11 May, 2011

...Chapter 26...


Dong Joon kelihatan sangat ceria sehingga menimbulkan pertanyaan Jong Suk sendiri.Tanpa membuang masa,dia segera mendekati ke arah Dong Joon yang sedang selesa merehatkan diri di pejabatnya itu.Sesekali kedengaran lelaki itu bersiul kecil.
“Amboi,seronok sangat nampak?”soal Jong Suk.Dong Joon sekadar menoleh ke arah Jong Suk sambil mengukir senyuman manis ke arahnya.”Okey,straight to the point.Apasal kau nampak lain macam hari ni?Gembira tak terkata sungguh kau ni,”soal Jong Suk.Dong Joon masih dengan senyumannya itu.Jong Suk mencebik.”Ala…come onla,Dong Joon.Takkan dengan kawan sendiri pun nak sorok-sorok cerita.Mentang-mentanglah aku dah lama tak jumpa dengan buah hati aku tu,kau nak berlagak dengan aku la pasal kau boleh berkepit dengan Sa Rang tu selalu?”soal Jong Suk,sedikit masam mukanya.Sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan Hye Ri.Katanya,Hye Ri ada aktiviti kampus di luar.Lemas dalam  rindulah Jong Suk dibuatnya.
“Nasib kaulah bercinta dengan adik aku,”balas Dong Joon.Sesekali kedengaran dia melepaskan tawanya,seolah-olah mengejek nasib malang yang menimpa Jong Suk itu.
“Tak kisahlah.Siapa suruh adik kau tu comel sangat?Mana tak rasa nak mati rindu aku ni sebab tak jumpa dia,”kata Jong Suk.”Hei,kau dengan Sa Rang tu….”Jong Suk tidak menghabiskan kata-katanya.Dia membuat gaya ‘flying kiss’ kepada Dong Joon sebagai penyambung katanya.”Kan?”soal Jong Suk.
“Ish,kalau ya pun,aku nak kena bagitahu kau juga ke?”balas Dong Joon.Jong Suk ketawa.
“Macam betul je.Tahniahlah,bro!Akhirnya kau tunjuk juga perasaan kau sebenar kat dia,”kata Jong Suk sambil menghulurkan tangan ,gayanya seperti mahu berjabat tangan.Dong Joon membalasnya dengan tamparan kecil pada tangan Jong Suk.
“Kau jangan nak pandai-pandai nak mengarut.Kau dah rindu sangat ke nak makan penumbuk aku ni?”soal Dong Joon,sambil menunjukkan buku lima kepada Jong Suk.
“Teringinlah juga.Nak juga merasa penumbuk dari orang yang tengah dilamun cinta ni,”balas Jong Suk,diselangi dengan tawanya.Dong Joon menjeling ke arahnya.
“Kau ni kenapa?Ada apa kau nak jumpa dengan aku ni sebenarnya?Kalau nak bincang pasal projek baru kat Icheon tu,aku rasa dah selesai dah.Kau nak tambah apa-apa lagi ke?”soal Dong Joon.
“Kau tak payahlah nak berlagak professional kat sini.Menyampah aku tengok.Tadi aku tengok kau tersengih-sengih macam orang tak betul ,ni tiba-tiba dah elok balik dah?Wayar mana yang terputus kat otak kau tu?”soal Jong Suk,seraya bergurau.Dong Joon menyandarkan dirinya pada kerusi empuknya itu.Dia kemudiannya memandang ke arah siling pejabatnya.
“Hah,tengok tu.Dah tak betul balik dah.Aish,parah aku tengok kau ni?Jampi manalah yang Sa Rang tu dah bacakan kat kau,aku pun tak tahu,”kata Jong Suk sambil menggeleng.
“Jampi Sa Rang…”balas Dong Joon,sambil tersenyum.Matanya masih memandang ke arah siling.Jong Suk turut memandang ke arah yang sama.
“Okey,aku rasa aku dah faham.Kau memang dah jatuh cinta sungguh kat dia,”kata Jong Suk,sambil memandang semula ke arah kawan baiknya itu.Bibirnya tersenyum apabila melihat Dong Joon sedang kusyuk memegang seutas rantai yang tergantung pada lehernya itu.
“Arasso…ada rantai baru di sebalik baju rupanya,”kata Jong Suk,sambil memegang dagunya.”Yah,dia bagi kat kau ekh?”soal Jong Suk,berminat untuk tahu.Dong Joon menoleh ke arahnya.Bibirnya mengukir senyuman manis.Perlahan-lahan,dia angguk.Mata Jong Suk terbuka luas.”Lepas tu,dia cakap apa dekat kau?Wei,tu bukan rantai sebarangan tu.Ni rantai couple kan?”soal Jong Suk.
“Dia cakap saegil chukamnida je…”balas Dong Joon sambil memandang semula rantainya itu.Mulut Jong Suk terlopong apabila mendengar jawapan Dong Joon itu.
“Bila birthday kau?”soal Jong Suk.Dia benar-benar terlupa mengenai hari jadi kawan baiknya itu.
“Tak perlulah.Kalau kau nak bagi hadiah pun,aku tak nak,”kata Dong Joon.Jong Suk tertawa mengejek.
“Blahlah…baru dapat rantai dari Sa Rang pun kau nak berlagak dengan aku.Wei,Hye Ri pernah bagi hadiah lagi mahal dari tulah.Aku tak pernah kecoh pun,”kata Jong Suk.
“Peduli apa aku.Kisah cinta korang tu dah lapuklah.Dah berair telinga aku nak dengar.Aku Cuma harap hubungan korang tu berjaya lah,”balas Dong Joon.Jong Suk segera bangun dari tempat duduknya.
“Fine!Kau teruskanlah dengan angau kau tu.Jangan lupa,selagi kau tak luahkan perasaan kau tu,tak ada maknanya kau nak gembira sekarang.Jangan nanti dah terlepas,baru nak sedar,”kata Jong Suk,sebelum beredar dari situ.Namun,dia toleh semula ke arah Dong Joon.
“Happy belated birthday,Dong Joon,”ucap Jong Suk sambil tersenyum.Dong Joon turut membalas senyumannya.
“Gomawo…”balasnya.

