06 August, 2011

-Monalisa Page 7-

"Wah,seronoknya bila tengok assignment sendiri dah siap!Thanks,Lizzy!Kalau bukan sebab kau,mesti aku kena bebel dengan lecrurer lagi.Oh,tidak,"kata Ha Young sambil memaut bahu rakan baiknya itu,Lizzy sambil menyimpul senyuman bahagia.Rasa terlalu bahagia apabila tugasan yang paling sukar itu berjaya juga disiapkan atas bantuan Lizzy yang sememangnya pakar dalam subjek bahasa inggeris itu.Lizzy mengukir senyuman malu sambil menggaru-garu pipinya yang tidak gatal itu.
"Ala,tak adalah susah sangat.Aku tolong sikit-sikit saja.Kau yang siapkan kerja tu betul-betul,"kata Lizy,merendah diri.
"Lunch nanti,aku belanja kau makan.Kau tak boleh tolak,arasso?"Kata Ha Young,pura-pura berlagak tegas terhadap kawannya itu.
"Of course!Mana boleh tolak kalau ada orang nak belanja,"kata Lizzy,terus sahaja menerima ajakan Ha Young itu.

"Jom,Lizzy.Dah masuk waktu lunch ni,"ajak Ha Young yang sudah pun hampir selesai mengemas barangnya itu.Lizzy turut cepat-cepat mengemas barang-barangnya."Okey,aku dah siap.Jomlah,Lizzy,"kata Ha Young yang sudah pun mulai melangkah ke arah pintu kelas itu.Lizzy angguk dan kemudiannya mengekori Ha Young dari belakang.Namun,langkah mereka terhenti apabila perjalanan mereka dihalang oleh dua orang lelaki berpakaian serba hitam yang sedang berdiri di hadapan merka ketika itu.
"Eh,Lizzy.Siapa pula diorang ni?Tiba-tiba saja nak halang kita ni,apasal pula?"Soal Ha Young,separuh berbisik.Lizzy sekadar menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak tahu untuk menjawab pertanyaan Ha Young itu.
"Maafkan kami,Cik Park Soo Young.Cik Park mesti ikut kami ke bilik peribadi tuan putera sekarang juga,"kata lelaki berkot hitam itu.Ha Young menoleh ke arah Lizzy dengan penuh tanda tanya.
"Apa yang kau dah buat dekat putera lima beradik tu,Lizzy?"Soal Ha Young.Lizzy menggeleng.
"Mana ada aku buat apa-apa,"balas Lizzy.Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya,lelaki berkot hitam itu segera menggenggam tangan Lizzy dengan erat.Lizzy terkejut dengan tindakan lelaki itu.Begitu juga dengan Ha Young.
"Awak mesti ikut kami,"kata lelaki itu lalu menarik tangan Lizzy yang ketika itu sedang berdiri di sebelah Ha Young.
"Tapi..tapi..."Kudrat wanita Lizzy yang lemah itu tidak mampu untuk melawan genggaman lelaki berkot hitam yang kuat itu.Ha Young pula dihalang untuk terus mendekati Lizzy.
"Lizzy!"

Lizzy dibiarkan berdiri di hadapan seseorang yang sedang duduk membelakanginya ketika itu.Jantung Lizzy berdegup kencang.Entah apalah malapetaka yang akan menimpanya selepas ini.Tak ada hujan dan ribut,dia dipanggil pula ke sini untuk berhadapan dengan putera raja itu.Entah putera raja yang mana satu pun,dia kurang pasti.Lizzy menelan air liur apabila terdengar lelaki itu berdehem beberapa kali.
"Awak Cik Park Soo Young?"Soal lelaki itu,masih belum menoleh ke arah Lizzy.
"Ya...saya Park Soo Young,"kata Lizzy,menjawab pertanyaan lelaki berstatus putera raja itu.
"Awak tahu kenapa saya panggil awak ke sini?"Soal lelaki itu lagi.
"Tak.Saya tak tahu,"kata Lizzy.
"Awak rasa apa kesalahan awak yang membuatkan saya panggil awak ke sini?"Soal lelaki itu lagi.
"Tak.Saya pun tak tahu.Tapi,kalau betul saya ada buat salah kat tuan putera,saya minta maaf,"kata Lizzy,takut-takut.Kedengaran lelaki itu tertawa.
"Susahlah macam ni kalau awak pun tak tahu apa kesalahan awak terhadap saya,"kata lelaki itu,masih bersisa tawanya.Lelaki itu meletakkan sesuatu di atas mejanya sambil diperhatikan oleh Lizzy.
"Ni laporan pencapaian awak yang saya dapat daripada pihak atasan.Saya dapat tahu pasal prestasi awak dalam subjek bahasa inggeris melalui laporan ni,"kata lelaki itu.Lizzy mengembil laporan itu lalu dibacanya.
"Tapi...apa kaitannya dengan laporan saya dengan perjumpaan dengan tuan putera kali ni?"Soal Lizzy,kurang mengerti.Lelaki itu mengukir senyuman lalu memusingkan kerusinya menghadap Lizzy.Lizzy terkejut apabila putera yang mahu berjumpa dengannya itu adalah Putera Mir.
"Putera Mir?"Lizzy masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.Mir sekadar tersenyum nipis.
"Saya hanya akan maafkan 'kesalahan' awak dengan satu syarat,"kata Mir.Lizzy pula tidak membalas.Sekadar menanti apa yang akan dikatakan oleh putera raja yang paling bongsu itu.
"Awak mesti jadi tutor bahasa inggeris saya untuk tempoh tiga bulan ni.Saya boleh bayar berapa pun yang awak nak,"kata Mir,selamba lalu meletakkan surat perjanjian di atas mejanya.
"A...a...apa?"Lizzy kelihatan sangat terkejut dengan kata-kata Mir itu."Jadi tutor untuk Putera Mir?"Mir pula tersenyum manis.
"Em,baguslah kalau awak dah setuju.Jadi moleklah kiranya awak menandatangani surat perjanjian ni.Bolehkan?"Mir meletakkan pen pula di atas meja.Lizzy masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.Benarkah dia tidak bermimpi ketika ini?


