23 May, 2011

...Chapter 30...

Loceng tamat waktu persekolahan baru sahaja berbunyi.Murid-murid mulai mengemas barang-barang dan menyimpan alatan sekolah mereka ke dalam beg.Sa Rang pula sekadar memerhati tingkah laku anak-anak muridnya.
“Baiklah,jangan lupa siapkan kerja sekolah yang cikgu dah bagi,ya?”pesan Sa Rang,sebelum anak-anak muridnya melangkah keluar dari kelas.
“Baik,cikgu!”jawab anak-anak muridnya.Sa Rang tersenyum.Senyumannya kian lebar apabila matanya terpandang ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan pintu kelasnya.Sa Rang melangkah ke arah  lelaki itu tidak lama selepas kelasnya berakhir.Bahu lelaki itu dicuitnya dari tepi.Dong Joon menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.Sa Rang membalas senyumannya.Masih ada rasa kekok dalam hubungan baru mereka itu.
“Cikgu dah habis kelas?”soal Dong Joon.Sa Rang angguk.
“Kenapa?”soal Sa Rang pula.
“Saya nak cikgu buatkan kelas tambahan untuk saya,boleh?”soal Dong Joon.Sa Rang tertawa,memahami maksud sebenar kedatangan Dong Joon itu.Tak lain tak bukan mesti nak ajak lunch ni…
“Boleh.Tapi,cikgu nak pergi hospital kejap,”kata Sa Rang.Riak wajah Dong Joon berubah.Pantas sahaja tangannya diletakkan di atas dahi Sa Rang.
“Awak sakit ke?Kat mana?Kenapa tak cakap kat saya?”soal Dong Joon,panik.
“Saya okeylah.Tak ada apa-apa,”balas Sa Rang,sedikit geli hati dengan kelakuan Dong Joon sebentar tadi.
“Habis tu?Kenapa nak pergi hospital?”soal Dong Joon lagi.
“Nak jumpa kawan,”jawab Sa Rang.

“Saya tunggu kat luar je lah,”kata Dong Joon,enggan masuk ke dalam bilik rakan Sa Rang walaupun sudah beberapa kali diajak oleh Sa Rang.
“Marilah Dong Joon.Dia teringin sangat nak jumpa dengan awak.Sekejap pun tak apa.Okey?”Sa Rang tidak mengalah.Masih terus cuba untuk memujuk.Dong Joon masih enggan.”Awak sayangkan saya tak?”soal Sa Rang.Dong Joon memandang ke arah anak matanya.Perlahan-lahan,dia angguk.Sa Rang tersenyum.”Kalau awak sayangkan saya,awak kena sayangkan semua orang yang saya kenal.termasuk diri awak sendiri.Okey?”kata Sa Rang.Dong Joon akhirnya bersetuju dengan permintaan Sa Rang itu.
Dong Joon terpana apabila melihat keadaan Ji Won yang terbaring lesu itu.Dadanya berombak perlahan itu menggambarkan keadaannya yang kian tenat.Sa Rang memandang ke arah wajah Dong Joon yang terkejut itu.
“Maafkan saya sebab sembunyikan perkara ni dari awak.Ini semua permintaan Ji Won sendiri.Dia nak…kita selesaikan hal kita berdua dulu.Sebab tu…saya baru nak beritahu awak pasal ni.Maafkan saya,”kata Sa Rang.Dong Joon tidak menjawab.Apa yang dilihat di hadapannya ini amat memeranjatkan,amat tidak dijangka olehnya.”Dong Joon?”soal Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya sambil tersenyum nipis.
“Tak apa.Saya faham.Tak ada apa yang perlu dimaafkan,”balas Dong Joon sambil mengusap lembut pipi Sa Rang.Sa Rang terharu.Dong Joon memahami kesulitan yang sedang dihadapinya selama ini.Perlahan-lahan,dia menyandarkan kepalanya pada dada Dong Joon.
“Gomawo…”ucapnya.Dong Joon memeluk tubuh Sa Rang sambil memandang ke arah Ji Won yang masih belum sedarkan diri itu.

