31 August, 2011

-Monalisa Page 18-

Hyo Sung menundukkan wajahnya ketika berhadapan dengan Chang Sun yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Sejak dari awal kehadirannya lagi,tiada perbualan mesra yang wujud antara mereka.Keadaan mereka ketika itu seolah-olah seperti baru pertama kali bertemu.Dalam diam,Chang Sun sendiri hairan dengan perubahan sikap Hyo Sung yang sangat berlainan daripada biasa itu.
"Hyo Sung."Chang Sun mulai menyapa Hyo Sung namun sapaannya itu tidak bersahut."Hyo Sung?"Sekali lagi,Chang Sun cuba menyapa Hyo Sung.Sekali lagi,sapaannya tidak mendapat respon daripada wanita itu.Perlahan-lahan,Chang Sun menyentuh lembut tangan kiri Hyo Sung yang diletakkan di atas meja itu.Ternyata sentuhannya itu baru menyedarkan Hyo Sung daripada terus terbuai dengan lamunannya itu.
"Ya?"Soal Hyo Sung,sedikit kelam kabut sambil membetulkan cermin mata tebalnya itu.Hyo Sung memandang ke arah Chang Sun.Begitu juga dengan Chang Sun.
“Kenapa dengan awak ni?Awak tak sihat ke?”Soal Chang Sun,prihatin.Laju Hyo Sung menggeleng sebelum mengukir senyuman nipis.
“Saya okey.Saya tak ada apa-apa.Kenapa?Saya nampak lain macam ke?”Soal Hyo Sung,pura-pura berlagak biasa.
“Agaklah.Awak macam tengah runsingkan sesuatu.Ada perkara yang mengganggu fikiran awak ke sekarang ni?”Soal Chang Sun,ingin tahu.Hyo Sung menggeleng perlahan.
“Saya okeylah.Awak tu yang nampak pelik,”balas Hyo Sung,selamba.
“Saya yang pelik?Mana yang pelik tu?”Soal Chang Sun.Hyo Sung mengukir senyuman nipis.
“Macam-macam.Daripada hujung rambut sampai hujung kaki awak nampak pelik,”kata Hyo Sung.Chang Sun membetulkan rambutnya yang menutupi sebahagian daripada dahinya itu.
“Pelik?Sebelum ni tak ada orang bising pun yang saya ni pelik?”Soal Chang Sun sambil membetulkan sedikit rambutnya itu.Entah mengapa,tiba-tiba sahaja Hyo Sung memegang tangan Chang Sun yang sedang membetulkan rambutnya itu.Chang Sun terkejut dengan tindakan Hyo Sung itu.
“Tak ada apa yang perlu awak betulkanlah.Saya bergurau je,”kata Hyo Sung,sambil tersenyum manis.Tangannya masih lagi memegang tangan Chang Sun.Mata mereka saling berpandangan ketika itu.Chang Sun pula perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke arah Hyo Sung namun Hyo Sung segera memalingkan wajahnya daripada Chang Sun.Chang Sun benar-benar terkejut dengan kelakuan Hyo Sung itu.Hyo Sung segera melepaskan tangannya daripada Chang Sun lalu segera berkemas untuk beredar dari situ.Namun,niatnya untuk segera beredar dari situ serta-merta dihalang oleh Chang Sun apabila Chang Sun menggenggam erat tangan Hyo Sung.
“Kenapa dengan awak ni,Hyo Sung?Awak nampak lain sangat sekarang ni.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke sekarang ni?”Soal Chang Sun,benar-benar ingin tahu.Hyo Sung tidak memandang ke arah Chang Sun.Chang Sun memegang dagu Hyo Sung,meminta wanita itu agar memandang ke arahnya.”Cakaplah dekat saya,”kata Chang Sun.Hyo Sung menahan air matanya daripada mengalir ke pipi gebunya itu.Chang Sun yang menyedari mata Hyo Sung yang mulai berair itu mulai berasa gundah.Hyo Sung kemudiannya memandang ke arah Chang Sun.
“Saya…saya…”Chang Sun terus menanti Hyo Sung menyambung kata-katanya itu.Namun,Hyo Sung secara perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Chang Sun.Hyo Sung kemudiannya mengukir senyuman manis ke arah putera raja yang sudah lama bertakhta di hatinya itu.
“Saya kena pergi dulu.Saya ada hal sikit,”kata Hyo Sung sebelum segera beredar dari situ.Chang Sun tidak pula mengejar Hyo Sung sebaik sahaja kelibat wanita itu mulai menjauh daripadanya.Sebaliknya,dia terus memikirkan sebab yang menjadikan Hyo Sung berubah sikap sedemikian rupa.
Hyo Sung menyembunyikan dirinya di dalam tandas sambil mengesat air matanya yang kian membasahi pipinya itu.Sejak dia pulang dari majlis pertunangan sepupu Chang Sun itu,fikirannya mulai dibebani dengan pelbagai masalah.Apatah lagi,masalah itu melibatkan Chae Rin.

