08 August, 2011

-Monalisa Page 8-

Hyo Sung mengesat peluhnya yang mengalir ke pipi gebunya itu.Sudah hampir satu jam dia menunggu kehadiran Chang Sun di hadapan perpustakaan namun langsung tidak terlihat kelibat putera raja itu.Hyo Sung melihat jam tangannya.Sungguh sudah hampir satu jam dia berada di situ.Katanya pukul 9 pagi,mereka akan berjumpa di situ.Namun,sudah hampir pukul 10 pun,kelibat lelaki itu masih belum kelihatan.Hyo Sung melepaskan keluhan berat.Entah mengapa,kali ini Chang Sun lewat untuk menghadiri perbincangan mereka kali ini.Padahal sebelum ini,lelaki itulah yang menunggunya setiap kali perbincangan mereka diadakan.
"Tak apalah.Mungkin dia ada hal kot.Baik aku tunggu je dulu,"bisik hatinya.Panas terik yang membahang itu langsung tidak dipedulikannya.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari,namun kelibat Chang Sun masih belum kelihatan.Gayanya lelaki itu tidak akan datang ke perpustakaan pada hari itu.Hyo Sung mulai berputus asa.
"Kalau ya pun sibuk,cakaplah.Bukannya tak ada telefon pun,"ngomelnya,tidak puas hati.Namun,Hyo Sung mengetuk kepalanya tidak lama selepas itu.
"Aduh,memanglah dia tak dapat nak beritahu.Dia mana ada nombor telefon aku.Aku pun tak ada nombor telefon dia,"katanya,menyalahkan dirinya sendiri.Hyo Sung memandang ke arah perpustakaan itu.Hanya perpustakaan itulah satu-satunya tempat bagi dirinya untuk meluangkan masa berdua dengan putera raja idaman semua pelajar wanita di Universiti Seoul itu.Hanya di perpustakaan itulah,dia berpeluang untuk berbual dengan Chang Sun walaupun mengenai hal-hal pelajaran.Perlahan-lahan,Hyo Sung mengukir senyuman manis.Siapa-siapa pun yang melihat mereka berdua yang duduk semeja sambil belajar itu pasti akan cemburu.Andai melalui cara itulah satu-satunya bagi Hyo Sung melihat wajah Chang Sun dengan begitu dekat,dia rela mengharapkan agar waktu berhenti berputar hanya untuk waktu itu.Lamunannya terhenti apabila terasa bahunya disentuh dari belakang.Hyo Sung segera menoleh ke arah belakang.Kelihatan Du Jun sedang mengukir senyuman manis ke arahnya.
"Apa awak buat kat sini,Hyo Sung?"Soal Du Jun.Du Jun kemudiannya melihat buku-buku yang dipegang oleh Hyo Sung itu.
"Awak tengah tunggu Joon Hyung ye?"Soal Du Jun lagi.Perlahan-lahan,Hyo Sung angguk.
"Dah lama awak tunggu hyung?"Soal Du Jun lagi.
"Taklah.Saya baru je sampai,"kata Hyo Sung,berbohong.
"Jangan bohonglah.Awak mesti dah lama tunggu kan?Saya tengok muka awak dah merah-merah tahan panas ni.Kenapa tak masuk dalam?"Du Jun sememangnya dapat menghidu pembohongan gadis naif itu.Hyo Sung menundukkan wajahnya.
"Saya dah pernah cakap dengan awak...jangan mudah berjanji dengan Joon Hyung.Dia bukannya macam Sang Hyun dengan Mir.Joon hyung tu ego,degil,keras kepala.Dia akan memperguna sesiapa sahaja yang sudi buat apa sahaja untuk dia.Sekarang tengok...apa dah jadi dekat awak?"Du Jun sedikit geram dengan kedegilan Hyo Sung itu.Sepatutnya dia perlu mengenali Chang Sun dengan lebih dalam lagi sebelum dengan mudahnya mempercayai segala apa yang dikatakan oleh lelaki itu.Du Jun kemudiannya mengeluarkan sapu tangan dari dalam poketnya lalu dilapnya peluh yang membasahi dahi Hyo Sung itu.Hyo Sung terkejut dengan kelakuan Du Jun itu."Saya bukan nak menghasut awak supaya membenci ataupun menjauhi Joon Hyung.Cumanya...saya nak awak cuba mengenali Joon Hyung betul-betul dulu.Saya tahu...awak sukakan dia.Mungkin juga awak cintakan dia.Tapi...semua tu berdasarkan ciri-ciri luaran Joon Hyung semata-mata.You need to know him better.So,barulah awak boleh menilai...sejauh mana perasaan suka dan cinta awak tu terhadap Joon Hyung.Kalau awak dapat kenal dengan Joon Hyung dengan baik,tak mustahil dia akan sudi untuk berkawan dengan awak sebagaimana dia berkawan dengan saya,"kata Du Jun,sambil mengukir senyuman manis terhadap Hyo Sung."Awak tahu kenapa Joon Hyung tak ada ramai kawan?"Soal Du Jun.Hyo Sung menggeleng.
"Sebab...dia tu misteri sikit.Tak semua orang faham apa yang tersimpan dalam fikiran hyung.Sebab tu...awak mesti kenal dengan hyung betul-betul sebagai syarat untuk dia senang berkawan dengan awak,arasso?"Du Jun meletakkan sapu tangannya di atas kepala Hyo Sung sebelum mengusap rambut Hyo Sung yang panjang mengurai itu.Du Jun kemudiannya melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu,meninggalkan Hyo Sung berseorangan di situ.Hyo Sung pula mengambil sapu tangan yang berada di atas kepalanya itu.Dia memandang ke arah sapu tangan milik lelaki bernama Yoon Du Jun itu.
"Benarkah apa yang dikatakan oleh Du Jun?"Hyo Sung masih memikirkan kata-kata Du Jun sebentar tadi.Namun,tanpa dia sedari,kelakuannya itu sudah lama diperhatikan oleh seseorang dari dalam kereta.
"Tuan Lee,Tuan Lee masih nak menunggu di sini ke?"Soal pemandu kereta Chang Sun.Chang Sun pula terus memerhati Hyo Sung yang sedang berdiri di luar perpustakaan itu tanpa membalas pertanyaan daripada pemandunya itu.
"Dah berapa lama kita berada di sini?"Soal Chang Sun pula.Pemandu itu kemudiannya melihat jam tangannya.
"Dah lebih tiga jam setengah kita berada di sini,Tuan,"jawab pemandunya dengan penuh hormat.Chang Sun melepaskan keluhan kecil.
"Baiklah.Kita pergi sekarang,"arah Chang Sun.
"Baik,"akur pemandu keretanya lalu memandu kereta itu perlahan-lahan meninggalkan tempat itu.Sepanjang di dalam perjalanan itu,Chang Sun mengukir senyuman nipis.
"Dia bukan calang-calang gadis yang pernah aku jumpa.Semangat dia sangat kental.Aku sukakannya,"bisik hatinya.