Hyo Young menyandarkan dirinya di atas sofa,melepaskan rasa lelahnya yang sudah tidak tertahan lagi.Latihan protokol diraja yang sedang dijalaninya itu benar-benar memenatkan.Hyo Young membuka butang baju kemejanya bagi memberi ruang kepada tubuhnya untuk 'bernafas' seketika.
"Wah,aku tak tahu pula kalau nak kahwin dengan anak raja akan jadi sesusah ni.Aku ingatkan kalau tertinggal kasut dekat majlis tari menari ke,makan epal beracun ke...dapatlah kahwin dengan putera raja senang-senang macam tu je.Tapi...aku tak pernah pula terfikir pasal latihan-latihan mengarut ni,"ngomelnya.Satu keluhan berat dilepaskan.Terasa menyesal pula dengan keputusannya ini.Apa faedahnya yang dia akan peroleh dengan kesanggupannya untuk membantu Seung Ho itu?Kalau benar Seung Ho ikhlas untuk menerimanya sebagai isteri,itu lebih baik daripada Seung Ho berpura-pura ikhlas untuk menerimanya sebagai isteri demi mengaburi mata Permaisuri Yang.Hyo Young mengetuk kepalanya.
"Bodohlah kau ni,Hyo Young.Sepatutnya kau tolak je permintaan Seung Ho tu.Bukannya betul kau dapat dia pun,kau dapat penat je,"katanya,menyalahkan dirinya sendiri.Geram dengan kebodohannya sendiri.Hyo Young kemudiannya memandang ke arah jam dinding di hadapannya.
"Aduh,dah pukul 9 malamlah pula.Letihnya...malas pula nak mandi."Hyo Young memejamkan matanya.Sungguh dia berasa terlalu letih ketika ini.Namun,dia menangguhkan seketika niatnya yang mahu tidur itu.Dia perlu membersihkan tubuhnya dahulu sebelum tidur.Dengan malasnya,Hyo Young melangkah ke arah bilik mandi.


