26 May, 2011

...Chapter 33...


Dong Joon kembali semula ke pejabat apabila sudah tiga hari urusan pejabatnya ditinggalkan kepada Jong Suk.Mujur Jong Suk dapat menguruskannya dengan baik.Hari ini,Dong Joon terpaksa juga kembali bekerja walaupun fikirannya serba sedikit masih terganggu oleh kejadian malang yang menimpa keluarganya.Dong Joon cuba menguatkan semangatnya.Sekarang,tanggungjawab terhadap keluarganya dipikul sepenuhnya oleh Dong Joon.Adik-adiknya amat memerlukan sokongan daripadanya.Dong Joon tidak kisah sekiranya semua itu memerlukan pengorbanan darinya,apa yang penting,keperluan keluarganya terutama Hye Ri dan Yun Ho yang masih lagi belajar dapat dipenuhi seperti biasa.
Urusannya terganggu seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.
“Masuk!”arah Dong Joon sambil memandang ke arah pintu pejabatnya.Kelihatan wajah Jong Suk muncul di muka pintu.
“Ah~ Jong Suk,ada apa?”soal Dong Joon.Jong Suk mengambil tempat di hadapan Dong Joon sambil mengukir senyuman manis.
“Kau apa khabar?Sihat?”soal Jong Suk,masih lagi dengan senyuman manisnya yang menampakkan ketampanan wajahnya itu.Dong Joon tersenyum tawar.
“Aku…nak tak nak kena okeylah kan…Nak buat macam mana,perkara yang dah terjadi tu,biarkan berlalu je…”jawab Dong Joon,tabah.Jong Suk kagum dengan ketabahan yang ada dalam diri Dong Joon.Nampaknya,Dong Joon yang dia kenali sebelum ini sudah kembali,walaupun dia yakin jiwa dan perasaan Dong Joon belum pulih sepenuhnya.”Cuma…Hye Ri masih belum boleh terima perkara ni.Nasib baik Min Jung dengan Hanna ada.Boleh juga tolong temankan dia,”kata Dong Joon lagi.Fikiran Jong Suk sedikit terganggu apabila soal Hye Ri dibangkitkan.Pasti perasaan Hye Ri masih lagi terganggu oleh kejadian yang berlaku baru-baru ini.Dong Joon menyedari riak wajah Jong Suk yang berubah sedih itu.”Habis kerja nanti,datanglah rumah aku.Mesti Hye Ri perlukan kau…”kata Dong Joon.Perlahan-lahan,Jong Suk angguk sambil tersenyum.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu pejabat Dong Joon.
“Maafkan saya,Encik Park,Encik Lee…saya nak sampaikan surat untuk Encik Park yang saya terima semalam,”kata setiausaha Dong Joon,sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Dong Joon.Dong Joon mengambil surat itu tanpa banyak soal.
“Okey,terima kasih,”ucap Dong Joon,sambil tersenyum.Setiausaha itu pun melangkah keluar dari bilik itu selepas sahaja tugasnya di situ tamat.Dong Joon segera membuka sampul surat itu.Jong Suk sekadar melihat dan membiarkan sahaja Dong Joon membaca isi surat itu.Tidak lama selepas itu,Dong Joon melepaskan keluhan berat selepas sahaja membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.
“Kenapa,Dong Joon?”soal Jong Suk,ingin tahu.Dia bimbang sekiranya surat itu adalah salah satu agenda yang tersenarai dalam rancangan jahat ayah serta adiknya.Dong Joon tidak menjawab sebaliknya diam,memikirkan sesuatu.Jong Suk tidak terus mendesak.Dia tahu Dong Joon sedang memikirkan sesuatu.
“Surat dari pihak bank…”Dong Joon mula bersuara.
“Pasal apa?”soal Jong Suk.
“Hutang syarikat…dengan pihak bank,”jawab Dong Joon,lemah.
