10 August, 2011

-Monalisa Page 10-


Joo Yeon kusyuk memerhati pemandangan tasik di hadapannya sebelum diterjemahkan dalam bentuk lukisan di atas kertas putih.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila lukisan yang dihasilkannya itu begitu memuaskan hati.Namun,kekusyukannya itu tidak lama apabila telinganya menangkap suatu bunyi salakan anjing daripada belakang.Segera ditolehnya ke belakang.
"Eh,Baby!Apa awak buat kat sini?"Soal Joo Yeon,gembira apabila melihat anjing baka German Spitz itu berada di hadapannya.Bulu lebat Baby yang berwarna putih itu dibelainya lembut."Baby sorang je ke?Mana Jio?"Soal Joo Yeon pula sambil menoleh ke kiri dan kanan,mencari kelibat si pemilik anjing comel itu.Senyumannya bertukar malu apabila melihat Byung Hee sedang berjalan menghampirinya.Tangannya dilepaskan daripada terus mengusap bulu Baby yang lebat itu.
"Kenapa awak berhenti belai Baby?"Soal Byung Hee yang kini sudah pun berdiri dekat dengannya.
"Em,tak adalah.Awak dah ada kat sini.Saya segan nak main-main dengan Baby,"jawab Joo Yeon,jujur.Byung Hee tersenyum lalu mencapai tangan Joo Yeon dan diletakkan pada Baby.
"Apa nak malunya?Bukannya anjing orang lain.Lagipun Baby ni yang cari awak.Takkan saya nak marah?"Soal Byung Hee.Joo Yeon angguk sambil tersenyum malu.Pandangan Byung Hee kemudiannya teralih ke arah lukisan yang dihasilkan oleh gadis itu walaupun masih belum siap."Wah,saya ingatkan awak minat fotografi je.Rupanya awak minat melukis juga kan,"kata Byung Hee,teruja.Muka Joo Yeon berubah merah apabila menyedari Byung Hee sedang melihat ke arah lukisannya.Byung Hee terkejut apabila melihat Joo Yeon segera mengambil kertas lukisannya itu semula daripadanya.
"Tak cantik.Janganlah tengok,"kata Joo Yeon,segan.Byung Hee tersenyum lagi.
"Awak memang suka melukis ya?"Soal Byung Hee."Minat awak ni tak ubah macam kawan saya.Dia pun minat melukis juga,"kata Byung Hee.Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee yang sudah berubah sedih pada riak wajahnya itu.
"Kawan awak tu...mesti sangat penting dalam hidup awak,kan?"Teka Joo Yeon.Byung Hee sekadar angguk.
"Terlalu penting,"balas Byung Hee.Byung Hee kemudiannya menjeling ke arah Joo Yeon.
"Kita...mungkin akan berjumpa untuk kali terakhir hari ni,"kata Byung Hee,perlahan nadanya.Joo Yeon pantas menoleh ke arah lelaki itu.Barangkali terkejut dengan kenyataannya sebentar tadi.Apakah maksud Jio?
"Saya dah ambil keputusan yang...saya akan balik semula ke Seoul...esok..."Kata Byung Hee.Entah mengapa,Joo Yeon merasakan bahawa air matanya hampir gugur saat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Byung Hee itu.Namun,dia berjaya menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
"Oh...baguslah kalau macam tu.Lagipun,awak kan memang dah lama duduk sini.Dah tiba masanya untuk awak balik dan jumpa dengan keluarga awak,"kata Joo Yeon.Byung Hee sekadar angguk.Wajah ayu wanita itu ditatapnya.
"Awak...memang akan tinggal kat sini ke?"Soal Byung Hee,teragak-agak.
"Saya tak pasti.Saya ikut unni saya.Mungkin ya...mungkin tak..."kata Joo Yeon,lemah.Byung Hee sekadar angguk.
"Saya ingatkan kita boleh jumpa lagi kat sana,"kata Byung Hee.Joo Yeon tersenyum tawar.
"Ala...tak mustahil kan?Saya yakin...kita akan jumpa juga.Lagipun Baby mesti dapat jejak saya kalau saya ada kat Seoul nanti,"kata Joo Yeon seraya bergurau sambil mengusap bulu Baby dengan lembut.Byung Hee tertawa kecil.Joo Yeon pula terus bermain dengan Baby yang kelihatan begitu manja dengannya walaupun baru sahaja berjumpa beberapa kali.Dia berusaha menyembunyikan riak wajahnya yang sedih itu di hadapan Byung Hee.Biarlah lelaki itu dengan keputusannya.Itu ialah haknya.Sedangkan Joo Yeon langsung tidak berhak untuk menentukan keputusan untuk lelaki itu.

