Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hati Dong Joon dilanda keresahan.Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu.Sa Rang dan Jung Min yang turut berada di dalam kereta itu juga merasai keresahan yang dialami oleh Dong Joon itu.Hye Ri pula ditinggalkan bersama dengan Min Jung.
"Hyung,hati-hati bawa kereta tu,"pesan Jung Min.Sa Rang mengiyakan kata-kata Jung Min itu.Dia cuba memegang tangan kanan Dong Joon.Perlahan-lahan,Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Saya dapat agak apa yang akan berlaku lepas ni.Encik Lee dah rancang perkara ni dengan teratur sekali,"kata Dong Joon.
"Tapi,tak salahkan kalau kita fikirkan yang sebaliknya?"soal Sa Rang.Dong Joon tidak membalas.Kata-kata Sa Rang itu ada benarnya cuma dia tidak yakin tanggapan Sa Rang itu amat tipis sekali untuk berlaku.Barangkali tidak akan berlaku langsung.Jung Min yang duduk di belakang lebih selesa berdiam diri.Namun,hatinya benar-benar bengkak dengan perbuatan kejam bekas teman wanitanya,Su Yeon.Mungkin dia tidak ada bukti untuk menuduh Su Yeon dan ayahnya itu terlibat dalam kemalangan ibu bapanya.Namun,rancangan mereka untuk merampas kedudukan abangnya di dalam syarikat boleh dijadikan motif mereka untuk menghancurkan keluarga Park.Jung Min memandang ke arah Sa Rang yang masih berbual dengan Dong Joon ketika itu.Dalam diam,dia bimbang sekiranya Sa Rang juga akan dijadikan sasaran keluarga Lee semata-mata untuk melemahkan Dong Joon.
Tanggapan Dong Joon tepat apabila melihat beberapa orang lelaki berseragam formal menunggu kehadirannya di lobi.Dia kemudiannya memberhentikan keretanya.
"Awak tunggu dalam kereta,okey?Jung Min,tolong tengokkan Sa Rang,"pesan Dong Joon.Kemudian,perlahan-lahan,Dong Joon keluar dari keretanya tanpa menghiraukan suara Sa Rang yang memanggilnya ketika itu.Dong Joon melangkah masuk ke dalam bangunan milik keluarganya itu sambil diiringi oleh beberapa lelaki berpakaian formal tadi.Sebaik sahaja mereka tiba di lif,Dong Joon terkejut apabila merasakan tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang.
"Sa Rang?"soal Dong Joon selepas menoleh ke belakang.
"Saya nak ikut,"kata Sa Rang,sambil mengeratkan lagi genggamannya.Dong Joon akhirnya membiarkan pegangan Sa Rang itu.
Min Jung yang sedang membaca buku itu terkejut apabila melihat Hye Ri melangkah keluar dari biliknya.
"Hye Ri,kenapa ni?"soal Min Jung.Hye Ri menoleh ke arahnya.
"Min Jung,Dong Joon oppa mana?"soal Hye Ri,perlahan.Min Jung tidak membalas pertanyaan Hye Ri itu apabila teringatkan pesanan Dong Joon sebentar tadi.
"Tolong jangan beritahu Hye Ri mana oppa pergi,okey?"soal Dong Joon,sebelum beredar.Tanpa menyoal banyak,Min Jung segera mengangguk.
"Min Jung ah?Mana Dong Joon oppa dengan Jung Min oppa?Kenapa diorang tak datang tengok Hye Ri dengan Yun Ho hari ni?"soal Hye Ri.Min Jung mulai rasa serba salah apabila melihat Hye Ri semakin terdesak bertanyakan perihal kedua-dua abangnya.Menyedari sikap Min Jung seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya,Hye Ri segera melangkah ke arah pintu.
"Hye Ri ah!Kau nak pergi mana?"soal Min Jung,cemas.
"Nak cari oppa,"jawab Hye Ri,lalu segera beredar keluar dari situ.Min Jung cuba mengekorinya.
Dong Joon terkejut apabila beberapa pegawai atasan syarikat miliknya sudah pun menunggunya di bilik mesyuarat.Encik Lee,Su Yeon dan Jong Suk turut berada di situ.Dong Joon kemudiannya mengambil tempat di kerusi presiden namun dihalang oleh dua orang pekerjanya.Kemudian,pekerja itu menunjukkan kerusi yang harus diduduki oleh Dong Joon dan kerusi presiden itu dibiarkan kosong.Encik Lee yeng melihat situasi itu mengukir senyuman sinis.Kemudian,tidak lama selepas itu,seorang peguam lelaki mula bersuara,memulakan sesi perbincangan mereka pada hari itu.Dong Joon pula menahan getaran yang kian terasa di dalam dadanya ketika itu.
"Seperti yang kita tahu,struktur pentadbiran dan kewangan dalam syarikat Park dah tak stabil lagi apatah lagi selepas berlakunya kematian Presiden Park Hyun Bin.Jadi..."
Sa Rang duduk sambil menggerakkan jari-jemarinya.Dia semakin resah apabila sudah hampir dua jam Dong Joon masih belum keluar dari bilik mesyuarat itu.Jung Min yang turut duduk di sebelahnya turut resah.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.Dong Joon pasti dalam keadaan tertekan sekarang ini.