“Berapa?”soal Jong Suk.Dong Joon menyerahkan surat itu kepada Jong Suk.Mata Jong Suk terbuka luas apabila membaca jumlah yang tertera pada surat itu.”Banyaknya!Tapi…aku rasa…mustahil mendiang Encik Park boleh berhutang sampai banyak ni,”kata Jong Suk.
“Aku pun tak tahu.Tak apalah…aku akan cuba periksa balik dokumen-dokumen yang lama,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya mula melangkah keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik mendiang ayahnya.Jong Suk turut mengekorinya dari belakang.Namun,usaha mereka untuk menjumpai dokumen-dokumen itu gagal selepas hampir dua jam lebih mencari.Dokumen penting yang tersimpan di dalam komputer juga tiada.Dong Joon buntu.Di mana lagi ayahnya simpan segala dokumen penting kalau bukan di pejabat dan komputer peribadinya? Dong Joon terduduk di kerusi ayahnya.Fikirannya buntu.Jong Suk mengambil tempat di hadapan Dong Joon.
“Kau rasa dokumen-dokumen tu ada kat rumah tak?”soal Jong Suk.Dong Joon melepaskan keluhan berat.Kata-kata Jong Suk itu ada benarnya tetapi Dong Joon tidak merasakan tekaan Jong Suk itu tepat.Mendiang ayahnya bukan jenis orang yang membawa apa-apa urusan pejabat ke rumah.Mendiang ibunya juga amat pantang sekiranya Dong Joon dan ayahnya membincangkan urusan pejabat dan kerja di rumah.Kata ibunya,rumah adalah tempat bagi mereka untuk meluangkan masa bersama,bukannya tempat untuk bermesyuarat hal-hal pejabat.
“Aku rasa…mendiang ayah aku…dah dikhianati,”kata Dong Joon tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.Riak wajah Jong Suk berubah.Apakah Dong Joon dapat menghidu rancangan jahat Encik Lee dan Su Yeon?
“Apa maksud kau?”soal Jong Suk.Rasa bersalah kian menenbal dalam hatinya kerana nasib malang yang menimpa ke atas keluarga rakan baiknya itu berpunca daripada sifat rakus dan tamak keluarga Jong Suk sendiri.Dan pastinya dia tidak akan membiarkan kemenangan berpihak kepada keluarganya biarpun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.Keluarga Park wajar mendapatkan hak mereka semula.
“Tu tekaan aku je.Biasalah…dunia perniagaan ni tak pernah bersih daripada sifat hasad dengki.Cuma…aku tak boleh buat tuduhan melulu.Mungkin ada sebab lain.Mungkin sebab kelalaian aku juga,”kata Dong Joon.
“Aku akan tolong kau,”kata Jong Suk,bertekad untuk membantu Dong Joon.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
Tekaan Dong Joon tepat sekali apabila dokumen-dokumen penting itu tiada langsung disimpan di rumahnya,baik di bilik utama mahupun di bilik kerja mendiang ayahnya.Dong Joon runsing.Surat yang diterimanya pagi tadi amat membebankan fikirannya.Bukan sahaja hutang bank yang harus diselesaikan,malah hutang-hutang yang lain juga harus diselesaikan.Jung Min yang baru sahaja melintasi bilik utama terkejut apabila melihat ruang tengah di dalam bilik itu bersepah.
“Hyung,kenapa ni?”soal Jung Min,ingin tahu.Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik itu.Dong Joon menoleh ke arahnya tanpa mengucap sebarang kata.Jung Min tidak tahu apa-apa mengenai urusan syarikat.Kalau ditanya pun,pasti Jung Min tidak mengerti.
“Tak ada apa-apa.Hyung tengah cari barang,”kata Dong Joon.
“Nak Jung Min tolong?”soal Jung Min,menawarkan bantuan.
“Tak apalah,Jung Min.Esok dah start kerja kan?Rehat je lah.Hyung boleh cari benda tu sendiri,”kata Dong Joon,menolak baik niat adik lelakinya itu.Jung Min hairan.Dong Joon kelihatannya sedang mencari sesuatu yang sangat penting.
