21 October, 2011

-Monalisa Page 36-

"Awak ni...betul-betul tak apa ke pakai macam ni?"Soal Joo Yeon.Kali ini,hanya dia dan Byung Hee sahaja yang duduk di suatu sudut,agak jauh daripada keluarga diRaja Byung Hee itu.Ternyata,putera bertiga itu masih berminat untuk mengambil tahu mengenai mereka berdua apabila kelihatan mereka kerap mencuri-curi pandang ke arah Joo Yeon dan Byung Hee.
"Kenapa?Saya nampak tak handsome ke pakai macam ni?"Soalan dibalas dengan soalan.Joo Yeon tersenyum kecil.
"Bukanlah...cuma...yelah...ni kan parti sepupu awak.Mesti sepupu awak tak selesa kalau awak tak ikut tema parti sepupu awak ni,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum.
"Kalau awak nak tahu,saya baru pertama kali datang ke kelab sepupu saya ni.Jadi,tak ada siapa yang kenal saya sebagai sepupu Sang Hyun kat sini.Saya ni pun...taklah sepopular mereka semua,"kata Byung Hee,penuh yakin.Kelihatan Joo Yeon mencebik.Perhatian Joo Yeon kemudiannya teralih ke arah Hyo Young yang sedang berbual dengan Hyo Sung,tidak jauh dari tempat mereka berada itu.
"Awak tak nak pergi temankan girlfriend awak tu ke?"Soal Joo Yeon.
"Girlfriend?"Soal Byung Hee,tidak memahami.Joo Yeon kemudiannya menunjukkan jari telunjuknya ke arah Hyo Young.Byung Hee tertawa kecil apabila melihat Hyo Young yang disangka teman wanitanya oleh Joo Yeon itu.
"Hyo Young bukan teman wanita sayalah,Joo Yeon.Hyo Young tu tunang kepada sepupu saya yang lain.Macam manalah awak boleh terfikir yang Hyo Young tu girlfriend saya?"Soal Byung Hee,masih lagi dengan tawanya yang bersisa itu.
"Eh,salah ke?Tapi,saya tengok awak dengan dia macam mesra sangat je tadi.Dia pun macam manja dengan awak,"kata Joo Yeon,terkejut.Byung Hee tersengih.
"Nampaknya ada orang cemburu kat sini.Bertuahnya saya..."Usik Byung Hee,sambil tersenyum nakal.
"Siapa cemburu?"Soal Joo Yeon,tidak memahami.Byung Hee tidak terus menjawab.Sebaliknya,dia lebih selesa memandang ke arah Joo Yeon ketika itu.
"Maksud awak,saya yang cemburu?Hah!Tolonglah jangan perasan,Jio.Saya cuma tertanya-tanya je,okey,"balas Joo Yeon.Byung Hee tertawa kecil melihat muka Joo Ye"on yang jelas kelihatan merah itu.Wajah malu wanita di hadapannya itu mengingatkan dirinya kepada seseorang yang amat dirinduinya itu.Byung Hee kemudiannya menoleh ke arah lain,cuba membuatkan bayangan yang hadir dalam fikirannya itu hilang secara perlahan.Mereka menjadi senyap tiba-tiba.Melayani rentak lagu yang dimainkan oleh pemuzik di kelab Ojos Frios itu.Joo Yeon asyik memerhati ke arah Byung Hee.Matanya tertumpu kepada sebentuk cincin yang tersarung pada jari manis lelaki itu.Kelihatannya bukan cincin biasa.Seperti ada makna yang tersirat di sebalik cincin yang dipakai oleh lelaki itu.Apa yang penting,cincin itu mungkin menunjukkan status sebenar Byung Hee yang masih belum diketahuinya itu.Lama Joo Yeon memerhatikan cincin itu.
"Kenapa aku rasa macam pernah tengok ya cincin tu?"Soalnya dalam hati.Joo Yeon kemudiannya memandang ke arah Byung Hee.Kelihatannya lelaki itu masih lagi kusyuk melayani muzik yang berkumandang di kelab itu.Belum sempat Joo Yeon mahu menegur lelaki itu,kelihatan seorang wanita cantik mendekati ke arah Byung Hee.Hasrat Joo Yeon itu tertangguh seketika apabila melihat Byung Hee menyahut sapaan wanita itu.
"Noona ingatkan Jio tak datang malam ni.Kenapa Jio tak jawab call noona?"Soal Sandara,yang baru sahaja tiba itu.
"Oh,miane...Jio tinggalkan handphone dekat Jun Hyun.Kenapa noona call Jio?"Soal Byung Hee.Sandara dengan selambanya mengambil tempat di sisi Byung Hee,tanpa menghiraukan Joo Yeon yang sedang duduk berhadapan dengan lelaki itu.
"Noona cuma nak...minta maaf pasal tu.Noona rasa noona dah buat sesuatu yang tak sepatutnya noona buat dekat Jio...Em...lagipun...Jio pun tahukan noona macam mana waktu mabuk?"Soal Sandara.Byung Hee tersenyum kecil sambil angguk.
