30 May, 2011

...Chapter 35...

Kejadian yang berlaku di syarikatnya baru-baru ini menyebabkan Dong Joon dilanda kemurungan.Apatah lagi,kereta kesayangannya juga turut dirampas sebaik sahaja proses penyerahan syarikat kepada keluarga Lee diadakan.Puas Sa Rang cuba mengajaknya untuk berbual,namun sepatah pun tidak dibalas oleh Dong Joon.Dong Joon lebih selesa menghabiskan masanya di bilik sambil termenung.Jung Min juga sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya.Hye Ri pula sudah kembali ke kolej.Itupun atas nasihat daripada Jung Min.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja Hye Ri menghentikan pengajiannya disebabkan oleh keadaan keluarganya yang tidak lagi senang seperti dahulu.Keluarga mereka hilang punca pendapatan.Mujur Jung Min tidak terlibat dalam urusan perniagaan keluarganya.Namun,sekadar bergantung kepada Jung Min tidak memadai untuk menampung kehidupan mereka.
"Noona...mesti Noona dah penat.Jung Min hantar Noona balik,okey?"soal Jung Min.Selepas kediaman agam mereka dirampas oleh pihak bank,Jung Min dan Dong Joon menginap di sebuah rumah kecil kos rendah.Pihak agensi Jung Min bukannya tidak memberi tempat tinggal kepada lelaki itu,cuma Jung Min masih belum bersedia untuk meninggalkan Dong Joon dalam keadaan tertekan seperti itu.
"Tak adalah,Jung Min.Noona tak penat pun.Jung Min tak perlulah risau pasal Noona,okey?"kata Sa Rang sambil mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya memerhati wajah Dong Joon yang kusut itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi Dong Joon yang sedang tidur ketika itu.Wajah lelaki itu mulai ditumbuhi misai dan jambang.Jung Min mengambil tempat tidak jauh dari tempat Dong Joon tidur.
"Jung Min pasti hyung mesti sangat terkejut dengan apa yang dah berlaku sekarang ni.Lebih-lebih lagi lepas dia tahu yang Jong Suk mengkhianati dia.Jung Min memang tak boleh nak maafkan lelaki tak guna tu!"kata Jung Min,geram.Sa Rang tidak membalas.Dia membiarkan sahaja Jung Min melepaskan geramnya."Jung Min takkan sesekali benarkan Hye Ri berhubung dengan lelaki tak guna tu,"sambungnya lagi.Sa Rang juga tidak sangka dengan tindakan Jong Suk yang menikam Dong Joon dari belakang.Dong Joon amat mempercayai Jong Suk namun kepercayaan Dong Joon itulah yang digunakan oleh Jong Suk untuk menghancurkan keluarga Park."Noona,boleh Jung Min minta tolong sesuatu?"soal Jung Min.
"Apa dia,Jung Min?"soal Sa Rang.
"Tolong jangan bagi Hye Ri jumpa dengan lelaki tu lagi.Kalau betul dia sayangkan Dong Joon hyung dan keluarga Park,dia akan ikut,"kata Jung Min lagi.Perlahan-lahan,Sa Rang angguk.
"Noona akan cuba,"kata Sa Rang.Jung Min mengukir senyuman nipis sebagai tanda terima kasih kepada wanita itu.Sa Rang memandang ke arah wajah Dong Joon semula.
"Noona pun akan cuba kembalikan Dong Joon yang dulu.Dong Joon yang sentiasa ceria,nakal..."Suara Sa Rang mulai kedengaran sebak.Dia menggenggam tangan Dong Joon dan diciumnya tangan itu.
"Dan yang selalu mencintai Noona,"sambung Jung Min sambil tersenyum.Sa Rang turut membalas senyuman Jung Min itu."Jung Min pun akan bantu Noona.Jung Min pun...dah lama tak kena buli dengan hyung,"katanya lagi.Sa Rang tertawa kecil.Dia masih memandang ke arah Dong Joon.Dong Joon...baliklah semula kepada kami.Kami semua sangat rindukan Dong Joon yang dulu,hatinya berbisik.


