28 August, 2011

-Monalisa Page 16-

Byung Hee sekadar memerhati litar lumba kereta itu dari jauh.Sungguh dia amat merindui tempat kegemarannya yang sudah tiga tahun ditinggalkannya itu.Kereta-kereta yang memecut laju di litar itu sekadar dilihatnya di sebalik kaca mata hitamnya itu.Penasihat Kim yang turut menemaninya itu sekadar mendiamkan diri.Dia sudah sedia maklum dengan minat tuan mudanya terhadap bidang lumba kereta itu sejak dari awal perkenalannya dengan putera raja itu lagi.Cuma,peristiwa malang yang menimpa putera raja tiga tahun dulu telah membuatkan Byung Hee seakan-akan lupa pada minatnya itu.Penasihat Kim menoleh ke arah Byung Hee apabila mendengar keluhan berat yang kedengaran daripada lelaki itu.
"Kenapa,Tuan?"Soal Penasihat Kim.Byung Hee menggeleng.
"Tuan nak berlumba ke?Kalau nak,saya boleh tempahkan tempat ni untuk Tuan,"kata Penasihat Kim,menawarkan khidmatnya.Byung Hee segera meggeleng apabila mendengar kata-kata penasihatnya itu.
"Tak perlu.Saya...saya cuma nak singgah sekejap tempat ni.Tiba-tiba rindu pula nak datang ke sini,"balas Byung Hee.Penasihat Kim sekadar akur pada kehendak tuan mudanya itu.Byung Hee kemudiannya menundukkan kepalanya,memandang ke arah kedua-dua tangannya itu.Kedua-dua tangannya itu merupakan salah satu daripada kebanggaannya suatu ketika dahulu.Namun kini...Byung Hee pantas menggeleng kepalanya apabila imbauan peristiwa dahulu yang memeritkan itu mula menerjah ke fikirannya itu.
"Kita balik sekarang,"kata Byung Hee,memberi arahan.Penasihat Kim patuh pada arahan Byung Hee,tanpa langsung membantah.Mereka mulai beredar dari situ.
"Jio?"Byung Hee berhenti daripada terus melangkah apabila terdengar namanya disebut dari belakang.Perlahan-lahan,Byung Hee menoleh ke arah belakangnya itu.Kelihatan lelaki yang menegurnya itu membuka topi keledarnya sebelum tersenyum ke arahnya.
"Aku ingatkan kau dah lupa pada tempat ni.Lamanya kau menghilang,"kata lelaki itu.
"Seung Ri?"Soal Byung Hee.Lelaki yang dikenali sebagai Seung Ri itu sekadar tertawa kecil.
"Baguslah kalau kau kenal aku lagi.Aku ingat kau dah tak ingat langsung dah pada pesaing kau yang hebat ni.Maklumlah dah tiga tahun kau menghilang.Ni tiba-tiba je kau muncul balik kat sini.Apa yang membuatkan kau datang sini balik?Kau dah rindu nak berlumba dengan aku lagi ke?"Soal Seung Ri.Byung Hee sekadar tersenyum nipis.
"Aku saja singgah.Nak berlumba tu..."
"Kau takut ke?Kau takut sebab kalah ke?Apa kata kalau kita berlumba sekarang?Aku pun dah lama tak merasa nak kalahkan kau ni,"celah Seug Ri,pantas sahaja memotong kata-kata Byung Hee itu.Byung Hee melepaskan nafas panjang.
"Miane.Aku...tak dapat nak penuhi kehendak kau kali ni.Aku...ada hal sikit sekarang.Mungkin,kita boleh lumba lain kali,"kata Byung Hee,memberi alasan.Seung Ri tertawa lagi.
"Nampak sangat keberanian dan keyakinan kau dah tak macam dulu.Okey,aku lepaskan kau untuk kali ni.Tapi,lepas ni,aku akan pastikan kau akan berlumba dengan aku.Arasso?"Soal Seug Ri,bersungguh-sungguh.Byung Hee terpaksa angguk sambil mengukir senyuman secara terpaksa.