Sa Rang membuka pintu bilik tidur Min Jung apabila melihat jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 pagi.Sa Rang perlahan-lahan menggoncang bahu adiknya itu.
“Min…bangunlah.Hari ni tak ada kelas ke?”soal Sa Rang.Namun,tiada respon dari Min Jung.Sa Rang hairan apabila melihat Min Jung tidak terjaga dari tidurnya seperti biasa.Lazimnya,Min Jung tidak perlu dikejut dari tidurnya.Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke kolej.Namun tidak seperti hari tersebut.Mungkin Min Jung masih keletihan selepas pulang dari aktiviti kampusnya itu.Sa Rang cuba meletakkan tangannya pada dahi Min Jung,bimbang sekiranya adik perempuannya itu tidak sihat.Tekaannya tepat.Sa Rang terkejut apabila mendapati dahi Min Jung panas.
“Min…Min…”Sa Rang cuba mengejutkan adiknya lagi.”Kita pergi hospital jom?Min tak sihat ni,’pujuknya pula.Min membuka matanya perlahan-lahan.Sa Rang tersenyum ke arahnya.”Kita pergi hospital ekh?”
“Tak naklah,unni.Nanti okeylah,”balas Min Jung.Sa Rang sudah mengagak jawapan yang keluar dari mulut adiknya itu.
“Kita pergi kejap je.Ubat kat rumah dah habis.Kita pergi ye?Panas sangat ni,”pujuk Sa Rang lagi.Min Jung mengeluh.Dia cuba bangun dari tempat tidurnya sambil dibantu oleh kakaknya.
“Unni tak kerja ke?”soalnya,lemah.
“Hari ni,unni minta cutilah.Min sakit.Siapa yang nak jaga?”soal Sa Rang pula.
“Unni pergi jelah kerja.Min boleh jaga diri,”balas Min Jung.Dia enggan dilayan seperti budak kecil.”Kalau unni tak nak,Min pun tak nak pergi hospital,”katanya lagi.Sa Rang melepaskan keluhan kecil.
“Okey.Unni pergi kerja.Tapi unni bawa Min pergi hospital dulu okey?”katanya,mengalah.Min sekadar angguk lemah.

