08 August, 2011

-Monalisa Page 9-

"Tuan,saya baru dapat panggilan daripada pihak istana di Seoul.Katanya Puan Besar Jung sakit,Tuan.Mesti sebab Puan Besar Jung terlalu rindukan Tuan,"kata Penasihat Kim.Byung Hee sekadar membisu,tidak langsung membalas kata-kata penasihatnya itu.
"Tuan,saya rasa...sebaiknya Tuan harus pulang ke Seoul.Lagipun,dah nak tiga tahun...Tuan bersembunyi di sini,"kata Penasihat Kim cuba memberi pendapatnya.
"Memang patut dia sakit pun.Selama ni...dia bukannya kisah pun pasal saya.Dia tak pernah ambil tahu pun apa yang saya rasa selama ni.Takkan dia tak sedar...sebab saya lari ke sini adalah disebabkan dia juga?She should noticed that.Nana mati pun...disebabkan dia,"kata Byung Hee,perlahan.Penasihat Kim sekadar melepaskan keluhan kecil.Dia memang tidak dapat untuk membantah kata-kata putera raja itu.Kata-kata Byung Hee itu ada benarnya.Sememangnya,Puan Besar Jung tidak pernah merestui hubungan antara Byung Hee dengan Nana tiga tahun yang lalu.Katanya,Nana tidak setaraf dengan taraf keluarga mereka yang berstatus kerabat diraja itu.Namun,Byung Hee tetap mahu berdegil mahu mempertahankan cintanya terhadap Nana.Byung Hee telah membawa Nana lari ke Australia tanpa mempedulikan larangan ibunya.Akibat daripada kedegilannya itu,Nana telah menjadi korban dalam suatu kemalangan jalan raya.
"Saya tahu...Tuan masih marahkan Puan Besar.Tapi...tiga tahun dah berlalu,Tuan.Puan Besar mesti dah berubah.Dia mesti rindukan Tuan.Dia nak Tuan balik semula ke istana,"kata Penasihat Kim,masih cuba untuk terus memujuk Byung Hee.Byung Hee melepaskan keluhan berat.
"Saya sangat suka duduk sini.Itu sahaja masalah saya.Saya rasa...seperti Nana sedang berada di sisi saya sekarang.Saya hanya dapat rasa kehadiran Nana di sini.Seolah-olah Nana masih lagi hidup...hanya untuk saya,"kata Byung Hee.
"Maafkan saya,Tuan.Tapi,Nana dah tak ada.Nana dah mati,"kata Penasihat Kim,terus-terang.Byung Hee segera menoleh ke arah penasihatnya.Dengan perasaan marah,Byung Hee segera menarik baju penasihatnya sambil memandang tajam ke arah Penasihat Kim itu.
"You shouldn't say that!Awak tak ada hak langsung untuk bercakap begitu pasal Nana!Siapa awak untuk cakap macam tu pasal Nana?!"Jerkah Byung Hee,geram.Genggamannya semakin kuat.
"Saya abang Nana.Memang saya ada hak untuk cakap macam tu mengenai Nana.Saya pun menanggung peritnya seperti mana yang Tuan rasakan,"kata Penasihat Kim.Perlahan-lahan,Byung Hee melepaskan genggamannya.Kata-kata Penasihat Kim itu seolah-olah baru menyedarkan dirinya dari lena.Dia berundur beberapa tapak daripada Penasihat Kim.
"Saya tahu...Tuan sangat cintakan Nana.Tapi,cuba Tuan fikir...sampai bila Tuan nak berkurung macam ni?Sampai bila Tuan nak teruskan hidup yang hanya dibayangi oleh Nana semata-mata?Tuan ingat...Nana akan gembira dengan tindakan Tuan ni?"Kata Penasihat Kim,cuba menyedarkan Byung Hee yang masih lagi belum boleh menerima kenyataan perit itu.Penasihat Kim kemudiannya perlahan-lahan mendekati ke arah Byung Hee lalu dicapainya bahu putera raja itu.
"Saya...berterima kasih kepada Tuan sebab sudi untuk menyanyangi adik saya lebih dari nyawa Tuan sendiri.Tapi...maaf.Saya sangat tak setuju dengan tindakan Tuan sekarang.Tuan ada kehidupan Tuan sendiri.Tuan berhak untuk teruskan hidup Tuan dengan bahagia.Tuan masih ada seseorang yang perlu Tuan sayangi.Ibu Tuan.Memang dia bersalah dalam hal ni tapi...dia buat macam tu sebab dia sayangkan Tuan.Dia tak nak Tuan buat pilihan yang salah,"kata Penasihat Kim.
"Takkan awak langsung tak berdendam terhadap ibu saya?Dia dah bunuh adik awak,"kata Byung Hee,perlahan.Penasihat Kim melepaskan tangannya daripada bahu Byung Hee.
"Kalau saya berdendam pun,apa yang boleh saya buat?Lagipun dia tak tahu...Nana tu adik saya.Cuba Tuan fikir,kalau saya balas balik apa yang Puan Besar lakukan,apa yang saya akan dapat?Silap-silap,saya kena hukum.Saya mati sia-sia.Lebih baik saya cuba teruskan hidup saya dengan tabah.Nana mati kerana kemalangan jalan raya, bukan dibunuh.Itu saja yang mampu untuk saya terima,"kata Penasihat Kim.Byung Hee mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.
"Saya nak keluar kejap,"kata Byung Hee,segera beredar dari situ.Penasihat Kim sekadar membiarkan Byung Hee berlalu.Byung Hee pasti memerlukan ruang untuk bersendiri.

