15 August, 2011

-Monalisa Page 13-

Hyo Sung sibuk menelaah bukunya yang tebal itu tanpa menyedari pandangan Chang Sun terhadapnya.Chang Sun pula asyik memerhati ke arah Hyo Sung yang kini sudah mula menarik perhatiannya dalam diam itu cuma dia sahaja enggan mengakuinya.
“Ah,apa pula yang dia cakap ni?”Soal Hyo Sung sendiri,sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dahinya pula berkerut seribu,seolah-olah cuba memahami isi yang terkandung di dalam buku itu.Dia kemudiannya mengeluarkan kamus dari dalam begnya dengan niat untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahaminya itu.Namun,niatnya terbantut apabila kamusnya itu diambil oleh Chang Sun dengan selamba.Hyo Sung memandang pelik ke arah Chang Sun.
“Em,kenapa ni?Saya ada buat salah apa-apa ke?”Soal Hyo Sung.Chang Sun tidak segera membalas pertanyaan Hyo Sung itu sebaliknya terus memandang ke arah Hyo Sung itu.Hyo Sung hairan dengan pandangan Chang Sun itu terhadapnya.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan seketika untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu yang menarik perhatian Chang Sun.Namun,dia tidak pula menjumpai apa-apa.Sebaliknya kosong.Hyo Sung menoleh semula ke arah Chang Sun.
“Awak pandang apa tu?”Soal Hyo Sung,ingin tahu.Chang Sun perlahan-lahan menggeleng.Dia kemudiannya memandang ke arah bukunya semula.Hyo Sung semakin hairan dengan kelakuan Chang Sun itu.

“Saya dengar awak ada mengeluh tak faham tadi.Apa yang awak tak faham tu?”Soal Chang Sun pula,berpura-pura menumpukan perhatian terhadap kerjanya semula.Hyo Sung tersenyum nipis apabila Chang Sun sudi menawarkan bantuannya itu.Dia menolak bukunya itu kepada Chang Sun bagi membolehkan Chang Sun melihat isi yang kurang difahaminya itu dengan lebih dekat.Kelihatan lelaki itu sedang berfikir sesuatu.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Ah…senang je.Mari sini saya terangkan dekat awak,”kata Chang Sun.Hyo Sung pun akur pada permintaan putera raja itu.Jantungnya berdegup kencang apabila menyedari wajah Chang Sun yang sangat dekat dengannya itu.


“Awak pandang apa tu?”Soal Hyo Sung,ingin tahu.Chang Sun perlahan-lahan menggeleng.Dia kemudiannya memandang ke arah bukunya semula.Hyo Sung semakin hairan dengan kelakuan Chang Sun itu.
“Saya dengar awak ada mengeluh tak faham tadi.Apa yang awak tak faham tu?”Soal Chang Sun pula,berpura-pura menumpukan perhatian terhadap kerjanya semula.Hyo Sung tersenyum nipis apabila Chang Sun sudi menawarkan bantuannya itu.Dia menolak bukunya itu kepada Chang Sun bagi membolehkan Chang Sun melihat isi yang kurang difahaminya itu dengan lebih dekat.Kelihatan lelaki itu sedang berfikir sesuatu.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Ah…senang je.Mari sini saya terangkan dekat awak,”kata Chang Sun.Hyo Sung pun akur pada permintaan putera raja itu.Jantungnya berdegup kencang apabila menyedari wajah Chang Sun yang sangat dekat dengannya itu.Haruman minyak wangi lelaki itu sudah cukup menggetarkan naluri wanitanya.Hyo Sung asyik menatap wajah Chang Sun yang kacak itu.Seketika bibirnya tersenyum manis,seolah-olah membayangkan hanya dia dan putera raja itu sahaja yang berada di perpustakaan itu.Jauh di sudut hati,dia amat mengharapkan agar waktu terhenti ketika itu bagi membolehkannya bersama dengan Chang Sun dengan lebih lama.Tiba-tiba,Chang Sun menoleh ke arahnya dan menyebabkan pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Lama mereka berkeadaan begitu.Entah mengapa,secara perlahan-lahan Chang Sun menyentuh pipi Chang Sun dengan lembut.Hyo Sung pula terpaku dengan sentuhan lembut Chang Sun itu.Chang Sun kemudiannya mendekatkan bibirnya ke arah Hyo Sung.
Namun,tiba-tiba sahaja telefon bimbit Chang Sun berdering.Chang Sun menelan air liurnya sambil menutup matanya.Pantas sahaja dia mengalihkan wajahnya daripada Hyo Sung lalu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluarnya itu.
"Apa dia?"Soal Chang Sun,malas-malas.Muka Hyo Sung pula berubah merah."Arasso.Nanti saya datang,"kata Chang Sun sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.Dia kemudiannya menoleh ke arah Hyo Sung.
"Saya ada hal dekat office sekejap.Saya harap awak tak kisah kalau saya nak pergi sekarang,"kata Chang Sun,bersiap-siap untuk beredar.Hyo Sung mengangguk laju.
"O..okey.Saya tak kisah pun,"balas Hyo Sung,langsung tidak memandang ke arah Chang Sun.Malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi."Gomawo.Saya...dah faham apa yang awak terangkan tadi,"kata Hyo Sung,ragu-ragu.Chang Sun sekadar tersenyum sambil membetulkan cermin matanya itu.
"Esok kita jumpa lagi,okey?"Kata Chang Sun sambil bangun dari tempat duduknya itu.Hyo Sung angguk sambil tersenyum.Dia kemudiannya memandang ke arah mejanya semula.Malu untuk terus bertentang mata dengan putera raja itu.
"Hyo Sung."Hyo Sung mendongak apabila mendengar namanya dipanggil oleh Chang Sun itu.Tanpa dijangkanya,putera raja itu mengucup bibirnya.Mata Hyo Sung terbuka luas,terkejut dengan tindakan Chang Sun itu.Chang Sun kemudiannya mulai beredar dari situ dengan mengukir senyuman puas hati.Hyo Sung pula masih terawang-awang dalam dunia khayalannya sendiri.Bibirnya itu disentuhnya.Tanpa disedarinya,perbuatan mereka telah diperhatikan oleh seseorang dari belakang.



