01 October, 2011

-Monalisa Page 29-

Seung Ho,Chang Sun serta Mir dikejutkan dengan surat jemputan yang tertera lambang kelab malam Ojos Frios milik Sang Hyun itu.Masing-masing menoleh ke arah Sang Hyun yang baru sahaja melabuhkan punggung itu.
"Aku tak sedar pula yang kelab malam kau ni dah masuk genap 2 tahun,"kata Chang Sun,sambil menoleh ke arah Sang Hyun yang duduk bersebelahan dengannya itu.Sang Hyun tersenyum lebar.Mir kemudiannya memandang ke arah Chang Sun.
"Macam mana hyung nak sedar?Hyung kan sibuk dengan buku-buku je,"kata Mir.
"Bukan sibuk dengan buku je.Sibuk dengan Cik Hyo Sung juga,"celah Sang Hyun.Mir tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Sang Hyun itu.Chang Sun menjeling ke arah kedua-dua sepupunya itu.Seung Ho pula tersenyum mendengar usikan mereka terhadap Chang Sun itu.
“Kalau hyung nak ajak Cik Hyo Sung pun okey juga.Amat dialu-alukan,”kata Sang Hyun pula.”Seung Ho hyung pun mestilah kena bawa Hyo Young sekali.Takkan tu pun nak kena cakap juga kan,”sambung Sang Hyun lagi.Seung Ho dan Chan Sung saling berpandangan antara satu sama lain.Perbualan mereka terganggu seketika apabila pintu bilik rehat mereka itu ditolak oleh seseorang dari luar.Masing-masing menoleh ke arah pintu itu.
“Jio Hyung!”Sang Hyun mengukir senyuman terhadap Byung Hee yang baru sahaja tiba itu.Byung Hee turut membalas senyuman Sang Hyun itu.Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik itu walaupun dia tahu kehadirannya di situ tidak disenangi oleh Seung Ho.”Lambatnya hyung balik.Banyak kerja sangat ke?”Soal Sang Hyun lagi.
“Ada hal sikit.Em,ada apa ni?Tiba-tiba je suruh hyung balik cepat sikit hari ni.Ada sesuatu yang dah berlaku ke?”Soal Byung Hee ingin tahu.Apatah lagi apabila melihat kelima-lima mereka sudah pun berkumpul di situ.Sang Hyun kemudiannya menyerahkan surat jemputannya kepada Byung Hee.
“Dalam kalangan kita berlima,hyung seorang je yang belum pernah datang ke kelab malam Ojos Frios ni.Yelah,Sang Hyun mula buka kelab ni pun waktu hyung masih lagi dekat Australia.Jadi,Sang Hyun harap sangatlah yang hyung boleh datang nanti.Ada ramai awek yang cun tau.Mesti hyung suka nanti,”kata Sang Hyun.Byung Hee tersenyum sebaik sahaja membaca surat jemputan itu.
“Hyung boleh pilih ke mana-mana awek yang hyung suka kat sana nanti?”Soal Byung Hee.Sang Hyun tertawa mendengar kata-kata Byung Hee itu.
“Of course!”Tawa Sang Hyun masih lagi bersisa.
“Kalau…hyung…nak ajak kawan hyung boleh?”Soal Byung Hee,teragak-agak.Masing-masing menoleh ke arah Byung Hee.Kawan?Byung Hee hairan dengan pandangan yang berlainan daripada sepupu-sepupunya itu.”Yah,kenapa pandang macam tu?Lain macam je,”kata Byung Hee,hairan.
“Hyung dah ada girlfriend yang baru ke?”Soal Mir,tanpa menunggu lama.Byung Hee kelihatan terkejut dengan pertanyaan Mir itu.Byung Hee turut memandang ke arah mereka yang lain.Ternyata,mereka turut menantikan jawapan daripadanya.Perlahan-lahan,Byung Hee tertawa kecil.
“Apa yang Mir mengarut ni?Kenapa tiba-tiba tanya pasal girlfriend pula ni?”Soal Byung Hee pula.
“Yelah.Hyung kata yang hyung nak ajak kawan.So,kitorang tertanya-tanyalah kalau-kalau kawan hyung tu…sebenarnya girlfriend hyung yang baru,”kata Mir.Byung Hee tersenyum nipis.
“Kawan biasa je.Hyung…belum jumpa seseorang yang betul-betul istimewa lagi,”kata Byung Hee,perlahan.Seung Ho pula tersenyum sinis sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.
“Nak tunjuk yang kau ni sangat setialah dekat cinta pertama kau tu?Rimaslah dengan perangai jiwang kau ni,”kata Seung Ho,mulai bersuara setelah sekian lama membisu sejak kehadiran Byung Hee di situ.”Kalau kau terus macam ni,sampai bila-bila pun hati kau tu tak terbuka untuk orang lain.Kau ingat yang Nana tu akan hidup balik ke kalau kau terus berlagak setia macam ni?’Soal Seung Ho.