Ji Won membuka matanya perlahan-lahan sebelum menoleh ke arah kanannya apabila menyedari kehadiran Dong Joon di situ.
“Dong Joon…”sapanya,lemah.Dong Joon tidak membalas apa-apa.Ji Won mengukir senyuman nipis.”Lama tak jumpa.Apa khabar?”soal Ji Won,sambil mengukir senyuman nipis.Badannya terasa lemah sekali,seperti tiada apa yang mampu dilakukannya lagi.Sekadar terbaring lesu di atas katil dan hanya mampu menunggu masa untuk nyawanya terpisah dari badan.Dong Joon angguk,sebagai menjawab soalan Ji Won.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?Janganlah tunjuk muka sedih tu.Tak macholah…”kata Ji Won,sambil tertawa kecil.Namun riak wajah Dong Joon tetap tidak berubah.Tawa Ji Won kian perlahan.”Aku tahu…kau tak selesa bila jumpa dengan aku,”kata Ji Won,mula mengalihkan pandangannya dari Dong Joon.Dia lebih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai santapan matanya.Sesekali kedengaran Ji Won menarik nafas panjang.
“Sepatutnya kau rasa lega dan gembira bila tengok keadaan aku macam ni,Dong Joon.Aku dah tak mampu nak buat apa dah.Hanya mampu tunggu…nyawa aku terpisah dari badan,”kata Ji Won,perlahan.Sesekali kedengaran dia terbatuk.Tangannya diletakkan di atas dada,menahan kesakitan yang dialaminya.”Dan kau patut rasa bertuah…sebab…aku dah tak mampu nak rebut Sa Rang dari kau lagi.Apatah lagi,Sa Rang benar-benar cintakan kau.Aku dah kalah…tapi aku tetap doakan kebahagiaan kamu berdua…”kata Ji Won.
“Aku tak sangka kau selemah ni.Dan aku betul-betul tak sangka…kau ni memang mudah menyerah kalah,”kata Dong Joon,tiba-tiba bersuara.Ji Won terkejut apabila mendengar kata-kata Dong Joon itu.”Kau tak percayakan keajaiban ke?Sekurang-kurangnya kau kena berfikiran positif,dan berusaha untuk teruskan hidup kau.Bukan mengalah macam ni,”katanya lagi.”Memang doktor boleh ramal sampai bila kita boleh bertahan dengan penyakit yang kita alami,tapi bukan mereka yang menentukan hidup mati kita.Mereka cakap macam tu berdasarkan logik akal dalam perubatan ni.Mana Ji Won yang aku kenal dulu?Ji Won yang tak mudah menyerah kalah untuk merebut cinta Sa Rang?Mana?Aku tak kenal kau.Aku hanya kenal Ji Won yang dulu je,”kata Dong Joon.Dia mula melangkah untuk keluar dari bilik itu.
“Dong Joon!”panggil Ji Won.Dong Joon memberhentikan langkahnya.Namun,tidak pula dia menoleh ke arah Ji Won.”Aku tak menyerah…tapi aku berpijak di atas bumi yang nyata.Dan aku tak kisah…kalau keajaiban tu terjadi atau tak dalam hidup aku.Apa yang aku dah capai dalam hidup aku ni,semuanya dah memadai.Walaupun aku gagal untuk memiliki cinta Sa Rang,sekurang-kurangnya, mengenali wanita sebaik dan secantik dia dah amat memadai bagi aku.Walaupun hubungan kita berdua tak sehaluan,tapi…bila aku tahu Sa Rang mencintai kau…aku rasa lega.Sekurang-kurangnya,aku boleh mengharapkan kau untuk mencintai dia…menghargai dia…dan menjaga dia…lebih daripada apa yang aku boleh bagi kepada Sa Rang.Aku percayakan kau…”luah Ji Won.Dong Joon melangkah keluar dari bilik itu tidak lama selepas Ji Won menghabiskan kata-katanya.Sa Rang yang sedang duduk bersama-sama dengan Mika itu memandang ke arah Dong Joon dengan penuh tanda tanya apabila melihat lelaki itu terus beredar dari bilik Ji Won tanpa menoleh langsung ke arahnya.Sa Rang tidak terus mengejar Dong Joon.Sebaliknya,dia melangkah ke arah bilik Ji Won.
“Ji Won?”soal Sa Rang.Ji Won menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman nipis.
“Sa Rang…”

