08 May, 2011

...Chapter 25...

Selepas seminggu bercuti,Sa Rang kembali semula bekerja walaupun rasa sakit pada kakinya masih lagi terasa.Sa Rang lebih banyak duduk di atas kerusi daripada berjalan.Gelagat anak-anak muridnya yang sedang kusyuk menyiapkan kerja yang diberikannya itu diperhatinya dengan teliti.Sesekali matanya melihat ke arah Yun Ho yang juga sedang sibuk mewarnakan sesuatu di atas kertas.Kekusyukan Yun Ho mewarna itu membuatkan Sa Rang berasa tertarik untuk mendekatinya.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah Yun Ho.
“Wah,kusyuknya dia berwarna,”tegur Sa Rang.Yun Ho yang mendengar tegurannya itu segera menoleh ke arahnya sambil tersenyum.”Cantiknya!Ni kad apa ni?”soal Sa Rang.
“Oh,ni kad hari jadi,”jawab Yun Ho.
“Oh ya?Kad hari jadi untuk siapa ni?”soal Sa Rang,berminat untuk tahu.
“Untuk Dong Joon Hyung,”jawab Yun Ho,masih sibuk dengan kerjanya itu.Sa Rang terdiam.Hari jadi Dong Joon dah nak dekat ke?
“Bila hari jadi Dong Joon?”soal Sa Rang.
“Esok,”jawab Yun Ho,laju.Mata Sa Rang terbuka luas.Esok?”Yun Ho teringin nak bagi kad ni kat hyung,”sambung Yun Ho lagi.Sa Rang memandang ke arahnya.
“Kenapa?Dong Joon pun selalu bagi hadiah kat Yun Ho ye?”soal Sa Rang.Yun Ho menggeleng.
“Dia tak pernah bagi pun.Mungkin hyung tak berapa suka Yun Ho kot,”kata Yun Ho.
“Eh,kenapa Yun Ho cakap macam tu?Tak baik tau,”balas Sa Rang.Bimbang sekiranya Yun Ho berfikiran negatif terhadap Dong Joon.Bukankah mereka satu keluarga?
“Sebab hyung selalu marah-marah Yun Ho.Dulu pun,dia tak kisah kalau Yun Ho sakit.Selalu Hye Ri Noona yang tolong bawakan,”kata Yun Ho.Sa Rang sekadar mendengar.Yun Ho kemudiannya meletakkan pensel warnanya di atas meja.”Tapi…hyung macam dah lain sekarang ni.Dia dah tak marah-marah macam dulu lagi,”sambung Yun Ho lagi sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Sa Rang mengukir senyuman manis.”Cikgu tahu,dulu hyung tak pernah langsung nak masuk bilik tidur Yun Ho.Sekarang kan,dia selalu masuk bilik Yun Ho.Kadang-kadang dia tanya Yun Ho tengah buat apa,dah buat kerja sekolah ke belum…”ceritanya lagi.Senyuman Sa Rang kian melebar.Besar hatinya mendengar cerita Yun Ho mengenai Dong Joon.Nampaknya Dong Joon benar-benar dah berubah!
“Lepas tu,hyung mesti tanya pasal cikgu,”kata Yun Ho sambil tersenyum.Senyuman Sa Rang mengendur.
“Dia tanya pasal cikgu?”soal Sa Rang.Yun Ho angguk.
“Dia tanya apa?”soal Sa Rang.
“Adalah,”jawab Yun Ho.Sa Rang mencebik.Amboi,kecil-kecil lagi dah pandai.Ni mesti Dong Joon yang ajar ni!
“Tak apa.Nanti cikgu tanya Dong Joon sendiri,”kata Sa Rang sambil berdiri.Dia kemudiannya mengusap lembut kepala Yun Ho sambil tersenyum sebelum beredar.Dia kemudiannya melangkah keluar dari kelasnya perlahan-lahan.Dia cuba untuk mendail nombor telefon Dong Joon.
“Hai Dong Joon,”ucap Sa Rang,menahan rasa getar pada dadanya.
“Ya,Sa Rang.Kenapa ni?Kaki awak sakit lagi ke?”soal Dong Joon,kedengaran agak cemas nada suaranya.Sa Rang tersenyum.
“Taklah.Kaki saya okey je,”jawab Sa Rang.
“Em,ni mesti sebab rindu kat saya kan?”soal Dong Joon,bergurau.Sa Rang mencebik walaupun dalam hatinya membenarkan kata-kata lelaki itu.
“Tak ada maknanya.Saya ada benda nak cakap dengan awak ni,”kata Sa Rang.
“Apa?”soal Dong Joon.
“Tapi,saya tak nak cakap sekarang.Kita jumpa esok boleh?”soal Sa Rang.Kedengaran Dong Joon tidak membalas apa-apa.Mungkin sedang berfikir.”Dong Joon?”
“Okey.Nak jumpa dekat mana?”soal Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
“Awak nak kita jumpa dekat mana?”soal Sa Rang.Kedengaran Dong Joon ketawa.
“Ish,suspenla pulak.Mesti ada sesuatu ni,”duga Dong Joon.
“Ala…cepatlah Dong Joon!”desak Sa Rang.
“Okey okey.Kalau macam tu…kita jumpa dekat Taman Namsan nak?Boleh naik kereta kabel?”cadang Dong Joon.
“Ish,tak rasa romantik sangat ke tempat yang awak nak tu?”soal Sa Rang,sedikit malu.
“Eh,awak bukan nak luahkan perasaan kat saya ke?”soal Dong Joon.
“Yela tu.Em,okeyla.Kita jumpa kat sanala ye?”kata Sa Rang.
“Biar saya jemput awak,”kata Dong Joon.
“Eh,tak apa.Saya boleh pergi sendiri.Kita jumpa pukul 10 pagi,okey?”cadang Sa Rang.
“Okey,”balas Dong Joon.