“Hyung,please stop it.Takkan pasal ni pun nak gaduh juga.Itu soal hati dan perasaan Jio Hyung.Biarlah dia yang tentukan sendiri.Kita tak ada hak nak masuk campur,”kata Chang Sun,cuba menghalang sesuatu yang tidak baik berlaku.
“Aku dah mula tertarik dengan dia.”Kata-kata Byung Hee itu ternyata berjaya mengejutkan mereka semua termasuk Seung Ho.Seung Ho menoleh ke arah Byung Hee.Byung Hee turut memandang ke arah Seung Ho.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman sambil bangun dari tempat duduknya.Surat jemputan itu masih lagi berada dalam genggamannya.”Mungkin aku akan perkenalkan dia di Ojos Frios nanti,”kata Byung Hee lagi terhadap Seung Ho.Byung Hee kemudiannya memandang ke arah Chang Sun,Sang Hyun dan Mir yang kelihatannya masih lagi terkejut dengan kenyataannya sebentar tadi.
“Hyung balik dulu.Esok hyung nak kena keluar awal.Ada hal sikit dekat Icheon.Selamat malam semua,”kata Byung Hee,sebelum meninggalkan bilik itu.
“Betul ke apa yang aku dah dengar tadi?”Soal Sang Hyun,masih tidak percaya.Chang Sun pula tidak membalas apa-apa.Dia turut memikirkan kembali kata-kata Byung Hee sebentar tadi.Sungguh amat sukar untuk dipercayainya.Setahunya,Byung Hee seorang yang amat setia pada cinta pertamanya itu sehinggakan sanggup tidak bersemuka langsung dengan ibunya sendiri gara-gara masih marah dengan tindakan ibunya yang menyebabkan kematian Nana itu.Seung Ho pula tersenyum sinis.
“Kau ingat apa yang dia cakap tu betul ke?Tak payah percayalah.Dia pura-pura je tu,”kata Seung Ho sebelum bangun dari tempat duduknya dengan niat untuk beredar dari situ.Mereka tidak pula menghalang Seung Ho yang sudah pun melangkah keluar dari bilik itu.
"Sampai bilalah kita nak tengok hyung kita berdua tu bergaduh?"Soal Sang Hyun.Chang Sun dan Mir pula sekadar menggeleng.Mereka juga tidak tahu jawapannya.
Byung Hee terkejut apabila melihat Sandara yang dipapah masuk oleh seorang lelaki masuk ke dalam perkarangan istana itu.Pantas sahaja Byung Hee melangkah mendekati ke arah Sandara yang tidak sedarkan diri itu.
“Kenapa dengan Noona?”Soal Byung Hee,bimbang.Min Ho yang sedang memapah Sandara itu sekadar melihat ke arah Byung Hee.Adakah ini lelaki yang dimaksudkan oleh Sandara di kelab malam sebentar tadi?
“Dia minum banyak tadi.Saya dah halang dia tapi dia berdegil juga.Saya ingat nak hantar dia balik ke rumah dia je tapi dia yang nak saya hantar dia balik sini,”kata Min Ho.
“Biar saya yang papah Noona naik ke bilik,”kata Byung Hee.Min Ho tidak menolak.Byung Hee kemudiannya mengukir senyuman manis terhadap lelaki yang belum pernah ditemuinya itu.
“Terima kasih sebab tolong hantarkan Noona balik.Maafkan saya kalau dia dah banyak susahkan awak,”kata Byung Hee.Min Ho turut tersenyum.
“Tak ada masalah.Em…saya balik dululah,”kata Min Ho,meminta diri.Byung Hee sekadar angguk sebelum melihat ke arah Sandara yang sedang dipapahnya itu.
Tubuh langsing wanita itu dibaringkannya di atas katil yang empuk itu.Tuala basah diletakkan di atas dahi wanita itu bagi mengurangkan rasa pening pada kepalanya itu.Wajah Sandara itu ditatapnya Byung Hee.Entah apalah yang membuatkan Sandara mabuk sebegitu rupa pun tidak diketahuinya.Lelaki yang menghantar Sandara pulang sebentar tadi pun tidak dikenalinya.Teman lelakinya Sandarakah?Byung Hee kemudiannya melihat jam tangannya.Ternyata malam kian larut.Dia harus pulang ke rumahnya secepat mungkin memandangkan esok dia perlu keluar awal atas urusan kerja di Icheon.
“Jio…”Byung Hee memandang ke arah Sandara sebaik sahaja mendengar namanya disebut oleh wanita itu.Wanita itu masih lagi belum membuka matanya.Kemungkinan Sandara sedang mengigau agaknya.Tapi mengapa pula namanya meniti di bibir Sandara itu?