"Okey.Aku chow dulu.Bersedia untuk lumba dengan aku lepas ni,"kata Seung Ri,cuba mengingatkan Byung Hee sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.Perlahan-lahan,Penasihat Kim mendekati ke arah Byung Hee.
"Maafkan saya sebab masuk campur,Tuan.Tapi...Tuan betul-betul ke nak terima cabaran lelaki tu?"Soal Penasihat Kim.Byung Hee tidak segera menjawab.Dia sudah dapat menjangka pertemuan dengan Seung Ri itu pasti akan berlaku.Byung Hee sekadar membalas pertanyaan Penasihat Kim itu dengan keluhan.
Byung Hee dan Penasihat Kim saling membisu antara satu sama lain.Byung Hee resah dengan pelbagai perkara yang singgah di dalam fikirannya ketika itu.Penasihat Kim pula sentiasa bersedia untuk menerima sebarang arahan daripada Byung Hee.
"Jun Hyun."Penasihat Kim pantas menoleh ke arah Byung Hee apabila disapa oleh lelaki itu secara tidak formal.Byung Hee turut menoleh ke arahnya.
“Awak rasa…”Jun Hyung terus memandang ke arah Byung Hee,menunggu lelaki itu untuk meneruskan kata-katanya.”Tak apalah.Saya letih.Kalau dah sampai nanti,awak tolong kejutkan saya ya,”kata Byung Hee,enggan untuk meneruskan pertanyaannya itu.Penasihat Kim terpaksa akur pada permintaan tuan mudanya itu walaupun hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui perkara sebenar yang sedang bermain di fikiran lelaki berstatus Diraja itu.
“Oppa,kenapa tiba-tiba macam ada orang ikut kita dari belakang?”Soal Nana,sekali sekala menoleh ke arah belakang.Byung Hee yang sedang memandu itu sekadar melihat melalui cermin pandang belakang.Ada apa pula ni?Getus hatinya.Byung Hee cuba memandu keretanya sedikit laju daripada sebelumnya,berniat untuk menjauhkan jarak keretanya daripada kereta yang sedang mengekorinya itu.Namun,kereta itu turut dipandu laju seolah-olah cuba mengejar keretanya.Byung Hee mulai berasa tidak senang hati.
“Oppa,ada apa ni?Memang betulkan kereta tu ikut kita sekarang ni?”Soal Nana lagi,mulai panik.Byung Hee menggigit bibirnya,menahan geram.Tak lain tak bukan,pasti ini konco-konco ibunya.Tanpa disedarinya,tangan kanan Byung Hee terhentam pada stereng keretanya seolah-olah melepaskan rasa marah yang terbuku di dalam hatinya itu.Nana terkejut dengan tindakan teman lelakinya itu.
“Oppa…”
“Jaga-jaga,”balas Byung Hee,memotong kata-kata Nana sambil mulai memandu laju keretanya melebihi had laju yang ditetapkan.Kereta yang mengekorinya dari belakang itu tetap enggan melepaskan Byung Hee pergi jauh daripadanya.Nana cuak dengan pemanduan Byung Hee yang berbahaya itu.Apatah lagi kereta itu dipandu laju di atas jalan raya yang berselekoh tajam.
“Oppa,janganlah drive macam ni.Nana rasa lebih baik oppa berhenti sahaja.Mungkin mereka ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan oppa,”pujuk Nana.
“Mereka tu orang-orang omma oppa.Tak ada benda lagi yang nak dibincangkan.Mereka mesti diarahkan untuk pisahkan kita berdua.Walau apapun terjadi,oppa mesti bawa Nana jauh dari mereka,”kata Byung Hee,enggan menuruti permintaan Nana.Nana menoleh ke belakangnya sekali lagi.Ternyata benar mereka sedang diekori sekarang ini.Bukannya sebuah malah dua buah kereta.Nana menoleh ke arah Byung Hee yang sedang memandu itu.Jelas sekali lelaki itu mahu melarikan diri daripada konco-konco ibunya sendiri kerana tidak mahu sesuatu buruk terjadi ke atas Nana.Nana dihantui rasa bersalah.Hubungan antara Byung Hee dengan ibunya sendiri bertukar musuh gara-gara dirinya.Byung Hee berkeras mahu mengekalkan hubungannya bersama-sama Nana walaupun ditentang keras oleh ibunya.Perlahan-lahan,Nana membuka tali pingang keretanya.