Dong Joon bersandar pada keretanya sambil melihat jam di tangannya.Sudah pukul 10.07 pagi ni!Mana pula Sa Rang ni?Kata pukul 10 pagi…Dong Joon menghela nafas panjang dan memandang sekeliling.Namun,pandangannya tertumpu pada sebatang pokok yang kelihatan agak ‘aneh’ di situ.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman nakal.Dia kemudiannya beredar dari situ dan menuju ke suatu tempat.
Sa Rang menyembunyikan dirinya di sebalik pokok apabila menyedari Dong Joon seperti sedang mengalihkan pandangan ke arahnya.Sa Rang menarik nafas panjang.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah tempat Dong Joon berdiri sebentar tadi.Sa Rang terkejut apabila menyedari Dong Joon tidak lagi berada di situ.
“Hah?Mana pula dia pergi ni?”soal Sa Rang.
“Awak tengah main sorok-sorok ke?”Kedengaran suara seseorang yang cukup Sa Rang kenali yang menegurnya dari belakang.Sa Rang menggigit bibirnya.Dia menoleh ke arah Dong Joon sambil tersenyum malu.
“Yah!Awak dah jumpa saya.Sekarang saya pula yang kena cari awak,”kata Sa Rang.Dong Joon ketawa.Dia kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi Sa Rang.
“Awak demam apa ni?”soal Dong Joon.Sa Rang melepaskan tangan Dong Joon.
“Mana ada demam,”balas Sa Rang.
“Habis tu?Kenapa awak main sorok-sorok?”soal Dong Joon.”Memang hobi awak ekh?”sambungnya lagi.
“Saja.Saya saja nak lewat 10 minit.Tak salahkan?”balas Sa Rang.Kening Dong Joon terangkat sebelah.
“Lewat 10 minit?Prinsip apa yang awak pakai ni?”soal Dong Joon,tidak memahami.
“Cari kat internet sendiri!Dahlah jom!”balas Sa Rang sambil memaut lengan Dong Joon.Dong Joon sekadar menurut.Kelihatan Sa Rang sangat berbeza hari ini.
Sa Rang dan Dong Joon berjalan sambil menikmati pemandangan yang cerah lagi indah di Love Lock.Sesekali Sa Rang tersenyum melihat ribuan mangga pintu yang terpasang di  pagar,tidak jauh dari Menara Namsan.Dia turut membaca tulisan yang tertera di atas mangga itu.Pelbagai ungkapan cinta yang tertulis di atas mangga yang pelbagai jenis itu.

