19 May, 2011

...Chapter 29...

Dong Joon memberhentikan keretanya di hadapan apartment Sa Rang.Sudah hampir tiga hari dia cuba untuk menghubungi wanita itu,namun sekalipun dia tidak berjaya.Entah apa yang terjadi terhadap wanita itu pun langsung tidak diketahuinya.Kelibat Min Jung juga tidak kelihatan sejak tiga hari yang lalu.Ke manakah dua beradik ini menghilang?Kalau Min Jung ada,boleh juga aku tanya pasal Sa Rang,hatinya mengomel sendiri.Penantiannya berakhir apabila ternampak kelibat Min Jung keluar dari perut teksi.Dong Joon melihat jam tangannya.Sudah hampir pukul 8 malam.Ke mana pula si Min Jung ni pergi?Mana Sa Rang?
"Oppa?Apa oppa buat kat sini?"soal Min Jung,sedikit teruja apabila melihat kelibat Dong Joon di hadapannya.Pantas sahaja Min Jung mendekati ke arahnya.
"Min Jung pergi mana?"soal Dong Joon.
"Min Jung keluar dengan Hye Ri tadi.Ada hal.Oppa tak tahu ke Hye Ri keluar tadi?Selalu kan dia cakap kat oppa kalau dia keluar?"soal Min Jung.Dong Joon tersenyum kelat.Sungguh dia tidak tahu perihal adik perempuannya yang seorang itu sejak 3 hari ini.Dong Joon sudah lama tidak pulang ke rumah.Bukan sahaja masalah Sa Rang yang merunsingkan fikirannya ketika ini,tetapi masalah kerjanya juga menambahkan bebanannya.Entah mengapa sejak akhir-akhir ini,banyak perkara atau masalah yang timbul dalam syarikatnya.Keadaan ayahnya yang kurang sihat itu juga menjadi faktor bagi Dong Joon untuk bekerja keras menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
"Oppa?"soal Min Jung sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Dong Joon apabila lelaki itu kelihatan seperti termenung,memikirkan sesuatu.Dong Joon kelihatan seperti baru tersedar dari mimpi apabila Min Jung menyentuh tangannya."Oppa okey tak?Macam tak sihat je,"soal Min Jung,risau.Dong Joon menggeleng.
"Oppa sihat.Cuma...oppa nak tanya sesuatu dekat Min Jung...pasal Sa Rang,"kata Dong Joon.Riak wajah Min Jung berubah.Balik-balik pasal Sa Rang,balik-balik pasal Sa Rang."Min Jung tahu mana Sa Rang pergi?Oppa dah lama try call dia,tapi dia tak jawab langsung.Dia sakit ke?"soal Dong Joon.
"Kita naik dululah,oppa.Kejap lagi unni balik.Oppa cubalah tanya unni sendiri.Min Jung pun tak tahu,"ajak Min Jung sambil menarik tangan Dong Joon.
"Eh,tak apa.Oppa boleh tunggu dalam kereta.Min Jung naiklah dulu,"kata Dong Joon,menolak baik ajakan Min Jung itu.Min Jung tidak berputus asa.
"Ala,oppa...Jomlah.Sejuklah kat luar ni.Nanti oppa sakit macam mana?Kita naik dulu.Min Jung boleh sediakan coklat panas dekat oppa dulu,"kata Min Jung,masih cuba memujuk.Dong Joon akhirnya mengalah.Malas untuk melawan lagi.

Dong Joon duduk termenung di ruang tamu.Hatinya meronta-ronta untuk bertemu dengan Sa Rang ketika ini.Dia amat mengharapkan agar dia dapat bertemu dengan wanita itu hari ini.Min Jung yang berdiri tidak jauh dari tempat Dong Joon itu mengukir senyuman sinis.Dia yakin pasti ada masalah yang timbul antara Dong Joon dengan kakaknya itu.Entah mengapa,timbul satu idea nakal dalam fikirannya.
Dong Joon tersentak apabila terdengar bunyi jeritan kecil dari dapur.Dia segera melangkah ke arah dapur.Matanya terbuka luas apabila ternampak jari telunjuk Min Jung berdarah.
"Min Jung,kenapa ni?"soal Dong Joon,cemas.Min Jung mengaduh kesakitan.Dong Joon segera mendekati Min Jung sambil memegang jari Min Jung yang berdarah itu."Macam mana boleh berdarah ni?"soal Dong Joon.Dia mengeluarkan sapu tangannya kemudian, mengelap darah yang masih mengalir dari jari Min Jung itu.
"Min Jung nak potong buah tadi.Entah macam mana,pisau ni terkena kat jari.Mesti Min Jung berangan tadi,"jawab Min Jung,sambil ketawa.Wajah Dong Joon kelihatan serius.
"Lain kali buat kerja tu hati-hatilah,Min Jung.Sekarang dah jadi macam ni,kan susah,"balas Dong Joon."Dekat mana kotak pertolongan cemas?Biar oppa ambilkan,"soal Dong Joon.
"Dekat dalam laci kat ruang tamu tu,"jawab Min Jung.

