16 May, 2011

...Chapter 27...

Min Jung sedikit hairan apabila melihat Sa Rang senyap sejak dari pulang dari hospital lagi.Bila ditanya,tiada apa katanya.Namun,wajahnya menggambarkan sebaliknya.Matanya sedikit sembab seperti baru lepas menangis.Min Jung tidak mahu menyoal lebih sekiranya kakaknya itu tidak mahu membincangkan masalah dengannya.
“Min nanti makan ubat ya?”pesan Sa Rang.Min Jung sekadar angguk lemah.Diperhatikannya wajah Sa Rang yang suram itu.Jelas sekali Sa Rang ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.Apakah kakaknya itu ada masalah dengan Dong Joon oppa?Min Jung sendiri kurang pasti mengenai hal itu walaupun jauh di sudut hati,dia sedikit gembira sekiranya hubungan Sa Rang dengan Dong Joon tidak berjalan lancar.”Unni nak keluar kejap.Ada hal sikit.Kalau Min nak apa-apa,telefon unni.Arasso?”soal Sa Rang,sambil meletakkan tangannya pada dahi Min Jung.Min Jung angguk lagi.Sa Rang tersenyum lemah.”Unni pergi dulu,”kata Sa Rang sebelum keluar dari bilik adiknya.

“Ji Won mesti buat pembedahan tu.Kanser dah merebak.Kalau tak,peluang untuk Ji Won sembuh…”
“Saya akan cuba pujuk Ji Won untuk buat pembedahan tu,”kata Sa Rang,memotong percakapan Min Ho.Mika sekadar mendengar perbualan mereka berdua.
“Tapi,Ji Won…”
“Kenapa?Dia takut saya akan tinggalkan dia ?”soal Sa Rang.Min Ho terdiam saat mendengar kata-kata Sa Rang itu.
“Oppa tak nak susahkan kita semua.Dia tak nak kita semua rasa susah hati sebab dia.Itu permintaan dia dekat Min Ho oppa,walaupun Min Ho oppa sangat tak setuju dengan permintaan dia,”kata Mika,menjawab bagi pihak Min Ho.
“Saya tak peduli semua tu.Kalau awak berdua tak sanggup nak khianati permintaan dia,biar saya buat,”kata Sa Rang,sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.
“Unni!”panggil Mika,namun tidak diendahkan oleh Sa Rang.

Sa Rang memandang ke arah rumah agam Ji Won.Niatnya untuk berjumpa dengan Ji Won begitu kuat.Dia tidak mahu Ji Won terus menderita seorang diri.Sa Rang segera menekan loceng bersebelahan dengan pintu pagar rumah agam itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan seorang wanita separuh abad muncul di muka pintu.Dia kemudiannya melangkah mendekati Sa Rang.
“Ya?Cik cari siapa?”soal wanita itu.Sa Rang mengukir senyuman manis kepadanya.
“Saya kawan Ji Won.Dia ada kat rumah?”soal Sa Rang pula.
“Oh,kawan Encik Ji Won.Kenapa tak telefon nak datang?Encik Ji Won baru je keluar.Tak tahu bila dia balik,”jawab wanita itu,ramah.Sa Rang sedikit hampa.
“Ahjumma tahu tak Ji Won pergi mana?Saya ada hal penting nak cakap dengan dia,”soal Sa Rang.Amat mengharapkan wanita itu mengetahui mengenai tempat Ji Won berada waktu itu.Kelihatan wanita itu terdiam seketika.Mungkin sedang cuba mengingati sesuatu.
“Tak silap,dia kata nak ke taman tasik dekat dengan kondominium ni.Nak ambil angin katanya,”jawab wanita itu.Sa Rang tersenyum saat mendengar jawapan wanita itu.
“Kamsahamida.Saya pergi dulu ya.Kamsahamida,”ucap Sa Rang sebelum beredar dari situ.Wanita itu sekadar membalas dengan senyuman.

