28 August, 2011

-Monalisa Page 17-

 Mir MBLAQ
 Thunder MBLAQ
 Lizzy After School
Ha Young A Pink

Ha Young yang menyedari Lizzy baru melangkah daripada perpustakaan itu segera berjalan laju mendekati ke arah rakannya itu.Bahu wanita itu dicuitnya dari belakang apabila jaraknya dengan Lizzy sudah kian dekat.
"Yah,"sapa Ha Young,mesra.Lizzy menoleh ke arahnya sebelum mengukir senyuman nipis.
"Eh,apasal dengan kau ni?Lain macam je aku tengok.Kenapa muka kau sedih sangat ni?"Soal Ha Young,ingin tahu.
"Muka aku?Kenapa dengan muka aku?"Soal Lizzy kembali.Mereka terus berjalan menuju ke arah kelas.
"Tak adalah.Aku perasan...sejak kita balik dari majlis kat istana tu,aku tengok kau macam lain sikit,"kata Ha Young,yang mengesyaki perubahan sikap Lizzy itu.Lizzy pura-pura tertawa.
"Apa yang lainnya?Aku sama macam dululah.Kau tu je yang lain.Mentang-mentanglah,malam tu kau menari dengan Putera Sang Hyun,bukan main berseri lagi muka kau sekarang ni ekh?"Perli Lizzy pula.Ha Young yang mendengar sindiran daripada Lizzy itu tersengih bagaikan kerang busuk.Lengan rakannya itu ditepuknya perlahan.
"Kau ni janganlah kecoh sangat,Lizzy.Malulah!"Balas Ha Young,malu-malu kucing.Lizzy mencebik."Kau tak tahu betapa bahagianya aku malam tu.Aku tak tahulah kalau-kalau malam tu,aku ni lebih menyerlah daripada gadis-gadis lain pada mata Sang Hyun.Senyuman Sang Hyun tu memang...aduh...memang betul-betul dah mencairkan hati aku yang keras ibarat ais ni.Kau tahu tak?"Kata Ha Young.Lizzy menggeleng.
"Ha Young,aku kan dah pernah cakap dengan kau.Jangan percaya sangat dekat Sang Hyun tu.Dia bukannya buat macam tu dekat kau seorang je.Malam tu,aku perasan je dia menari dengan perempuan lain.Cara dia approach perempuan tu,sama je macam dia approach kau sebelum tu,"kata Lizzy.Ha Young sekadar tertawa kecil.
"Sebenarnya kau cemburu kan?"Soal Ha Young.Kening kiri Lizzy terangkat.
"Cemburu apa?Aku cakap benda betul kan,"balas Lizzy.
"Memanglah.Kau mestilah jealous dekat aku.Tak kisahlah kalau apa yang kau cakap tadi tu betul ke...salah ke...yang pasti aku dijemput menari dengan putera raja yang memang kacak tak terkata tu.Kau?Putera Mir tak ajak kau menari kan malam tu?"Soal Ha Young pula.Riak wajah Lizzy berubah.Ha Young benar.Dia sekadar berbual dengan Putera Mir pada malam itu,itu pun hanya di awal majlis sahaja.Selepas itu,dia ditinggalkan bersendirian di majlis itu sehingga majlis tamat.Manakan tidak,Mir lebih selesa menghabiskan malam itu bersama-sama dengan seorang gadis yang sangat cantik,jauh lebih bergaya daripada dirinya.Lizzy tidak mengenali gerangan gadis yang menari bersama Mir pada malam itu.Namun,apa yang pasti,gadis itu pasti tergolong dalam keluarga berstatus Diraja itu juga.
"Lizzy!"Lizzy menoleh ke belakang apabila menyedari namanya dipanggil.Matanya terbuka luas apabila melihat Mir sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman manis.Perlahan-lahan,Mir melangkah ke arah Lizzy.
"Saya dah siapkan kerja yang awak bagi kat saya untuk minggu ni.Boleh tak kalau awak tolong semakkan untuk saya hari ni?"Soal Mir.
"Em...maafkan saya,Mir.Tapi,saya ada kelas sekarang ni,"kata Lizzy,menolak baik permintaan Mir.Kelihatan wajah Mir berubah riak."Tapi,kalau awak nak juga,awak kenalah tunggu saya sampai habis kelas nanti.Itupun kalau awak tak kisah,"kata Lizzy lagi.