Ha Young berlari-lari anak menuju ke kelas pianonya setelah terlewat bangun dari tidurnya pagi tadi.Ha Young segera membuka pintu kelas itu sebaik sahaja dia sudah tiba di hadapan kelas itu.
"Maafkan saya,Puan Gu.Saya terlewat ke kelas hari ni,"kata Ha Young,bersungguh-sungguh kepada guru pianonya itu.
"It's okay.Kelas pun baru sahaja nak bermula.Awak pergi ambil tempat awak sekarang,"kata Puan Gu kepada Ha Young.Ha Young angguk lalu segera menuju ke tempat duduknya.Ha Young melepaskan nafas panjang.Melepaskan rasa penatnya setelah berlari munuju ke kelas hari ini kerana kelewatannya itu.
"Hai."Ha Young seperti terdengar suatu suara yang menegurnya dari tepi.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara yang...mungkin memanggilnya sebentar tadi.Kelihatan seorang lelaki sedang mengukir senyuman ke arahnya.Ha Young melihat ke kiri dan ke kanannya.
"Awak...awak tegur saya ke?"Soal Ha Young,separuh berbisik.Kelihatan lelaki itu mengangguk.Ha Young kemudiannya mengangkat tangannya,ragu-ragu sebagai membalas sapaan lelaki tadi.
"Nama awak siapa?"Soal lelaki itu lagi,sambil menulis sesuatu di atas kertas.
"Oh Ha Young.Awak boleh panggil saya Ha Young,"balas Ha Young."Awak?"Soal Ha Young pula.
"Sang Hyun.Park Sang Hyun,"kata lelaki itu.Ha Young sekadar angguk.Dia kemudiannya menoleh ke arah Sang Hyun.
"Selamat berkenalan,Sang Hyun,"ucap Ha Young,tanpa mengesyaki sesuatu yang berbeza terhadap Sang Hyun itu.Sang Hyun sekadar tersenyum.
"Terima kasih,Ha Young,"balas Sang Hyun,menampakkan sifat kelakiannya yang romantik itu.Ha Young segera mengalihkan pandangannya daripada Sang Hyun.Malu barangkali apabila dipandang sebegitu rupa oleh Sang Hyun.
"Fokus,Ha Young.Fokus!"Bisik hatinya.Sang Hyun sekadar tersenyum kecil.Begitu mudahnya gadis itu tertawan dengan senyuman menawannya itu.