Saban hari Sa Rang mesti singgah di rumah yang didiami oleh Dong Joon dan Jung Min setiap kali selepas habis dari kerjanya.Setiap hari juga dia amat mengharapkan agar adanya perubahan akan berlaku kepada Dong Joon.Walaupun doanya itu masih belum termakbul,namun Sa Rang masih tidak berputus asa.Dong Joon yang duduk termenung sambil memandang ke arah tingkap itu,diperhati oleh Sa Rang.Dia amat merindui untuk mendengar suara Dong Joon itu.Namun,dia tidak pasti perasaan Dong Joon terhadapnya kini.Dong Joon seperti tidak mengendahkan kehadirannya di situ.
"Dong Joon,awak dah makan?"soal Sa Rang,lembut.Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg kertasnya."Saya ada buatkan sesuatu untuk awak.Saya suapkan ye?"soal Sa Rang,kemudian cuba menyuapkan makanan yang dibawanya itu kepada Dong Joon.Namun,Dong Joon sedikit pun tidak membuka mulutnya.Sa Rang sedikit hampa."Dong Joon,makanlah sikit.Nanti awak sakit,macam mana?"soal Sa Rang lagi.Dong Joon masih membatu seperti tadi.Hati Sa Rang tersentuh apabila dilayan seperti orang yang tidak dikenali oleh Dong Joon.Dia menundukkan wajahnya,cuba menyembunyikan kesedihan yang melanda dirinya ketika itu.
"Kenapa awak buat saya macam ni,Dong Joon?"soal Sa Rang,perlahan.Dong Joon masih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai santapan matanya."Saya tahu...awak tertekan dengan apa yang dah terjadi sebelum ni.Tapi sampai bila?Takkan awak nak terus hidup dalam keadaan macam ni?"soal Sa Rang."Semua orang rindukan Dong Joon yang dulu.Mereka semua perlukan awak...termasuk saya.Saya rindukan awak...Tolonglah Dong Joon.Janganlah terus diam macam ni.Awak ingat...kalau awak terus bersikap macam ni,semuanya yang dah hilang tu akan muncul kembali?Ya,awak memang boleh dapat balik hak awak.Tapi bukan macam ni.Awak kena bangun...lawan balik apa yang Jong Suk dah buat kat awak,"kata Sa Rang.Dong Joon pula masih membisu seperti tadi.Seolah-olah kata-kata Sa Rang itu tidak dipedulikannya langsung.Sa Rang memegang kedua-dua bahu lelaki itu."Awak dengar tak?"soal Sa Rang.Dong Joon masih berkelakuan seperti tadi.Entah mengapa,Sa Rang terus menampar pipi lelaki itu.Bukan sekali dua...tetapi berkali-kali.Seolah-olah cuba menyedarkan Dong Joon dari dunianya sendiri."Saya kecewa dengan awak!Lepas ni,saya dah tak peduli apa yang akan berlaku kepada awak lagi.Kalau betul awak sayangkan keluarga awak,awak takkan berkelakuan macam ni.Park Dong Joon yang saya kenal dulu,dia tak mudah mengalah macam apa yang awak buat sekarang ni!"Sa Rang segera meninggalkan Dong Joon sambil mengalirkan air mata.Jung Min yang baru tiba di rumah itu terkejut apabila melihat Sa Rang menangis semasa keluar dari bilik abangnya.
"Noona!Kenapa ni?"soal Jung Min,risau.Sa Rang tidak membalas.Dia segera melangkah keluar dari bilik itu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.Selepas sahaja,Sa Rang meninggalkan rumah mereka,Jung Min segera memasuki ke dalam bilik abangnya.Jung Min terkejut apabila melihat air mata yang mengalir ke pipi Dong Joon.
"Hyung..."