"Awak tak nak ikut saya balik ke?"Soal Byung Hee,tiba-tiba.Joo Yeon terkejut lalu ditolehnya ke arah Byung Hee.Byung Hee turut memandang ke arahnya.Byung Hee kemudiannya tunduk lalu turut mengusap lembut Babynya itu."Baby macam sayang sangat dengan awak.Takut pula dia sakit kalau tak dapat berjumpa dengan awak nanti.Tengoklah ni.Bukan main lagi dia dengan awak sampai saya pun dah tak dipandangnya.Jealous betul saya tengok,"kata Byung Hee,sambil tersenyum.Joo Yeon turut membalas senyumannya.
"Kalau boleh saya tak nak peristiwa yang lalu berulang semula.Pada saya,hanya Baby yang memahami apa yang saya rasa selama ini.Sebab tu dia turut bersedih bila saya sedang menangis.Kalau Baby sakit,saya pun tak senang duduk,"kata Byung Hee sambil menumpukan perhatiannya terhadap anjingnya yang manja itu.Joo Yeon pula terus setia menanti Byung Hee untuk terus bercerita.Gayanya dia akan mengetahui sesuatu yang baru mengenai lelaki itu.
"Sesiapa yang rapat dengan saya...mesti Baby sukakan juga dekat orang tu.Sama seperti kawan saya yang seorang ni.Seorang kawan yang begitu penting dan bermakna sekali dalam hidup saya.Tapi...bila kawan saya tu dah tak ada...perkara tu seolah-olah seperti satu tamparan yang saya hebat yang belum pernah saya hadapi sebelum ni.Saya bagaikan hilang arah waktu tu sehinggakan saya abaikan semua orang yang masih berada di sisi saya selama ni.Baby pun turut merasai apa yang saya rasa waktu tu.Dia dah tak lincah seperti waktu kawan saya masih lagi hidup.Tapi...nasib baik Baby masih boleh bertahan sampai hari ni.Bila saya tengok Baby seronok bermain dengan awak,saya rasa...Baby saya yang pernah saya jaga sebelum ni...seolah-olah dah kembali semula kepada saya.Keseronokan dia bermain dengan awak sekarang ni,tak ubah macam seronoknya dia bermain dengan kawan saya dulu,"kata Byung Hee.Hati Joo Yeon tersentuh apabila mendengar kata-kata Byung Hee itu.Tidak salah lagi,lelaki itu pernah menderita atas sesuatu sebab yang pernah berlaku ke atasnya sebelum ini.
"Mesti kawan awak tu...baik kan?Sebab tu awak sayang sangat dekat dia,"kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum kecil.
"Sangat baik.Macam awak juga,"kata Byung Hee,berterus-terang.Joo Yeon sekadar membalasnya dengan segaris senyuman.Senyumannya mengendur apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk oleh lelaki itu.Matanya terbuka luas.Jantungnya berdetak hebat.
"Gomawo...saya tahu perkenalan kita sangat singkat dan masih belum banyak benda yang saya tahu mengenai awak.Tapi...saya rasa hati saya tenang sangat bila dapat jumpa dengan awak,Joo Yeon.Alangkah seronoknya kalau kita boleh jumpa lagi selepas ni,"kata Byung Hee,sambil memperkemaskan pelukannya itu.Joo Yeon pula masih lagi kaku.Terkejut dengan tindakan lelaki itu.Tidak lama selepas itu,Byung Hee melepaskan pelukannya dengan senyuman manisnya yang terukir di bibirnya itu.
"Saya...saya kena pergi sekarang.Masih ada perkara yang perlu saya selesaikan sebelum saya balik.Dan...seronok dapat berjumpa dengan awak.Gomawo,"kata Byung Hee lagi.Joo Yeon pula masih lagi kaku di situ.Byung Hee hairan dengan sikap Joo Yeon yang berubah senyap itu."Joo Yeon?"Byung Hee cuba menyentuh bahu Joo Yeon.Joo Yeon kemudiannya memandang ke arahnya,gayannya seperti baru terjaga dari lenanya yang baru seketika itu."Awak okey tak?"Soal Byung Hee pula.
"Okey...Saya okey,"balas Joo Yeon,diikuti dengan tawanya yang dibuat-buat itu.
"Saya harap awak selamat sampai ke Seoul nanti,"kata Joo Yeon.
"Dan saya harap saya dapat jumpa dengan awak lagi,Joo Yeon,"sambung Byung Hee pula.Joo Yeon angguk.Byung Hee kemudiannya memegang tali anjingnya yang berwarna merah hati itu.Byung Hee mulai beredar dari situ.Sesekali ditolehnya ke arah Joo Yeon.Joo Yeon segera melambai ke arahnya sebaik sahaja melihat Byung Hee menoleh ke arahnya.Byung Hee turut membalas lambaiannya itu.Tanpa disedarinya,air matanya mulai mengalir ke pipi Joo Yeon.Berat hatinya apabila melihat kelibat Byung Hee yang kian jauh itu.
"Entah ya atau tidak kita boleh berjumpa lagi..."Bisik hatinya.Joo Yeon cepat-cepat mengesat air matanya itu.