“Noona.”Byung Hee cuba mengejutkan Sandara sambil menyentuh bahu wanita itu dengan lembut.Perlahan-lahan,wanita itu membukakan matanya.
“Jio?”Sandara seolah-olah tidak percaya apabila melihat Jio yang sedang berada di hadapannya itu.
“Noona tak ada apa-apa ke?”Soal Byung Hee.Sandara cuba bangun dari pembaringannya sambil memicit-micit kepalanya yang pening itu.”Banyak sangat ke yang Noona minum tadi?Noona kan tahu yang Noona tak boleh minum banyak,”kata Byung Hee.
“Sebab Jiolah,Noona minum banyak tadi,”kata Sandara.
“Sebab Jio?”Byung Hee terkejut dengan kata-kata Sandara.Sandara tertawa kecil.Ternyata wanita itu masih lagi dalam keadaan mabuk.
“Yelah.Jio yang buat Noona jadi mabuk macam ni,”kata Sandara sambil memandang ke arah Byung Hee.Byung Hee melepaskan nafas berat.Byung Hee cuba membaringkan Sandara semula bagi membolehkan wanita itu berehat.Namun,Byung Hee terkejut apabila Sandara memeluknya erat,seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.
Mir tertanya-tanya apabila melihat pembantu istana membawa keluar semangkuk air dari sebuah bilik.Perlahan-lahan,Mir mendekati ke arah pembantu istana itu.Pembantu istana itu segera menundukkan sedikit badannya apabila melihat kelibat Mir yang kian menghampirinya itu.
“Ada orang sakit ke,Cik Oh?”Soal Mir,ingin tahu.
“Oh…Tuan Muda Jung yang minta saya bawakan air ni tadi.Katanya,Cik Sandara tak berapa sihat,”jawab pembantu istana itu.Mata Mir terbuntang luas sebaik sahaja mendengar kata-kata pembantu istana itu.
“Mana Noona sekarang?”Soal Mir,mulai bimbang.
“Noona…”Sandara masih enggan untuk melepaskan pelukannya terhadap Byung Hee.
“Jio…masih belum boleh lupakan Nana ke?”Byung Hee tersentak mendengar pertanyaan Sandara itu.Mengapa pula tiba-tiba hal Nana dibangkitkan ketika ini?”Apa hebatnya Nana sehinggakan Jio langsung tak terbuka hati untuk wanita lain?”
“Noona dah mabuk sangat ni.Nanti,Jio mintakan Cik Oh bawakan ubat untuk Noona.Noona rehatlah dulu,”kata Byung Hee,perlahan-lahan melepaskan pelukan Sandara terhadapnya.Wajah Sandara yang kemerahan itu diperhatinya.
“Jio…jangan tinggalkan Noona.Jio temankan Noona kat sini ya?”Pinta Sandara.Tangan Jio itu digenggamnya.”I really really need you…”sambung Sandara lagi,sebelum melelapkan matanya.Perlahan-lahan,Byung Hee melepaskan tangannya sebaik sahaja dia yakin bahawa Sandara sudah tidur dengan lenanya.Byung Hee kemudiannya bangun dari situ perlahan-lahan dengan niat untuk beredar dari situ.Byung Hee terkejut apabila melihat kelibat Mir yang sedang berdiri di muka pintu itu.
“Mir?Apa yang Mir buat kat sini?”Soal Byung Hee.Pertanyaannya itu tidak langsung dijawab oleh Mir.Malah,Mir memandang tajam ke arahnya.Byung Hee cuba mengukir senyuman nipis.
“Noona tak berapa sihat.Jadi,Hyung tolong temankan dia sekejap.Lagipun,Hyung dah nak balik ni.Mir tengok-tengokkanlah Noona ya,”kata Byung Hee,sebelum beredar dari situ.
“Kawan yang Hyung maksudkan tadi tu…Noona ke?”Soal Mir,tiba-tiba.Langkah Byung Hee terhenti.Wajahnya ditoleh ke arah Mir.Kali ini,Mir turut menoleh ke arah Byung Hee.”Hati Hyung dah terbuka balik untuk bercinta…disebabkan Noona ke?”Soal Mir lagi.
“Apa yang Mir cakap ni?”Soal Byung Hee.Mir tersenyum sinis.Untuk seketika,Mir melihat ke arah Sandara yang sedang terbaring di atas katil itu sebelum dia menoleh ke arah Byung Hee.Tidak lama selepas itu,dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang membengkak.Byung Hee pula melepaskan nafas berat.Ternyata Mir sudah salah faham terhadapnya.









No comments:

Post a Comment