“Nana buat apa ni?”Soal Byung Hee.”Pakai balik seatbelt tu.Oppa kan tengah drive laju ni!”Arah Byung Hee.Nana tidak mempedulikan kata-kata Byung Hee.
“Nana nak oppa berhenti!”Balas Nana pula.Byung Hee terkejut dengan nada suara Nana yang tinggi terhadapnya itu.”Nana nak oppa berhentikan kereta ni sekarang juga!”Kata Nana lagi.
“Tapi kenapa?Nana nak oppa terus menyerah macam tu je?Oppa kan dah janji yang oppa akan terus bersama dengan Nana tak kira apa pun terjadi?!”Soal Byung Hee.
“Tapi,Nana lagi rela kita berpisah daripada oppa terus bermusuhan dengan omma oppa sendiri semata-mata Nana!”Kata-kata Nana itu sudah mampu membuatkan Byung Hee terkunci kata.Putera raja itu sangat terkejut dengan kata-kata teman wanitanya itu.
“Nana nak kita berpisah,”kata Nana lagi,sambil mengalirkan air mata.Byung Hee pula sudah tidak mampu menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
“Oppa!”Byung Hee tersentak apabila terdengar jeritan Nana di sebelahnya itu.Byung Hee berusaha mengelakkan keretanya daripada bertembung dengan sebuah lori yang dipandu ke arah bertentangan dengannya itu.Malangnya kereta yang dipandu oleh Byung Hee itu terlanggar pada sebatang pokok yang terletak di bahu jalan itu.Kepala Byung Hee terhantuk pada cermin kereta hadapannya.Byung Hee mengaduh kesakitan.Dia kemudiannya menoleh ke arah kanannya.
“Nana!”Byung Hee terkejut apabila melihat sebahagian daripada tubuh Nana sudah terkeluar daripada keretanya melalui cermin kereta hadapannya.Banyak darah mengalir daripada kepala wanita itu.”Nana!”Byung Hee menarik tubuh Nana ke arahnya.Pipi wanita itu ditepuknya perlahan,dengan harapan wanita itu membuka matanya.”Nana,bangunlah!”Air mata Byung Hee mulai mengalir apabila Nana tidak memberi sebarang respon terhadapnya.”Nana!”Byung Hee memeluk tubuh Nana yang sudah tidak bernyawa itu.
Penasihat Kim cuba mengejutkan Byung Hee dari lenanya apabila melihat dahi Byung Hee yang mulai basah dek peluh itu.Kelihatan lelaki itu mengalami mimpi buruk.Penasihat Kim cuba meletakkan tangannya di atas bahu kiri Byung Hee namun perbuatannya terhenti apabila terdengar putera raja itu menyebut nama Nana berulang kali.Penasihat Kim melepaskan keluhan kecil.Ternyata lelaki itu masih belum boleh melupakan mendiang adik perempuannya yang sudah tiga tahun meninggal dunia itu.
“Tuan,kita dah sampai ni.”Penasihat Kim cuba mengejut Byung Hee dari lenanya secara lembut.Bahu lelaki itu digoncangnya perlahan.”Tuan!”Penasihat Kim meninggikan sedikit suaranya apabila lelaki itu masih enggan untuk terjaga dari lenanya itu.Byung Hee terkejut lantas terjaga dari lenanya itu.
“Tuan,tuan tak apa-apa?”Soal Penasihat Kim,prihatin.Byung Hee menoleh ke arah Penasihat Kim.Perlahan-lahan,dia menggelengkan kepalanya.
“Kita dah sampai ke?”Soal Byung Hee.Perlahan-lahan,Penasihat Kim mengangguk.
“Kita gerak sekarang,”kata Byung Hee sebelum membuka pintu belakang kereta mewah itu.Penasihat Kim sekadar akur pada arahan tuan mudanya itu.




No comments:

Post a Comment