mahu melepaskan Joo Yeon pergi darinya.



No comments:

Post a Comment