24 May, 2011

...Chapter 31...

Jung Min memberhentikan motosikalnya apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya berada di hadapannya.
“Su Yeon!”panggilnya selepas betul-betul memberhentikan motosikalnya di hadapan Su Yeon.Su Yeon menoleh ke arahnya.Sedikit terkejut dengan kehadiran Jung Min di situ.
“Jung Min?Apa awak buat kat sini?”soal Su Yeon.Dia segera menyembunyikan sampul surat tebal itu di dalam begnya.Dia cuba berlagak biasa.Jika bukan kerana siasatan daripada pembantunya sebentar tadi,sudah tentu dia tidak mengetahui mengenai hubungan sebenar antara Park Dong Joon dengan Park Jung Min atau Nick.Selain daripada mereka,mereka turut mempunyai seorang adik perempuan bernama Park Hye Ri dan seorang lagi adik angkat lelaki bernama Park Yun Ho.Oleh itu,Jung Min tidak boleh mengetahui mengenai rancangannya.Apatah lagi,rancangannya itu melibatkan keluarga Jung Min sendiri.
“Saya saja lalu kat sini.On the way nak ke rumah.Awak ni kenapa?Macam nampak hantu je?Ada hantu berdiri sebelah saya ke?”soal Jung Min,sedikit hairan dengan pandangan Su Yeon terhadapnya.
“Tak ada apa-apa.Em,mungkin penat sikit kot.Banyak kerja sikit hari ni,”dalih Su Yeon.
“Em,kalau macam tu,apa kata saya belanja awak makan.Boleh juga hilangkan penat awak sikit.Lagipun saya nak ucapkan terima kasih kat awak pasal tolong saya masa accident hari tu,”ajak Jung Min.
“Ah…tak apalah.Kalau pasal accident tu,dah lama berlalu pun.Saya dah tak kisah.Lagipun,saya ada hal urgent kat rumah ni.Lain kali je lah ye,”kata Su Yeon,menolak ajakan Jung Min dengan baik.Dia kemudiannya masuk ke dalam kereta dan segera menghidupkan enjin keretanya.Dia segera memandu laju keretanya,meninggalkan Jung Min tanpa sebarang kata.Jung Min hairan dengan sikap Su Yeon yang agak terburu-buru itu.Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh wanita itu.

