30 April, 2011

...Chapter 23...

Mika menekan loceng yang terletak bersebelahan dengan pintu rumah apartment sederhana mewah itu.Sudah berkali-kali ditekannya namun satu pun tidak dijawab oleh orang di dalam.Dia cuba lagi.
"Em,tak bangun lagi lah tu,"ngomelnya sambil melihat jam tangannya.Dah pukul 9 pagi ni,hatinya berbisik.Tidak lama selepas itu,pintu rumah itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah seorang lelaki yang sedang menguap dengan rambutnya yang tidak teratur rapi.Lagaknya seperti baru bangun tidur.
"Dah agak dah,"kata Mika,sambil bercekak pinggang."Oppa balik pukul berapa semalam?"soal Mika.Dr.Choi atau Min Ho sekadar tersenyum kambing.Perlahan-lahan,dia mendekati Mika dan memeluk gadis itu.
"Adik kesayangan oppa ni apa khabar?Lama tak jumpa,"kata Min Ho,masih bersisa suara seperti orang baru sedar dari alam mimpinya.Mika tersenyum manis.Dia juga amat merindui abangnya itu.
"Ish,apa peluk-peluk orang ni?Busuklah,"kata Mika,segera melepaskan pelukan Min Ho."Mika ada buatkan breakfast.Jom,kita makan?"ajak Mika.Min Ho ketawa kecil.
"Yeh,Mika ada buatkan breakfast!Ni yang oppa nak peluk lagi ni,"kata Min Ho,pura-pura ingin memeluk adik perempuannya itu namun pantas sahaja dihalang oleh gadis itu.
"Mandi dululah!"balas Mika.

Mika membantu mengemas ruang tamu abangnya yang bersepah itu.Sudah masak sangat dengan perangai abangnya itu.Sebelum jadi doktor pun,perangai dia sudah begini.Senang cerita,Min Ho memang malas menjaga kebersihan rumah sendiri.Mika mengutip gumpalan kertas yang bertaburan di bawah meja kerja Min Ho.Baju-baju Min Ho yang berselerak di atas lantai pun dikutipnya lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh automatik.
"Oppa,ada lagi tak baju yang nak kena basuh ni?!"soal Mika,separuh menjerit.
"Ada kat bilik!"balas Min Ho dari dalam bilik air.
"Mika masuk ekh?"soal Mika lagi.
"Ya!"balas Min Ho.Mika segera melangkah masuk ke dalam bilik tidur abangnya.Hampir terjatuh biji matanya apabila melihat baju-baju bertaburan di atas lantai bilik itu.Nasib baik aku ada,kalau tak....
"Oppa ni...malas betul nak basuh bajulah.Kalau ya pun,hantarlah ke dobi ke,"ngomelnya.Selepas dia menyelesaikan tugasan membasuh baju-baju Min Ho,dikemasnya pula katil abangnya.Perbuatannya terhenti apabila matanya terpandang satu fail biru yang tersembunyi disebalik bantal putih.Diambilnya fail biru itu dan niatnya mahu meletakkan fail itu di atas meja.Namun,dia tidak meneruskan niatnya itu apabila melihat nama pesakit yang tertera di atas fail itu.Kang Ji Won!Mika segera membuka fail biru itu dan membaca segala dokumen yang tersusun rapi di dalam fail itu.Hampir luruh jantungnya apabila melihat maklumat yang tertera dalam rekod kesihatan Ji Won itu.

Kang Ji Won
28 tahun
Kanser paru-paru 

Mika terduduk di atas lantai selepas membaca rekod kesihatan itu.Air matanya mengalir.Fail itu pula masih berada dalam pegangannya.
"Mika,tak payahlah kemas-kemas barang kat bilik tu..."kata-kata Min Ho terhenti apabila melihat Mika sedang memegang fail biru sambil menangis.Dia melepaskan nafas berat.Pasti Mika sudah membacanya.Perlahan-lahan,dia mendekati adiknya itu.
"Fail tu..."
"Kenapa oppa sembunyikan perkara ni dari Mika?"soal Mika,sebak,memotong percakapan Min Ho.Min Ho tidak jadi untuk mendekati adiknya.Pasti Mika marah mengenai tindakannya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuannya."Patutlah Ji Won oppa pun lain dah sekarang ni.Kalau dulu,oppa tak pernah kunci pintu bilik dia.Sekarang,Mika kena tunggu lama...baru dia buka pintu.Mesti sebab ni kan?"soal Mika lagi.
"Semua tu kehendak Ji Won,walaupun oppa pun tak setuju dengan keputusan dia,"kata Min Ho.Mika pula terus menangis.Min Ho mendekati adiknya lalu dipeluknya gadis itu.Mika menangis dalam pelukan abangnya.
"Oppa...tolong selamatkan Ji Won oppa,"rayunya dalam tangisan.Min Ho angguk perlahan.
"Oppa janji,"kata Min Ho.Kemudian,pelukannya dilepaskan.Wajah Mika yang suram itu ditatapnya."Tapi kita kena tetap hormati keputusan Ji Won.Cuma,oppa tak akan putus asa untuk terus menukar pendirian dia supaya dapatkan rawatan dengan pengetahuan keluarga.Mika boleh kan tolong rahsiakan perkara ni dari ahjumma dengan ahjussi?"soal Min Ho.Lama Mika mendiamkan diri.Akhirnya,dia angguk lemah.Min Ho tersenyum tawar."Terima kasih,Mika,"ucap Min Ho.Mika memeluk kembali tubuh abangnya.Fikirannya benar-benar kacau ketika itu.

