19 May, 2011

...Chapter 28...

Su Yeon mengetuk pintu bilik ayahnya sebelum mendengar suara ayahnya memberi keizinan kepadanya untuk masuk ke dalam.Su Yeon melemparkan senyuman manis ke arah ayahnya.
"Su Yeon,lambat kamu balik hari ni?"soal ayahnya.Su Yeon tidak membalas pertanyaan ayahnya terlebih dahulu.Sebaliknya,dia mengambil tempat berhadapan dengan ayahnya.
"Ada hal sikit,appa.Tu yang lambat tu,"katanya sambil menyelak rambutnya ke belakang.Su Yeon sekadar memerhati sahaja gelagat ayahnya yang masih sibuk menyiapkan kerjanya itu."Dahlah tu,appa.Rehat-rehatlah sikit,"pujuk Su Yeon lembut.Encik Lee tersenyum.
"Appa tak boleh nak rehat selagi rancangan kita belum tercapai,"kata Encik Lee sambil memandang ke arah anak perempuannya dengan pandangan yang tersimpan dengan banyak makna.Su Yeon sekadar membalasnya dengan tawa kecil.
"Appa...appa...Appa sendiri cakap yang kita tak boleh terlalu terburu-buru kan?"balas Su Yeon.
"Tapi sampai bila?Memang appa ada cakap macam tu.Tapi...setakat ni,takkan tak ada sedikit pun yang berjalan?Appa tengok...masih belum ada apa-apa lagi je,"kata Encik Lee,sambil memegang dagunya.Su Yeon tersenyum.
"Dong Joon tu tak selemah yang appa sangkakan.Su Yeon tak boleh buat sesuatu yang boleh menjerat kita semua,"balas Su Yeon.
"Su Yeon memang betul.Dong Joon dah banyak berubah.Kalau kita dah bertindak awal-awal dulu,mungkin kita dah berjaya sekarang ni.Dia jauh lebih matang sejak appa jumpa dia 3 tahun dulu...Takkan Su Yeon tak tahu apa yang buat Dong Joon jadi macam tu?"soal Encik Lee.Su Yeon tidak menjawab.Sebaliknya,dia diam,seperti memikirkan sesuatu."Su Yeon?"
Su Yeon mamandang ke arah ayahnya.
"Kenapa senyap je ni?Apa yang Su Yeon fikirkan?"soal Encik Lee,ingin tahu.Mungkin Su Yeon ada merancang sesuatu dalam diam.Su Yeon menggigit bibirnya seketika.
"Appa cakap...appa pernah jumpa dia 3 tahun dulu?"soal Su Yeon.Encik Lee sekadar angguk."Su Yeon tak tahu pun,"katanya lagi.Kelihatan Encik Lee mengukir senyuman sinis.
"Appa dah lama berdendam dengan Encik Park tu...dan appa dah rancangkan perkara ni sejak dari dulu lagi,"kata Encik Lee,sambil memandang ke arah komputer ribanya.
"Kalau macam tu,kenapa appa baru nak laksanakan rancangan tu sekarang?Kalau betul appa kata Dong Joon dah berubah,maknanya Dong Joon dulu...tak matang macam sekarang kan?Lagi senanglah rancangan appa nak berjaya,"kata Su Yeon,cuba menyelongkar sesuatu dari Encik Lee.Encik Lee melepaskan keluhan berat.Kalau bukan kerana kedegilan anak lelakinya,pasti rancangannya sudah lama berjaya.Dia kemudiannya memandang ke arah anak perempuannya itu sambil tersenyum manis.
"Su Yeon sayang appa kan?"soal Encik Lee,penuh makna.Perlahan-lahan,Su Yeon menganggukkan kepalanya.Namun,dia tidak memahami apa yang cuba ayahnya sampaikan.
"Kenapa appa ni?Tiba-tiba pula...lain yang Su Yeon tanya..lain yang appa jawab..."kata Su Yeon,pura-pura ketawa.
"Appa harap...Su Yeon tak terjerat dengan kelebihan yang ada pada Dong Joon.Jangan...sesekali...Su Yeon jatuh cinta dengan Dong Joon.Arasso?"Encik Lee memberi amaran kepada Su Yeon.Kali ini,dia amat mengharapkan Su Yeon.Harapannya terhadap anak lelaki yang satu-satunya itu telah punah.Namun,Encik Lee sudah ada rancangannya tersendiri terhadap anak lelakinya itu.Sementara itu,Su Yeon terdiam seusai sahaja mendengar kata-kata ayahnya yang berbaur amaran itu.Tidak boleh jatuh cinta terhadap Dong Joon!!!