Min Jung hanya mendiamkan diri di dalam kelas.Puas Hye Ri mengajaknya untuk makan bersama,namun ditolaknya mentah-mentah.Jika ditanya mengapa,tidak pula dia menjawab.Walaupun Hye Ri sedia maklum mengenai kisah Min Jung putus cinta dengan seseorang yang tidak pernah Min Jung ceritakan kepadanya,namun,dia juga bimbang sekiranya Min Jung ada mengalami masalah yang lain pula.
“Saya pergi kafe dulu.Kalau awak ada apa-apa,telefon saya,okey?”pesan Hye Ri.Min Jung sekadar tersenyum nipis.
“Okey,”balas Min Jung.Hye Ri turut membalas senyuman kawan baiknya itu sebelum dia melangkah keluar dari kelas.Min Jung melepaskan keluhan kecil selepas sahaja Hye Ri melangkah keluar dari kelas.Namun,tidak lama selepas itu,lamunannya terganggu apabila kedengaran suara orang berdehem di belakangnya.Malas pula dia hendak menoleh ke belakang kerana sudah tahu siapa yang berada di belakangnya ketika itu.
“Hai,Min Jung,”tegur Won Bin,lembut.Min Jung tidak membalas sapaan Won Bin itu dan kelakuannya itu sudah dapat dijangka oleh Won Bin.Won Bin segera mengambil tempat di hadapan Min Jung.Wajah muram Min Jung itu ditenungnya.
“Saya rasa…sepanjang saya kenal awak…dan…sepanjang saya berbual dengan awak,awak tak pernah pun nak senyum kat saya,macam yang awak selalu senyum kat kawan-kawan awak.Kenapa ye?Muka saya ni…ada virus yang boleh buat orang tak nak senyum kat saya ke?”soalnya.Min Jung tidak lagi membalas.Sekadar merenung mejanya dan tingkah lakunya itu menimbulkan satu idea dalam benak fikiran Won Bin.Dia kemudiannya mengeluarkan pensil dari dalam poket bajunya.Dia menulis sesuatu di atas meja Min Jung.
“Kenapa ni?”soal Won Bin.Perlahan-lahan,Min Jung menulis sesuatu di atas mejanya untuk membalas pertanyaan Won Bin itu.Won Bin tersenyum apabila membaca sesuatu yang ditulis oleh Min Jung.
“Jangan sibuklah!”balas Min Jung.
“Kalau awak tak nak cerita pun tak apa.Tapi,kalau saya nak duduk dengan awak kat sini,tak apa kan?”soal Won Bin.Lama Min Jung tidak membalas tulisan Won Bin di atas mejanya itu.
“Boleh.Tapi tutup mulut awak tu.Bisinglah,”balas Min Jung.Senyuman Won Bin kian lebar.
“Okey!”balasnya.Kemudian,masing-masing mendiamkan diri di situ.Min Jung pula sekadar merenung mejanya yang penuh dengan ‘perbualannya’ dengan Won Bin.Tidak lama selepas itu,Min Jung menulis sesuatu di atas mejanya lagi.
“Boleh awak nyanyikan satu lagu untuk saya?Saya…nak hilangkan rasa sedih…”soal Min Jung.Won Bin membaca tulisan Min Jung itu sambil mengukir senyuman manis.Won Bin kemudiannya menyanyikan lagu No Other kepada Min Jung.Min Jung sekadar mendengar.Mendengar nyanyian Won Bin itu,Min Jung tidak dapat menahan sebak lagi.Laju sahaja air matanya mengalir.Won Bin tidak berhenti menyanyi.Sekadar memandang wajah Min Jung yang sayu itu.
Setiausaha Encik Park mengetuk pintu pejabatnya dengan cermat sebelum mendengar panggilan Encik Park yang mengizinkannya untuk masuk.Kedengaran sekali-sekala Encik Park terbatuk-batuk.Walaupun sudah beberapa kali ditegah oleh Puan Park dan anak lelakinya,Dong Joon supaya berehat sahaja di rumah,dan menyerahkan segala urusan syarikat kepada Dong Joon,Encik Park tetap berdegil mahu memantau sendiri perjalanan syarikatnya.Encik Park bukan tidak mempercayai kebolehan Dong Joon menguruskan syarikatnya sendiri,tetapi masih ada banyak kerja yang masih perlu Encik Park selesaikan sendiri.
“Ada apa,Cik Jia?”soal Encik Park.
“Saya datang nak ingatkan Encik Park pasal jadual untuk hari ni,”kata Cik Jia.Encik Park sekadar angguk,sebagai tanda mengizinkan Cik Jia untuk meneruskan tugasnya.
“Pukul 9 pagi nanti,Encik Park ada meeting dengan Pegawai Lim dekat Hotel Seoul…”Cik Jia terus membacakan jadual Encik Park ketika itu.Encik Park sekadar mendengar.”Dan…pukul 5 petang nanti,Encik Park ada meeting dengan Encik Lee,”kata Cik Jia sebelum menutup buku catatannya.”Encik Park ada sesuatu yang Encik Park nak katakan kepada saya?”soal Cik Jia pula.
“Pasal meeting saya pukul 2 nanti,tolong serahkan kepada Dong Joon ya?Saya rasa dia boleh handle pasal meeting tu sebab dia ada involve dalam projek tu,”kata Encik Park.Cik Jia sekadar angguk.”Baiklah,tu saja,”kata Encik Park.Cik Jia kemudiannya meminta izin untuk beredar.Encik Park mendail nombor telefon rumahnya.
“Yeobo,”kata Encik Park apabila mendengar suara Puan Park menjawab panggilannya.
“Ya?Ada apa?Yeobo tak sihat ke?”soal Puan Park,kedengaran nada cemas dalam percakapannya.
“Taklah.Yeobo ingat kan pasal jemputan Encik Lee ke rumah dia hari ni?Pukul 4.30 nanti,yeobo siap-siap dan tunggu kat rumah,okey?”pesan Encik Park.
“Oh ye,yeobo baru ingat.Okey,nanti yeobo tunggu pukul 4.30,”balas Puan Park.
“Pesan kat Hye Ri,tolong tengokkan Yun Ho tu,”pesan Encik Park lagi.
“Arasso…”balas Puan Park.Perbualan mereka ditamatkan apabila Encik Park menghubungi pemandunya pula,Ki Tae.

“Arigatogozaimatsu,”ucap Dong Joon sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada wakil dari syarikat Jepun itu selepas menamatkan mesyuarat mereka sebentar tadi.Dia kemudiannya melihat jam tangannya.Sudah hampir mencecah pukul 4 petang.Masih ada masa lagi sebelum pukul 5 petang.Pukul 5 petang nanti,dia perlu ke tempat Jong Suk pula.Sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu walaupun mereka bekerja di tempat yang sama.Masing-masing sedang sibuk menguruskan hal kerje tersendiri.Dua minggu lalu,Jong Suk dihantar oleh ayahnya ke Icheon untuk memantau kerja-kerja di sana.
“Sempat lagi ni nak ke kedai tu,”bisiknya.Dia segera beredar dari situ.Niatnya mahu menuntut sesuatu yang sudah ditempah sekian lama.Sesuatu yang bakal menjadi milik Sa Rang.