Ha Young segera berlari mendapatkan Lizzy yang baru sahaja melangkah keluar dari kafe itu.Lizzy terkejut apabila Ha Young segera menariknya menuju ke suatu sudut yang terpinggir dari orang ramai.
"Kau ni kenapa,Ha Young?Macam baru lepas kena kejar dengan hantu je,"soal Lizzy.Ha Young melepaskan lelahnya.Dia kemudiannya memandang ke arah Lizzy sambil menyimpul senyuman gembira.
"Aku...aku memang kena kejar dengan hantu hari ni,"katanya,masih lagi tercungap-cungap.Dahi Lizzy berkerut seribu.
"Yah,kau ni cakap apa ni?Hantu mana pula yang nak kejar kau siang-siang ni?"Soal Lizzy,tidak dapat menangkap maksud kata-kata Ha Young.
"Aku kena kejar dengan hantu yang sangat...sangat...comel.Ah...senyuman dia tu membunuh betul!"Kata Ha Young,teruja sekali.
"Oh...ni kes terjatuh hatilah ni.Wah...tak sangkalah Oh Ha Young dah jatuh cinta untuk kali pertamanya di Universiti Seoul ni.Siapa lelaki malang tu?"Soal Lizzy,seraya bergurau.Ha Young menjeling ke arahnya.Lizzy pula tersenyum sumbing."Cepatlah.Aku nak tahu juga,"desak Lizzy,bersungguh-sungguh.
"Kau jangan beritahu orang lain tau,"kata Ha Young,memberi syarat.Pantas sahaja Lizzy angguk.Ha Young mendekatkan bibirnya pada telinga Lizzy.
"Park...Sang...Hyun..."Perlahan-lahan Ha Young membisikkan nama lelaki itu kepada Lizzy.Mata Lizzy terbuka luas.Ha Young pula tersenyum simpul.
"Kejap.Park Sang Hyun?Yang putih-putih ke?"Soal Lizzy,inginkan kepastian.Ha Young pula angguk.
"Rambut dia tu merah-merah sikit tu ekh?"Soal Lizzy lagi.
"Yelah.Kau ni apasal?Menakutkan aku jelah kau ni,"kata Ha Young lagi.Lizzy menutup mulutnya yang sudah ternganga itu.
"Seriously kau tak kenal siapa Park Sang Hyun yang sebenarnya?"Soal Lizzy lagi.Ha Young menggeleng.Semakin pening dengan pertanyaan Lizzy itu.
"Yah...seriously kau dah sangat menakutkan aku.Kenapa dengan Sang Hyun tu?Dia tu vampire yang hidup dalam kalangan manusia ke?"Soal Ha Young,yang sememangnya suka berimaginasi itu.
"Lagi teruk daripada vampire...Sang Hyun tu...salah seorang daripada putera raja yang menuntut kat sini selain daripada Chang Sun dengan Mir.Dan...menurut sumber yang amat dipercayai...dah terlalu ramai wanita yang sudah ditipunya hanya melalui senyuman membunuhnya tu.Macam apa yang kau cakap tulah.Better you watch out,Ha Young,"kata Lizzy,memberi amaran kepada Ha Young.
"Seriously?Kenapa aku tak sedar langsung lelaki yang duduk sebelah aku tadi tu...anak raja?Kau patutnya beritahu aku awal-awallah,Lizzy.Aduh!"Kelihatannya Ha Young tidak mempedulikan amaran Lizzy sebentar tadi.Lizzy sudah pun menggeleng.
"Suka hatilah,Ha Young.Memang patut pun kau cuba kenal dengan Sang Hyun tu betul-betul.Satu hari nanti,mesti kau sangat bersetuju dengan aku.Okeylah,aku kena pergi ni.Nanti Mir marah pula kalau aku lambat.Annyeong!"Lizzy pantas meninggalkan Ha Young untuk menuju ke bilik belajar peribadi milik si putera bongsu,Mir.
"Kirim salam sayang aku dekat oppa aku tu!"Balas Ha Young sambil melambai ke arah Lizzy yang sudah pun jauh meninggalkannya itu.