Byung Hee menatap nama Nana yang tertera pada batu di kubur itu.Batu itu diusapnya lembut,meluahkan perasaan sayangnya terhadap kekasihnya yang sudah lama pergi meninggalkannya itu.
"Nana apa khabar?Maafkan oppa...dah dua hari oppa tak datang jumpa dengan Nana.Oppa...ada masalah sikit,"kata Byung Hee,seolah-olah berbicara dengan Nana secara langsung.Matanya tidak lepas daripada terus memandang ke arah kubur kekasihnya itu.
"Oppa...oppa rindukan Nana.Sangat rindukan Nana..."Ucapnya."Oppa tahu...oppa memang tak patut teruskan hidup macam ni,tapi...miane...oppa...betul-betul tak boleh hidup tanpa Nana.Oppa sangat perlukan Nana dalam hidup oppa.Tak boleh ke...kalau oppa mengharapkan yang semua ni hanya mimpi?Semua ni  hanya mimpi buruk.Realitinya,Nana sedang menanti oppa di taman biasa yang kita selalu habiskan masa bersama tu.Betul kan?"Soal Byung Hee.Dia kemudiannya menyandarkan kepalanya kepada batu nisan di kubur Nana itu.
"Miane...oppa dah cuba...tapi tak boleh.Oppa tetap tak boleh lupakan Nana,"katanya.

"Oppa,Nana nak tanya sikit boleh?"Soal Nana yang sedang bermain dengan Baby itu.
"Apa dia?"Balas Byung Hee yang sedang menyiapkan kerjanya pada komputer ribanya itu.
"Macam mana kalau...suatu hari nanti...Nana...tinggalkan oppa untuk selama-lamanya?"Soal Nana,perlahan-lahan menyusun kata.Byung Hee menoleh ke arah Nana.
"Nana cakap apa ni?"Soal Byung Hee pula.Nana membelai bulu anjing German Pitz milik Byung Hee itu dengan lembut.Dia kemudiannya memandang ke arah Byung Hee yang ketika itu sudah pun memandang ke arahnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Yalah.Nana cuma tanya...macam mana kalau Nana pergi dulu sebelum oppa?Apa yang oppa akan buat?"Soal Nana.
"Perkara takkan berlaku.Takkan sesekali berlaku,arasso?"Balas Byung Hee,tidak selesa dengan persoalan yang sedang dibangkitkan oleh teman wanitanya itu.
"Tapi...macam mana kalau perkara tu berlaku?"Soal Nana lagi.Byung Hee menutup komputer ribanya.Dia kemudiannya menuju ke arah Nana.Tangan wanita itu kemudiannya dicapai.
"Apa yang Nana mengarut ni?Kenapa tiba-tiba Nana bangkitkan perkara ni?Oppa tak sukalah,"kata Byung Hee,sedikit kelihatan riak marah pada wajahnya.
"Nana...nana cuma fikir...tak semua kisah cinta akan berakhir dengan bahagia,oppa.I...just wonder...what will you do if...something bad happen to me?That's all,"kata Nana.
"The true is...there is nothing will happen to you,me...and us.You got it?"Balas Byung Hee.Wajah mulus Nana itu diusapnya lembut."I love you,"ucap Byung Hee.Nana sekadar memandang ke arah wajah Byung Hee."Oppa takkan biarkan sesuatu yang buruk menimpa ke atas Nana.Oppa akan jaga Nana lebih dari nyawa oppa sendiri,"kata Byung Hee,mengikat satu janji.Nana kemudiannya melepaskan tangan Byung Hee dari pipi gebunya itu.
"Tapi...kalau sesuatu yang buruk berlaku terhadap Nana,Nana tetap nak oppa teruskan hidup macam biasa.Jangan terus menyalahkan diri sendiri atas apa yang akan berlaku terhadap Nana suatu hari nanti.Oppa kena janji dengan Nana,okey?"Soal Nana.Byung Hee melepaskan nafas berat."Cepatlah oppa.Cepat janji dengan Nana,"desak Nana,bersungguh-sungguh.Dalam keadaan terpaksa,Byung Hee angguk.Nana tersenyum lebar lalu terus memeluk tubuh teman lelakinya itu.
"Macam tulah.Sayang oppa,"ucap Nana dengan manja.Perlahan-lahan,Byung Hee membalas pelukan Nana itu.Jauh di sudut hati,dia mengharapkan agar perkara itu tidak akan terjadi terhadap mereka.

