13 August, 2011

-Monalisa Page 12-

Maharani tersenyum lebar apabila melihat kelima-lima cucu lelakinya yang sedang duduk semeja dengannya itu.Sudah hampir 3 tahun dia menunggu saat-saat itu.Dan akhirnya tercapai juga impiannya apabila Byung Hee terpujuk juga untuk pulang ke istana itu semula setelah membawa diri selama tiga tahun di Australia.Kini,kesemua ahli keluarganya sudah berkumpul semula.Ditambah pula dengan kehadiran bakal ahli keluarga baru,Hyo Young.
"Seronoknya bila emonim tengok semua cucu emonim dah berkumpul semula.Macam dulu-dulu juga."Maharani mulai bersuara.Kelima-lima orang putera itu sekadar membalasnya dengan senyuman.
"Maafkan saya,emonim.Sebab...saya dah buat emonim risau selama ni.Lepas ni,saya takkan pergi mana-mana lagi,"kata Byung Hee kepada Maharani dengan nada suara yang perlahan.Kelihatannya lelaki itu berasa sangat bersalah atas segala kejadian yang telah berlaku.Maharani sekadar tersenyum.Begitu juga dengan Permaisuri Yang.
"Tak apa,Byung Hee.Byung Hee dah balik semula ke sini pun,emonim dah suka sangat dah.Apa yang penting,Byung Hee dah rasa tenang semula atas apa yang dah berlaku sebelum ni.Hidup mesti diteruskan juga,"kata Maharani.Byung Hee angguk,tanda memahami maksud Maharani itu.
"Byung Hee dah jumpa dengan omma?"Kali ini,Permaisuri Yang pula yang bersuara.Byung Hee sekadar membalasnya dengan segaris senyuman.
"Nanti...saya pergi jumpa dia,"balas Byung Hee.Hyo Young yang turut berada di situ berasa simpati terhadap lelaki itu.Ternyata lelaki itu mempunyai konflik keluarga yang sangat hebat.Hyo Young kemudiannya menoleh ke arah Seung Ho yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Kelihatan lelaki itu tidak langsung berminat dengan perbualan antara tiga beranak itu.Dia lebih selesa bermain dengan telefon bimbitnya itu.
"Entah dengan perempuan mana pulalah kali ni,"bisik hatinya.Jauh di sudut hati,dia mencemburui wanita-wanita yang berjaya mencuri perhatian bakal tunangnya itu.Entah apa yang dilihat oleh Seung Ho terhadap wanita-wanita itu pun langsung tidak diketahuinya.Apakah dia akan terus menjadi boneka untuk Seung Ho untuk selama-lamanya pun dia tidak pasti.
"Hyo Young!"Hyo Young tersentak apabila terdengar namanya dipanggil oleh Permaisuri Yang.
"Ya,Tuanku..."Hyo Young berasa malu sendiri.
"Hyo Young dah bersedia ke untuk majlis tu nanti?"Soal Permaisuri Yang.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho seketika.Kali ini Seung Ho turut memandang ke arahnya.Dia kemudiannya memandang ke arah Byung Hee yang duduk bersebelahan dengan Sang Hyun itu.Kelihatan lelaki itu tersenyum ke arahnya.
"Saya dah sedia,Tuanku,"kata Hyo Young.
"Omma...saya dah jemput Fei untuk ke majlis pertunangan saya tu nanti."Tiba-tiba sahaja Seung Ho mencelah.Kata-katanya itu mengejutkan semua orang yang berada di situ terutamanya putera raja yang berlima itu.Setahu mereka,Seung Ho sangat bencikan wanita yang bernama Fei itu.Sebab itulah Seung Ho menentang keras cadangan Permaisuri Yang untuk menyatukannya bersama Fei dahulu.
"Hyung,saya tak salah dengar kan?"Soal Mir,sangat terkejut dengan kata-kata Seung Ho sebentar tadi.
"Fei?Budak Fei Debab tu?"Sang Hyun pula menyampuk.Chang Sun meletakkan cawan yang berisi teh itu di atas meja.
"Tu dulu.Tapi sekarang Fei bukan macam dulu lagi.Jadi...tak mustahillah playboy macam Seung Ho hyung ni boleh tercair dekat Fei tu,"celah Chang Sun pula.Kali ini,wajah Chang Sun pula menjadi perhatian semua orang yang berada di situ termasuk Seung Ho.