“Syarikat…ada masalah ke,hyung?”soal Jung Min.Dong Joon tersenyum tawar.”Hyung,cakaplah.Mungkin Jung Min tak faham pokok pangkalnya,tetapi sekurang-kurangnya,hyung tak tanggung beban ni seorang diri,”pujuk Jung Min.Dong Joon mengeluh.Dia kemudiannya menolak rambut yang menutupi dahinya ke belakang.
“Kita…mungkin akan diisytiharkan bankrap,”jawab Dong Joon,lemah.Mata Jung Min terbuka luas.

Tumpuan Dong Joon terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu bilik pejabatnya.Sejak belakangan ini,kehadiran para pemiutang untuk menuntut hutang mereka amat mengganggu fikirannya.
“Masuk,”kata Dong Joon,lemah.”Ada apa?”soal Dong Joon,apabila melihat wajah setiausahanya yang muncul di muka pintu.
“Maafkan saya,Encik Park.Encik Lee datang,nak jumpa dengan Encik Park,”kata setiausahanya itu.Dong Joon angguk,memberi kebenaran kepada setiausahanya untuk membenarkan Encik Lee masuk.Dong Joon segera berdiri apabila melihat Encik Lee melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
“Apa khabar,Encik Lee?”soal Dong Joon,ramah sambil menghulurkan salam kepada Encik Lee.Namun,Encik Lee tidak menyambut hulurannya.Dong Joon mulai rasa tidak senang dengan kelakuan Encik Lee itu.Setahunya,Encik Lee bukan jenis lelaki yang sombong seperti yang dilihatnya sekarang ini.Apakah sebelum ini Encik Lee hanya berpura-pura baik dan ramah di hadapan mendiang ayahnya dahulu?
“Perkara apa yang membuatkan Encik Lee datang ke sini?Kalau ada urusan penting,sepatutnya Encik Lee beritahu saya.Biar saya yang datang berjumpa dengan Encik Lee,”kata Dong Joon,berlagak formal.Encik Lee kemudiannya melabuhkan punggung di hadapan Dong Joon tanpa sebarang kata.Dia kemudiannya memandang ke arah wajah Dong Joon.
“Kamu apa khabar,Dong Joon?”soal Encik Park.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
“Saya baik,”jawab Dong Joon.
“Macam mana dengan urusan syarikat kamu?Ada apa-apa masalah ke?”soal Encik Lee,berterus-terang tanpa menyentuh langsung kejadian malang yang telah menimpa keluarga Dong Joon.Setidak-tidaknya,dia harus mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Dong Joon atas kejadian malang yang telah menimpa keluaraga tersebut.Dong Joon melepaskan keluhan berat.
“Saya pun tak tahu nak cakap apa,Encik Lee.Tak tahu mana silapnya,habis kontrak dengan syarikat lain dibatalkan.Projek di Icheon juga terpaksa dihentikan.Syarikat dari Tokyo pun dah tak nak bekerjasama dengan kami lagi.Mungkin…mereka tak yakin dengan keupayaan saya…menguruskan syarikat ni…lepas mendiang appa dah tak ada kot,”kata Dong Joon.Encik Lee menyembunyikan senyumannya selepas sahaja mendengar kata-kata Dong Joon itu.Rancangannya sudah hampir berjaya.
“Berat masalah tu.Habis tu,kewangan syarikat macam mana?Nak saya tolong apa yang patut?”soal Encik Lee,berpura-pura mahu menawarkan bantuan.
“Em…tak perlulah,Encik Lee.Urusan syarikat ni…biar saya yang uruskan.Lagipun,Jong Suk ada.Dia boleh tolong saya kalau saya perlukan apa-apa,”kata Dong Joon,menolak baik bantuan yang ditawarkan oleh Encik Lee itu.Fikiran Dong Joon semakin terganggu apabila terdengar tawa kecil dari Encik Lee.Kedengaran sinis sekali.