Chang Sun melepaskan keluhan berat apabila melihat kelibat yang teramat dikenalinya yang sedang menunggunya di pejabatnya itu.Niatnya mahu sahaja beredar dari situ.

“Ha~…anak omma yang handsome ni dah datang pun.”Pantas sahaja Puan Ha Ni memeluk tubuh anak lelaki kesayangannya itu.Chang Sun rimas apabila wajah kacaknya itu menjadi sasaran bagi ibunya untuk melepaskan geram.Habis merah pipinya akibat dicubit.Apa nak buat,hanya itu sahaja cara ibunya bagi melepaskan geram dan rindunya terhadap satu-satunya putera kesayangannya itu.
“Omma buat apa kat sini?”Soal Chang Sun,pura-pura tersenyum.Puan Ha Ni tersenyum lebar.
“Saja…nak jumpa dengan anak omma.Tak boleh ke?”Soal Puan Ha Ni.
“Tak adalah,omma.Joon saja tanya.Joon ingatkan ada meeting tergempar tadi.Kelam kabut juga Joon lari dari kampus tadi,”kata Chang Sun sambil menjeling ke arah pembantu peribadinya itu.Pembantunya itu sekadar tersenyum nipis ke arahnya.Tak guna punya PA!
“Anak omma dah makan?Omma ada masakkan makanan kegemaran Joon tau.Kita lunch sama-sama nak?Rindulah nak makan dengan Joon,”ajak Puan Ha Ni.Chang Sun sekadar tersenyum nipis.
“Kenapa omma tak cakap yang omma nak balik?Joon kan boleh jemput omma dari airport,”kata Chang Sun,prihatin.Sungguh dia tidak tahu perihal kepulangan ibunya dari Jerman itu.Tahu-tahu sahaja ibunya sudah berada di hadapannya.Siap dengan makanan kegemarannya sekali.Puan Ha Ni tersenyum sambil membetulkan rambut anak lelakinya yang pendek itu.Ternyata dia amat merindui anak lelakinya itu.
“Tak apa,Joon.Omma tak kisah pun.Memang omma sengaja nak buat kejutan dekat Joon.Macam mana?Terkejut tak?”Soal Puan Ha Ni,seraya bergurau.Chang Sun tertawa mendengar jenaka ibunya itu.
“Terkejut sangat…sampai terasa nak kena heart attack,”kata Chang Sun,membalas gurauan ibunya itu.Puan Ha Ni tertawa lalu memeluk Chang Sun.Chang Sun turut membalas pelukan ibunya itu.
“Omma rindu sangat dekat Joon…”Ucap Puan Ha Ni.
“Joon pun…”balas Chang Sun sambil memandang ke arah pembantu peribadinya itu.Kelihatan pembantunya itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda maaf.Dia terpaksa membohongi putera raja itu dengan alasan ada mesyuarat tergempar di pejabat sedangkan sebenarnya Puan Ha Ni yang beria-ia mahu bertemu dengan anak lelakinya itu.
“Omma…berapa kali Joon nak cakap denan omma.Joon malaslah nak fikir pasal teman wanita semua ni.Joon sibuk dengan hal kerja dengan study sekarang ni,”kata Chang Sun.Tidak selesa apabila hal-hal percintaan dan teman wanita ini dibangkitkan oleh ibunya.
“Takkan sampai sekarang Joon masih single lagi?Omma bukannya suruh Joon kahwin lagi pun.Omma cuma nak tahu kalau-kalau Joon dah ada teman wanita.Tu je,”kata Puan Ha Ni.Chang Sun menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Perkara inilah yang paling dibencinya jika bertemu dengan ibunya itu.Balik-balik hal yang sama.Girlfriend,girlfriend,girlfriend!Bosan!
“Omma…omma jangan risaulah,okey?Kalau Joon betul-betul dah ada teman wanita nanti,Joon akan kenalkan dekat omma.Cuma sekarang ni…sungguh Joon tak boleh.Joon sangat sibuk sekarang ni,”kata Chang Sun.
“Kalau Joon nak,omma dah ada calon nak kenalkan dengan Joon.Baik budaknya,Joon.Pandai macam kamu juga.Kalau Joon tak kisah,omma boleh aturkan pertemuan tu nanti,”kata Puan Ha Ni,bersungguh-sungguh.
“Sungguh,sungguh,sungguh tak perlu,omma.Joon boleh cari sendiri.Omma jangan risau,”kata Chang Sun,bersungguh-sungguh menolak tawaran ibunya itu.Dia tidak mahu perkahwinannya diatur seperti yang terjadi terhadap Seung Ho itu.Dia yakin Seung Ho hanya menjadikan Hyo Young sebagai teman wanitanya sebagai cara menolak cadangan Permaisuri Yang yang mahu menjodohkannya dengan Fei.
“Betul ni?Omma boleh percaya ke dengan pilihan kamu tu nanti?”Soal Puan Ha Ni,ragu-ragu.Chang Sun angguk.
“Omma jangan risau.Ni Lee Chang Sun…pewaris ketiga terpenting dalam keluarga Yang.Omma takkan sesekali hampa dengan apa yang Joon lakukan nanti,”kata Chang Sun,mendabik dada.Puan Ha Ni angguk.
