05 May, 2011

...Chapter 24...

Sa Rang mengikat rambutnya sambil menyanyi perlahan.Dia ingin mengambil getah rambut berwarna merah jambu di atas meja namun matanya terpandang pada riben putih yang dihadiahi Dong Joon dua hari yang lalu.Jantungnya berdegup kencang apabila mengingatkan kembali peristiwa dua hari lepas.

Chuahae...

Sa Rang menelan air liur.Dia mengambil riben putih itu lalu disimpannya di dalam kotak berbentuk hati.Dia mengukir senyuman manis apabila terpandang klip rambut berbentuk riben yang turut disimpan di dalam kotak itu.Dua barang itu disimpan rapi.Barang yang paling berharga dalam hidupnya.Kotak itu kemudiannya disimpan di dalam laci meja soleknya.Sa Rang melihat penampilannya pada cermin untuk seketika.
"Okey,dah siap!"katanya,sambil tersenyum.

Sa Rang mengambil bekas cat dari dalam bilik stor sambil dibantu oleh rakan-rakan sejawatnya.Hari ini,sekolah mereka mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Sa Rang ditugaskan untuk mengecat di beberapa bahagian dinding sekolah untuk mencantikkan lagi sekolah tersebut.Pelajar-pelajar juga sudah dibahagikan tugas masing-masing termasuk Yun Ho.
"Aku kat belakang tau.Kalau ada apa-apa,bagitahu aku ekh,"pesan Sa Rang kepada Ji Eun.
"Okey.Elok-elok buat kerja tu.Jangan diconteng pula dinding tu,"balas Ji Eun.Sa Rang tertawa kecil.
"Okey!"kata Sa Rang sambil membuat isyarat 'peace'.