"Apa?Saya kena pergi majlis tari-menari tu juga?!"Hyo Young terkejut apabila diarahkan untuk menghadiri majlis tari menari oleh pelatihnya itu.Pelatihnya yang bernama Puan Lim itu sekadar angguk.
"Tapi...tapi...untuk apa pula saya pergi?Bukannya saya pandai menari pun.Takkan awak nak saya malukan Permaisuri pula,"kata Hyo Young,cuba mencari alasan.Menarilah sesuatu yang paling dibenci dan paling malas untuk dipelajarinya.
"Mana boleh,Cik Ryu cakap macam tu.Lagipun,majlis ni memang diadakan khas untuk meraikan pertunangan Cik Ryu dengan Tuan Yang.Permaisuri yang rancangkan semua ni.Kalau Cik Ryu risau pasal menari tu,Cik Ryu jangan risau.Saya boleh ajarkan,"kata Puan Lim.Hyo Young melepaskan keluhan berat.Perbualan mereka terganggu seketika apabila Sang Hyun melangkah masuk ke dalam bilik latihan itu.Sang Hyun terkaku sebentar apabila melihat kedua-dua orang wanita yang sedang berada di dalam bilik itu.Dia kemudiannya menanggalkan headphonenya yang berwarna putih itu.
"Oh,maaf.Saya salah masuk bilik,"kata Sang Hyun sebelum beredar semula dari situ.
"Tuan Park,Tuan Park!"Jerit Puan Lim,cuba menghalang Sang Hyun daripada terus beredar dari situ.Sang Hyun menoleh semula ke arah Puan Lim apabila menyedari panggilan wanita itu terhadapnya.
"Ada apa,Puan Lim?"Soal Sang Hyun.Muzik yang dimainkan pada iPod miliknya itu diperlahankan.
"Saya nak pinjam masa Tuan Park sedikit kalau Tuan Park tak kisah,"kata Puan Lim.Kening kanan Sang Hyun terangkat.