Sa Rang mendekati ke arah Dong Joon yang sedang termenung di taman hospital itu.Dong Joon seperti kusyuk melayani perasaannya sehinggakan tidak sedar Sa Rang mengambil tempat di sisinya.Perlahan-lahan,Sa Rang menyentuh tangannya.Dong Joon kelihatan seperti baru tersedar dari lena apabila merasakan tangannya seperti disentuh oleh seseorang.Sa Rang tersenyum ke arahnya.
“Kenapa ni?”soal Sa Rang,lembut.Dong Joon tidak menjawab.”Awak marahkan Ji Won ye?Ji Won ada salah cakap dengan awak ke?”soal Sa Rang lagi.Perlahan-lahan,Dong Joon menggeleng.”Habis tu?”soalnya lagi.Dong Joon menoleh ke arahnya.Kemudian,dia memeluk wanita itu.Sa Rang sekadar membiarkannya.
“Awak…betul-betul cintakan saya?”soal Dong Joon.Sa Rang tersenyum.Dia angguk,sebagai menjawab soalan Dong Joon itu.”Kenapa awak cintakan saya?”soal Dong Joon lagi.
“Awak?Kenapa awak cintakan saya?”Sa Rang mengulangi soalan Dong Joon tanpa menjawab soalan daripada lelaki itu.Dong Joon melepaskan keluhan kecil.
“Saya tak tahu…”jawab Dong Joon,lemah.Sa Rang tersenyum lagi.
“Tulah jawapan saya.Saya pun tak tahu…kenapa saya cintakan awak.Mungkin,perasaan tu datang sendiri,tanpa dipaksa.Alasan kenapa saya cintakan awak…dan alasan kenapa awak cintakan saya,semua tu tak penting.Yang penting…saya percayakan awak…dan awak percayakan saya.Saya percaya…awak cintakan saya sepenuh hati awak…dan akan jaga saya sebagai harta yang paling berharga dalam hidup awak,”kata Sa Rang.
“Sampai macam tu sekali awak percayakan saya?”soal Dong Joon,memperkemas lagi pelukannya terhadap Sa Rang.Sa Rang angguk.
“Sebab saya pun akan buat macam tu dekat awak,”jawab Sa Rang.Dong Joon akhirnya mengukir senyuman bahagia.
“Gomawo…”ucapnya,sambil mengeratkan lagi pelukannya.

“Masuk!”arah Su Yeon apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.Dia hanya membiarkan seorang wanita berpakaian serba hitam melangkah ke arahnya.
“Apa maklumat yang awak dapat hari ni?”soal Su Yeon.Wanita itu tidak menjawab sebaliknya meletakkan sekeping sampul berat tebal ke atas meja Su Yeon.Su Yeon tidak bersoal banyak sebaliknya terus sahaja membuka sampul surat itu.Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila melihat isi di dalamnya.Segala dokumen-dokumen penting syarikat milik Encik Park sudah menjadi miliknya.Senyumannya kian lebar apabila melihat kepingan-kepingan gambar Sa Rang dan Dong Joon turut disertakan.
“Bagus!Kerja awak memang amat memuaskan hati saya,”puji Su Yeon.Dia kemudiannya menyerahkan sehelai kertas putih kepada wanita itu.”Ni baki bayaran saya.Ingat,lepas ni,kita tak perlu berjumpa lagi.Arasso?”soal Su Yeon.Wanita itu angguk.Kertas putih berupa cek itu diambilnya sebelum melangkah keluar dari bilik Su Yeon.Su Yeon tersenyum sinis.Rancangannya hampir berjaya.Tidak lama lagi,Encik Park dan Dong Joon pasti akan melutut kepadanya.Su Yeon memandang ke arah gambar Dong Joon.Gambar itu diusapnya lembut.
“Dong Joon…miane…”ucapnya perlahan,sebelum mengucup lembut gambar Dong Joon itu.

Park Dong Joon 
 Kim Sa Rang
Kang Ji Won
Lee Su Yeon

No comments:

Post a Comment