16 October, 2011

-Monalisa Page 35-

Joo Yeon melihat nama yang tertera pada bangunan mewah yang berada di hadapannya itu.Kemudian,dia membandingkannya dengan sesuatu yang tertulis di atas kertas kecil itu.
"Ojos Frios..."Sekali lagi,Joo Yeon melihat bangunan mewah setinggi dua tingkat itu."Betullah ni tempatnya,"bisiknya."Tapi,kenapa pula Tuan nak jumpa aku kat sini pula?Ada apa-apa ke?Macam ada parti je kat dalam tu,"bisiknya lagi.Tanpa memandang ke hadapan,Joo Yeon menyusun langkahnya menuju ke arah bangunan itu.Nasibnya sedikit malang apabila tubuhnya terlanggar seseorang.
"Chuwesuhamnida...saya tak sengaja."Kelam kabut Joo Yeon mengucapkan kata-kata maaf kepada wanita yang dilanggarnya sebentar tadi.
"Tak apa.Saya pun salah juga sebab tak pandang depan masa berjalan,"balas wanita itu,sedikit ramah.Joo Yeon tersenyum kecil apabila wanita itu kelihatannya tidaklah seangkuh mana jika dibandingkan dengan penampilannya itu.Wanita itu pula memandang sedikit pelik ke arah Joo Yeon yang hanya berpakaian kemeja dan berseluar slack putih itu.Joo Yeon yang menyedari pandangan wanita itu berasa malu sendiri.
"Em...saya rasa...saya macam tak pernah nampak awak kat sini.Awak ni orang baru ya?"Soal wanita itu.
"Saya memang tak pernah datang ke sini.Saya datang ni pun atas arahan presiden tempat saya bekerja,"kata Joo Yeon sambil menunjukkan kad jemputan ke majlis ulang tahun Ojos Frios kepada wanita itu.Perlahan-lahan,wanita itu mengambilnya daripada tangan Joo Yeon.Kelihatan wanita itu mengukir senyuman manis sambil memandang ke arah Joo Yeon.
"Oh...awak ni pekerja dekat syarikat oppa ya?"Soal wanita itu,ingin tahu.Joo Yeon sedikit terkejut dengan pertanyaan wanita itu.Oppa?Siapakah oppa yang dimaksudkan oleh wanita itu?
"Oh...sorry...Maksud saya...Presiden Jung Byung Hee.Dia presiden awakkan?"Bagaikan menyedari kesilapannya,wanita itu memperbetul pertanyaannya.
"Ah...ya saya,"balas Joo Yeon.Wanita itu tersenyum manis ke arahnya sambil menghulurkan tangan ke arah Joo Yeon.
"Hai...saya Ryu Hyo Young.Gembira berjumpa dengan awak,"ucap Hyo Young,mesra.Joo Yeon menyambut huluran tangan wanita itu.
"Saya Lee Joo Yeon."
"Jomlah kita masuk ke dalam.Entah-entah oppa dah tunggu awak kat dalam tak?"Ajak Hyo Young.Perlahan-lahan,Joo Yeon angguk,menerima ajakan Hyo Young yang disangkanya teman wanita Byung Hee itu.Entah mengapa,timbul rasa tidak senang apabila berjalan dekat dengan wanita itu.

