17 August, 2011

-Monalisa Page 14-

Lizzy dan Ha Young teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam istana yang tersergam gah itu.Mereka dibenarkan masuk apabila menunjukkan surat jemputan untuk ke majlis pertunangan Seung Ho dengan Hyo Young.
“Jemputkan masuk,cik,”pelawa penyambut tetamu wanita itu sambil mengukir senyuman manis,mengalu-alukan kedatangan tetamu yang dihormati itu.Lizzy dan Ha Young mengangguk perlahan.Terasa kekok pula apabila dilayan bagaikan puteri raja itu.Ha Young menyiku lengan Lizzy.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Serius ke kita nak masuk ni?Malulah.Kat dalam tu mesti ramai kerabat diraja.Seganlah kalau kita je yang bukan dari kerabat tu,”kata Ha Young,separuh berbisik.Lizzy bersetuju dengan kata-kata Ha Young itu namun tidak diluahkan secara terbuka.
“Memanglah.Tapi…Putera Mir dah jemput.Takkan tak nak datang pula?Nanti apa pula yang dia kata,”kata Lizzy.
“Dia jemput kau jelah.Bukannya aku.Kau memanglah kena pergi.Aku tak datang pun tak apa.Aku balik dululah.Seram sejuklah aku kat sini,”kata Ha Young,sudah berura-ura mahu beredar dari majlis itu.Lizzy lekas-lekas memegang lengan kawannya itu,menghalang niat Ha Young itu.
“Sampai hati kau nak tinggalkan aku?Kau memang nak kena kan?”Marah Lizzy.Ha Young sekadar membalasnya dengan senyuman sumbing.”Jom jelah.Kejap pun tak apa.Lepas kita dapat jumpa dengan Putera Mir,kita baliklah.Sekurang-kurangnya bagi dia tahu yang kita datang ke majlis ni,okey?”Soal Lizzy.
“Betul hah?Kejap je tau,”kata Ha Young,pinta kepastian.Lizzy angguk laju.”Okeylah.Balik ni kau kena belanja aku makan,”kata Ha Young,terpaksa.Lizzy tersenyum lebar.
“Okey,”kata Lizzy,bersetuju.
Mata mereka terbuntang luas apabila melihat dewan utama istana itu dipenuhi dengan ramai tetamu yang pastinya bukan terdiri daripada golongan biasa-biasa.Lihat sahaja pakaian berjenama mahal yang tersarung pada tubuh mereka.Itu belum ditambah lagi dengan aksesori-aksesori emas dan permata yang menunjukkan lagi kehebatan status mereka itu.Lizzy dan Ha Young menelan air liur sendiri.Seketika mereka melihat sendiri pakaian yang tersarung pada tubuh mereka itu.Aduhai…bagaikan langit dengan bumi!Muka mereka berubah merah apabila kehadiran mereka di situ sedikit sebanyak menjadi perhatian para tetamu di situ.Ha Young menggenggam erat tangan Lizzy.
“Lizzy…jomlah kita balik.Aku rasa dah sesak nafas sangat ni.Seganlah orang pandang-pandang kita macam ni.Aku tahulah kita berdua ni cantik tapi aku sangat tak suka cara diorang pandang kita ni.Kita baliklah ya,Lizzy,”pujuk Ha Young,bersungguh-sungguh mahu beredar dari situ.Lizzy turut berasa tidak selesa dengan pandangan para tetamu terhadap mereka itu.
“Jomlah.Lusa,aku cakap je kat Putera Mir yang kita dah datang sini,”kata Lizzy,akhirnya bersetuju dengan cadangan Ha Young itu.Ha Young tersenyum lebar apabila Lizzy sudah mahu menerima ajakannya itu.Perlahan-lahan,mereka memusingkan tubuh mereka ke belakang.Tiba-tiba,tubuh Lizzy terlanggar sesuatu sebaik sahaja dia berpusing ke belakang.