"Min Jung kusyuk menatap wajah Dong Joon sambil jarinya dibalut oleh lelaki itu.Dong Joon pula tidak menyedari dengan pandangan Min Jung itu.Dong Joon terkejut apabila menerima ciuman di pipi oleh Min Jung.Dong Joon menoleh ke arahnya.Tangan kiri Min Jung memegang tangan Dong Joon.
"Saranghae,oppa,"ucap Min Jung.Mata Dong Joon terbuka luas apabila mendengar luahan kata dari Min Jung itu.Sungguh dia tidak menduga dengan pengakuan Min Jung itu.
"Min..."Min Jung segera mencium bibir Dong Joon sebelum lelaki itu meneruskan kata-katanya.Dong Joon segera menolak tubuh Min Jung itu apabila matanya ternampak kelibat Sa Rang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Sa Rang?"Belum sempat Dong Joon menjelaskan sesuatu kepada Sa Rang,Sa Rang sudah pun melangkah keluar dari situ.Dong Joon segera mengejarnya namun tiba-tiba Min Jung mendakap tubuhnya dari belakang.Cuba menghalang Dong Joon dari mengejar kakaknya.
"Tolong jangan pergi,oppa,"rayu Min Jung.
"Lepaskan..."balas Dong Joon.Min Jung mengeratkan pelukannya.
"Min Jung perlukan oppa.Min Jung cintakan oppa.Tak boleh ke oppa cuba untuk terima cinta dari Min Jung?"soal Min Jung."Saranghae...saranghae..."ucapnya,dalam sebak.


Sa Rang mengesat air matanya yang mengalir itu.Hatinya hancur apabila melihat Min Jung mencium bibir Dong Joon sebentar tadi.
"Sa Rang!"Sa Rang menoleh apabila terdengar suara Dong Joon memanggilnya dari belakang.Dia cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu namun berjaya dihalang oleh Dong Joon.Sa Rang cuba melepaskan genggaman tangan Dong Joon namun tidak berupaya.
"Sa Rang,awak nak pergi mana?"soal Dong Joon.
"Lepaslah.Awak sambung jelah kerja awak kat atas tu.Biarkan saya kat sini,"kata Sa Rang.
"Tolong dengar penjelasan saya dulu,"kata Dong Joon.Sa Rang tertawa kecil.
"Penjelasan?Perlu ke semua tu?Lagi pun kita bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.Suka hati awaklah awak nak cium debgan siapa yang nak kan?"balas Sa Rang.
"Kalau macam tu,kenapa awak menangis?"soal Dong Joon.Sa Rang terdiam.
"Ke mana awak pergi,Sa Rang?Apa yang awak sedang sembunyikan dari saya sekarang ni?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang tidak menjawab."Awak tak tahu ke yang saya risaukan awak?Awak tak pernah fikir ke pasal perasaan saya?Saya risaukan awak...sebab awak sekali pun tak jawab panggilan saya...sekali pun tak balas mesej saya.Saya cuba tak nak fikirkan sesuatu yang buruk terjadi kat awak.Tapi tindakan awak sendiri dah buat saya rasa macam tu,"kata Dong Joon.Nadanya kedengaran sedikit tegas.Seperti meluahkan segala perasaannya yang terpendam selama ini.
"Kenapa awak perlu risaukan saya pula?Tak perlulah awak nak risau-risaukan saya.Awak pergi jelah kat Min Jung tu...Dia perlukan awak lebih dari saya perlukan awak,"kata Sa Rang.
"Tapi saya perlukan awak,Sa Rang.Saya perlukan awak lebih dari segala-galanya,"kata Dong Joon.Sa Rang terkejut."Saya perlukan awak...sebab...saya cintakan awak..."luah Dong Joon.Sa Rang memandang ke arah Dong Joon.Kelihatan mata lelaki itu bergenang,seolah-olah benar-benar meluahkan perasaannya yang terpendam selama ini.Tangan Sa Rang itu dikucupnya lembut."Saranghae..."ucapnya lagi.Air mata Sa Rang mengalir mendengar pengakuan ikhlas dari lelaki itu.Namun,dia tidak dapat meluahkan apa-apa untuk membalas pengakuan ikhlas dari lelaki itu.
"Awak ingat lagi kan pasal 3 soalan yang saya nak tanya kat awak dulu?Sekarang saya nak tanya awak soalan yang ketiga...Jawapan awak akan menentukan segalanya..."kata Dong Joon.Sa Rang sekadar menanti pertanyaan dari lelaki itu."Awak cintakan saya?"soal Dong Joon.Sa Rang terpana apabila mendengar soalan daripada lelaki itu.Benarkah itu soalan ketiga yang ingin ditanya oleh Dong Joon semasa di Lotte World dahulu?Kalau benar...bermakna...
"Masa tu...awak nak tanya soalan ni pada saya?"soal Sa Rang,ingin mendapatkan kepastian.
"Awak cintakan saya?"soal Dong Joon lagi.Kali ini,dia melutut di hadapan Sa Rang.Hati Sa Rang terharu.Dia kemudiannya turut melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Dong Joon.Wajah Dong Joon itu diusapnya lembut sebelum dia mengucup bibir lelaki itu.
"Sebenarnya...saya pun nak katakan perkara yang sama...macam awak.Tapi,awak dah cakap dulu,"kata Sa Rang,terukir senyuman pada wajah ayunya itu..Mata lelaki itu ditenungnya lembut."Sa...rang...hae..."ucap Sa Rang.Bibir Dong Joon mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya memeluk tubuh Sa Rang.Dia benar-benar gembira apabila Sa Rang turut mencintai dirinya.