Sa Rang mengukir senyuman  gembira apabila melihat kelibat Ji Won yang sedang berdiri,memandang ke arah tasik yang jernih itu .Perlahan-lahan,Sa Rang melangkah mendekati Ji Won.
“Ji Won…”sapa Sa Rang.Ji Won menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Matanya terbuka luas apabila memang benar Sa Rang berada di situ.
“Sa Rang?Apa awak buat kat sini?”soal Ji Won,teruja.Sa Rang mengukir senyuman nipis ke arahnya.
“Saja…nak jumpa dengan awak,”kata Sa Rang.Diperhatinya wajah Ji Won yang kelihatan lemah itu.Timbul rasa simpati dalam sanubarinya.
“Macam mana awak tahu saya kat sini?”soal Ji Won lagi.
“Ikut gerak hati?”balas Sa Rang,bergurau.Ji Won ketawa.
“Bergurau pula awak ni,”kata Ji Won.Sa Rang sekadar tersenyum.Senyuman Ji Won mengendur apabila melihat wajah Sa Rang yang mendung itu.Senyumannya seperti dibuat-buat.”Sa Rang?”
“Ya?”
“Awak okey tak?Awak macam tak sihat je,”soal Ji Won.Tangannya mulai diletak di atas dahi Sa Rang.Sa Rang sekadar membiarkannya.Kemudian,tangan Ji Won yang masih berada di atas dahinya itu dipegangnya.Ji Won hairan.Apatah lagi apabila melihat mata Sa Rang yang mulai bergenang itu.”Sa Rang?Awak kenapa?”soal Ji Won,cemas.Sa Rang menggeleng.Entah mengapa,amat sukar baginya untuk meneruskan niatnya yang berkaitan dengan penyakit Ji Won itu.
“Sa Rang?Janganlah senyap macam ni.Awak dah buat saya risau sekarang ni,”kata Ji Won.Sa Rang tidak dapat menahan sebak lagi.Air matanya mengalir juga.Ji Won terkejut.
“Sepatutnya…awak kena bagitahu saya…apa yang awak cuba sembunyikan dari saya…”kata Sa Rang dalam sebak.Dahi Ji Won berkerut.
“Apa maksud awak?”soalnya,cuba memahami perkara sebenar daripada Sa Rang.Sa Rang memandang ke arah anak matanya.
“Kalau betul awak sayangkan saya…awak cintakan saya…tolong…bagitahu saya..apa yang dah sembunyikan dari saya…Mika..dan keluarga awak…”pujuk Sa Rang.Dia tidak mahu berterus terang.Sekadar mahu menguji kejujuran Ji Won.Ji Won mengelakkan pandangannya dari Sa Rang.Dia yakin,perkara ini lama-kelamaan akan terbongkar juga.Dia juga yakin Sa Rang pasti akan mengetahuinya juga cuma tidak tahu bagaimana caranya.Tangan Ji Won itu dipegang oleh Sa Rang.Ji Won memandang ke arahnya.
“Ji Won…”Sa Rang masih cuba memujuk.Ji Won memejamkan matanya,seperti mencari kekuatan untuk menjawab persoalan Sa Rang.Tidak lama selepas itu,Ji Won memeluk tubuh Sa Rang.
“Miane…saya buat semua tu sebab tak nak tengok awak sedih…”katanya lembut.Air mata Sa Rang kian mengalir laju.Secara tidak langsung,Ji Won telah menjawab persoalannya.Tubuh Ji Won itu dipeluknya,menghamburkan segala kesedihannya dalam pelukan lelaki itu.Pelukan Ji Won kian erat.Hatinya turut sebak apabila mendengar tangisan Sa Rang.”Miane…”ucapnya lagi.

Dong Joon hampa apabila satu panggilan pun tidak dijawab oleh Sa Rang.Apatah lagi mesej yang entah berapa kali sudah dihantarnya.Satu pun tidak dibalas.
“Mana pulak Sa Rang ni?”ngomelnya.Lamunannya terganggu seketika apabila kedengaran suara seorang wanita menegurnya dengan lembut.
“Encik?Encik dah buat pilihan ke?”soal wanita berpakaian seragam hitam dan putih itu.Dong Joon memandang semula ke arah cincin-cincin yang tersusun kemas di bawah meja kaca itu.Sesekali dia memegang dagunya,berfikir untuk membuat pilihan.Kalau salah pilih,tak muat pakai kat jari pula…hem…
Dong Joon kemudiannya menyentuh jari tangan kanannya sambil menutup matanya.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman puas.
“Tolong bagi saya cincin yang tu,”pinta Dong Joon sambil menunjukkan ke arah cincin yang menjadi pilihannya itu.Senyumannya kian melebar apabila wanita itu meletakkan cincin itu di atas meja kaca.Dong Joon sudah merancang satu kejutan terhadap Sa Rang. 
"Saiz macam mana,Encik?"soal wanita lagi.Dong Joon tersenyum lagi.

Jung Min meneguk air suam selepas selesai sahaja menghabiskan rakaman lagu barunya.Jung Min menoleh ke arah belakang apabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang.Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Yo Seob sedang berdiri di belakangnya.
"Macam mana?"soal Yo Seob.Jung Min diam,berfikir sejenak.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman puas hati sambil menunjukkan isyarat thumbs up.
"Best!Serius,kalau diorang dengar lagu ni,confirm daebak,"kata Jung Min,yakin.Yo Seob ketawa.
"Tengoklah siapa yang nyanyi,"katanya,bangga.Jung Min mencebik.
"Lagu je,orang yang nyanyi tu...biasa je,"kata Jung Min.
"Yeyeyeye..kau nak aku puji kau juga ke?Adoi...yelah...kau pun daebak.Dengan muka kacak kau ni,aku yakin lagu ni melonjak naik...tapi..orangnya taklah..."kata Yo Seob sambil ketawa.Jung Min turut ketawa.
"Dahlah..aku nak balik ni,"kata Jung Min.
"Wei,kau bila nak pindah asrama ni?Suka hati je nak duduk rumah sorang-sorang,"soal Yo Seob."Anak mak la kau ni,"katanya lagi.
"Em...aku ni termasuk dalam group korang juga ke?"soal Jung Min.Yo Seob terdiam.
"A'ah..ye tak ye...sejak kita berlatih lagu ni,aku dah terasa ko ni pon salah satu grup kitorang,"kata Yo Seob sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Jung Min tersenyum.
"Tapi...thanksla sebab sudi bekerjasama dengan aku.Yelah,aku ni pun baru lagi,"ucap Jung Min.Yo Seob mengukir senyuman.
"No problem.Tapi seriuslah gandingan kau dengan Gi Kwang masa menari tu memang...pergh...serius aku tabikla...tapi aku rasa kalau aku join sekali mesti lagi daebakla,"kata Yo Seob.
"Dahlah,makin aku layan...makin perasan pula kau ni.Aku balik dulu,"kata Jung Min,mulai malas untuk melayan kerenah Yo Seob yang kuat perasan itu.
"Kirim salam kat adik kau yang cun tu.Kata kat dia...Yo Seob oppa kirim salam rindu..."kata Yo Seob tanpa segan silu.Jung Min menggelengkan kepalanya.




Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Kang Ji Won
 Kim Min Jung
Yo Seob


Park Jung Min

No comments:

Post a Comment