11 August, 2011

-Monalisa Page 11-

Seung Ho melihat jam tangannya setelah meneguk segelas air suam yang diletakkan di atas meja itu.Dia melepaskan keluhan kecil apabila sudah hampir satu jam dia menunggu kehadiran wakil dari syarikat AA,namun langsung tidak kelihatan kelibat wakil itu.Kalau bukan kerana arahan daripada ibunya,sudah lama dia meninggalkan kafe itu dan meneruskan perancangannya seperti biasa.Tidak lama selepas itu,setiausahanya segera melangkah ke arahnya sambil memegang telefon bimbit.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Maafkan saya,Tuan.Wakil dari Syarikat AA tu dah nak sampai.Mereka terlewat disebabkan kesesakan jalan raya,Tuan,"kata setiausaha itu dengan tenang.Seung Ho sekadar angguk.Setiausaha itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum beredar meninggalkan Seung Ho keseorangan di situ.

"Maafkan saya sebab terlambat,Encik Yang Seung Ho."Seung Ho mendongakkan kepalanya apabila terdengar suara seorang wanita yang lembut menegurnya.Kelihatan wanita itu mengukir senyuman manis ke arahnya.Seung Ho berdiri apabila melihat wanita itu sedang menghulurkan tangan kepadanya.
"Wang Fei Fei."Wanita itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.Seung Ho menyambut huluran tangan wanita itu.Wajah wanita itu seperti pernah dikenalinya namun dia tidak pasti.
"Yang Seung Ho,"balas Seung Ho,masih cuba mengecam wajah wanita yang dikenali sebagai Wang Fei Fei itu.
"Awak dah tak ingat kat saya lagi ke?"Soal wanita itu.
"Haa?"Seung Ho sedikit tersentak dengan pertanyaan wanita itu.Kelihatan senyuman wanita itu kian melebar.
"Saya Fei la.Tunang awak yang tak jadi tu,"kata Fei lagi.Mata Seung Ho terbuka luas saat mendengar kenyataan wanita yang dikenali sebagai Fei itu.Biar benar wanita yang kelihatan cantik dan elegan itu adalah Fei!Sedangkan dulu...
"Ya.Saya Fei.Takkan awak tak cam saya langsung kot,"kata Fei lagi.
"Tipu.Mustahil awak Fei..."
"Fei Debab?Ya...sayalah tu,"Fei memotong kata-kata Seung Ho.
"Yah,biar betul awak ni Fei?Kenapa nampak lain sangat?"Soal Seung Ho,benar-benar tidak percaya dengan perubahan Fei itu.Tubuhnya tidak lagi gempal seperti dulu.Malah sangat langsing dan menarik.Wajahnya juga kelihatan licin dan gebu.Rambutnya pula lurus dan kelihatan lembut sekali.Pendek kata,semuanya sempurna!Terlalu jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan Fei yang dikenalinya 15 tahun yang lalu.
"Ala...janganlah pandang saya macam tu.Takkan saya nak ubah stail lain sikit pun tak boleh?"Kata Fei.Seung Ho tertawa kecil.Sedikit tertawan dengan gaya percakapan Fei yang lembut itu.Sangat berbeza dengan gaya percakapannya yang kasar 15 tahun yang lalu.
"Sungguh saya tak percaya yang awak ni Fei.Seriously...you look...totally different.Totally different!"Balas Seung Ho.Fei tersenyum bangga apabila dipuji oleh Seung Ho."Eh,silakan duduk.Lama pula kita berdiri kat sini,"kata Seung Ho.Fei sekadar menurut.
"Saya tak tahu pula yang awak ni wakil dari Syarikat AA.Omma saya pun tak cakap apa-apa kat saya,"kata Seung Ho,kelihatan teruja dengan pertemuan itu.Apatah lagi bertemu dengan musuh lamanya yang sudah berubah penampilannya sebanyak 360 darjah itu.
"Omma awak terlupa kot nak cakap dengan awak.Tak pun sengaja nak sembunyikan perkara ni daripada awak.Yalah...kalau awak tahu saya ni wakil dari Syarikat AA,mesti awak tak nak jumpa saya.Awakkan benci sangat dekat saya,"kata Fei.Seung Ho tertawa.
"Apalah awak ni.Tu dululah.Zaman budak-budak mentah dulu.Takkanlah sampai sekarang saya benci kat awak lagi,"balas Seung Ho,berbohong."Saya sangat gembira dapat jumpa dengan awak lagi adalah,"sambungnya lagi.
"Kalau awak tak benci kat saya...kenapa awak tak nak bertunang dengan saya?"Soal Fei,tiba-tiba.Seung Ho terkejut apabila disoal begitu oleh Fei.
"Aaa...pasal tu..."
"Awak ni kelakarlah.Sama macam dulu.Tak boleh gertak sikit,dah cuak.Saya acah-acah jelah.Awak ingat saya marah ke?Saya faham.Awak mesti dah ada pilihan hati sendiri kan.Maklumlah dah 15 tahun berlalu.Macam-macam boleh berlaku,"kata Fei,sambil ketawa.Seung Ho malu sendiri.Ternyata sikap Fei yang suka bergurau itu masih belum berubah.
"Mesti cantikkan tunang awak tu?Teringin nak jumpa dia dan ucapkan tahniah kat dia.Maklumlah...berjaya mencuri hati si putera idaman..."Sambung Fei lagi.Seung Ho tersenyum segaris."Saya ingatkan...kalau saya dah berubah macam ni,dapatlah tarik perhatian awak.Tapi...terlambatlah pula,"kata Fei,kelihatan sedih pada riak wajahnya.Seung Ho memandang ke arah Fei yang kelihatan sangat cantik pada matanya itu.Andai dapat diputarkan kembali waktu,pasti dia tidak akan menolak permintaan ibunya itu untuk menyatukannya bersama Fei.Perlahan-lahan,Seung Ho melepaskan keluhan berat.
"Miane..."Ucap Seung Ho.Fei memandang ke arahnya.
"Hm?Miane?Kenapa pula?"Soal Fei,hairan.
"Sebab saya...tak jadi bertunang dengan awak,"kata Seung Ho.Kelihatan Fei tertawa kecil.
"Apalah awak ni?Kan saya kata saya tak marah.Awak memang berhak pun nak bertunang dengan siapa-siapa saja yang awak nak.Kalau saya tak dapat awak,mungkin saya boleh jeling-jeling sikit dekat Byung Hee dengan Chang Sun pula,"kata Fei,seraya bergurau.Seung Ho tersenyum mendengar gurauan Fei itu.
"Kalau awak sudi,datanglah ke majlis pertunangan saya minggu depan.Omma saya yang beria-ia nak buat majlis tu,"kata Seung Ho.Fei kelihatan teruja mendengar ajakan lelaki berstatus diraja itu.
"Yeke?Wah,bagus sangatlah macam tu!Bolehlah saya berkenalan dengan tunang awak tu kan.Mesti dia sangat cantik,"kata Fei.Seung Ho sekadar tersenyum nipis.Matanya masih tidak lepas daripada memandang ke arah Fei.Sungguh,kecantikan Fei itu benar-benar menarik perhatiannya.Untuk seketika,wajah Hyo Young hilang dari fikirannya.