"Aik...sorang saja ke?Hyung mana?"Soal Sang Hyun sebaik sahaja Hyo Young datang ke arah mereka.
"Dia lambat sikit rasanya,"balas Hyo Young.Hyo Young melihat jam tangannya.Ke mana pula Seung Ho berada waktu begini?Takkan dia tak datang kot?
"Eh,ni siapa pula ni?"Soal Mir,yang kebetulan lalu di situ apabila menyedari Joo Yeon yang berdiri di sebelah Hyo Young itu.Hyo Young tersenyum.
"Oh,lupa pula.Ni Cik Lee Joo Yeon,pekerja Jio oppa,"kata Hyo Young,memperkenalkan Joo Yeon kepada dua putera raja itu.Cepat-cepat Joo Yeon menundukkan sedikit tubuhnya.
"Selamat berkenalan,saya Lee Joo Yeon,"kata Joo Yeon.
"Jio oppa yang jemput Cik Joo Yeon ke sini.Mungkin Jio oppa tak cakap kot yang Ojos Frios buat parti malam ni.Sebab tu,dia pakai kasual saja,"kata Hyo Young,bagi pihak Joo Yeon apabila melihat Joo Yeon yang kelihatan  sedikit kaget itu.
"Apa?Jio hyung jemput?"Soal Sang Hyun.Hyo Young angguk.Sang Hyun kemudiannya menoleh ke arah Mir.Mir turut melakukan perkara yang sama.Pantas sahaja Sang Hyun menarik Mir,menjauhi kedua-dua wanita itu.Lagaknya seperti ada sesuatu yang hendak disembunyikan daripada pengetahuan Hyo Young dan Joo Yeon.
"Kau dengar tak apa yang Hyo Young cakap tadi?"Soal Sang Hyun.Laju sahaja Mir angguk."Kau ingat tak apa yang Jio Hyung cakap kat kita sebelum ni?"Soal Sang Hyun lagi.Kelihatan Mir sedang memikirkan sesuatu.
"Ish,kau tak ingat ke?"Marah Sang Hyun.
"Pasal apa?"Soal Mir pula.
"Ish,kau ni!Muda muda lagi dah nyanyuk ke?Kan hyung pernah cakap yang dia akan bawa seseorang yang dah buat dia tertarik selepas Nana dah tak ada.Mungkin tulah orangnya,"kata Sang Hyun.Kelihatan Mir terkejut dengan kata-kata Sang Hyun itu.Perlahan-lahan,mereka menoleh ke arah Joo Yeon.Joo Yeon pelik dengan pandangan mata mereka itu.Pelik sangatkah dia sehingga dipandang sebegitu rupa?
"Kenapa mereka pandang saya macam tu?"Soal Joo Yeon kepada Hyo Young.Hyo Young menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak tahu sebabnya.
"Tak adalah cantik sangat.Biasa je aku tengok,"kata Mir,perlahan.
"Ish,kau memang.Kau nampak Noona aku je yang cantik.Okey apa awek baru Jio Hyung ni?Nampak natural je muka dia.Aku rasa dia lagi cute daripada Nana,"kata Sang Hyun selamba.
"Nanalah yang cun lagi,"balas Mir pula.
"Ala,Nana tu cun sebab make up je.Cuba kalau tak make up...sepet gila mata dia,"kata Sang Hyun pula.
"Apa yang korang bisik-bisik ni?"Sang Hyun dan Mir terkejut apabila mendengar sergahan Chang Sun yang muncul entah dari mana itu.
"Hyung!Sekejap je menari dengan Hyo Sung?"Soal Sang Hyun,berlagak biasa sambil memandang ke arah Hyo Sung.
"Mana ada menari.Borak-borak je.Ni apahal korang bisik-bisik ni?"Soal Chang Sun pula.Sang Hyun menunjukkan Joo Yeon kepada Chang Sun.
"Awek baru Jio Hyung..."Selamba sahaja Sang Hyun membuat telahannya sendiri.Ternyata kata-katanya mampu membuatkan Chang Sun terkejut besar.Pantas sahaja Chang Sun menoleh ke arah Joo Yeon.
"Yah yah!Kenapa dengan korang ni?Kenapa korang pandang Joo Yeon macam tu?Tadi Sang Hyun dengan Mir...sekarang Joon oppa pun?"Soal Hyo Young,geram melihat telatah putera yang bertiga itu.
"Kenapa kecoh-kecoh ni?"Semua yang berada di situ menoleh serentak ke arah Byung Hee yang baru tiba itu.Joo Yeon terkejut apabila melihat kehadiran Byung Hee di situ.Penampilannya sedikit berbeza daripada sebelum ini.Byung Hee kelihatan lebih santai dengan t-shirt berwarna hitam dengan rambutnya yang menutupi mata kanannya itu.Byung Hee yang menyedari kehadiran Joo Yeon itu mengukir senyuman manis ke arah wanita itu.Terserlah wajah kacaknya yang menjadi rebutan ramai wanita itu.
"Awak dah lama sampai ke?"Soal Byung Hee.Joo Yeon angguk.
"Maaflah saya lambat sikit.Ada hal sikit tadi,"kata Byung Hee."Awak okey je kan?"Soalnya pula.
"Em,saya okey,"balas Joo Yeon.Perbualan mereka itu menjadi perhatian mereka yang berdiri dekat dengan mereka ketika itu lagi-lagi putera yang bertiga itu.Byung Hee yang menyedari situasi itu menoleh ke arah sepupu-sepupunya itu.
"Kenapa pandang hyung macam tu?"Soal Byung Hee.
"Eh,kenapa berhenti berbual?Teruskan jelah...Kami nak dengar juga,"balas Sang Hyun.
"Tuan..."Kedengaran Joo Yeon cuba mengatakan sesuatu.
"Kenapa panggil saya tuan pula ni?Sekarang bukannya kat office.Panggil saya macam biasa sajalah,"kata Byung Hee.Joo Yeon menggaru kepalanya yang tidak gatal itu,malu sendiri dengan kesilapannya itu.
"Maaf,Jio...saya tak tahu pun ada keraian kat sini.Saya pakai baju biasa-biasa je.Lagipun,saya ingat awak nak jumpa saya kat sini atas urusan kerja,"kata Joo Yeon.
"Sebab tu saya pun pakai t-shirt biasa je malam ni.Saya nak temankan awak,"balas Byung Hee.Hyo Young yang mendengar kata-kata Byung Hee itu menutup mulutnya.Sungguh dia terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Byung Hee itu.Apatah lagi putera yang bertiga itu.







No comments:

Post a Comment