“Arasso…omma percayakan Joon.Tapi…omma tetap nak temukan Joon dengan budak perempuan tu…kalau…Joon tak tepati apa yang Joon janjikan dengan omma tadi.Arasso?”Soal ibunya.Chang Sun mengangguk lagi.Sungguh dia mengharapkan agar ibunya tidak mengambil serius dengan kata-katanya itu.
Langkah Hyo Sung terhenti apabila dihalang oleh beberapa oleh pelajar wanita yang diketuai oleh Chae Rin itu.Hyo Sung hairan dengan pandangan sinis yang dilemparkan oleh kumpulan pelajar wanita itu terhadapnya.Apa lagi yang mereka tidak puas hati terhadapnya pun dia tidak pasti.Hyo Sung cuba mengelak daripada kumpulan pelajar wanita itu namun tidak berjaya.
“Yah,kau nak pergi mana cepat-cepat macam ni?Ada temujanji dengan Chang Sun oppa ke?”Soal Chae Rin,bernada sinis.Hyo Sung memandang ke arah Chae Rin.
“Apa lagi,Chae Rin?Apa lagi yang aku dah buat sampai buat kau marah macam ni?”Soal Hyo Sung,cuba berlagak berani.Chae Rin tertawa mengejek sambil diikuti oleh pengikut-pengikutnya.
“Berani dia tanya aku macam tu,”kata Chae Rin kepada pengikut-pengikutnya sambil tertawa.Tanpa dijangka oleh Hyo Sung,tubuhnya ditolak oleh Chae Rin dengan kasar.Hyo Sung mengaduh kesakitan.Chae Rin kemudiannya menekup muka Hyo Sung dengan kuat.”Kau jangan nak perasanlah,Hyo Sung.Tak payah nak tunjuk lagak kau tu dekat kitorang.Menyampah aku tengoknya.Kau ingat…Chang Sun oppa serius ke dengan apa yang dikatakannya sebelum ni?Kau ingat dia nak sangat ke jadikan kau ni sebagai teman wanitanya kalau kau dapat kalahkan dia untuk peperiksaan yang akan datang ni,hah?Ujian biasa pun kau tak lepas.Ni kan pula nak kalahkan Chang Sun oppa dalam peperiksaan tu.Pergi matilah!”Chae Rin menolak kepala Hyo Sung sehingga membuatkan kepala wanita itu terhentak pada dinding.Hyo Sung mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya yang sakit itu dengan perlahan.
“Mana benda tu?”Soal Chae Rin terhadap pengikutnya yang berambut perang itu.Kelam kabut pelajar itu menyerahkan botol berisi lumpur itu kepada Chae Rin.Chae Rin mengukir senyuman sinis sambil memandang ke arah Hyo Sung.Dia kemudiannya mendekati ke arah Hyo Sung secara perlahan-lahan.Hyo Sung mulai bimbang dengan tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh wanita yang terkenal dengan sifat hasad dengkinya itu.
"Apa perasaan kau dapat kiss dengan Chang Sun oppa?Seronok?"Soal Chae Rin.Mata Hyo Sung terbuka luas apabila disoal sebegitu rupa oleh Chae Rin.Takkan Chae Rin ternampak perbuatannya dengan Chang Sun itu sebentar tadi?Chae Rin kemudiannya meletakkan lumpur itu di atas tapak tangannya sebelum disapu pada mulut dan wajah Hyo Sung itu dengan kasar.Chae Rin ketawa besar apabila melihat wajah Hyo Sung yang comot akibat dipalit dengan lumpur itu.
"Nilah akibatnya kalau kau berani buat apa-apa dengan Chang Sun oppa.Lepas ni,aku akan buat lagi teruk lagi terhadap kau.Arasso?!"Jerkah Chae Rin.Hyo Sung mengalirkan air matanya namun tidak disedari oleh Chae Rin akibat wajahnya yang comot itu.Chae Rin dan pengikut-pengikutnya pun berlalu meninggalkan Hyo Sung selepas membaling botol yang diisi dengan lumpur tadi ke arah Hyo Sung.
"Hyo Sung!"Hyo Sung menoleh apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.Du Jun bergegas mendekati ke arah Hyo Sung dengan riak wajah yang cemas.
"Kenapa dengan kau ni?Kenapa muka kau jadi macam ni?"Soal Du Jun,bertubi-tubi.Hyo Sung mengalihkan wajahnya apabila Du Jun cuba menyentuh wajahnya yang comot itu.
"Tak ada apa-apa,"kata Hyo Sung,sambil berura-ura mahu beredar dari situ.Namun,niatnya terbantut apabila tangannya dipegang oleh Du Jun,seolah-olah menghalangnya dari beredar dari situ.
"Du Jun ah..."Du Jun tidak mempedulikan kata-kata Hyo Sung sebaliknya terus menarik tangan Hyo Sung agar mengikutinya ke suatu tempat.Dengan terpaksa,Hyo Sung akur pada kehendak Du Jun.