"It's okay.Jio dah faham sangat dah dengan perangai Noona.Jangan risaulah,"balas Byung Hee.Sandara tersenyum girang apabila Byung Hee langsung tidak ambil kisah mengenai perbuatannya itu.Sandara kemudiannya mengangkat tangannya,seolah-olah mahu bersumpah.
"Noona janji yang noona takkan minum sampai mabuk lagi,"kata Sandara.Byung Hee tertawa kecil.
"Baguslah kalau macam tu.Nanti kesian dekat boyfriend Noona.Asyik nak kena papah noona balik rumah je,"kata Byung Hee,seraya bergurau.Sandara menepuk lembuk bahu Byung Hee itu.
"Yah,he's not my boyfriend okay?"Balas Sandara,tidak selesa dikaitkan dengan Min Ho yang sudah dianggap kawan baiknya itu.Perhatian Sandara kemudiannya teralih ke arah Joo Yeon.
"May I know who are you?Saya rasa...saya tak pernah nampak awak kat sini.First time datang ke?"Soal Sandara.
"Oh,noona.Ni..."Byung Hee menoleh ke arah Joo Yeon seketika sebelum dia menyambung katanya semula.
"Ni kawan Jio.Lee Joo Yeon namanya.Joo Yeon,ni sepupu saya...Sandara..."Kata Byung Hee.Joo Yeon dan Sandara saling bersalaman diiringi dengan senyuman yang tersembunyi pelbagai makna itu.
"Em...Hai..."Sapa Sandara,entah ikhlas atau tidak.Joo Yeon tersenyum manis,turut menyahut sapaan wanita itu.
"Joo Yeon ni...girlfriend baru awak ke,Jio?"Soal Sandara.Joo Yeon terkejut apabila mendengar soalan Sandara itu.
"Kami kawan jelah,Noona.Baru kenal,"balas Byung Hee,tenang.Sandara angguk.
"Noona ingat...Jio dah jumpa pengganti..."Perbualan mereka terganggu seketika apabila terdengar bunyi petikan piano dari suatu sudut.Mereka menoleh ke arah itu.
Hyo Young asyik memerhati ke arah Seung Ho yang sedang bermain piano di atas pentas itu.Lagu yang dimainkan oleh lelaki itu sangat lunak dan mendamaikan sekali.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia melangkah dekat ke arah lelaki itu.Namun,niatnya tertangguh seketika apabila melihat kelibat Fei yang turut berada tidak jauh dari Seung Ho itu.Pasti Seung Ho yang mengajak wanita itu ke Ojos Frios.Hyo Young tersenyum nipis.Untunglah Fei kerana sering menjadi perhatian Seung Ho,lelaki yang amat dicintainya itu.Sedangkan dirinya?Ikatan pertunangan hanya tertulis di atas kertas.Hakikatnya,mereka hanya sekadar teman biasa.Seung Ho langsung tidak memandangnya sebagai seorang wanita walaupun penampilan Hyo Young sudah pun berubah.Tiada lagi pakaian lelaki yang tersarung pada tubuhnya itu.Sebaliknya,dia kini berubah kepada seorang wanita yang akan ditabalkan sebagai permaisuri dalam hidup Seung Ho yang bakal mewarisi takhta keluarga DiRaja itu.Cuma,berkemungkinan impian itu tidak akan tercapai sekiranya Seung Ho bersungguh-sungguh ingin memiliki cinta Fei yang awalnya ditolak oleh lelaki itu.
Hyo Young asyik memerhati ke arah Seung Ho.Bibirnya tersenyum nipis apabila mendengar lelaki itu mulai menyanyi mengikut rentak lagu yang dimainkannya.Merdu sekali suara lelaki itu.Tidak semena-mena pandangan mata mereka bertembung antara satu sama lain.Hyo Young terkejut apabila melihat Seung Ho yang sedang memandang ke arahnya itu.Benarkah Seung Ho sedang memandang ke arahnya?Perlahan-lahan,Hyo Young menjauhkan dirinya dari situ.Tangannya diletakkan pada dadanya,menahan getaran jantung yang menyakitkan dadanya itu.
"Kenapa aku lari dari Seung Ho?Sepatutnya kan...aku mesti rasa gembira sebab Seung Ho dapat juga jumpa aku dalam kalangan orang ramai tadi..."Soalnya sendiri.Sekali lagi Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.Kali ini,lelaki itu tidak lagi memandang ke arahnya.
"Aku dah cukup rasa bertuah bila Seung Ho tengok aku dalam kalangan orang ramai ni,walaupun sekejap..."Bibirnya tersenyum manis.