“Dong Joon…Dong Joon…nampaknya kamu masih tak faham hal-hal syarikat ni.Awak ingat…dengan kehilangan banyak kontrak,awak boleh stabilkan kewangan syarikat dengan mudah?”soal Encik Lee.Dong Joon tidak menjawab.”Saya bukannya baru setahun dua dalam dunia perniagaan ni…Dan saya bukannya baru sekali menguruskan projek mega macam kat Busan tu.Saya jauh lebih berpengalaman dari awak,Dong Joon.Dan saya yakin…awak mesti sedang menanggung hutang yang sangat banyak…”kata Encik Lee lagi.
“Saya harap…Encik Lee dapat memberi saya masa untuk melangsaikan hutang syarikat saya dengan syarikat Encik Lee,”kata Dong Joon,lemah.Kedengaran Encik Lee ketawa besar.
“Oh…tak perlu susah-susah Dong Joon.Awak ingat saya sekejam pemiutang yang lain ke?”soal Encik Lee.Dong Joon menundukkan wajahnya.”Saya faham masalah awak.Dan saya juga faham keadaan awak buat masa sekarang ni.Sebab tulah saya datang berjumpa awak hari ni,”kata Encik Lee sambil memberi isyarat kepada pembantunya untuk menyerahkan sekeping sampul surat kepadanya.Encik Lee kemudiannya meletakkan sampul surat itu di atas meja Dong Joon.Dong Joon mengambilnya dengan perasaan tidak senang hati.Tekaannya tepat!Kedatangan Encik Lee pada waktu itu menambahkan lagi beban yang telah ditanggungnya.Surat itu menyatakan bahawa syarikat Park tidak perlu membayar satu sen pun kepada Encik Lee.Tetapi,pemegang syer terbesar syarikat Park haruslah diserahkan kepada Encik Lee sekaligus meletakkan Encik Lee sebagai presiden baru bagi syarikat Park.Apa yang paling mengejutkan Dong Joon ialah surat itu mendapat persetujuan dari pihak mahkamah.Hal ini kerana keluarga Park tidak mampu lagi untuk menguruskan syarikat dengan baik dengan dikelilingi oleh hutang yang banyak.Dong Joon meletakkan semula surat itu di atas mejanya.
“Mudah kan,Dong Joon?Awak hanya perlu patuh pada arahan mahkamah.Bukan setakat hutang bank,malah hutang yang lain pun saya boleh tolong uruskan.Sekurang-kurangnya,awak dan adik awak masih ada tempat tinggal.Betul tak?”soal Encik Lee.Dong Joon tidak memandang ke arah Encik Lee.Dia menggenggam tangannya,menahan amarahnya.”Awak dah tak boleh melawan lagi,Dong Joon.Awak dah kalah…kalah teruk!”kata Encik Lee lagi sambil ketawa.Dong Joon mengukir senyuman sinis ke arahnya.
“Kalah?Mudahnya awak cakap macam tu.Saya rela kalah bermaruah…daripada saya menang dengan cara yang jijik macam ni!”balas Dong Joon.Perbualan mereka terganggu apabila pintu pejabat itu ditolak dari luar.Kemarahan Dong Joon kian menebal apabila melihat wajah Su Yeon muncul di muka pintu.
“Apa bising bising ni,appa?”soal Su Yeon,sambil melangkah masuk ke dalam bilik Dong Joon tanpa menghiraukan jelingan Dong Joon terhadapnya.Su Yeon kemudiannya menoleh ke arah Dong Joon sambil mengukir senyuman mengejek.
“Oppa!Kenapa buat muka macam tu?”soal Su Yeon,sengaja mahu menaikkan kemarahan lelaki itu.Su Yeon melangkah mendekati ke arah Dong Joon.”Su Yeon rasa…oppa cakap je cakap appa Su Yeon.Tak susah pun.Lagipun…kami tolong oppa kan?Su Yeon kasihan kat oppa,kasihan kat keluarga oppa…Su Yeon,tak sampai tengok oppa macam ni.Sebab Su Yeon cintakan oppa…”kata Su Yeon sambil mengusap lembut pipi Dong Joon.Dong Joon segera mengalihkan wajahnya.Su Yeon tersenyum sinis.”Tapi…Su Yeon lebih cintakan harta oppa…”katanya lagi.