Sa Rang kusyuk mengecat dinding sekolah sambil mendengar pemain iPod.Lukisan mural yang terdapat pada dinding itu turut diwarnakannya dengan rapi.Tiba-tiba,kelihatan seseorang turut berdiri di sebelahnya sambil mengecat dinding tersebut.Sa Rang yang menyedari kedatangan orang itu sekadar mengukir senyuman sebelum menyambung semula kerjanya.Namun,senyumannya tidak lama apabila dia menoleh semula ke arah orang itu.Berus cat yang dipegangnya turut terlepas.
"Dong Joon!"Sa Rang terkejut dengan kedatangan Dong Joon yang tiba-tiba itu.Dong Joon sekadar menoleh ke arahnya sebelum menyambung semula kerjanya.Sa Rang memegang tangan Dong Joon yang sedang memegang berus cat itu.Dong Joon terkejut dengan tindakan Sa Rang itu.
"Eh,kenapa ni?"soal Dong Joon.
"Apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.Dong Joon mempamerkan wajah tidak bersalah.
"Saja.Nak sumbangkan masa dan tenaga kat sini,"jawab Dong Joon,selamba.
"Tapi...saya tak pernah cakap pun kat awak pasal ni..."Sa Rang terdiam seketika.Dong Joon sekadar menanti kata-kata Sa Rang.Sa Rang kemudiannya melepaskan keluhan berat."Mesti Yun Ho bagitahu awak kan?"soal Sa Rang.Dong Joon tertawa.
"Ala,tak kisahlah.Tapi,memandangkan saya pun dah selamat ada kat sini,apa kata awak biar je saya tolong awak kat sini?"pinta Dong Joon.
"Tapi kami tak perlukan bantuan dari orang luar.Lagipun sekolah ni bukannya besar mana pun sampai nak minta tolong dari orang lain,"kata Sa Rang.Matanya liat melihat keadaab sekeliling,bimbang kehadiran Dong Joon dihidu oleh pihak atasan."Awak baliklah,Dong Joon,"kata Sa Rang.Dong Joon memasamkan wajahnya.
"Ala...bolehlah.Saya boringla kat rumah.Takkan nak tolong pun tak boleh?Awak saja kan tak nak bagi saya buat benda baik,"kata Dong Joon,sambil menjeling ke arah Sa Rang.Mulut Sa Rang terbuka apabila mendengar kata-kata Dong Joon itu.
"So,awak nak cakap saya ni jahat pula?"soal Sa Rang pula.Kening Dong Joon terangkat sebelah.Sa Rang pula sudah memuncungkan mulutnya.
"Cikgu!"Kedengaran seorang murid memanggil Sa Rang.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Ya?"soal Sa Rang,berlagak biasa.
"Cikgu Ji Eun panggil,"kata murid itu.
"Oh,okey.Terima kasih,"ucap Sa Rang sambil tersenyum.
"Hah,biar saya tolong awak catkan dinding ni.Awak pergilah tolong kawan awak tu ye,"kata Dong Joon.Sa Rang memandangnya dengan pandangan tajam.Dong Joon pula tertawa.
"Cat elok-elok.Jangan selekeh sangat pula,"pesan Sa Rang,mengalah.Dong Joon membuat isyarat tabik seperti seorang tentera.
"Baik!"kata Dong Joon.Sa Rang tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Sa Rang,biarlah saya je yang tolong catkan kat atas tu.Bahayalah!"tegah Dong Joon,risau melihat Sa Rang yang sedang cuba mengecat permukaan dinding yang sedikit tinggi dari sebelumnya.Sa Rang cuba mengimbangkan badannya di atas bangku.Dong Joon pula cemas melihat Sa Rang yang berdegil mahu melakukannya.Ish,jatuh nanti baru tau!Hatinya berbisik.Dugaannya tepat apabila melihat bangku yang digunakan oleh Sa Rang untuk berdiri itu mulai bergoyang.
"Ahhh...!!!!"Sa Rang terjatuh namun sempat disambut oleh Dong Joon.Dong Joon menahan kesakitan apabila tubuh Sa Rang menghempap tubuhnya.Dong Joon melihat Sa Rang yang masih berada di atas tubuhnya itu.
"Awak okey tak?"soal Dong Joon.Sa Rang sekadar angguk perlahan.Dong Joon mengukir senyuman nipis."Kan saya dah cakap,biar saya yang buatkan.Tengok...degil lagi,"kata Dong Joon.Sa Rang diam.
"Miane..."kata Sa Rang,perlahan.Dong Joon tersenyum.
"Baguslah awak tak apa-apa,"kata Dong Joon.Sa Rang tersenyum nipis.Senyumannya mengendur apabila merasakan pipinya dicium oleh Dong Joon.Dia memandang ke arah Dong Joon."Ni akibatnya kalau tak dengar cakap saya tadi,"kata Dong Joon.Sa Rang segera bangun namun terjatuh semula.Dong Joon yang melihat keadaan Sa Rang itu segera mendekati ke arahnya.
"Awak okey tak?"soal Dong Joon.Sa Rang tidak menjawab.Dia sekadar mengaduh kesakitan.Dong Joon menyentuh kaki Sa Rang.Kedengaran Sa Rang mengaduh sakit.
"Saya buka kasut awak ye?"pinta Dong Joon.Sa Rang angguk.Mata Dong Joon terbuka luas apabila melihat ada kesan lebam pada kaki Sa Rang."Saya bawa awak ke klinik okey?"soal Dong Joon.
"Eh,tak apa.Sikit je ni.Nanti baiklah tu.Biar saya duduk kat office je,"balas Sa Rang.Dong Joon tidak mendengar kata-kata Sa Rang itu.Dia segera mendukung Sa Rang dan menuju ke keretanya.Muka Sa Rang merah,menahan malu.Lebih malu lagi apabila mereka menjadi perhatian rakan-rakannya serta anak-anak muridnya.
"Sa Rang cedera.Biar saya bawa dia ke klinik,"kata Dong Joon kepada Ji Eun apabila disoal oleh wanita itu.Ji Eun angguk namun sempat mengukir senyuman nakal terhadap Sa Rang.Sa Rang menunjukkan buku lima terhadap Ji Eun.Ji Eun menahan tawanya.

Sa Rang melihat kaki kanannya yang berbalut itu.Doktor sudah memberikan surat cuti selama seminggu kepadanya.
"Tulah,kalau awak dengar cakap saya tadi,mesti tak sakit macam ni,"kata Dong Joon.Sa Rang memuncungkan mulutnya.
"Sorry..."ucap Sa Rang.Rasa bersalah dengan kedegilannya sebentar tadi.
"Saya hantar awak balik rumah okey?"cadang Dong Joon.
"Tapi..."
"Tak apa,kalau awak tak kisah,saya boleh habiskan kerja tu untuk awak.Lagipun dah nak siapkan,"kata Dong Joon,sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Sa Rang mengukir senyuman nipis.
"Saya minta maaf,Dong Joon.Saya dah banyak susahkan awak hari ni,"kata Sa Rang.
"Tak apalah.Saya tak kisah pun,"balas Dong Joon sambil menoleh ke arah Sa Rang.
"Cuma lain kali,awak kena jaga diri tu baik-baik.Jangan buat sesuatu yang membahayakan diri awak lagi.Arasso?"pesan Dong Joon,persis seorang ayah.Sa Rang angguk perlahan.Namun,dia ketawa tidak lama selepas itu."Kenapa gelak pula ni?"soal Dong Joon.
"Awaklah..."kata Sa Rang,masih ketawa.
"Saya?Kenapa?Ada cat kat muka saya ke?"soal Dong Joon sambil meraba-raba wajahnya.Sa Rang menggeleng.
"Tak...cuma...awak ni comellah..."kata Sa Rang.
"Comel?Bukan handsome ke?"soal Dong Joon.Sa Rang mencebik.Tak habis-habis dengan perasan dia tu...
"Awak membebel tadi tak ubah macam bapak orang.Tu je yang comel...yang lain tak ada maknanya,"balas Sa Rang.Tiba-tiba,Dong Joon menyentuh tangannya.
"Apa-apapun,saya anggapnya sebagai satu pujian.Kamsahamida,"ucap Dong Joon.Sa Rang tersenyum.