“Eh,Lizzy.Awak dah sampai?”Soal Mir,teruja melihat tutornya yang sudi hadir ke majlis pertunangan Seung Ho dengan Hyo Young itu.Lizzy terkejut apabila melihat Mir yang sedang berada di hadapannya itu.Pantas sahaja Lizzy dan Ha Young menundukkan sedikit tubuh mereka sebagai menghormati si putera raja yang tidak kurang kacaknya itu.
“Ish,apa tunduk-tunduk ni?Dah dah,”kata Mir sambil memegang bahu Lizzy.Tidak selesa pula apabila Lizzy dan Ha Young menundukkan tubuh mereka apabila berhadapan dengannya.Lizzy terkejut apabila bahunya dipegang oleh Mir.
“Kita kan kawan.Takkanlah dengan kawan sendiri pun nak tunduk-tunduk macam ni,”kata Mir lagi,sambil tersenyum manis.Lizzy tergamam dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut si putera raja itu.Mereka berkawankah?Ha Young yang menyedari riak wajah Lizzy yang berubah malu itu sekadar tersenyum nipis.Rasanya dia dapat menghidu sesuatu yang berbeza ketika itu.
“Terima kasihlah sebab sudi datang.Saya ingatkan awak tak datang tadi.Sedih tau kalau kawan saya tak dapat datang ke majlis ni,”kata Mir.
“Terima kasih juga sebab sudi menjemput kami ke sini.Satu penghormatan bagi kami bila dijemput datang ke majlis yang sangat meriah ni.Lagi-lagi bila si putera raja sendiri yang jemput kami ke sini,”kata Ha Young pula.Lizzy menjengil ke arahnya.Aik,tadi dia yang beria-ia nak balik.Ni dia pula yang beria-ia nak tunjuk mesra dengan Mir!Mir tersenyum mendengar kata-kata Ha Young itu.
“Em…kenapa awak senyap je ni,Lizzy?Awak tak sihat ke?”Soal Mir,prihatin apabila menyedari Lizzy yang senyap sejak dari tadi.Lizzy pantas menggeleng.Ha Young memaut bahu rakannya itu.
“Oh,dia tak ada apa-apa.Dia Cuma nervous je.Maklumlah ni kali pertama kami datang ke majlis macam ni,”sampuk Ha Young pula sambil memandang nakal ke arah Lizzy.Lizzy pula menjeling ke arahnya.
“Em,saya tak apa-apa,Tuan Mir.Sungguh saya tak ada apa-apa,”kata Lizzy,sambil melepaskan pautan Ha Young itu.Mir tertawa.
“Yah,awak ni kenapa,Lizzy?Gaya awak macam kali pertama jumpa saya pula.Tiba-tiba je panggil Tuan Mir pula,kenapa ni?Panggil saya macam biasa sudahlah.Arasso?”Soal Mir.Gelak tawanya itu masih lagi bersisa.Lizzy malu sendiri apabila ditegur oleh Mir itu.
“Eh,awak berdua pergilah makan dulu.Saya nak pergi tengok tetamu yang lain kejap.Okey?”Soal Mir.Lizzy segera angguk.Mir tersenyum manis sambil menundukkan sedikit kepalanya sebelum beredar dari situ.Lizzy menghela nafas panjang sebaik sahaja kelibat Mir sudah kian jauh dari mereka itu.Ha Young menyiku lengan Lizzy itu.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Aku rasa hidung aku terbau sesuatu yang berbeza.Kau dengan Mir tu ada apa-apa ke?Lain macam je aku tengok korang berdua tadi,”kata Ha Young,cuba mengorek sesuatu yang tersimpan antara Lizzy dengan Mir itu.Lizzy menepuk perlahan lengan Ha Young itu.
“Ish,mengarutlah kau ni.Dahlah,jom kita pergi makan dulu.Lepas tu,kita cepat-cepat balik,”kata Lizzy sambil menarik tangan Ha Young menuju ke suatu ruang makan.