Min Jung perlahan-lahan mendekati ke arah Hye Ri yang sedang duduk termenung di taman kolejnya itu.
"Hye Ri ah,"sapa Min Jung,mesra.Hye Ri menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman nipis.
"Min Jung..."balas Hye Ri,lemah.Min Jung segera mengambil tempat di sebelah Hye Ri.
"Kau okey tak?"soal Min Jung.Hye Ri angguk.
"Okey je.Kenapa?"soal Hye Ri kembali.
"Kau...fikirkan pasal Jong Suk oppa ke?"soal Min Jung,sedikit risau sekiranya Hye Ri terasa dengan pertanyaannya itu.Senyuman Hye Ri mengendur.Mendengar sahaja nama Jong Suk seumpama menambahkan lagi luka di dalam hatinya."Miane...aku tak bermaksud nak buat kau tak senang hati macam ni,"ucap Min Jung,apabila menyedari riak wajah Hye Ri yang berubah itu sebaik sahaja mendengar nama Jong Suk disebut.Hye Ri menggeleng.
"Tak apalah.Aku tahu kau risaukan aku.Gomawo..."ucap Hye Ri,sambil mengukir senyuman manis kepada Min Jung.Min Jung turut membalas senyuman kawan baiknya itu.
"Aku harap...kau boleh lupakan dia,Hye Ri.Aku tahu...kau takkan tergamak nak bersama dengan lelaki yang dah hancurkan hidup kau dan keluarga kau.Lagipun,kau bukannya tak tahu.Kau kan gadis yang paling dikehendaki kat kolej ni?"soal Min Jung,cuba menceriakan hati Hye Ri.Hye Ri tersenyum.
"Pandai-pandai jelah kau ni,Min Jung.Aku tengok sekarang,kau ni bukan main ceria lagi ekh sejak dah rapat denga si Won Bin tu.Kau ada apa-apa dengan dia ke?"soal Hye Ri,menukar topik perbualan yang kini lebih menjurus ke arah Min Jung.
"Ish,kau ni!Aku tak ada apa-apa dengan dialah.Kami kawan je,"kata Min Jung.
"Baguslah kau dah mula berkawan dengan dia.Dia pun...lelaki yang baik juga.Sesuai sangat dengan kau,"balas Hye Ri.Min Jung tersenyum.Dia sendiri tidak berani untuk mengolah lebih mengenai status sebenar hubungannya dengan Won Bin memandangkan hubungan persahabatan mereka masih lagi baru.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran suara seorang lelaki menjerit nama Min Jung.Mereka menoleh ke arah suara itu.Kelihatan Won Bin sedang melangkah ke arah mereka.
"Kat sini pun awak.Puas saya cari,"kata Won Bin.
"Ada apa?"soal Min Jung.
"Saya nak awak lunch dengan saya hari ni.Hye Ri pun joinlah sekali,"kata Won Bin,mesra.
"Okey juga tu.Jomlah,Hye Ri.Kita lunch sama-sama nak?"soal Min Jung.
"Tak apalah.Aku malas nak lunch hari ni.Lagipun aku ada hal nak kat library.Korang pergilah dulu,okey?"soal Hye Ri.Min Jung dan Won Bin saling berpandangan.
"Arasso.Tapi,kalau ada apa-apa...call aku,okey?"soal Min Jung.Hye Ri pantas mengangguk.Kemudian,Hye Ri ditinggalkan seorang diri di taman.Sepanjang dia berada di taman itu,Hye Ri tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhati oleh seseorang.
"Encik?"Sapaan pemandunya itu membuatkan Jong Suk tersentak dari lamunannya sendiri.
"Ya?"
"Rasanya kita dah terlambat nak ke mesyuarat tu.Boleh kita bertolak sekarang?"soal pemandu itu.
"Ya.Kita pergi sekarang,"kata Jong Suk sebelum memandang semula ke arah Hye Ri.Sungguh dia amat merindui gadis itu.









No comments:

Post a Comment