Byung Hee membuka matanya,seolah-olah baru tersedar lena.Dia menoleh ke kiri dan kanan.Rasa-rasanya dia baru sahaja berbual dengan Nana sebentar tadi.Tidak lama selepas itu,Byung Hee meraup wajahnya.Entah mengapa kenangan silam itu kembali bermain di ruang mindanya.Byung Hee memandang ke arah kubur Nana.Apakah Nana turut tidak suka dengan cara kehidupannya sekarang ini?Byung Hee melepaskan nafas panjang.
"Arasso...oppa terlupa pasal janji oppa terhadap Nana dulu.Miane...Jeongmal miane..."Byung Hee mengusap batu nisan kubur kekasihnya itu lagi.Senyuman nipis mulai terukir pada bibirnya.
"Sampai bila-bila pun...hanya Nana yang oppa cintai..."Kata Byung Hee sambil membetulkan jambangan bunga kaila yang sudah diletakkannya dari awal kehadirannya tadi."Maafkan oppa sebab ni...kali pertama oppa bawakan bunga kaila untuk Nana."
Perlahan-lahan,Byung Hee berdiri dan kemudiannya melangkah meninggalkan kubur Nana di belakang.Terasa kepalanya sedikit pening.Mungkin dia perlukan waktu rehat yang cukup selepas ini.Namun,sebaik sahaja Byung Hee sudah melangkah keluar dari pintu pagar tanah perkuburan itu,tubuhnya terlanggar dengan seseorang.
"I'm sorry,"ucap Byung Hee sambil memandang ke arah seseorang yang baru sahaja dilanggarnya tadi."Joo Yeon?"Byung Hee terkejut apabila bertembung dengan Joo Yeon di situ.
"Eh,awak.Tak sangka boleh berjumpa dengan awak kat sini,"kata Joo Yeon,turut terkejut dengan pertemuan itu.Byung Hee mengukir senyuman nipis.Dia memandang ke arah bunga kaila yang berada dalam pegangan wanita itu.Nana juga sukakan bunga kaila.
"Awak nak ziarah siapa,Joo Yeon?"Soal Byung Hee.
"Kawan saya,"balas Joo Yeon,pendek."Awak pula?"Soal Joo Yeon pula.
"Kawan saya juga..."Jawab Byung Hee,perlahan.Joo Yeon sekadar angguk.
"Tak apalah.Saya nak balik dulu.Kita jumpa lain kali,okey?"Kata Byung Hee,berniat untuk beredar dari situ.Joo Yeon sekadar angguk.
"Hati-hati,"kata Joo Yeon.Byung Hee sekadar mengangguk.Joo Yeon kemudiannya melangkah masuk ke tanah perkuburan itu.
"Eh,siapa pula yang datang ke sini?"Soal Joo Yeon sendiri apabila melihat terdapat sejambak bunga kaila berada di atas kubur kawannya itu."Sebelum ni...tak ada pun bunga kaila kat sini,"ngomelnya lagi."Tak apalah.Mungkin ada kenalan Nana yang lain kot ziarah Nana tadi.Tapi...rasa-rasanya...aku seorang je yang tahu pasal bunga kaila ni,"katanya.Joo Yeon memandang ke arah jambangan bungan kaila yang berada di atas kubur Nana itu.Siapa pula yang lebih mengenali Nana sebagaimana dia mengenali kawan baiknya itu?



No comments:

Post a Comment