25 May, 2011

...Chapter 32....

Dong Joon memandu laju keretanya sambil ditemani oleh Jong Suk yang berada di tempat duduk sebelah.Berita yang baru diterimanya oleh adiknya,Jung Min benar-benar memeranjatkan.Fikiran Dong Joon yang berserabut ditambah lagi dengan perasaannya yang tidak tenteram itu membuatkan Dong Joon tidak dapat menumpukan perhatian 100% terhadap pemanduannya.
“Dong Joon,hati-hati!”Jong Suk cuba menenangkan perasaan Dong Joon walaupun dia tahu usahanya tidak akan berjaya.Manakan tidak,cara pemanduan Dong Joon amat berbahaya dan hampir sahaja melanggar lori sebentar tadi apabila Dong Joon melanggar sahaja lampu isyarat merah.Jong Suk juga tidak sangka dengan berita yang baru diterimanya.Fikirannya terganggu seketika apabila telefon bimbitnya berdering.Namun,dia enggan mahu menjawab panggilan itu selepas sahaja melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.Tidak lama selepas itu,Jong Suk terkejut apabila Dong Joon memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.
“Dong Joon!Kenapa ni?”soal Jong Suk,cemas.Lebih cemas apabila melihat wajah Dong Joon yang kelihatan pucat serta berpeluh.Keadaannya sungguh tidak teratur ketika itu.Dadanya juga berombak kencang.
“Biar aku drive,okey?”Jong Suk menawarkan bantuan.Dong Joon tertawa kecil.
“Semua ni…tak betul kan?”soal Dong Joon.Jong Suk sekadar memandang ke arah Dong Joon tanpa mengucap sebarang kata.”Jung Min tu…dari kecil lagi suka bergurau.Benda ni pun…gurauan juga kan?Jung Min ni…memang nak kena ni…”katanya lagi.Dia tertawa lagi.Kemudian,air matanya mengalir laju sambil bersandar pada tempat duduknya.”Semua ni tipu…tipu…”katanya,sebak.Jong Suk simpati.Selama dia berkawan dengan Dong Joon,tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu selemah seperti kali ini.Umpama Dong Joon sudah hilang kekuatan yang pernah dimilikinya sebelum ini.
“Dong Joon ah…”Jong Suk cuba untuk menenangkan perasaan rakan baiknya itu.Namun,Dong Joon terus menangis.Berita mengenai kematian kedua-dua ibu-bapanya itu benar-benar memberikan impak yang besar terhadapnya.

Perhatian Min Jung untuk menyiapkan hidangan makan malam terganggu apabila matanya terpandang kepada kaca televisyen yang sedang menyiarkan satu berita yang benar-benar memeranjatkan.Wajah Encik Park dan Puan Park yang amat dikenalinya,yang terpampang dalam berita itu mampu membuatkan Min Jung terduduk apabila mendengar berita tergempar tersebut.
“Unni dah balik,”ucap Sa Rang,yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Min Jung segera menoleh ke arah Sa Rang dengan riak wajah yang cemas.Sa Rang yang melihat perubahan wajah adiknya yang cemas itu menimbulkan tanda tanya di dalam benaknya.
“Kenapa ni,Min Jung?”soal Sa Rang,tidak mengerti.
“Unni,omma…dengan..appa Hye Ri…”Suara Min Jung tersekat untuk meneruskan kata-katanya.Berita yang baru didengarnya sebentar tadi amat memeranjatkannya.
“Kenapa?Kenapa dengan omma dengan appa Hye Ri?”Sa Rang mulai cemas.Omma dan appa Hye Ri adalah omma dan appa Dong Joon juga.”Min Jung ah?”Sa Rang cuba bertanya lagi.Matanya beralih pula kepada televisyen yang masih memaparkan berita tersebut.Sa Rang menutup mulutnya apabila mendengar berita tersebut yang turut memaparkan gambar di tempat kejadian serta gambar ketiga-tiga mangsa yang terlibat di dalam kemalangan itu.