"Kau pernah jumpa dengan dia ke?Bila masa pula kau jumpa dengan dia?"Soal Seung Ho,bertubi-tubi.Sedikit tidak puas hati apabila Chang Sun terlebih dahulu dapat melihat perubahan Fei yang drastik itu terlebih dahulu daripadanya.Chang Sun dengan selamba mengeluarkan iPadnya yang berwarna biru itu.Beberapa minit kemudian,dia menunjukkan sesuatu melalui iPadnya kepada Seung Ho.Sang Hyun dan Mir turut berminat untuk mengetahuinya.Mereka bangun dari tempat duduk lalu berganjak ke tempat duduk Seung Ho,tanpa mempedulikan kehadiran Maharani dan Permaisuri Yang di situ.Byung Hee dan Hyo Young pula saling berpandangan antara satu sama lain.
"Wah!Daebak!"Sang Hyun dan Mir terkejut apabila melihat gambar Fei yang tertera pada skrin iPad milik Chang Sun itu.
"Wang Fei Fei,bakal mewarisi empayar terbesar keluarga."Mir membaca tajuk berita tersebut.Seung Ho pula masih terpaku melihat wajah ayu Fei pada skrin iPad itu.Hyo Young yang menyedari riak wajah Seung Ho yang berubah itu mulai berasa tidak senang hati.Apakah Seung Ho sudah mula bertukar fikiran?Apakah dirinya tidak sempat untuk digelar sebagai tunangan si putera idaman itu walaupun hanya sekadar lakonan?Sang Hyun menepuk bahu Seung Ho apabila menyedari lelaki itu membisu sejak dari tadi.
"Hyung,dahlah tu!Tengok Fei macam nak telan je.Sedar sikit...Cik Hyo Young kita ada kat depan tu,"kata Sang Hyun.Seung Ho menjeling ke arahnya.Mir pula tersenyum nakal.
"Ha...ni mesti dah tercair dekat Fei ni.Jangan hyung.Kalau hyung nak dekat Fei balik,habis tu Cik Hyo Young ni nak bagi dekat siapa?"Soal Mir.Sang Hyun tertawa apabila mendengar gurauan sepupunya yang bongsu itu.
"Hyung kan ada.Seung Ho tak nak,bagilah dekat hyung,"sampuk Byung Hee tiba-tiba sebelum meneguk teh di hadapannya itu.Sang Hyun dan Mir tergelak besar mendengar gurauan sepupu mereka yang baru sahaja pulang dari Australia itu.Maharani dengan Permaisuri Yang pula sekadar tersenyum nipis.Terhibur pula melihat gelagat putera berlima itu.Hyo Young pula membisu sejak dari tadi.Matanya masih enggan mahu melepaskan Seung Ho.Entah mengapa,timbul rasa cemburu terhadap wanita yang dipanggil Fei itu.Apakah wanita itu terlalu sempurna pada mata Seung Ho sehinggakan Seung Ho tidak lagi mahu memandang ke arahnya?Byung Hee yang menyedari riak wajah Hyo Young yang berubah itu,sekadar membisu.Dia seolah-olah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena antara Seung Ho dengan Hyo Young.Suasana yang meriah itu ditambah lagi dengan kehadiran Sandara yang baru sahaja tiba itu.
"Noona!"Mir yang menyedari kehadiran Sandara itu kelihatan teruja.Sandara pula segera bergegas ke arah Byung Hee yang sedang menikmati hidangan makan malam itu.Sandara lekas-lekas memeluk Byung Hee dari belakang dan tindakannya yang mengejut itu membuatkan Byung Hee tersedak.
"Sandara..."Maharani menegur lembut perbuatan Sandara itu.Sandara pula tersenyum malu.Byung Hee mengelap mulutnya dengan kain sebelum menoleh ke arah Sandara dengan pandangan tidak puas hati.
"Noona...Noona nak Jio mati tercekik ke?"Soal Byung Hee,tidak senang dengan perbuatan Sandara itu.
"Mianeyo...Noona cuma teruja bila Jio dah balik sini.Maklumlah...Jio termakan juga pujukan Noona untuk balik sini kan,"balas Sandara sambil melabuhkan punggung di sebelah Byung Hee.Sang Hyun yang melihat kakaknya yang mengambil tempatnya itu berasa geram.
"Noona,tu tempat Sang Hyunlah.Noona duduklah sebelah Hyo Young tu,"kata Sang Hyun.
"La...ni tempat Sang Hyun ke?Noona ingatkan tempat ni kosong,sebab tu noona duduk je kat sini,"kata Sandara,selamba.