"Oppa!"jerit Hye Ri sambil segera berlari ke arah Sa Rang dan Jung Min.Jung Min terkejut melihat kehadiran adiknya di situ.
"Hye Ri ah!Apa Hye Ri buat kat sini?"soal Jung Min.Dia turut melihat ke arah Min Jung yang mengekori Hye Ri dari belakang.
"Miane oppa...Min Jung tak dapat nak halang Hye Ri,"kata Min Jung.
"Oppa jangan marah Min Jung.Hye Ri tahu,mesti ada yang tak kena berlaku sekarang kan?Mana Dong Joon oppa?"soal Hye Ri.
"Dia ada kat dalam,"jawab Jung Min.
"Apa yang mereka buat kat oppa?"soal Hye Ri,risau.Jung Min menggeleng,tidak pasti.
"Pekerja semua sepakat tidak mahu lagi bekerja di bawah Encik Park Dong Joon sebagai Presiden baru bagi Syarikat Park disebabkan oleh ketidakstabilan yang berlaku.Jadi,pihak mahkamah bersetuju untuk menyerahkan syarikat ini kepada Encik Lee untuk menguruskan syarikat ini.Maafkan saya,Encik Park Dong Joon.Encik terpaksa meletakkan jawatan sebagai presiden syarikat ini atas permintaan dan kehendak pekerja syarikat ini juga.Lagipun,saya rasa Encik Park Dong Joon maklum dengan keadaan encik sendiri.Saya harap..."
"Saya faham,"kata Dong Joon,tenang.Dia kemudiannya memandang ke arah Encik Lee."Saya harap awak boleh uruskan syarikat ini dengan baik.Good luck,"kata Dong Joon.Dong Joon berdiri,bersedia untuk beredar dari situ.
"Nanti dulu,Encik Park Dong Joon,"kata Encik Lee.Dong Joon memberhentikan langkahnya tanpa menoleh ke arah Encik Lee.
"Terima kasih kerana sudi meletakkan kepercayaan penuh terhadap saya untuk menguruskan syarikat ini.Tapi,malangnya,syarikat ini hanya akan diletakkan di bawah nama saya.Bukan saya yang menguruskannya,"kata Encik Lee.Dong Joon tersenyum nipis.Dia kemudiannya menoleh ke arah Su Yeon sambil mengukir senyuman nipis.
"Semoga berjaya,Su Yeon,"ucap Dong Joon,sebelum beredar dari situ.
"Presiden Lee Jong Suk yang akan menguruskan syarikat ini!"kata Encik Lee,lantang.Dong Joon memberhentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Encik Lee sebentar tadi.Dia menoleh ke arah Encik Lee. Jong Suk kemudiannya berdiri lalu melangkah ke arah kerusi presiden.
"Selamat pagi semua.Saya Lee Jong Suk,anak lelaki kepada Encik Lee akan mengambil alih jawatan presiden daripada Park Dong Joon mulai dari hari ini.Sila beri kerjasama yang baik kepada saya,"kata Jong Suk sambil memandang tajam ke arah Dong Joon.
"Jong Suk?"Dong Joon kelihatan sangat tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Jong Suk pula masih memandang tajam ke arahnya.Dong Joon tertawa kecil sebelum meraup wajahnya."Jadi ini tujuan kau berkawan baik dengan aku?"soal Dong Joon.Jong Suk tidak membalas.Dong Joon menggengam tangannya."Kurang ajar!"Dong Joon ingin memukul Jong Suk namun dihalang oleh pekerja-pekerja bawahan Encik Lee."Pengkhianat!Lepaskan aku!"jerit Dong Joon,berusaha untuk melepaskan diri.
"Bawa dia keluar!"arah Encik Lee,tegas.
Mereka yang menunggu di luar terkejut apabila melihat Dong Joon dihalau keluar dari bilik mesyuarat sambil meronta-ronta minta dilepaskan.Hye Ri yang terpandang ke dalam bilik mesyuarat itu terkejut apabila melihat Jong Suk berdiri di tempat presiden.Pekerja-pekerja itu kemudiannya menutup pintu bilik mesyuarat itu semula.Hye Ri segera mendekati ke arah abangnya yang masih mengetuk pintu bilik mesyuarat itu.Jung Min menghalang Dong Joon daripada terus menghentakkan badannya ke pintu.
"Hyung!Apa yang dah berlaku?"soal Jung Min.Dong Joon terduduk di hadapan pintu.Dia kemudiannya tersenyum nipis.Dong Joon memandang ke arah Jung Min.
"Pernah tak...kau dikhianati oleh kawan baik kau sendiri?"soal Dong Joon.Mata Hye Ri terbuka luas apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.Sa Rang dan Min Jung yang berada di situ turut terkejut dengan kenyataan Dong Joon itu.
"Jong Suk...anak lelaki Encik Lee...dan..."Dong Joon tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia tertawa lagi sambil mengalirkan air mata.Hye Ri segera memeluk Dong Joon.
"Oppa!"rintih Hye Ri.Benar-benar rasa kecewa dengan penipuan yang telah dilakukan oleh teman lelakinya sendiri.
Park Dong Joon
Kim Sa Rang
Lee Jong Suk
Park Jung Min
Park Hye Ri
Kim Min Jung
Lee Su Yeon
No comments:
Post a Comment