“Cik Kim Min Jung!”panggil seorang jururawat muda sambil memandang ke arah Min Jung yang sedang bersandar lemah pada kerusi.Min Jung bangun perlahan dari tempat duduknya itu.
“Unni tak payah ikutlah,”kata Min Jung kepada Sa Rang apabila melihat Sa Rang turut bangun dari tempat duduknya.”Unni belikan air masak boleh?”pintanya.Sa Rang sekadar tersenyum.
“Nanti Min tunggu unni kat sini ya?”pesan Sa Rang,persis seorang ibu.Min Jung angguk.Sa Rang segera beredar dari situ sebaik sahaja Min Jung melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

“Oppa tak cakap apa-apa lagi?”Kedengaran suara yang cukup dikenali oleh Sa Rang.Sa Rang mulai memperlahankan langkahnya.
“Oppa dah cakap banyak kali kat dia.Tapi,dia masih berkeras nak teruskan dulu dengan rawatan biasa.Padahal dia tahu kan keadaan dia macam mana?”balas suara seorang lelaki.Sa Rang mengintai di sebalik dinding.Matanya terbuka luas apabila melihat Mika sedang berbual dengan seorang doktor.Wajahnya kelihatan resah sekali.
“Oppa,Ji Won oppa betul-betul sakit sekarang ni.Sekarang ni,Ji Won oppa kerap duduk kat bilik.Kalau Mika cuba ajak dia keluar,dia kata dia letih.Mika risau…”kata Mika,sebak.Air matanya mulai mengalir.Min Ho memegang bahu Mika,cuba memujuk adik perempuannya itu.”Biar Mika pujuk Ji Won oppa ye?Mika dah tak sanggup nak pura-pura yang Mika tak tahu pasal penyakit dia lagi,”kata Mika.Min Ho melepaskan keluhan berat.Jika diikutkan hati,ingin sahaja dia mengkhabarkan perkara itu kepada keluarga Ji Won sendiri.Namun,janji Ji Won itu harus ditepati.Cuma persoalannya ,sampai bila?Kanser bukan satu penyakit sebarangan.Pembedahannya tidak boleh ditangguh lagi.Min Ho buntu.
“Oppa…”panggil Mika apabila mendapati abangnya itu masih mendiamkan diri.
“Oppa rasa…”
“Ji Won sakit apa?”soal Sa Rang.Kemunculan Sa Rang yang tiba-tiba itu amat mengejutkan Min Ho dan Mika,terutama sekali Mika.
“Unni…”panggil Mika,serba-salah.Min Ho yang tidak pernah mengenali Sa Rang sedikit terkejut apabila adiknya mengenali wanita itu.”Apa…apa unni buat kat sini?”soal Mika.
“Kenapa dengan Ji Won?Dia sakit apa?”soal Sa Rang,cemas.Matanya mulai bergenang.Mulut Mika terkunci untuk menjawab soalan Sa Rang itu.”Mika?”soal Sa Rang lagi.Sa Rang kemudiannya mendekati kea rah Min Ho.
“Ji Won sakit apa?Tolonglah jawab,”rayu Sa Rang.Min Ho serba salah.Dia kemudiannya menoleh ke arah Mika.Rahsia sudah terbongkar.
‘Ji Won…”Mika cuba menjawab soalan itu namun masih teragak-agak.
“Ji Won menghidap kanser paru-paru,”jawab Min Ho,memotong kata-kata Mika.Sa Rang terkejut.Air matanya mengalir laju sebaik sahaja mendengar jawapan Min Ho itu.


 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Kim Min Jung
 Choi Min Ho
Mika

No comments:

Post a Comment