Hyo Sung sekadar memerhati Chang Sun yang sedang rancak berbual dengan sepupu-sepupunya dari jauh itu.Wajah Chang Sun yang manis dengan senyuman itu diperhatinya dengan sepenuh hati.Pada pendapat Hyo Sung,wajah Chang Sun yang manis dengan senyuman itu amat sukar dilihat ketika berada di kampus.Saat inilah yang menjadi penantiannya selama ini.Melihat senyuman yang terukir pada wajah Chang Sun yang serius itu sudah pun menjadi kenyataan.Hyo Sung tersenyum sendiri.Namun,senyuman Hyo Sung mengendur apabila matanya tertangkap pada kelibat seseorang yang kelihatan sangat dikenalinya.Hyo Sung segera menyembunyikannya di suatu sudut agar dirinya tidak terlihat oleh kelibat yang kian menghampirinya itu.
“Macam mana dengan pelajaran Chae Rin kat sana?”Soal Puan Ha Ni.Chae Rin yang sedang berjalan di sebelahnya itu sekadar mengukir senyuman manis.
“Baik sekali,Puan.Lagi-lagi bila Chang Sun oppa pun ada sekali.Kadang-kadang Chang Sun oppa tolong Chae Rin sikit-sikit kalau ada yang Chae Rin tak faham,”kata Chae Rin.Kelihatan Puan Ha Ni tersenyum lebar mendengar jawapan daripada Chae Rin itu.
“Wah,baguslah macam tu.Chae Rin dengan Chang Sun…memang rapat kan kat sana?”Soal Puan Ha Ni,ingin tahu.Chae Rin tertawa kecil.
“Susah sikitlah,Puan.Sebab Chang Sun oppa tu jenis yang kuat belajar.Kalau kita tanya dia sepatah,sepatah lah yang dia jawab.Lagipun,Chang Sun oppa tu jenis yang tak berapa nak rapat dengan perempuan sangat.Takut ada gosip kot.Maklumlah,dia kan popular kat sana,”kata Chae Rin,panjang lebar.Puan Ha Ni sekadar angguk.
“Saya dah agak dah.Dari kecil lagi,perangai dia tak ubah-ubah juga.Asyik berkepit je dengan buku-buku tebal dia tu.Kadang-kadang,saya pun bimbang kalau-kalau saya tak berpeluang nak buat majlis macam ni untuk Chang Sun.Tengoklah,Seung Ho tu.Playboy-playboy pun…bertunang juga akhirnya.Seronok saya tengok,”kata Puan Ha Ni sambil melemparkan ke arah Seung Ho dan Hyo Young yang sedang menari di ruang tari itu.
“Jangan risaulah,Puan.Chae Rin yakin,Chang Sun oppa pasti akan jumpa dengan pasangannya juga.Cuma tak tahu bila saja,”kata Chae Rin.Lakonannya sebagai seorang wanita yang matang dan tabah kelihatan sukses sekali!Puan Ha Ni memandang ke arah Chae Rin.
“Kalau saya nak Chae Rin yang jadi pasangan kepada Chang Sun,boleh?”Soal Puan Ha Ni,tiba-tiba.Chae Rin pura-pura terkejut dengan kenyataan Puan Ha Ni itu.Dia bukannya tidak maklum mengenai perkara itu.Awal-awal lagi ibunya sudah memaklumkan perkara itu kepadanya.”Saya dah lama rancang hal ni dengan ibu Chae Rin.Cuma….yalah…nak dapatkan persetujuan daripada Chae Rin dengan Chang Sun je,”kata Puan Ha Ni.Kelihatan Chae Rin menyembunyikan senyuman kemenangannya.”Chae Rin sebenarnya sukakan Chang Sun,kan?”Soal Puan Ha Ni lagi.Chae Rin sekadar tersenyum malu sebagai menjawab pertanyaan Puan Ha Ni itu.
“Tapi,nak ke Chang Sun oppa dekat Chae Rin,Puan?Siapalah saya pada Chang Sun oppa kan,”kata Chae Rin,merendah diri.Puan Ha Ni menepuk lembut bahu Chae Rin yang amat disayanginya itu.
“Mestilah.Chae Rin kan baik.Saya yakin dia amat sukakan Chae Rin.Percayalah,”kata Puan Ha Ni,penuh yakin.Chae Rin sekadar tersenyum lebar.
Hyo Sung terduduk selepas sahaja mendengar perbualan antara Puan Ha Ni dengan Chae Rin itu.Dia sungguh tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.Kehadiran Chae Rin ke majlis itu pun tidak dijangkanya apatah lagi dengan rancangan perkahwinan antara Chang Sun dengan Chae Rin itu!
Hyo Sung mengesat air matanya itu.Sungguh perkara itu begitu membebani fikirannya.Mana mungkin dia dapat melepaskan cinta Chang Sun begitu sahaja walhal untuk memiliki cinta lelaki itu pun dia belum berkesempatan lagi.Apatah lagi,hubungan mereka berdua kian rapat apabila Chang Sun tidak lagi melayannya seperti sebelum ini.Chang Sun mulai mesra dengannya.
“Tapi,siapalah aku untuk dicintai oleh Chang Sun?Aku yakin…dia hanya bersimpati dengan aku.Dia tak pernah cintakan aku…Sedarlah Hyo Sung!Kau kena terima hakikat yang kau bukanlah sesiapa pada mata Chang Sun.Kau sangat tak layak untuk mendampingi Chang Sun!”Hatinya bermonolog.



No comments:

Post a Comment