Saranghae…

Semoga cinta kita berkekalan selamanya…

I love you…

I will never let you go even when I die…

Sa Rang mengukir senyuman manis apabila membaca ayat-ayat cinta yang tertulis di atas mangga yang pelbagai corak dan warna itu.Dong Joon yang diam dari tadi itu sekadar melihat telatah Sa Rang yang asyik tersenyum dari tadi.Entah mengapa,timbul pula satu idea menarik dalam kepalanya.Perlahan-lahan,dia meninggalkan Sa Rang yang masih kusyuk melayan perasaannya itu.Tidak lama selepas itu,Dong Joon mencuit bahu kanan Sa Rang.Sa Rang menoleh ke arahnya.
“Daripada awak asyik tersengih macam orang tak betul ni…baik awak pun buat satu,”kata Dong Joon sambil menghulurkan sebuah mangga kepadanya berserta kunci.Sa Rang terkejut.
“Eh,tak payahlah.Saya saja tengoklah.Tak rasa nak buat satu pun,”kata Sa Rang.Dong Joon tetap berkeras lalu meletakkan mangga itu di atas tangan Sa Rang.
“Awak buatlah satu.Kalau awak tak nak buat dengan saya pun tak apa.Mungkin awak boleh buat benda lain macam…’Semoga saya dapat berjumpa dengan cinta sejati’ atau pun…apa-apalah.Tak semestinya awak perlu luahkan kata cinta kan?”kata Dong Joon.Sa Rang terdiam.Perlahan-lahan,dia menggenggam mangga itu.Dong Joon kemudiannya menghulurkan pen marker kepadanya.Sa Rang mengambilnya dan mulai menulis sesuatu sambil membelakangi Dong Joon.
“Dah…saya dah tulis.Awak tak nak tulis ke?”soal Sa Rang.
“Tak payahlah.Saya belikan untuk awak je,”kata Dong Joon.
“Tak bestlah macam ni.Tak apa biar saya belikan untuk awak ye?”kata Sa Rang lalu beredar meninggalkan Dong Joon untuk seketika.Dong Joon sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Tidak lama selepas itu,Sa Rang menghulurkan sebuah mangga berwarna merah jambu kepada Dong Joon.
“Pink?”soal Dong Joon.
“Tu je yang tinggal,”kata Sa Rang,beralasan.Dong Joon pun menulis sesuatu di atas mangga tersebut lalu dipasangkan pada pagar.Sa Rang sengaja tidak memandang ke arah mangga yang dituliskan sesuatu di atasnya oleh Dong Joon itu.
“Awak tak nak letak ke?”soal Dong Joon.Sa Rang menggeleng.
“Tak naklah.Saya nak simpan.Baik saya letak kat pintu pagar rumah saya je,”kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
“Suka hati awaklah,”balas Dong Joon.Dia turut tersenyum ke arah Sa Rang.
Hari kian petang.Dong Joon dan Sa Rang sudah pun berada di dalam kereta kabel untuk menuju semula ke Taman Namsan.Pagi tadi pun mereka menaiki kereta kabel untuk ke Menara Namsan dari Taman Namsan.Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kereta kabel itu. Sa Rang sekali-sekala menikmati suasana petang yang nyaman itu.
“Sa Rang,”sapa Dong Joon.Sa Rang kemudiannya menoleh ke arah Dong Joon.
“Apa?”soal Sa Rang.
“Awak cakap…ada benda yang awak nak katakan kat saya.Apa dia?”soal Dong Joon.
“Oh…em…pasal tu…”Sa Rang terdiam seketika.Tidak tahu dari mana mahu dimulakan.Dong Joon masih menanti.Sa Rang kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.Dong Joon sekadar memerhati.
“Saya tak tahu kalau awak suka ke tak.Tapi…saya harap awak sukalah…”kata Sa Rang,sambil menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Dong Joon.Dong Joon menerimanya dengan tanda tanya.
“Untuk saya?”soal Dong Joon,tidak percaya.Sa Rang sekadar angguk.
“Boleh buka ke?”soal Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon pun membuka kotak itu dengan perasaan yang amat sukar untuk digambarkannya.Matanya terbuka luas apabila melihat terdapat seutas rantai berbentuk kunci di dalamnya.Bibirnya tersenyum lebar.
“Wah,cantik…”puji Dong Joon sambil memegang rantai itu.Sa Rang tersenyum gembira apabila melihat Dong Joon seperti menyukai hadiahnya.
“Awak pakailah,”kata Sa Rang.”Saya pun ada satu,”kata Sa Rang sambil menunjukkan rantai berbentuk hati dan terdapat ukiran kunci di atasnya.Dong Joon mengambil rantai itu dari tangan Sa Rang dan cuba membuka rantai berbentuk hati itu dengan rantainya yang berbentuk kunci itu.Dong Joon tersenyum lebar apabila melihat rantai milik Sa Rang itu terbuka selepas dimasukkan kunci ke dalamnya.
“Ni rantai untuk couple ekh?”soal Dong Joon.Muka Sa Rang mulai merah.Dia kemudiannya mengambil semula kedua-dua rantai itu daripada Dong Joon.Dong Joon terkejut.
“Eh,kenapa pula ni?’soal Dong Joon.
“Tak apalah.Nanti saya bagi hadiah yang lain je,”kata Sa Rang.
“Eh,tak bolehlah.Orang kata…kalau kita ambil balik hadiah yang yang kita dah bagi kat orang,buruk siku namanya.Bagi balik,”kata Dong Joon.Perlahan-lahan,Sa Rang memberi semula rantai milik Dong Joon  kepadanya semula.”Hah…macam tula,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya memakai rantai tersebut pada lehernya.
“Handsome tak?”soal Dong Joon.Sa Rang tersenyum.Dia kemudiannya angguk,mengiyakan kata-kata Dong Joon itu.”Hah,mengaku pun saya ni handsome,”kata Dong Joon.Dong Joon masih belum jemu untuk memandang rantai pemberian Sa Rang itu.Namun,Dong Joon terpana seketika apabila menerima kucupan lembut pada pipinya.
“Saegil chukahamnida,Dong Joon,”ucap Sa Rang,lembut.Dong Joon memandang ke arah Sa Rang.”Saegil chukahamnida,”ucap Sa Rang lagi.Dong Joon tersenyum.
“Awak buat semua ni…untuk saya ke?”soal Dong Joon,tidak percaya.
“Em…boleh dikatakan begitulah.Sekali-sekala kan?”balas Sa Rang.
“Gomawo…”ucap Dong Joon.Kemudian,tangan Sa Rang itu dicapainya.Sa Rang terkejut.
“Sepanjang hidup saya,nilah hari jadi yang paling bermakna bagi saya.Dan...sepanjang hari jadi yang dah saya lalui…awaklah hadiah yang paling bermakna dan berharga dalam hidup saya,”ucap Dong Joon,lembut.Sa Rang terpana mendengar ucapan tulus dari lelaki bernama Park Dong Joon itu.”Terima kasih,Sa Rang,”ucap Dong Joon lagi lalu mencium tangan Sa Rang,seolah-olah menggambarkan rasa cintanya yang terpendam selama ini.Entah mengapa,Sa Rang berasa terharu dengan ucapan itu.Air matanya mengalir terharu.Dong Joon mengesat air mata Sa Rang dengan lembut.Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Sepatutnya saya yang menangis terharu sebab kejutan awak ni,”kata Dong Joon,berseloroh.Sa Rang tertawa kecil dalam tangisan.Begitu juga dengan Dong Joon.Pipi mulus Sa Rang itu diusapnya lembut.
“Kamsahamida…”ucap Dong Joon lagi.Perlahan-lahan,Dong Joon mengucup bibir Sa Rang.Petang itu,perasaan cinta antara mereka sudah terzahir walaupun belum terungkap dengan kata-kata.