Setelah hampir dua hari operasi pencarian mangsa dijalankan,akhirnya ketiga-tiga mayat mangsa ditemui oleh pihak berkuasa.Proses pengecaman mayat juga sudah pun selesai dijalankan dengan kerjasama daripada waris masing-masing.Petang itu,hujan turun renyai-renyai seperti turut menangisi nasib malang yang menimpa keluarga Park.Ramai orang terutama saudara terdekat turut menghadiri upacara pengebumian kedua-dua ibu bapa adik beradik Park itu serta memberikan penghormatan terakhir untuk kedua-dua si mati.Jong Suk,Sa Rang,Su Yeon,Jeremy,Hanna,B2ST,Min Jung dan Won Bin turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua mendiang Encik Park dan Puan Park.Ji Won juga turut hadir ke situ sambil ditemani oleh Mika.Ji Won benar-benar tidak sangka dengan nasib malang yang menimpa Dong Joon.Melihat wajah Dong Joon yang sugul itu menimbulkan rasa simpati dalam hatinya.Jauh di sudut hati,dia amat mengharapkan agar Dong Joon serta adik-adiknya tabah dalam menghadapi dugaan seberat itu.Dia yakin Dong Joon mampu menghadapinya.
Jeremy melangkah mendekati ke arah Jung Min yang sedang duduk termenung di satu sudut rumah agam itu selepas sahaja upacara itu selesai.Jung Min tidak menoleh ke arah Jeremy apabila lelaki itu mengambil tempat di sisinya.Bahu Jung Min itu disentuh oleh Jeremy,seolah-olah cuba memberi kekuatan kepadanya untuk menghadapi ujian itu.
“Aku…tak faham.Kenapa…omma…appa…boleh tinggalkan kami secepat ni?”soal Jung Min.Jeremy tidak membalas.Sekadar membiarkan Jung Min meluahkan perasaannya yang membebankan jiwanya itu.Jung Min mengukir senyuman nipis.”Mungkin…ni balasan untuk aku…sebab pernah cuba nak hancurkan hidup kau…dan Hanna dulu…”katanya lagi.
“Hyung…”Jeremy cuba menidakkan kenyataan Jung Min itu.Namun,niatnya untuk terus bersuara terbantut apabila melihat butir-butir jernih mengalir ke pipi Jung Min.
“Aku…tak sempat nak luangkan masa…dengan omma…padahal dia selalu tunggu aku balik dari agensi…selalu telefon aku…tanya dah makan ke belum…sebab dia tahu aku sibuk…kadang-kadang aku tak jawab pun telefon…biar je macam tu…”Air matanya terus mengalir.Jeremy juga turut tidak dapat menahan air matanya mengalir.Keperitan yang dialami oleh Jung Min juga adalah keperitan baginya.Dia bukannya tidak memahami situasi yang dialami oleh Jung Min itu kerana dia juga kehilangan kedua-dua ibu bapanya di usia yang masih muda.
“Appa…”Jung Min mengesat air matanya.”Appa memang tak suka dengan kerjaya aku sekarang…dia nak aku ikut jejak langkahnya…aku tak nak…sebab aku tak minat…dan aku yakin…Dong Joon hyung…Hye Ri…boleh pikul amanah appa dengan baik…Aku bodoh!Sepatutnya aku kena ikut cakap appa…aku dah kecewakan dia…kecewakan dia sampai dia dah tak ada lagi…”katanya,sebak.Jung Min menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.Jeremy mengesat air matanya yang mengalir.Kemudian,matanya teralih ke arah Hanna yang turut berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berada.Hanna turut mengesat air matanya yang mengalir.Jeremy kemudiannya memandang ke arah Jung Min semula.
“Aku yakin…mendiang Encik Park mesti bangga dengan kejayaan hyung sekarang.Sekurang-kurangnya…hyung dah buktikan dekat mendiang Encik Park…yang hyung boleh berjaya dengan usaha hyung sendiri.Sama juga dengan mendiang Puan Park…walaupun hyung sibuk,sekurang-kurangnya…hyung masih sedar yang Puan Park sentiasa ada dengan hyung…”kata Jeremy.Jung Min menoleh ke arahnya.Bibirnya mengukir senyuman nipis.


Dong Joon merenung gambar kedua-dua ibu bapanya di bilik tidur utama.Wajah Puan Park dan Encik Park diusapnya lembut.Sa Rang yang berdiri di muka pintu sekadar melihat kelakuan Dong Joon yang terduduk di birai katil sambil merenung gambar ibu-bapanya.Kehadirannya di situ seperti tidak diendahkan langsung oleh Dong Joon.Sa Rang cuba melangkah mendekati ke arah Dong Joon yang sugul itu.Menyedari Sa Rang mengambil tempat di sisinya membuatkan Dong Joon cuba mengukir senyuman nipis terhadapnya.
“Saya ingatkan awak dah balik…kan dah lewat ni?”soal Dong Joon,tenang.”Awak mesti dah penat.Saya hantar awak balik,okey?”katanya lagi,sambil mengusap lembut rambut Sa Rang yang panjang itu.Riak wajah Dong Joon berubah apabila melihat kedua-dua mata Sa Rang yang bergenang itu.”Kenapa ni?”soal Dong Joon.Dia kemudiannya menundukkan wajahnya.”Saya harap…saya tak membebankan awak pasal hal ni.Awak tak perlu risau pasal saya.Saya okey…”kata Dong Joon,cuba menahan sebak.Dong Joon terpana apabila Sa Rang memeluknya sambil mengusap lembut belakangnya.
“Saya tetap nak bersama dengan awak…tak kira senang atau susah…tu janji saya…”kata Sa Rang,lembut.Dong Joon sekadar membisu.Pelukan Sa Rang itu seolah-olah menenangkan jiwanya yang berkocak itu.”Biarpun semua orang meninggalkan awak…saya tetap ada di sisi awak…jadi,awak tak boleh terus mengalah.Awak kena kuat…okey?”kata Sa Rang lagi.Dong Joon membalas pelukan Sa Rang itu sambil menutup matanya.Akhirnya,air matanya mengalir jua.