Hyo Young melepaskan geramnya apabila gerak langkah tariannya masih belum ada kemajuan.Malah langkahnya semakin sumbang,langsung tidak kena dengan rentak lagu yang dimainkan.Hyo Young melabuhkan punggung di atas lantai.Peluh pada dahinya dilap dengan tuala kecil berwarna biru itu.Nafas panjang dilepaskan.Sudahlah dipaksa untuk bertunang dengan dengan si putera yang terkenal dengan playboynya itu,sekarang dipaksa pula untuk belajar menari.Seuatu yang paling dibencinya.Kerana terlalu geram,Hyo Young mencampak tuala biru itu.Tanpa disedari,tualanya terkena kepada kasut seseorang.
"Wah,garangnya!Ni tengah marah dekat siapa ni?"Hyo Young terkejut apabila terdengar suara seorang lelaki sedang menegurnya.Hyo Young memandang ke arah suara itu.Kelihatan Byung Hee mengambil tuala yang berada di atas kasutnya itu.Hyo Young segera berdiri apabila melihat Byung Hee yang sedang berada di hadapannya itu.Byung Hee turut memandang ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.
"Awak ni Hyo Young kan?"Soal Byung Hee sambil melangkah ke arah Hyo Young.
"Oppa?"Soal Hyo Young tidak percaya.Kali ini,Byung Hee betul-betul sedang berdiri di hadapannya.Byung Hee mengecilkan matanya,seperti sedang cuba mengecam wanita yang sedang berada di hadapannya itu.
"Awak ni betullah Hyo Young kan?"Soal Byung Hee lagi.Hyo Young tersenyum lalu angguk.
"Betullah oppa.Ni Hyo Young lah,"balas Hyo Young,teruja apabila melihat Byung Hee yang kelihatannya baru pulang itu."Bila oppa sampai?Tak tahu pun yang oppa nak balik sini?"Soal Hyo Young pula.
"Baru je.Oppa ingat nak pergi jumpa emonim dululah ni.Tapi bila tengok pintu bilik ni terbuka,tu yang oppa rasa nak singgah tu,"kata Byung Hee,sedikit terkejut apabila melihat penampilan Hyo Young yang kelihatan sedikit feminin dari sebelumnya.Hyo Young yang menyedari pandangan Byung Hee itu berasa malu sendiri.
"Kenapa oppa pandang Hyo Young macam tu?"Soal Hyo Young.Byung Hee tersenyum.
"Chukae,"ucap Byung Hee,tiba-tiba.
"Kenapa pula?"Soal Hyo Young,hairan.
"Ingat oppa tak tahu ke pasal berita pertunangan Hyo Young dengan Seung Ho?Tak sangka ekh...Hyo Young berjaya juga pikat si Seung Ho tu kan?Tercapai jugalah impian Hyo Young selama ni.Oppa banggalah dengan Hyo Young,"kata Byung Hee sambil mengusap kepala Hyo Young.Hyo Young tersenyum nipis.Ternyata Byung Hee masih mengingati rahsia terbesarnya yang hanya diketahui oleh mereka berdua.Hyo Young sudah lama menyimpan perasaan terhadap Seung Ho sejak dari dulu lagi.Itulah rahsianya!
"Tapi...oppa tengok muka Hyo Young ni macam marah semacam je.Kenapa?Seung Ho buli ye?"Soal Byung Hee.
"Oppa tengoklah ni.Tak pasal-pasal kena belajar menari untuk majlis tu.Mengarutlah!"Hyo Young melepaskan geramnya.Byung Hee angguk.
"Kenapa tak berlatih dengan Seung Ho?Seung Ho mana?"Soal Byung Hee lagi.
"Dia sibuk dengan hal pejabat.Lagipun Puan Lim tak galakkan Hyo Young kerap sangat berjumpa dengan Seung Ho.Takut hilang seri katanya,"kata Hyo Young.Byung Hee tertawa kecil.
"Gaya macam nak kahwin je...kelakarlah Puan Lim tu.Tak apalah,demi bakal adik ipar yang tercinta...oppa sanggup luangkan masa mengajar Hyo Young menari dengan baik,"kata Byung Hee lalu meletakkan beg galasnya di atas lantai.
"Tak apalah,oppa.Nanti jadi macam Sang Hyun pula.Lebam kaki dia sebab kena pijak dengan Hyo Young,"kata Hyo Young,menolak baik niat Byung Hee itu.
"Tak apa.Cepat...kita berlatih sikit-sikit pun boleh,"kata Byung Hee sambil menghulurkan tangannya.Mahu tak mahu,Hyo Young menyambut juga huluran tangan Byung Hee itu.Hyo Young tersenyum apabila dia berjaya juga menyusun langkah tarinya dengan baik sekali selepas beberapa minit menari bersama-sama Byung Hee.
"Wah,tak sangka pula Hyo Young dah dapat tangkap langkah dia!"Hyo Young kelihatannya begitu teruja.Byung Hee tersenyum.
"Kan oppa dah kata.Boleh tu...cuma kena berlatih sikit je lagi,"kata Byung Hee.Hyo Young tertawa senang hati.