 Bang Cheol Yong as Mir
 Lizzy After School
Oh Ha Young A Pink

Hyo Sung melepaskan tangannya apabila Du Jun menarik tangannya untuk melangkah masuk ke dalam istana itu.Du Jun menoleh ke arahnya.
"Awak tak nak masuk ke?"Soal Du Jun.Perlahan-lahan,Hyo Sung menggeleng."Tapi,kita dah sampai ni,Hyo Sung.Nanti apa pula kata Joon hyung kalau awak tak datang,"kata Du Jun.Hyo Sung memandang ke arah istana yang tersergam gah itu.Beberapa hari yang lalu,dia menerima surat jemputan daripada Chang Sun melalui pembantu peribadi lelaki itu.Hatinya begitu berat sekali untuk menghadiri ke majlis itu.Bukannya dia tidak mahu menghadiri majlis itu,tetapi lebih kepada kebimbangannya terhadap ancaman Chae Rin dan pengikut-pengikutnya.Bagaimana kalau-kalau kehadirannya ke situ dapat dihidu oleh mereka?Entah apa lagi yang akan dilakukan terhadapnya selepas ini.Namun,apa yang lebih membimbangkannya adalah jika nama baik Chang Sun tercemar atas kedegilannya sendiri.Hyo Sung menggeleng kepalanya sendiri.Terlalu banyak yang difikirnya ketika ini.Hyo Sung memegang tangan Hyo Sung dengan lembut sambil tersenyum manis ke arah wanita itu.
"Awak takut kalau Chae Rin nampak awak kat sini ya?Jangan risaulah.Awak ingat Joon Hyung nak ajak perempuan macam tu ke sini ke?Ni bukan sebarangan tempat tau.Hanya orang-orang yang terpilih je boleh datang sini.You should be proud for yourself.Joon hyung sendiri yang nak awak datang sini,"kata Du Jun,cuba menyedapkan hati Hyo Sung.Hyo Sung menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman nipis.Dia percaya dengan jaminan yang diberikan oleh Du Jun itu.

Hyo Young meletakkan tangan pada dadanya.Sungguh dia dapat merasakan degupan jantungnya yang berdetak hebat itu.Beberapa minit lagi dia akan diisytiharkan sebagai tunang kepada pewaris utama keluarga Diraja Yang,Putera Mahkota Yang Seung Ho.Hyo Young melepaskan nafas panjang,cuba membuang segala keresahannya ketika ini.Perhatiannya teralih ke arah pintu biliknya yang ditolak dari luar itu.Kelihatan wajah pembantu-pembantu istana wanita melangkah masuk ke dalam biliknya.Pasti ingin melakukan persiapan terakhir terhadap Hyo Young sebelum Hyo Young muncul secara rasmi di khalayak ramai.
"Baiklah,Cik Hyo Young.Kita dah boleh keluar sekarang,"kata salah seorang daripada pembantu istana itu.Hyo Young menelan air liur sebelum mengangguk perlahan.