Hyo Sung menutup matanya apabila sapu tangan Du Jun yang berwarna biru itu menyentuh wajahnya.Du Jun kemudiannya merendam seketika tuala birunya ke dalam bekas air untuk menghilangkan kesan kotoran pada tualanya itu.
"Du Jun,tak apalah.Saya boleh basuh sendiri muka saya ni.Saya tak ada apa-apa lah,"kata Hyo Sung.Du Jun tidak langsung mengendahkan permintaan Hyo Sung itu.Hyo Sung hampa.
"Apa yang dah terjadi sebenarnya?Ni mesti kerja si Chae Rin kan?Gaduh pasal Joon Hyung ke?"Duga Du Jun.Hyo Sung melepaskan keluhan berat.
"Biasa-biasa je.Salah saya juga sebab tak hati-hati,"kata Hyo Sung,lemah.
"Saya dah pernah cakap dekat awak sebelum ni.Joon hyung bukan sebarangan orang kat sini.Awak bukannya tak tahu yang budak perempuan kat kampus kita ni gila sikit.Saya pun tak tahu apa yang mereka nampak pada hyung,"kata Du Jun.Hyo Sung tersenyum nipis.
"Awak cemburu ya?"Soal Hyo Sung.
"Yah,siapa kata saya cemburu?Saya cuma tak suka tengok awak jadi macam ni sebab Joon hyung tau.Lagi-lagi awak jadi macam ni bila hyung tak ada kat sini.Memang senanglah diorang nak kenakan awak sampai macam ni,"kata Du Jun,geram."Hm..dah bersih pun muka awak.Lain kali hati-hati.Fikir dulu sebelum awak nak buat apa-apa dengan hyung.Tu je yang saya nak awak buat,"kata Du Jun sebelum memasukkan sapu tangannya ke dalam poket seluarnya,Namun tindakannya itu dihalang oleh Hyo Sung.
"Biar saya cuci sapu tangan awak tu.Okey?"Pinta Hyo Sung.Hyo Sung selamba sahaja mengambil sapu tangan itu daripada Du Jun lalu dimasukkan ke dalam begnya.Hyo Sung kemudiannya mengukir senyuman manis.
"Gomawo..."Du Jun sekadar membalasnya dengan senyuman.




No comments:

Post a Comment