Sa Rang kusyuk memerhati Ji Won yang sedang terbaring lemah itu.Ji Won masih belum sedarkan diri selepas melakukan rawatan kemoterapi.Sa Rang mengusap lembut rambut Ji Won yang kian gugur itu.Dia menahan sebak.Entah mengapa,dia benar-benar rasa kesal dengan dirinya sendiri.Masakan dia boleh bergembira tanpa menyedari kesakitan yang dialami oleh lelaki itu.Sa Rang menoleh ka arah pintu apabila menyedari pintu itu ditolak dari luar.Bibirnya mengukir senyuman nipis apabila melihat Mika melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Oppa belum sedar lagi?"soal Mika,perlahan.Sa Rang sekadar angguk.Mika kemudiannya mengambil tempat di sisi Sa Rang manakala Sa Rang sekadar membiarkannya.Mereka membisu tanpa sebutir bicara pun yang terluah dari mulut masing-masing.Masing-masing memikirkan sesuatu yang begitu merunsingkan fikiran semenjak ini.
"Unni..."Mika mulai bersuara tidak lama selepas itu.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Ada apa,Mika?"soal Sa Rang.Mika tidak menoleh ke arahnya.Mungkin mahu mengatakan sesuatu namun sukar baginya untuk melakukan perkara sedemikian.
"Mika ada benda nak tanya pada unni,"kata Mika.Sa Rang memandang ke arah wajah comel Mika itu."Ji Won oppa..."Mika menoleh ke arah Sa Rang."Siapa Ji Won oppa kepada unni?"soal Mika,berterus-terang.Sa Rang sedikit terkejut namun tidak pula dipamerkan kepada Mika.
"Kenapa Mika tanya?"soal Sa Rang pula.
"Mika saja nak tahu.Sebab...kalau Ji Won oppa betul-betul ada wanita yang sangat menyanyangi dirinya,Mika pun turut gembira,"kata Mika.Sa Rang mengukir senyuman nipis.Dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh gadis itu.
"Unni..."
"Mika nak unni berterus terang je pada Mika,"potong Mika.Sa Rang terdiam..Mika kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada Sa Rang."Mika tak marah kalau perasaan unni terhadap oppa tak sama macam perasaan oppa pada unni.Tapi...unni betul-betul sayangkan oppa kan?"soal Mika lagi.Sa Rang tidak menjawab.Ya,memang benar dia sayangkan Ji Won tapi...
"Sa Rang...?"Kedengaran suara lemah sedang memanggil Sa Rang.Sa Rang menoleh ke arah Ji Won yang baru sahaja sedar dari lenanya itu.Sa Rang segera mendekati ke arah Ji Won.
"Awak okey?"soal Sa Rang,sedikit risau.Ji Won tersenyum lemah ke arahnya.
"Saya okey..."balasnya.Sa Rang mengukir senyuman lega.Namun masih bimbang sekiranya Ji Won masih rasa sakit di mana-mana.
"Syukurlah yang awak tak ada apa-apa,"kata Sa Rang.Ji Won kemudiannya memandang ke arah Mika yang sedang berdiri di belakang Sa Rang yang turut memandang ke arahnya dengan wajah cemas.
"Oppa tak ada apa-apalah Mika.Mika janganlah risau,okey?"kata Ji Won,cuba menceriakan wajahnya.Mika tidak menjawab.Dia segera melangkah keluar dari bilik itu.Sebaik sahaja dia berada di luar bilik itu,Mika terduduk di atas lantai sambil menangis.Wajah Ji Won yang pucat serta rambutnya yang kian gugur itu betul-betul menyentuh hatinya.Dia tidak sanggup melihat Ji Won menderita kerana penyakitnya itu.Dia amat mengharapkan Ji Won masih sempat diselamatkan walaupun Min Ho sudah mengatakan yang sebaliknya.