“Jangan mimpi.Aku rela mati daripada serahkan semuanya kepada orang yang tak berhati perut macam kau!”kata Dong Joon.
“Sudahlah,oppa.Tak perlu cakap banyaklah.Lagipun,semua pekerja dah tak mahu tunduk bawah oppa lagi.Mereka tahu…nasib mereka takkan terjamin kalau mereka terus bekerja bawah oppa.Keadaan oppa sendiri dah tak menentu,inikan pula nak memperjudi nasib orang lain?”balas Su Yeon.
“Keluar sekarang,”kata Dong Joon,tanpa memandang ke arah mereka.
“Jadi oppa tolak perintah dari pihak mahkamah?”soal Su Yeon lagi.
“Keluar!!!”jerkah Dong Joon.
“Arasso.Jaga diri ya,oppa,”kata Su Yeon,sambil memaut lengan ayahnya sebelum melangkah keluar dari situ.Dong Joon menyelerakkan mejanya dengan penuh rasa geram dan marah.Tindakan Encik Lee dan Su Yeon memang sudah melampau!
Dong Joon terkejut apabila melihat semua barang di dalam rumah itu ditampal kertas berwarna merah,yang menunjukkan semua barang di dalam rumah itu sudah dilelong oleh pihak bank.Dong Joon segera mendekati Hye Ri yang sedang duduk di satu sudut rumah sambil ditemani oleh Yun Ho.
“Hye Ri,bila semua ni berlaku?”soal Dong Joon.Hye Ri tidak menjawab.”Hye Ri ah…”Dong Joon maklum dengan perubahan sikap Hye Ri yang mendadak itu selepas kematian kedua-dua orang tua mereka.Hye Ri tidak lagi seceria dulu.Malah,suara Hye Ri juga amat payah untuk didengari.Dong Joon melepaskan keluhan berat.
“Tengahari tadi,hyung.Ada orang ramai masuk rumah kita.Lepas tu,dia tampal kertas warna merah tu.Noona diam je masa tu.Dia tak buat apa-apa pun.”Tiba-tiba,Yun Ho mencelah.Dong Joon meraup wajahnya selepas mendengar kata-kata Yun Ho tadi.”Jung Min hyung tak balik lagi?”soal Dong Joon lagi.Yun Ho menggeleng.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi motosikal dari luar.
“Hyung,apa dah terjadi ni?”soal Jung Min sebaik sahaja melihat keadaan rumah mereka yang penuh dengan kertas merah itu.
“Jung Min tolong hyung.boleh?”soal Dong Joon,lemah.Jung Min memandang ke arah abangnya itu.
“Apa?”soal Min Jung,terkejut selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Jung mIn sebentar tadi.Sa Rang yang mendengar kata-kata Jung Min itu turut terdiam.Dia benar-benar tidak sangka dengan nasib malang yang menimpa keluarga Dong Joon itu semakin rumit.Sudahlah mereka baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tua mereka,inikan pula tempat tinggal mereka dilelong oleh pihak bank.
“Saya minta maaf sebab…dah susahkan awak semua.Tapi,saya harap awak boleh tolong tengokkan Hye Ri dengan Yun Ho kat sini sampai semuanya kembali seperti biasa.Hye Ri betul-betul perlukan seseorang yang boleh temankan dia.Kami bukan tak ada saudara lain,cuma…”
“Apa oppa cakap ni?Hye Ri kan kawan saya.Lagipun,bukannya saya baru kenal Hye Ri dan keluarga Hye Ri yang lain sehari dua.Dah hampir tiga tahun kan saya kenal dia.Takkan saya tak nak tolong dia bila dah jadi macam ni,”kata Min Jung,memotong kata-kata Jung Min itu.”Oppa,jangan risau.Saya dengan unni boleh tolong tengokkan Hye Ri dengan Yun Ho,”kata Min Jung,sambil mengukir senyuman manis.Jung Min tersenyum lega selepas mendengar kata-kata Min Jung itu.