"Baik awak tolak je permintaan Puan Lim tu kalau awak tak nak kaki awak penyek disebabkan saya,"kata Hyo Young,memberi amaran.
"Maaflah.Saya dah buat terbuat perjanjian dengan Puan Lim tadi.Awak ingat ganjaran dia kecil?Kalau nak dikumpulkan gaji Seung Ho hyung selama seribu tahun pun,belum tentu saya boleh dapat ganjaran ni,"kata Sang Hyun.Hyo Young mencebik.
"Mangsa terbaru ke?Budak perempuan mana pula yang awak nak main-main lagi ni?Tolonglah,Sang Hyun.Janganlah diikutkan sangat perangai buaya darat macam Seung Ho tu.Cuba matang sikit,"kata Hyo Young.Sang Hyun mencapai tangan kanan Hyo Young sambil memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"Habis tu,kenapa awak sanggup untuk terima lamaran Seung Ho hyung sedangkan potensi hyung bermain-main dengan awak pun tinggi?Entah-entah dia sibuk main-main kat luar sedangkan awak pula tengah sibuk dengan latihan protokol yang membosankan ni,"kata Sang Hyun.Hyo Young pula mambalasnya dengan senyuman sinis.
"Awak sedar juga ye yang kehidupan keluarga awak ni sebenarnya membosankan?"Soal Hyo Young.memulangkan paku keras kepada Sang Hyun.Namun,Sang Hyun tidak cepat melatah.
"Awak ingat saya nak sangat ke dengan takhta tu?Saya lebih bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni,"balas Sang Hyun.Hyo Young pula menyembunyikan senyumannya.Ternyata Sang Hyun masih belum matang dan belum mengerti kehidupan sebenar yang penuh ranjau dan duri itu,Semuanya gara-gara dibutakan oleh kehidupan yang terlalu mewah dan kaya-raya itu.
"Satu hari nanti,awak akan sedar juga.Awak pasti akan setuju dengan kata-kata saya yang awak takkan dapat apa-apa langsung kalau awak teruskan kehidupan macam ni.Awak berani bertaruh dengan saya?"Cabar Hyo Young.
"Saya sanggup terima cabaran awak,Cik Ryu Hyo Young,"balas Sang Hyun,tanpa berfikir panjang.Hyo Young pula tersenyum puas.
"Okey,kita mulakan latihan sekarang okey?Cik Ryu,awak hanya perlu ikut langkah Tuan Park.Perlahan-lahan...tak perlu gopoh-gopoh,"kata Puan Lim,memberi arahan kepada pasangan itu.
"Ayuh,Cik Ryu Hyo Young.Saya jamin...awak akan cepat pandai menari kalau awak ikut je apa yang saya buat,"kata Sang Hyun.Hyo Young mencebik.Adakah kesemua putera di istana ini sudah dijangkiti dengan virus perasan yang sukar sekali ditemui penawarnya itu?
"Sepatutnya awak kena pakai kasut tebal hari ni,Tuan Putera Sang Hyun,"balas Hyo Young.Sang Hyun sekadar tersenyum sinis.
"Baik,kita boleh mulakan sekarang,"kata Puan Lim sambil memainkan lagu bagi mengiringi tarian pasangan muda itu.Baru sahaja beberapa langkah,kaki kiri Sang Hyun sudah menjadi mangsa.
"Ouch!"Sang Hyun mengadu kesakitan.Hyo Young menutup mulutnya.
"Ops,miane.Saya tak sengaja,"katanya.Mereka meneruskan tarian mereka.Kali ini kaki kanan Sang Hyun pula dipijak oleh Hyo Young.
"Miane..."Ucap Hyo Young lagi.Geli hatinya apabila melihat wajah putih melepak Sang Hyun itu sudah berubah merah.Kali ketiga...keempat...kelima.......
"Yah!"Sang Hyun sudah tidak dapat menahan kesakitan lagi.Dia melepaskan tangan Hyo Young dengan kasar.
"Apa yang susah sangat?Tak pernah pula aku jumpa penari yang teruk macam kau ni!"Nada percakapan Sang Hyun juga sudah berubah kasar.Ternyata kesabarannya sudah menjadi tipis.Mungkin juga sudah hilang kesabarannya itu.Hyo Young terkejut apabila dijerkah oleh Sang Hyun begitu.Salahnya juga kerana sengaja menyakitkan hati lelaki itu.
"Maafkan saya,Tuan Park.Salah saya sebab tak ajar Cik Ryu betul-betul.Saya ingatkan Cik Ryu boleh cepat belajar kalau dia menari dengan Tuan Park,"kata Puan Lim,memohon maaf bagi pihak Hyo Young.Sang Hyun sekadar melepaskan nafas berat.Dia mengangkat tangannya.
"Dahlah.Saya ada kerja lagi ni.Awak ajar sajalah apa yang patut.Jangan sampai dia malukan Seung Ho hyung dengan emonim nanti,"kata Sang Hyun sambil menjeling ke arah Hyo Young.Hyo Young berlagak biasa.Sang Hyun kemudiannya beredar dari situ.
"Miane,"ucap Hyo Young sebelum sempat Sang Hyun keluar dari situ.Sang Hyun berhenti daripada terus melangkah."Jeongmal miane,"ucap Hyo Young lagi.Sang Hyun kemudiannya melangkah keluar dari situ.Hyo Young pula melepaskan keluhan berat.
"Macam manalah aku nak survive macam ni..."bisik hatinya.
 Jung Byung Hee
 Lee Joo Yeon
 Park Sang Hyun
Ryu Hyo Young
Baby

No comments:

Post a Comment