Min Jung terduduk di birai katil sambil melihat jarinya yang berbalut itu.Sentuhan Dong Joon masih lagi dirasainya.Sungguh dia amat mencintai lelaki bernama Park Dong Joon itu.Namun,cintanya bertepuk sebelah tangan.Dong Joon lebih mencintai kakaknya,Kim Sa Rang.Dan Min Jung hanya dianggap sebagai seorang adik.

"Miane..."ucap Dong Joon sebaik sahaja Min Jung meluahkan perasaannya."Oppa tak boleh terima cinta Min Jung...sebab Sa Rang lebih penting dalam hidup oppa.Oppa cintakan Sa Rang..."katanya lagi.Pelukan Min Jung kian longgar.Pengakuan Dong Joon itu benar-benar menghancurkan hatinya.Dong Joon kemudiannya menoleh ke arah Min Jung.Bahu Min Jung itu disentuhnya.
"Min Jung boleh dapat lelaki yang lebih baik dari oppa.Oppa yakin,lelaki yang akan hadir dalam hidup Min Jung lepas ni...lebih menghargai Min Jung,lebih mencintai Min Jung.Oppa bukan orangnya...sebab oppa tak sebaik lelaki tu.Tapi,kita masih berkawan kan?"soal Dong Joon.Min Jung menangis.Dong Joon terkejut mendengar tangisan Min Jung itu.Tidak pula dia cuba untuk memujuk gadis itu.Sekadar menemani Min Jung menghamburkan rasa sedihnya.Tidak lama selepas itu,Min Jung mengukir senyuman.
"Kalau macam tu,oppa kena luahkan perasaan oppa dekat unni.Min Jung yakin...dia pun cintakan oppa...macam oppa cintakan dia..."kata Min Jung.Dong Joon tersenyum lega apabila Min Jung akhirnya memahami perasaannya.
"Gomawo..."ucap Dong Joon.

Min Jung mengesat air matanya.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman nipis.Dia mengaku kalah.Cinta Dong Joon hanya milik Sa Rang.Tiada ruang untuknya dalam hati Dong Joon.Min Jung kemudiannya mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja soleknya itu.Nombor telefon Hye Ri didailnya.
"Ya Min?"Kedengaran suara Hye Ri dalam talian.
"Hye Ri ah..."Kedengaran Min Jung menahan sebak.
"Min,kenapa ni?Kau menangis ke?"soal Hye Ri,risau.
"Aku...putus cinta..."kata Min Jung.
"Apa?"


No comments:

Post a Comment