"Siapa yang hantar kau ke sini tadi?"Hyo Young terkejut apabila ditegur oleh Seung Ho.Kelihatan Seung Ho sedang melangkah ke arahnya dan kemudiannya berhenti di sebelahnya sambil memerhati bintang-bintang yang bertaburan di langit malam itu.Hyo Young membetulkan rambutnya yang didandan kemas oleh pembantu istana itu.
"Pemandu peribadi istana..."Jawab Hyo Young.Seung Ho menundukkan sedikit kepalanya sambil berdehem beberapa kali.
"Sorry sebab aku tak dapat nak jemput kau.Aku pun baru balik dari pejabat tadi,"kata Seung Ho.Hyo Young tersenyum nipis.
"Awak dah tak payah nak berselindung dari saya lagi.Saya rasa...saya dah sedar apa yang berlaku sekarang ni,"kata Hyo Young,lemah.Seung Ho menoleh ke arah Hyo Young.Apa maksud kata-kata Hyo Young itu?Hyo Young menoleh ke arahnya.
"Saya...saya memang tak ada tempat langsung dalam hati awak ke?"Soalan Hyo Young itu ternyata memeranjatkan Seung Ho.
"Apa kau cakap ni?"Soal Seung Ho.
"Saya tahu...kita bertunang ni pun bersyarat...bukan atas kehendak hati masing-masing.Bukan...mungkin hanya kehendak hati saya seorang saja...Mungkin saya saja yang gembira dengan pertunangan ni...walaupun bukan atas dasar cinta.
"Hyo Young,apa yang kau mengarut ni?Kitakan dah janji...yang kita buat semua ni bersyarat.Tiba masanya nanti,kita akan putus juga.Takkan...fikiran kau dah berubah?"Soal Seung Ho.Hyo Young tersenyum nipis.
"Miane..."Hyo Young memandang ke arah Seung Ho.Kelihatan matanya bergenang,menahan air mata daripada gugur membasahi pipi gebunya itu.
"Saya tak dapat nak nafikan perasaan saya lagi.Tapi...semua tu bukannya disebabkan oleh rancangan gila kita ni.Saya dah lama rasa apa yang tersimpan dalam hati saya ni...sejak dari awal kita berkenalan lagi.Bila awak bersungguh-sungguh nak bertunang dengan saya atas sebab Fei,jauh di sudut hati saya...saya sangat seronok.Saya fikir...mungkin ni salah satu jalan yang terbaik untuk saya dapatkan perhatian awak...dapat merebut cinta awak...Tapi...saya tahu saya tak berdaya.Saya tak setanding Fei,"kata Hyo Young,sebak.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Maafkan aku,Hyo Young.Aku...aku betul-betul tak boleh terima cinta kau.Perasaan aku terhadap kau sebagai seorang kawan...susah nak diubah.Ya...aku cintakan dia.Aku cuma perlu tunggu masa yang sesuai untuk meluahkannya.Dan..."
"Dan pertunangan kita ni akan terbatal secara rasminya,kan?"Hyo Young memotong kata-kata Seung Ho itu.Seung Ho terdiam.Hyo Young tertawa kecil sambil menyeka air matanya yang mulai mengalir itu.
"Saya tahu...terpulang pada awak...Saya hanya ikut apa sahaja keputusan awak...asalkan keputusan tu..benar-benar membahagiakan awak,"kata Hyo Young.Hyo Young mulai beredar dari situ.
"Hyo Young..."Hyo Young berhenti melangkah.
"Kalau ikutkan hati aku...memang dah lama aku nak teruskan niat aku tu...Tapi aku tangguhkan dulu...sebab aku fikirkan pasal kau.Aku tak sekejam yang kau fikirkan.Kalau aku kejam,mungkin kau takkan ada kat sini,"kata Seung Ho.Hyo Young menyeka air matanya.Dipandangnya ke arah lelaki itu.
"Saya rasa apa yang awak buat sekarang ni,lagi menyeksakan.Kalau benar saya ni bukan cinta awak...awak sepatutnya dah lama lepaskan saya.Sebab...semakin saya lama bersama dengan awak,cinta saya kepada awak semakin dalam.Saya takut...saya tak boleh lupakan awak bila kita dah berpisah nanti.Saya takut...saya akan mati dengan cinta yang tak kesampaian..."Air matanya mengalir semakin laju."Miane..."Tanpa menunggu sebarang kata daripada Seung Ho,Hyo Young segera beredar dari situ.Membawa hatinya yang lara itu.Ternyata cinta ditolak oleh Seung Ho,sebelum dia meluahkannya.
"Saya cintakan awak,Seung Ho,"bisiknya dalam tangis.Sungguh dia sudah kalah kepada Fei,sebelum dia sempat bertanding merebut cinta Seung Ho.Pada Seung Ho,hanya Fei yang wujud dalam hatinya.Hyo Young terduduk di suatu sudut,melayani perasaan sebaknya yang kian menebal itu.Bahunya terhenjut-henjut,menahan tangis.Tangannya diletakkan pada dadanya.

Seung Ho pula terus melihat ke arah bintang yang bertaburan di langit malam itu.Dia sudah melukakan sekeping hati yang tulus mencintainya itu.Dia menutup matanya.
"Miane..."




No comments:

Post a Comment