“Jung Min,Dong Joon mana?”soal Sa Rang tiba-tiba,setelah sekian lama mendiamkan diri.

Hati Sa Rang  sayu apabila melihat wajah Dong Joon yang muram itu.Dia yakin semua perkara yang berlaku ini amat sukar dan berat untuk dipikul oleh Dong Joon seorang diri.Apatah lagi,Dong Joon tidak pernah mengalami dugaan seberat ini sepanjang hidupnya.
“I’m useless…”kata Dong Joon,tiba-tiba.Sa Rang terkejut mendengar kata-kata Dong Joon itu.”Semua ni terjadi…disebabkan oleh kepentingan diri saya sendiri.Kalau saya ikut apa yang mereka nak,pasti adik-adik saya tak akan jadi mangsa,”kata Dong Joon lagi.
“Awak tak rasa macam tu ke,Sa Rang?Awak tak rasa nak benci kat saya ke?Orang yang awak cintai ni…orang yang awak sayang ni…sebenarnya seorang abang yang tak boleh diharap.Tak berguna.Pentingkan diri sendiri.Sepatutnya awak bencikan saya.Awak tak patut datang sini,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya menoleh ke arah Sa Rang.”Tinggalkan saya,”katanya lagi.Sa Rang tidak beranjak dari tempat dia berdiri.”Pergilah!Awak nak saya korbankan nasib awak juga ke?!”jerkah Dong Joon.Sa Rang tetap berdegil.Dong Joon tertawa kecil.”Kenapa?Awak tetap berdegil sebab nak buktikan cinta awak kat saya ke?”soal Dong Joon.”Sia-sia.Semua tu sia-sia!”katanya lagi.Sa Rang menampar pipi Dong Joon.Dong Joon terkejut.
“Apa yang awak cakap ni?”soal Sa Rang,cuba menahan sebak.Dong Joon tidak membalas.Sekadar memandang mata Sa Rang yang mulai bergenang itu.”Awak sanggup nak hadapi semua ni seorang diri lepas awak dah hampir kehilangan semuanya?Sedarlah Dong Joon…sedarlah!”kata Sa Rang lagi,sambil memegang erat lengan Dong Joon.”Awak dah lupa janji saya?Saya tak akan tinggalkan awak walau apa pun terjadi.Tapi awak nak suruh saya biarkan awak tanggung semua ni seorang diri?Siapa saya pada awak sebenarnya?Siapa saya dalam hidup awak?”soal Sa Rang,sambil mengalirkan air mata.Dong Joon masih membisu.
“Awak masih ada sesuatu yang orang lain tak boleh rampas dari awak.Awak masih ada sesuatu yang boleh memberi kekuatan kepada awak untuk teruskan hidup.Apa yang miliki sebelum ni,hanyalah sementara.Awak boleh binanya semula.Tapi…adik-adik awak?Awak nak abaikan mereka juga ke?Mereka tak ada kepentingan untuk awak ke?Mereka perlukan awak.Mereka perlukan Park Dong Joon yang dulu.Yang tak mudah mengalah.Dan…saya pun nak tengok Dong Joon yang dulu.Yang selalu tersenyum…yang suka bergurau.Bukan Dong Joon yang mudah berputus asa macam ni,”kata Sa Rang.Sa Rang kemudiannya memeluk Dong Joon,seolah-olah cuba berkongsi segala beban yang ditanggung oleh lelaki itu.
“Walau apapun terjadi…saya tetap cintakan awak…”bisik Sa Rang,sebak.Perlahan-lahan,Dong Joon membalas pelukan Sa Rang itu.Dalam pelukan Sa Rang itu juga,dia melepaskan kesedihannya yang sudah lama terpendam itu.Hati Sa Rang bertambah sayu apabila mendengar tangisan Dong Joon.Pelukan Dong Joon juga kian erat,seolah-olah amat memerlukan sokongan Sa Rang ketika itu.







No comments:

Post a Comment