Ji Won memegang tangan Sa Rang apabila melihat wanita itu cuba untuk pergi ke arah Mika.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Biarkan dia.Awak tak perlu pujuk dia.Biasanya...dia akan okey sendiri,"kata Ji Won.Sa Rang tidak membantah.Ji Won lebih mengenali Mika daripada dirinya mengenali Mika.Sa Rang duduk semula menghadap katil Ji Won.Lama Ji Won memerhati ke arah Sa Rang sehingga membuatkan Sa Rang berasa tidak selesa dipandang sedemikian.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?Rambut saya ada yang tak kena ke?"soal Sa Rang sambil membetulkan rambutnya yang disangka berserabai itu.Ji Won tersenyum melihat ke arah Sa Rang yang kelihatan sedikit kelam kabut itu.
"Sa Rang..."sapa Ji Won,lembut.Sa Rang memandang ke arahnya."Awak temankan saya kat sini...sejak dari semalam ke?"soal Ji Won.Sa Rang angguk."Awak mesti dah penatkan?Awak baliklah..."kata Ji Won.
"Tak apalah,Ji Won.Saya tak penat.Lagipun,saya kan dah janji nak jaga awak,"kata Sa Rang.
"Sampai awak tak berjumpa dengan Dong Joon?"soal Ji Won.Sa Rang terkejut dengan pertanyaan Ji Won itu.Apatah lagi pertanyaan itu berkaitan dengan Dong Joon.
"Ada pula awak cakap macam tu.Kenapa tiba-tiba Dong Joon pula ni?Awak rindu kat dia ke?"soal Sa Rang,sekaligus mengusik.Ji Won tersenyum.
"Awak?Awak tak rindukan dia?"balas Ji Won.Sa Rang terdiam.Ji Won kemudiannya menggenggam tangan wanita itu.Erat sekali."Saya dah tahu segalanya.Bukan dari sesiapa..tapi dari awak...dari riak wajah awak...dari gerak tubuh awak...yang mengatakan awak sebenarnya cintakan Dong Joon,"kata Ji Won,perlahan.Sa Rang terkejut dengan kata-kata Ji Won itu.Pantas sahaja dia menarik tangannya dari pegangan Ji Won.
"Apa awak merepek ni?Awak tak suka saya bersama dengan awak ye?"soal Sa Rang.
"Sa Rang...bukan tu maksud saya.Awak tak perlu sorokkan perasaan sebenar awak dari saya lagi.Saya tahu perasaan sebenar awak terhadap saya.Dan...saya tak ambil kisah pasal tu.Sebab saya tahu...semua tu hak awak..hak awak untuk menyanyangi sesiapa sahaja yang awak nak.Saya bersyukur kalau benar awak turut mencintai saya seperti saya mencintai awak.Tapi,saya tak nak awak berbohong terhadap diri awak sendiri.Semua tu amat zalim bagi awak kan?"kata Ji Won.Sa Rang diam.Tidak membalas sepatah pun.
"Saya lega kalau betul awak dan Dong Joon saling mencintai...sebab...saya yakin,Dong Joon dapat jaga awak dengan baik bila saya dah tak ada nanti,"kata Ji Won.
"Awak tak patut cakap macam tu.Awak tak boleh putus asa.Awak mesti dapat sembuh,"balas Sa Rang."Dah...awak tak perlu nak cakap apa-apa lagi.Arasso?"sambungnya lagi.
"Pergi jumpa Dong Joon,"kata Ji Won pula."Dong Joon mesti risau sebab dah lama tak cakap dan jumpa dengan awak,"sambungnya lagi.Sa Rang menundukkan wajahnya.Kata Ji Won ada benarnya.Memang sudah lama dia tidak berhubung dengan Dong Joon apatah lagi berjumpa dengannya.Namun semua itu Sa Rang cuba abaikan.Apa yang penting,kesihatan Ji Won mesti diutamakan ketika ini.
"Miane..."ucap Sa Rang,perlahan."Saya dah banyak lukakan hati awak,Ji Won,"kata Sa Rang lagi.Matanya kelihatan bergenang namun Sa Rang cuba menyembunyikannya dengan senyumannya yang pura-pura itu.Malam itu,perasaan sebenarnya yang terpendam itu sudah terbongkar oleh Ji Won sendiri.Ji Won tersenyum.
"Awak dah tolak cinta saya...awak ingat senang saya nak maafkan awak?"soal Ji Won.Riak wajah Sa Rang kelihatan cemas.
"Ji Won..."
"Melainkan kalau awak jumpa dengan Dong Joon,dan akui perasaan sebenar awak kepada dia,baru saya maafkan awak,"kata Ji Won,memotong kata-kata Sa Rang."Arasso?'sambungnya lagi.Sa Rang mengukir senyuman nipis.
"Lelaki memang tunggu perempuan yang confess dulu ke?"soal Sa Rang.Ji Won tersenyum.
"Dong Joon ya...tapi Ji Won tak...kan saya yang tunggu love confession dari awak?"kata Ji Won.
"Miane..."ucap Sa Rang.
"Pergi jumpa Dong Joon,okey?Mesti dia pun tengah tunggu awak sekarang ni.Kalau dia berani tolak cinta awak,cakap kat dia yang dia akan terima padah dari saya,"kata Ji Won.Sa Rang tersenyum kecil.Terhibur dengan jenaka lelaki itu walaupun sedang sakit.
"Gomawo..."ucap Sa Rang,terharu.



No comments:

Post a Comment