Saranghaeyo……………………..

Dong Joon memberhentikan keretanya di hadapan rumah Sa Rang.Kedua-dua mereka kelihatan sedikit kekok jika dibandingkan daripada siang tadi.Mungkin masih rasa malu dengan kejadian petang tadi.Sesekali kedengaran Dong Joon berdehem beberapa kali.Sa Rang pula lebih selesa berdiam diri.
“Dah sampai pun rumah awak,”kata Dong Joon.Namun,Sa Rang masih membatu,seperti tidak menyedari situasi yang berlaku di sekelilingnya.Dong Joon menyentuh bahu Sa Rang.”Sa Rang?”Sebaik sahaja Dong Joon menyentuh bahu Sa Rang,barulah wanita itu memberi sedikit respon.Lagaknya seperti baru tersedar dari lena.
“Ya?”soal Sa Rang.
“Awak okey tak?”soal Dong Joon,sedikit cemas.Sa Rang menggeleng.
“Tak ada apa-apa.Saya okey,”kata Sa Rang.Dong Joon kemudiannya keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Sa Rang.Sa Rang berasa malu apabila dilayan sebegitu.Sa Rang keluar dari kereta sambil diperhatikan oleh Dong Joon.
“Gomawo…sebab tolong hantarkan saya balik,”kata Sa Rang.Dong Joon sekadar membalasnya dengan senyuman.”Saya…naik dululah,”kata Sa Rang lagi.Dia kemudiannya beredar dari situ.
“Sa Rang!”panggil Dong Joon.Sa Rang menoleh ke arahnya.Dong Joon kemudiannya mengangkat tangan kanannya.
“Selamat malam,”ucap Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
“Selamat malam.Hati-hati,”balas Sa Rang.Dia kemudiannya menuju ke lif.Dong Joon menemani Sa Rang melalui pandangan matanya.Apabila sudah memastikan Sa Rang sampai di rumahnya,barulah Dong Joon masuk ke dalam keretanya dan memandu keretanya menuju ke rumahnya pula.