“Ada apa Encik Lee nak ajak kita berdua dinner kat rumah dia?”soal Puan Park,sambil membetulkan sedikit rambutnya.Kedengaran Encik Park terbatuk-batuk.
“Entahlah.Tak ada pula dia cakap.Saja je kot.Kalau nak bincang pasal hal kerja,mesti dia lagi selesa jumpa kat luar,”kata Encik Park.Han Ki Tae sekadar menumpukan pemanduannya,tidak pula berniat mahu mendengar apatah lagi mencelah perbualan majikannya itu.
“Hye Ri dah balik rumah ke?”soal Encik Park pula.Puan Park angguk.Encik Park tersenyum.”Dia tak keluar dengan si Jong Suk ke?”soal Encik Park lagi.
“Dah yeobo suruh dia balik rumah awal,tengokkan si Yun Ho tu.Mestilah dia balik awal.Takkan nak bawa Yun Ho sekali keluar dating kot,”balas Puan Park.Encik Park tertawa kecil mendengar kata-kata isterinya itu.Tangan isterinya itu digenggamnya.
“Kenapa pula ni?”soal Puan Park,sedikit hairan dengan sikap Encik Park itu.
“Nak pegang tangan isteri sendiri pun tak boleh ke?”balas Encik Park.Puan Park tersenyum.
“Tak adalah.Cuma,lain macam je ni,Mesti ada apa-apa ni,”duga Puan Park.
“Tak ada.Rindu je…”ucap Encik Park,romantik.Puan Park tersenyum bahagia.Dalam diam,dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang masih menghargai dirinya.Namun,perbualan mereka terganggu apabila kereta yang mereka naiki itu bergegar secara tiba-tiba.Ki Tae yang sedang memandu kereta itu juga panik.
“Ki Tae,kenapa ni?”soal Encik Park.Puan Park pula memaut lengan suaminya kerana ketakutan.
“Saya tak tahu,Tuan.Tiba-tiba je kereta macam ni,”jawab Ki Tae,masih cuba berusaha untuk mengawal kereta itu.Namun,usahanya gagal apabila kereta yang dipandunya itu melanggar besi penghadang jalan dan akhirnya terjatuh ke dalam laut.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi letupan dari laut tersebut.
Hye Ri meninggalkan Yun Ho yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu apabila terdengar deringan telefon rumahnya.Niat pembantu rumahnya mahu menjawabkan panggilan itu ditolaknya dengan lembut.
“Hello,Park Hye Ri bercakap?”jawab Hye Ri.
“Ini rumah keluarga Encik Park Hyun Bin ke?”soal seorang lelaki.Hati Hye Ri mulai tidak senang.
“Ya?Ni siapa ya?”soal Hye Ri.
“Maafkan saya,Cik Park.Saya Pegawai Kim ingin melaporkan kemalangan yang melibatkan kedua-dua ibu bapa Cik Park,”kata Pegawai Kim itu.Hye Ri terkejut."Dan...kami tak dapat jumpa mayat ketiga-tiga mangsa memandangkan kereta mereka terjunam ke dalam laut dan terbakar.Maaf..."Telefon rumah itu terlepas dari pegangan Hye Ri.Hye Ri terduduk.Air matanya mengalir.Jung Min yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu hairan melihat kelakuan Hye Ri itu.Pantas sahaja dia mendekati ke arah adik perempuannya itu.
"Hye Ri,kenapa ni?"soal Jung Min,cemas.Hye Ri tidak menjawab pertanyaan abangnya itu."Hye Ri ah!!"Jung Min memegang bahu Hye Ri.Hye Ri memandang ke arah Jung Min.
"Oppa...."katanya.
"Om..omma....a...ap...appa..."Air mata Hye Ri mengalir laju.Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia segera memeluk tubuh Jung Min,menghamburkan segala kesedihan yang terbuku di dalam dadanya.Jung Min mengambil telefon yang dilepaskan oleh Hye Ri sebentar tadi.
"Hello,siapa ni?"soal Jung Min,cemas.Mujur orang di sana masih belum memutuskan talian.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas selepas sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh pegawai itu.




 Park Jung Min
 Lee Su Yeon
 Kim Min Jung
 Oh Won Bin
Park Hye Ri

                                                                                       
                                                                               

No comments:

Post a Comment