"Apa yang korang buat ni?"Byung Hee dan Hyo Young berhenti menari apabila terdengar suatu suara menegur dari belakang.Hyo Young terkejut apabila melihat Seung Ho sedang berada di muka pintu bilik itu.
"Hai,Seung Ho.Lama tak jumpa!"Byung Hee melepaskan tangannya daripada Hyo Young sambil mengukir senyuman manis terhadap sepupunya itu.Namun tidak bagi Seung Ho.
"Bila pula kau balik sini?Aku ingatkan kau nak duduk dengan Nana tu sampai mati kat sana,"soal Seung Ho,sinis.Byung Hee tersenyum nipis.Ternyata layanan Seung Ho terhadapnya masih lagi dingin seperti dulu.
"Kau apa khabar,Seung Ho?By the way,congratulation!Aku dapat tahu berita pertunangan kau ni daripada Noona,"kata Byung Hee sambil menghulurkan tangannya kepada Seung Ho.
"Yah,kau buat apa lagi tu?Cepatlah siap.Malam ni nak kena makan malam dengan emonim."Seung Ho tidak mempedulikan Byung Hee sebaliknya perhatiannya lebih tertumpu kepada Hyo Young."Siap cepat sikit.Jangan lambat,'kata Seung Ho sebelum beredar dari bilik itu.Hyo Young mendekati ke arah Byung Hee.
"Miane.Mungkin mood dia tak okey sikit pun,"kata Hyo Young,berasa bersalah pula terhadap Byung Hee atas layanan Seung Hi yang dingin itu.
"Bukannya oppa tak biasa pun.Cuma...kecewa sikit.Sebab dia masih tak boleh maafkan kesalahan oppa terhadap dia,"kata Byung Hee.Hyo Young yang sememangnya sudah mengenali sejarah keluarga diraja itu sekadar angguk.
"Tapi...oppa pun bukannya minta semua tu berlaku kan?Hyo Young yakin suatu hari nanti...Seung Ho mesti faham juga,"kata Hyo Young,cuba menyedapkan hati Byung Hee.Byung Hee menoleh ke arah Hyo Young sambil tersenyum manis.
"Gomawo.Sepatutnya Seung Ho kena bangga ada tunang yang baik dan comel macam Hyo Young ni,"kata Byung Hee sambil mengusap lembut Hyo Young yang sudah dianggap adik olehnya itu.Hyo Young sekadar tersenyum.


 Yang Seung Ho
 Jung Byung Hee
Ryu Hyo Young
Wang Fei Fei

No comments:

Post a Comment