Seung Ho sekadar tersenyum sepanjang berbual bersama tetamu yang hadir ke majlis pertunangannya itu.Sesekali matanya cuba mencari kelibat seseorang yang amat dinanti-nantikannya itu.Hatinya hampa apabila kelibat itu tidak dijumpainya.Mungkin dia belum sampai lagi,bisik hatinya.Byung Hee pula berdiri di suatu sudut sambil memerhati ke arah pintu utama dewan itu di mana Hyo Young akan muncul buat kali pertama di kahalayak ramai sebagai tunang kepada Seung Ho.Sesekali dia melirik ke arah jam tangannya.
"Rasanya dah lewat 15 minit ni.Dia okey ke?"Byung Hee menyoal sendiri.Byung Hee menoleh ke arah kirinya apabila menyedari putera yang paling bongsu dalam keluarga Diraja itu melangkah ke arahnya sambil membawa dua gelas berisi wine merah.Mir kemudiannya menghulurkan wine itu kepada Byung Hee.
"Nah,hyung,"kata Mir.Byung Hee menerima huluran Mir itu dengan senyuman manis.
"Gomawo,"ucap Byung Hee sebelum meneguk wine itu dengan perlahan.Mir juga meneguk wine itu.
"Mesti Hyo Young cantik malam ni.Bertuah Seung Ho hyung dapat tunang yang cantik macam dia,"kata Mir.Byung Hee sekadar angguk.
"Tak sangka...gadis tomboi macam Hyo Young tu juga yang berjaya menawan hati Seung Ho.Padahal Seung Ho...lebih sukakan perempuan yang...hot,"kata Byung Hee.Mir tertawa kecil.
"Ala...entah-entah Seung Ho hyung ada rancangan lain.Mustahil dia boleh jatuh cinta dengan Hyo Young macam tu je."Tiba-tiba sahaja Chang Sun mencelah.Kedua-dua putera raja itu menoleh ke arah Chang Sun yang baru tiba dekat dengan mereka itu.
"Joon berani potong jarilah yang Seung Ho hyung tu main-main je dengan Hyo Young tu,"kata Chang Sun selamba.
"Kenapa kau cakap macam tu pula?"Soal Byung Hee,tidak puas hati.Chang Sun sekadar tersenyum nipis.
"Hyung nampak kan waktu kita berbual pasal Fei tu?Seung Ho hyung masa tu tak pandang langsung dekat Hyo Young.Perhatian dia masa tu lebih tertumpu ke arah Fei.Hyung perasan kan?"Soal Chang Sun.
"Dahlah Joon.Aku tahu otak kau ni bukan sebarangan otak.Tapi,tak payahlah sampai nak buat teori yang mengarut tu.Baik kau fikirkan pasal hal kau sendiri.Kau tu bila lagi?Sebenarnya kau cemburu dengan Seung Ho kan?Yalah...dia playboy-playboy pun...dah nak bertunang dah.Kau?Kau nak kahwin dengan buku saja ke nanti?"Soal Byung Hee.Mir tertawa mendengar gurauan Byung Hee itu.Chang Sun berdehem beberapa kali sambil mengalihkan perhatiannya ke tempat lain.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu.Byung Hee dan Mir yang menyedari perubahan riak wajah Chang Sun itu sekadar melihat ke arah yang dilihat oleh Chang Sun itu.Tidak lama kemudian,mereka tersenyum sesama sendiri.
"Joon nak pergi jumpa kawan kejap,"kata Chang Sun sebelum beredar meninggalkan kedua-dua sepupunya itu.

"Tak lama lagi,istana ni buat majlis pertunangan lagi sekali,"kata Mir.Byung Hee sekadar angguk sambil tersenyum.Perhatian Mir teralih ke arah Sandara yang muncul di hadapan matanya itu.Kelihatan wanita itu sedang berbual-bual dengan salah seorang tetamu yang hadir itu.

"Noona..."Mir menyebut nama Sandara secara tidak sengaja.Byung Hee menoleh ke arah Sandara sebaik sahaja mendengar Mir menyebut nama Sandara.Byung Hee melihat ke arah wajah Mir yang berubah itu apabila berhadapan dengan wanita itu.Kening kanannya terangkat.Byung Hee yakin bahawa sangkaannya itu tepat sekali.
"Aku baru sedar yang sepupu-sepupu aku ni...semuanya dah besar-besar belaka,"bisik hatinya sambil tersenyum.

Tidak lama selepas itu,lampu dewan besar itu dimalapkan sedikit.Kemudian satu lampu putih dihalakan ke arah pintu utama dewan itu.Semua tetamu di situ menumpukan perhatian mereka ke arah yang disuluh lampu itu.Kelibat Hyo Young yang bergaun putih itu menarik perhatian setiap tetamu yang hadir ketika itu.Semua yang berada di situ terpaku dengan kecantikan Hyo Young pada malam itu.Apatah lagi bagi putera raja yang berlima itu.Sungguh mereka tidak mempercayai gadis yang melangkah masuk ke dalam dewan itu adalah Hyo Young,gadis tomboi yang mereka kenali dulu.Seung Ho juga tidak terkecuali.Kali ini,Hyo Young sudah pun berdiri di hadapannya.Untuk seketika,wajah Fei yang menjadi kegilaannya selama ini hilang dari fikirannya.Yang tinggal,hanyalah wajah ayu Hyo Young yang belum pernah dilihatnya selama ini.

 MBLAQ

No comments:

Post a Comment