"Okey.Saya yakin awak mesti tahu serba sedikit asas bahasa inggeris kan?"Soal Lizzy ke arah Mir yang sedang duduk di hadapannya itu.Mir sekadar angguk."Kalau macam tu...cuba awak terjemahkan ayat yang saya dah tulis kat atas kertas ni,"kata Lizzy sambil menyerahkan kertas itu kepada Mir.Perlahan-lahan,Mir mengambil kertas itu daripada Lizzy.
"Susahnya..."Keluh Mir,separuh berbisik.
"Susah?"Soal Lizzy,meminta kepastian.Mir menggeleng sambil tersenyum.
"Saya cuba buat dulu,"kata Mir,sambil mengambil pen yang sudah diletakkannya di atas meja itu.
"Okey.Ayat yang pertama...apa khabar.Cuba terjemahkan,"kata Lizzy.
"How are you?"balas Mir sambil mencoretkan sesuatu di atas kertas.Lizzy angguk.
"Next,apa yang awak akan jawab kalau ada orang tanya 'How are you?' dekat awak?"Soal Lizzy pula.
"Em..yes?"Jawab Mir,ragu-ragu sambil mengangkat kening kanannya.
"Yes?"Soal Lizzy pula.Mir angguk.
"Salah.Bukan yes.Sepatutnya...awak kena jawab 'I'm fine.Thank you.'Itu kalau awak betul-betul sihatlah waktu tu.Kalau waktu keadaan awak tak berapa baik masa tu,apa yang awak nak jawab?"Soal Lizzy pula.Mir menggeleng,tidak tahu untuk menjawab pertanyaan Lizzy itu.
"I'm not very well...paling basic lah kalau nak jawab macam tu.Sebenarnya macam-macam cara awak boleh jawab.Cuba baca kamus elektronik yang awak baru beli tu.Okey?"Soal Lizzy.
"Okey,"balas Mir,tanpa membantah sedikit pun.Lizzy kemudiannya menyerahkan sebuah diari kecil kepada Mir.Mir memandang ke arah Lizzy dengan penuh tanda tanya.
"Ni assignment saya untuk awak selama 3 bulan ni,"kata Lizzy.
"Kenapa dengan diari ni?"Soal Mir,tidak mengerti.Lizzy tersenyum.
"Saya nak awak tulis pasal kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian awak dalam bahasa inggeris.Boleh?"Soal Lizzy.Mulut Mir ternganga saat mendengar kata-kata Lizzy itu.Lizzy pula sudah tersenyum lebar."Awak mesti buat.Saya akan semak setiap kali kelas kita diadakan,"kata Lizzy.Mahu tak mahu,Mir terpaksa angguk.



No comments:

Post a Comment