"Awak habis kelas pukul berapa?"Soal Mir,ingin tahu.Lizzy melihat jam tangannya.
"Pukul 4 petang?Tapi,kalau awak rasa lewat sangat,kita postpone esoklah,boleh?"Soal Lizzy,pinta kepastian.Kelihatan senyuman Mir kian melebar.
"Saya tunggu awak kat bilik saya petang ni,okey?"Soal Mir kembali.Perlahan-lahan,Lizzy angguk.Mir kemudiannya beredar dari situ dengan senyuman puas hati.
"Wei,kenapa dia nampak semangat semacam nak belajar dengan kau ni hah?"Soal Ha Young,separuh berbisik.Lizzy sekadar menjungkit bahu.
"Entahlah,aku pun tak tahu,"balas Lizzy.Jauh di sudut hati,dia dapat menjangka sesuatu yang telah menceriakan Mir pada hari itu.Tak lain tak bukan,pasti disebabkan oleh kejadian yang berlaku di dalam majlis tari menari itu.
Perlahan-lahan,Lizzy mengetuk pintu bilik peribadi milik Putera Mir itu.Sebaik sahaja mendengar suara yang membenarkannya masuk ke dalam,Lizzy menolak pintu bilik itu secara perlahan-lahan.Kelihatan wajah ceria Mir menyambut kedatangannya pada petang itu.
“Hah,dah sampai pun.Duduklah,”kata Mir,mempelawa Lizzy mengambil tempat di hadapannya.Lizzy sekadar patuh.Kelam kabut Mir mengeluarkan kerja yang sudah disiapkannya itu untuk diberikan kepada Lizzy.
“Nah,saya dah siapkan kerja saya untuk minggu ni.Silalah semak ya,”kata Mir,kelihatan teruja sekali.Lizzy mengambil diari milik Mir itu lalu dibacanya.Sekali-sekala dia menguntum senyuman nipis apabila membaca tatabahasa Mir yang tunggang langgang itu.Perhatiannya kemudian teralih kepada satu tarikh yang tertera pada salah satu helaian diari yang ditulis oleh Mir itu.
“12th August 2011….
Tonight is the precious night that I never had before.Tonight is the engagement party of my hyung,Yang Seung Ho and his fiance,Ryu Hyo Young.But,I don’t wanna talk about my hyung’s engagement.I just wanna talk about my beloved noona,Sandara,which is the only my woman in my life.She looks really really beautiful tonight.I’m sure…she is the prettiest woman tonight.Oh,I’m gonna crazy when she smiled to me.She also agree to dance with me.Seriously,I didn’t expect that she want to dance with me.Oh,I feel like I am in paradise just now.Did she understand about what I feel to her?I love her very very much!I love Sandara Noona…and I wanna marry with her…one day…”
Lizzy menutup diari itu.Mir pula menanti reaksi daripada Lizzy dengan penuh tanda tanya.Apakah hasilnya bagus atau pun sebaliknya?
“Macam mana,Lizzy?Okey tak?Ada salah kat mana-mana tak?”Soal Mir,tidak sabar-sabar.Lizzy berfikir sejenak.Dia kemudiannya memandang ke arah Mir.Mir turut memandang ke arahnya.”Lizzy?Macam mana?Okey tak English saya?Saya tengok kamus masa saya buat tu,”kata Mir lagi.
“Okeylah.Grammar awak pun ada improvement.Ada salah-salah sikit je.Baguslah,”kata Lizzy,memberi komen terhadap hasil kerja yang sudah disiapkan oleh Mir itu.Ternyata komen yang diberikan oleh Lizzy itu telah membuatkan Mir mengukir senyuman manis.Malah lebih manis dari madu lagi.”Lepas ni,awak kena tingkatkan lagi kemahiran menulis awak.Kemahiran bercakap pun awak kena berlatih juga tau,”kata Lizzy.Mir angguk.
“Okey.Saya akan berusaha lagi,”kata Mir.Lizzy kemudiannya menyerahkan kembali diari milik Mir itu kepadanya.Mir mengambilnya dengan senang hati.Lizzy kemudiannya bersiap-siap untuk beredar dari situ.