Jong Suk memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo tiga tingkat selepas pulang dari upacara pengebumian keduan-dua ibu bapa Dong Joon.Dia segera masuk ke dalam rumah itu walaupun berulang kali ditegah oleh  pengawal keselamatan rumah itu.Dia menolak kasar tubuh pengawal itu yang masih cuba menghalang niatnya untuk memasuki rumah itu.
“Sekali lagi kau halang aku,aku tak teragak-agak untuk hancurkan otak kau tu.Faham?!”ugut Jong Suk sambil mengacukan pistol ke arah kepala pengawal itu.Oleh sebab takut dengan ugutan Jong Suk itu,pengawal itu akhirnya membiarkan sahaja Jong Suk menaiki tingkat dua rumah banglo itu.Sampai sahaja di sebuah bilik utama,Jong Suk segera menolak kasar pintu itu.Tindakannya itu membuatkan sekumpulan lelaki berseragam hitam mengacukan pistol ke arahnya.Namun,niat mereka dihalang apabila terdengar suara seorang lelaki yang mengarahkan mereka untuk tidak mengacukan pistol itu ke arah Jong Suk.Jong Suk memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang tajam sekali.Dia melangkah perlahan ke arah lelaki itu.
“Apa khabar,Jong Suk?Lama tak jumpa,”kata lelaki itu.Jong Suk tidak menjawab.Sebaliknya mengacukan pistol itu ke arah dahi lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis.”Em,tak sangka…pandai lagi guna pistol.Practice dengan siapa?Dengan…Park…Dong…Joon…ke?”soal lelaki itu diikuti dengan tawanya.
“Aku yakin…semua ni adalah rancangan kau.Aku memang tahu pasal rancangan kau nak hancurkan keluarga Encik Park sejak dulu lagi.Tapi,aku tak sangka kau sanggup bertindak sejauh ni.Kau kejam!”kata Jong Suk,meluahkan amarahnya.Pistol yang digenggamnya itu masih diacukan ke arah dahi lelaki itu.
“Tapi…aku buat semua tu untuk kau.Sepatutnya kau kena berterima kasih dengan aku.Aku dah sediakan jalan yang mudah untuk kau kuasai syarikat milik keluarga Park tu,”kata lelaki itu.
“Maaf.Aku tak pernah langsung berniat nak terlibat dalam kegiatan busuk kau ni!”Jong Suk hampir sahaja menekan picu pistol itu namun terhenti apabila merasakan kepalanya juga diacukan pistol dari belakang.
“Nampaknya…oppa dah tak pandai nak hormati appa sendiri.Maklumlah…appa angkat dia dah mati…”kata seorang wanita yang sedang berdiri di belakangnya.Jong Suk mengukir senyuman sinis.
“Apa?Oppa?Siapa oppa kau?Aku…tak pernah kenal orang yang tamak…dan kejam macam korang.Sampah!”balas Jong Suk.Hampir-hampir sahaja wanita itu mahu menekan picu pistol itu selepas mendengar kata-kata Jong Suk sebentar tadi.Namun,niatnya dihalang oleh lelaki yang dikatakan ayah Jong Suk itu.
“Cukup,Su Yeon!Simpan balik pistol tu,”kata Encik Lee,tegas.Mahu tidak mahu,Su Yeon terpaksa mematuhi arahan ayahnya.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia menghancurkan kepala Jong Suk ketika itu juga.Jong Suk tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Su Yeon.Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Encik Lee.
“Aku takkan berdiam diri.Aku akan buktikan…kejadian yang menimpa Encik Park ni…adalah salah satu daripada rancangan kau.Aku akan balas balik perbuatan kau untuk Dong Joon!”kata Jong Suk.Su Yeon tertawa.
“Untuk Dong Joon ke…Hye Ri?”soal Su Yeon,sambil bermain-main dengan pistolnya.
“Kau jangan cuba nak usik Hye Ri walau sedikit pun!Kalau tak…kau mati!”balas Jong Suk,berang.Dia tidak teragak-agak untuk bertindak di luar jangkaan sekiranya ada cubaan daripada Su Yeon untuk mengasari Hye Ri.Su Yeon membulatkan matanya.
“Uuu…takutnya…”ejek Su Yeon.Jong Suk memandang tajam kea rah Su Yeon.
“Kau tak perlu risau.Hye Ri tak ada kepentingan langsung dalam rancangan ni.Sepatutnya kau lebih risaukan nasib Dong Joon,”kata Su Yeon,sambil mengukir senyuman sinis.Hati Jong Suk mulai tidak tenang.Dia seperti dapat menjangka sesuatu yang akan berlaku terhadap Dong Joon selepas ini.Dia harus menghentikan niat jahat ayah dan adik perempuannya itu.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Park Jung Min
 Lee Su Yeon




cameo:


Jeremy
Hanna

No comments:

Post a Comment