Selepas hampir 15 minit Hyo Young berada di dalam bilik air tersebut,gadis tomboi itu pun melangkah keluar menuju ke arah katil empuknya sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu.Namun,langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah susuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya yang sedang berdiri membelakanginya ketika itu.Lelaki itu kemudiannya menoleh ke arah Hyo Young tanpa menyedari Hyo Young yang hanya bertuala itu.Pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Tidak ada sepatah kata yang terluah antara mereka.Namun,setelah beberapa saat berlalu,barulah...
"Argh!!!!!!"Kedua-dua Seung Ho dan Hyo Young menjerit antara satu sama lain.Hyo Young segera berselindung di sebalik pintu bilik airnya manakala Seung Ho pula berpaling semula daripada Hyo Young.Sungguh dia terkejut apabila melihat Hyo Young dalam keadaan begitu secara tidak sengaja.
"Yah!Apa kau buat kat sini hah?!Suka-suka je masuk bilik orang lain!"Teriak Hyo Young dari dalam bilik air itu.Seung Ho menoleh ke arah bilik air yang sudah ditutup pintunya itu.
"Manalah aku tahu yang kau tengah mandi!Aku ketuk pintu tapi tak berjawab,aku masuk jelah!"Balas Seung Ho.
"Yang kau baru nak mandi ni apasal pula?!Diorang ajar kau mandi malam-malam ke?!"Soal Seung Ho pula.
"Kau keluar dululah!Aku nak pakai baju dulu.Nanti kita sambunglah gaduh balik kalau kau nak,"kata Hyo Young.Ada nada rayuan dalam nada percakapannya itu.
"Malaslah.Aku dah tak ada selera nak gaduh dengan kau.Kau rehat jelah.Aku cuma nak pastikan yang kau okey je kat sini.Kau okey tak kat sini?"Soal Seung Ho.Nadanya tidak lagi keras seperti tadi malah lebih menyerlahkan sifat prihatinnya terhadap wanita itu.Hyo Young yang sedang bersandar pada pintu bilik air itu terdiam saat mendengar pertanyaan Seung Ho itu.
"Kau okey tak?"Seung Ho mengulangi pertanyaannya semula apabila Hyo Young masih belum memberi respon terhadapnya.Hyo Young segera mengangguk.
"O..okey...Aku okey..."Jawab Hyo Young,ragu-ragu.
"Baguslah kalau macam tu.Dahlah...aku nak masuk tidur ni.Selamat malam,"kata Seung Ho sebelum beredar dari situ.Setelah memastikan Seung Ho tidak lagi berada di luar,Hyo Young mulai berani untuk keluar dari bilik air itu.Namun,entah di mana silapnya,kakinya tersadung dan membuatkan Hyo Young terjatuh sebelum keluar dari bilik air tersebut.
"Argh!"Hyo Young mengurut kakinya yang kesakitan itu.Dia cuba untuk berdiri namun tidak terdaya kerana kakinya yang tercedera itu.
"Yah,apasal ni?"Hyo Young terkejut apabila melihat Seung Ho yang sudah berada di hadapannya itu.
"Apa kau buat kat sini lagi?Kan aku dah suruh kau keluar tadi?"Soal Hyo Young,sambil menahan rasa sakitnya itu.
"Memang aku dah keluar tadi.Dah kau terjerit-jerit macam ni,aku masuklah balik.Macam mana boleh jatuh ni?Boleh berdiri tak ni?"Soal Seung Ho bertubi-tubi.
"Aku okey jelah.Kau pergilah.Ni bukan urusan kau,"balas Hyo Young.Seung Ho menggigit bibirnya,geram dengan kedegilan wanita itu.Hyo Young cuba untuk berdiri namun sungguh dia tidak dapat berbuat demikian.Hyo Young terpana apabila Seung Ho mendukung tubuhnya lalu diletakkan di atas katil.
"Yah!"
"Shh,diamlah!Bisinglah kau ni.Dah tahu sakit tu,buat-buatlah macam orang sakit.Jangan nak berlagak macam orang sihat,"kata Seung Ho sambil membelek-belek kaki kanan Hyo Young yang sudah bengkak kemerah-merahan itu.Hyo Young menahan kesakitan apabila Seung Ho menyentuh bahagian kakinya yang sakit itu.
"Aku tahulah aku ni kacak.Tapi takkanlah sampai buat kau jatuh macam ni,"kata Seung Ho,masih lagi memandang ke arah kaki Hyo Young.Hyo Young mencebik.
"Jangan perasanlah,Seung Ho.Makin sakit kaki aku dengar kau cakap macam tu,"balas Hyo Young.Seung Ho tersenyum kecil.
"Biar aku ambilkan ubat.Kalau biarkan nanti,makin teruk pula,"kata Seung Ho.
"Eh,tak payah.Kau pergi jelah masuk rehat.Aku tak ada apa-apalah,"kata Hyo Young,membantah niat baik Seung Ho itu.
"Tak apa.Kejap je.Nanti kalau sakit tu makin teruk,makin lambatlah kau boleh sambung kelas protokol tu.Dan..makin lambatlah aku boleh kahwin dengan kau,"kata Seung Ho pula.
"Baju tidur kau kat mana?Biar aku ambilkan.Kau tak sejuk ke bertuala macam tu lama-lama?"Soal Seung Ho sambil melangkah ke arah almari Hyo Young.
"A..a.."Belum sempat Hyo Young cuba untuk menghalang tindakan Seung Ho itu,Seung Ho sudah pun membuka pintu almarinya.Hyo Young menutup matanya,malu apabila Seung Ho menyentuh barang-barangnya yang tersimpan di dalam almari itu.
"Nah.Kau pakai dulu baju ni.Nanti aku datang balik,"kata Seung Ho,sebelum beredar meninggalkan bilik Hyo Young itu.


"Okey,siap.Esok aku cakap dengan cikgu kau yang kau tak boleh datang kelas esok.So,kau rehat jelah dengan penuh tenangnya,"kata Seung Ho sambil bangun dari katil Hyo Young.
"Aku balik bilik dululah,okey?"Kata Seung Ho sambil mengukir senyuman manis.Hyo Young terpaku dengan senyuman manis putera raja itu.Seung Ho kemudiannya berpaling dari Hyo Young.
"Terima kasih,Seung Ho,"ucap Hyo Young,sambil menundukkan wajahnya.Seung Ho berhenti daripada terus melangkah."Terima kasih banyak-banyak,"ucap Hyo Young lagi.
"Sepatutnya aku yang ucapkan terima kasih dekat kau,"kata Seung Ho sambil menoleh ke arah Hyo Young.
"Kalau bukan sebab kau,mesti Fei dah jadi tunang aku sekarang.Gomawo,"kata Seung Ho sebelum berpaling semula dari Hyo Young dan beredar dari bilik wanita itu.Hyo Young kelihatannya masih terkejut dengan kata-kata Seung Ho itu.Sungguh!Seung Ho benar-benar berterima kasih atas bantuannya itu.Hyo Young mengukir senyuman gembira.Nampaknya,masih ada yang belum diketahuinya mengenai Yang Seung Ho walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak dari bangku sekolah lagi.



No comments:

Post a Comment