“Yah,awak dah nak balik ke?Duduklah dulu.Saya nak belanja awak makan ni,”kata Mir.Lizzy tersenyum nipis sambil menggeleng.
“Tak apa,saya pun ada hal ni.Lain kalilah ya,”kata Lizzy,menolak baik ajakan Mir itu.”Saya balik dulu,”kata Lizzy,sambil menundukkan sedikit tubuhnya.Mir terpaksa akur pada kehendak Lizzy.
“Jumpa esok,”kata Mir sambil mengangkat tangannya.
Ha Young berhenti melangkah apabila melihat sesuatu di hadapannya.Dia segera menyembunyikan dirinya di sebalik dinding agar kehadirannya di situ tidak disedari oleh Sang Hyun yang berada tidak jauh daripadanya itu.Ha Young mengintai Sang Hyun dari tempat persembunyiannya itu.Dilihatnya Sang Hyun sedang bermesra dengan salah seorang pelajar wanita di situ.Ha Young bersandar pada dinding,tempat dia bersembunyi.
“Apa yang dia buat tu?”Soalnya sendiri.Ha Young kemudiannya kembali mengintai ke arah Sang Hyun.Namun,kedua-dua kelibat Sang Hyun dan pelajar wanita itu sudah tidak kelihatan lagi.Ha Young keluar dari tempat persembunyiannya.”Pulak…mana diorang pergi ni?Kejap je dah hilang,”keluh Ha Young.Dia kemudiannya berpusing ke belakang namun terlanggar seseorang apabila baru sahaja menyusun beberapa langkah untuk berjalan.
“Sang Hyun?”Ha Young terkejut apabila melihat Sang Hyun sedang berdiri di belakangnya.Kelihatan putera raja itu sedang mengukir senyuman manis ke arahnya.”Macam mana awak boleh ada kat belakang saya ni?Tadi bukan awak ada dekat…”Ha Young menoleh ke arah tempat Sang Hyun berada sebentar tadi.Sang Hyun tertawa kecil.
“Oh,awak intip saya ya?”Duga Sang Hyun.Mata Ha Young terbuka luas apabila mendengar tekaan daripada putera berkulit putih melepak itu.Dalam kalangan putera berlima itu,kulit Sang Hyunlah yang paling cerah dan gebu sekali,mengalahkan kulit wanita sendiri.”Betullah tu.Patutlah saya rasa semacam je.Rupa-rupanya saya diperhatikan orang tadi,”kata Sang Hyun.Ha Young malu sendiri apabila Sang Hyun dapat menghidu perbuatannya sebentar tadi.
“Awak…sukakan saya ke?”Soal Sang Hyun,tiba-tiba.Muka Ha Young berubah merah apabila mendengar pertanyaan Sang Hyun itu.Sang Hyun yang menyedari riak wajah Ha Young yang berubah itu sekadar tersenyum.Perlahan-lahan,tangan wanita itu dicapainya.
“Saya pun sukakan awak,Ha Young,”kata Sang Hyun lagi.Hampir tercabut jantung Ha Young sebaik sahaja mendengar pengakuan berani daripada putera raja yang kacak itu.Ha Young memandang ke arah Sang Hyun.
“A…a..awak cakap apa ni?”Soal Ha Young,tidak percaya.Sang Hyun kemudiannya mengeratkan lagi genggaman tangannya terhadap Ha Young.
“Awak tak percaya kan saya ke?Saya sukakan awak.”Sang Hyun mengulangi kata-katanya sekali lagi.Sekali lagi,lidah Ha Young kelu untuk berkata-kata.Benarkah Sang Hyun menyukainya?

Kedua-dua rakan baik itu pulang bersama-sama dengan fikiran masing-masing.Riak wajah meraka yang jelas berbeza itu sudah cukup menggambarkan jenis perkara yang sedang bermain di fikiran mereka sekarang.Ha Young dengan senyuman lebar yang terukir pada bibirnya manakala wajah Lizzy pula kelihatannya tidak bermaya langsung.Seolah-olah ada sesuatu yang membebani fikirannya sekarang.Semuanya gara-gara penangan si putera raja yang terkenal dengan pengaruh mereka yang berstatus Diraja itu.

No comments:

Post a Comment