Dong Joon mendukung Sa Rang menuju ke rumah wanita itu walaupun sudah berkali-kali ditegah oleh Sa Rang.Langkah Dong Joon terhenti apabila melihat Ji Won sedang berdiri di hadapan pintu rumah Sa Rang.Sa Rang yang sedang didukung oleh Dong Joon itu berasa kaget di hadapn Ji Won.
"Sa Rang,kenapa dengan awak ni?"soal Ji Won,cemas melihat kaki kanan Sa Rang yang berbalut itu.
"Em,tak ada apa-apa.Terjatuh je,"balas Sa Rang."Dong Joon,awak turunkan saya boleh?Saya nak bukakan pintu,"kata Sa Rang.
"Eh,tak apa.Biar saya bukakan pintu.Awak bagi kunci awak kat saya,"kata Ji Won.Sa Rang menghulurkan kunci rumahnya kepada Ji Won.
"Min Jung tak ada kat rumah ke?"soal Dong Joon.
"Dia ada hal kat luar,"jawab Sa Rang.
"Masuklah,"kata Ji Won,selepas membukakan pintu rumah Sa Rang.
"Gomawo,"ucap Dong Joon.Ji Won sekadar tersenyum sebaris.Dong Joon melangkah masuk ke dalam rumah lalu perlahan-lahan meletakkan Sa Rang di atas sofa.
"Terima kasih,Dong Joon.Susahkan awak je,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
"No problem,"balas Dong Joon."Em,saya pergi dulu.Rasanya...Ji Won macam ada benda nak cakap dengan awak tu,"kata Dong Joon.
"Hati-hati ya,"pesan Sa Rang.Dong Joon angguk sebelum beredar dari situ.

"Tolong tengokkan Sa Rang,"pesan Dong Joon apabila bertembung dengan Ji Won di muka pintu.Ji Won tersenyum nipis.
"Terima kasih sebab tolong bawakan Sa Rang ke klinik,"kata Ji Won pula.Dong Joon tidak membalas apa-apa.
"Tapi,lepas ni...kau tak perlu buat semua ni lagi,"kata Ji Won lagi.Dong Joon tidak menoleh ke arah Ji Won.Ji Won kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah Sa Rang.Dong Joon menggenggam tangannya,menahan geram.Dia segera beredar dari situ.

"Macam mana awak boleh jatuh ni?"soal Ji Won.Sa Rang tersengih.
"Biasalah,kalau berlagak hebat sangat ni...nilah padahnya,"balas Sa Rang.Ji Won tersenyum.
"Lepas ni,jangan pandai-pandai berlagak hebat,"kata Ji Won."Awak dapat cuti berapa lama ni?"soal Ji Won.
"Seminggu je. Dong Joon dah cuba pujuk doktor bagi cuti lama sikit tadi.Padahal tak adalah teruk sangat sakitnya.Dia tu memang menggelabahlah,"kata Sa Rang,sambil ketawa.Ji Won sekadar tersenyum.
"Dia tu selalu ada dengan awak kan?"soal Ji Won.Sa Rang angguk.
"A'ah.Menyibuk je memanjang,"kata Sa Rang.Ji Won menatap wajah Sa Rang.Sa Rang kelihatan sangat gembira apabila bercakap mengenai lelaki bernama Dong Joon.Sa Rang menyedari pandangan Ji Won terhadapnya.
"Kenapa Ji Won?"soal Sa Rang.
"Tak ada apa-apa.Saja...rindu kat awak,"balas Ji Won.Sa Rang tersenyum malu.Ji Won terbatuk.
"Awak batuk lagi?"soal Sa Rang.
"Sikit je,"balas Ji Won.
"Tapi,sejak dari hari tu lagi kan awak batuk.Awak tak makan ubat ke?"soal Sa Rang lagi.
"Malaslah.Nanti dia okeylah,"kata Ji Won.
"Betul ni awak cuma batuk biasa je?"soal Sa Rang,pinta kepastian.Ji Won angguk.Sa Rang tidak menyoal lagi walaupun hatinya masih belum puas dengan kenyataan Ji Won itu.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
Kang Ji Won

No comments:

Post a Comment