Ji Won mencuci semua darah yang masih bersisa di dalam sinki itu.Dia kemudiannya membasuh mukanya sebelum memandang wajahnya ke arah cermin.Lama dia termenung ke arah cermin itu.Seketika wajah Sa Rang terbayang di ruang matanya.Dia melepaskan keluhan kecil.Dia sudah buntu.Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Sa Rang lagi memandangkan keadaannya kian buruk.Jika dia melakukan pembedahan,pasti ramai orang menyedari perubahan fizikalnya yang mungkin sedikit lemah dari sebelumnya.Mungkin betul kata Min Ho.Penyakit ini tidak boleh disorokkan dari pengetahuan keluarga.
"Mungkin aku masih boleh terima kalau keluarga aku tahu pasal penyakit ni.Tapi,tak mungkin bagi Sa Rang.Aku tak nak dia sedih sebab penyakit aku ni.Dan...aku tak nak dia terima cinta aku semata-mata simpati dengan nasib aku.Aku tak boleh terima,"bisik hatinya.Dia meraup wajahnya.Sa Rang...Sa Rang...Sa Rang...
Ji Won menuruni anak tangga menuju ke taman di halaman rumahnya.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Mika baru sahaja memasuki ruang tamu.
"Mika!"panggil Ji Won,ceria.Mika memandang ke arahnya.Dia kemudiannya mengukir senyuman hambar.
"Mika pergi mana tadi?"soal Ji Won.
"Jalan-jalan..."jawab Mika,lemah.
"Aik,kenapa ni?Gaduh dengan boyfriend ke?"soal Ji Won,berseloroh.
"Taklah,oppa.Cuma..."Mika terhenti seketika apabila melihat wajah Ji Won yang kelihatan sedikit pucat itu.Pasti oppa sedang tahan sakit...
"Em...oppa dah makan ke?"soal Mika,berlagak biasa.Ji Won tersenyum.
"Belum.Oppa tak suka lah makan sorang.Mika temankan oppa,boleh?"soal Ji Won.Mika angguk.
"Okey,Mika naiklah bilik dulu.Mandi-mandi dulu ke...apa ke...Biar oppa siapkan dinner.Okey?"kata Ji Won.Dia berpaling dari Mika untuk menuju ke dapur.Namun,langkahnya terhenti apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang.Mika memeluknya erat.
"Mika?"soal Ji Won.Mika menahan air matanya daripada mengalir."Kenapa ni?"soal Ji Won lagi.Mika tidak menjawab.Malah dieratkan lagi pelukannya itu.Ji Won sekadar membiarkannya sambil tersenyum.Mungkin Mika ada masalahnya sendiri,cuma enggan diluahkan masalah itu.Ji Won menepuk lembut tangan Mika yang melingkari pinggangnya itu,seolah-olah tanda memujuk.Mika tidak dapat menahan sebaknya.Akhirnya,air matanya mengalir jua...

Sa Rang mengelakkan matanya daripada terus bertentangan dengan mata Dong Joon.Dong Joon melihat jam tangannya.
"Dah agak dah.Awak ni memang takut nak tengok mata saya kan?"soal Dong Joon,sambil tersenyum nakal.Sa Rang mencebik.Dong Joon masih dengan senyumannya."Kalau ikutkan perjanjian,awaklah kena belanja saya makan hari ni,sebab dah kalah tadi,"kata Dong Joon sambil bersandar pada kerusi.
"Yelah.Sekali-sekala kenalah belanja orang besar makan,"kata Sa Rang,mengalah.Dia memandang ke arah wajah Dong Joon.Begitu juga dengan Dong Joon.Tidak lama selepas itu,Dong Joon sengaja mengenyitkan matanya.Jantung Sa Rang berdegup kencang.Pantas dia mengambil kad menu yang sudah diletakkan di atas meja.
"Awak pesanlah cepat.Jangan pesan yang mahal-mahal pula,"kata Sa Rang.Dong Joon menjatuhkan kad menu yang sedang dipegang oleh Sa Rang itu.Sa Rang sengaja tidak memandang ke arah Dong Joon.Sa Rang berkeras mahu mengangkat semula kad menu itu namun ditahan oleh Dong Joon.
"Dong Joon,kalau awak main-main lagi,saya suruh awak main kat luar sorang-sorang,"kata Sa Rang.
"Main?Main apa?"soal Dong Joon.
"Ketuk ketampi kat luar 100 kali,"jawab Sa Rang.Mata Dong Joon sengaja dibulatkan.
"Amboi,garangnya cikgu ni!"balas Dong Joon,pura-pura takut.Sa Rang tersenyum lalu menepuk tangan Dong Joon.
"Dahlah.Ni nak makan ke tak nak?"soal Sa Rang.Dong Joon mengangkat tangannya tanda mengalah.
"Okey,awak nak apa?"soal Sa Rang sambil memandang ke arah kad menu.Dong Joon tidak menjawab."Dong Joon?"soalnya lagi.
"Saya nak Sa Rang,"jawab Dong Joon.Sa Rang tersenyum kecil tanpa memandang ke arah Dong Joon.
"Tak bolehlah,Dong Joon.Mahal sangat.Tak cukup nak bayar nanti,"balas Sa Rang sambil meletakkan kad menu itu semula di atas meja.
"Tak apa.Yang tu saya boleh belanja,"kata Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Dahlah.Makin mengarut pula awak ni,"kata Sa Rang sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.Dong Joon bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di belakang Sa Rang.Sa Rang terkejut apabila Dong Joon mengikat rambutnya dengan riben putih.Jantungnya berdegup pantas apabila tangan Dong Joon tersentuh telingannya.
"Sa Rang..."Dong Joon menyebut namanya dengan lembut.
"Chuahae..."ucap Dong Joon,romantik.



No comments:

Post a Comment