Sa Rang memasuki biliknya dengan senyuman yang ternyata jelas menggambarkan perasaannya ketika itu.

...Sepanjang hidup saya,nilah hari jadi yang paling bermakna bagi saya.Dan...sepanjang hari jadi yang dah saya lalui…awaklah hadiah yang paling bermakna dan berharga dalam hidup saya...

Sa Rang mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.Mangga yang ditulis sesuatu di atasnya masih disimpannya.Sa Rang tersenyum saat membaca tulisannya yang tertera pada mangga itu.

Semoga Dong Joon bahagia saat dia bersama dengan Sa Rang....

Sa Rang mendekatkan mangga itu pada dadanya.Dia benar-benar mengharapkan suatu keajaiban bakal berlaku dalam hidupnya ketika itu.Dia akui...Dong Joon benar-benar penting dalam hidupnya.Cuma dia masih ragu-ragu untuk meluahkannya secara terbuka.Bukan kerana bimbang Dong Joon akan menolak cintanya secara mentah-mentah,tetapi cinta Ji Won yang masih menunggunya tetap perlu difikirkan.Apatah lagi,adiknya,Min Jung turut menyimpan perasaan kepada Dong Joon.Sa Rang mengeluh.Dia memandang ke arah mangga itu.Dia kemudiannya menyimpan mangga itu di dalam kotak kecil yang menyimpan kenangan-kenangannya bersama Park Dong Joon....

Dong Joon membaringkan dirinya di atas katil.Rantai yang diberikan oleh Sa Rang petang tadi masih dipegangnya.Entah mengapa,dia terasa seperti ada suatu tenaga baru meresap ke dalam tubuhnya.Dia tersenyum.Dong Joon kemudiannya membuka laci mejanya.Matanya tertumpu pada suatu sampul surat kecil berwarna biru di dalamnya.Perlahan-lahan,dia membuka sampul surat itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat kad hari jadi yang tertulis namanya di atas kad tersebut.

Dong Joon Hyung,
Saegil chukahamnida...
Semoga hyung ceria selalu dan berjaya dalam hidup...
Kamsahamida...
Sebab jadi seorang hyung yang terbaik untuk Yun Ho...
Saranghae....

Hati Dong Joon benar-benar tersentuh saat membaca isi yang tertulis pada kad itu.Dia kemudiannya segera melangkah ke arah bilik Yun Ho.Yun Ho yang sedang lena dibuai mimpi itu diperhatikannya dengan senyuman.Perlahan-lahan,rambut Yun Ho yang lembut itu diusapnya.Dong Joon turut mencium lembut dahi Yun Ho.
"Gomawo...Hyung pun gembira....sebab ada dongsaeng yang terbaik dalam hidup hyung..."bisiknya perlahan,bimbang sekiranya Yun Ho terjaga.

Sementara itu,tanpa Dong Joon sedar,perbuatannya itu diperhatikan senyap-senyap oleh Jung Min.Jung Min sekadar tersenyum manis.Dia turut gembira melihat perubahan Dong Joon itu .Kata Hye Ri...semuanya kerana gadis bernama Sa Rang.Jung Min yakin,abangnya itu amat mencintai Sa Rang.Namun,dia turut yakin,Dong Joon masih belum mahu mengakuinya secara terbuka.Ego abangnya itu kelihatannya masih belum berubah!




LOVE LOCK,NAMSAN TOWER,SEOUL

No comments:

Post a Comment