"Tulah.Sibuk sangat nak tengok budak Fei tu.Kan noona dah ambil tempat duduk kau sendiri,"sampuk Chang Sun pula sambil mengambil semula iPadnya itu lalu disimpannya.Sang Hyun mencebik.Dia mengambil tempat di sebelah Hyo Young dengan terpaksa.Seketika dia menjeling ke arah Hyo Young.Ternyata dia masih marah dengan tindakan wanita itu yang telah memijak kakinya beberapa hari yang lalu.Hyo Young pula sengaja tidak mengendahkan jelingan Sang Hyun itu.Mir pula sedikit terasa hati dengan Sandara yang seolah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ.Sebaliknya wanita itu lebih menumpukan perhatiannya terhadap Byung Hee.
"Hah,noona dengar Mir sekarang ni sibuk belajar bahasa inggeris,betul ke?"Soal Sandara,tiba-tiba.Kali ini,barulah pandangannya tertumpu ke arah Mir.Mir yang menyedari pertanyaan Sandara itu sekadar tersenyum nipis.
"Ya,noona,"balas Mir,masih lagi terasa dengan sikap Sandara itu.
"Wah...Mir belajar dengan siapa?"Soal Sandara lagi,berminat untuk tahu.
"Dengan kawan,"jawab Mir.Moodnya pada malam itu sudah mulai pudar.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat duduknya.
"Eh,Mir nak pergi mana tu?"Soal Permaisuri Yang.
"Maafkan saya,ahjumma.Saya baru teringat yang saya ada hal esok pagi.Jadi,saya ingat nak balik awal sikit hari ni.Harap ahjumma dengan emonim tak kisah kalau saya pergi dulu,"kata Mir,sopan menutur kata.
"Tapi,ahjumma tengok Mir makan sikit je tadi,"kata Permaisuri Yang.
"Tak apa,ahjumma.Saya dah kenyang.Lagipun saya memang dah letih ni.Saya minta diri dulu ya,"kata Mir.Permaisuri Yang terpaksa angguk.Mir menundukkan sedikit kepalanya sebelum menoleh ke arah Byung Hee dengan pandangan yang sukar diertikan oleh Byung Hee sendiri.Mir kemudiannya beredar dari situ dengan hati yang terluka.
"Kenapa dengan Mir tu,noona?Lain macam je dia pandang Jio tadi,"kata Byung Hee sambil menoleh ke arah Sandara.Sandara tidak segera menjawab pertanyaan sepupunya itu.Bukannya dia tidak tahu tentang perasaan Mir terhadapnya itu.Dia yakin...Mir berasa tidak senang dengan keakrabannya bersama Byung Hee itu.Sandara kemudiannya menoleh ke arah Byung Hee dengan senyuman nipis.
"Entahlah.Noona pun tak tahu,"kata Sandara,berbohong.


Niat Seung Ho yang mahu keluar dari istana itu terhenti apabila ternampak kelibat Byung Hee yang sedang berdiri di suatu sudut istana itu.Kelihatannya lelaki itu sedang melayani fikirannya sendiri.Mesti fikirkan pasal perempuan tu lagi,getus hatinya.Tanpa mempedulikan kehadiran Byung Hee di situ,Seung Ho dengan selamba melangkah ke arah kereta mewahnya itu.
"Kau nak pergi mana tu?"Soal Byung Hee tiba-tiba.Niat Seung Ho yang mahu membuka pintu keretanya itu terbantut sebaik sahaja mendengar pertanyaan sepupunya itu.Dia melepaskan keluhan berat.
"Kan dah lewat ni.Ahjumma tak kisah ke kau keluar lewat macam ni?"Soal Byung Hee lagi.Seung Ho menoleh ke arah Byung Hee.
"Kau siapa nak kacau hal aku?Suka hati akulah nak keluar dengan siapa...bila...kat mana...Omma aku pun tak bising macam kau,"balas Seung Ho,kasar.
"Aku tahu...aku tak ada hak nak masuk campur dalam urusan kau.Cuma...aku rasa waktu dah lewat sangat untuk kau keluar.Lagipun esokkan kau kerja.Aku cuma tak nak kau letih je,"kata Byung Hee.Seung Ho tersenyum sinis.
"Kau tak payahlah nak berlagak macam appa aku!Aku tak perlukan pun keprihatinan kau tu.Aku tak teringin langsung,"balas Seung Ho."Apa yang penting,aku tak teringin langsung nak tengok muka kau kat sini.Aku lagi rela kalau kau terus duduk kat Australia tu sampai mati!"Balas Seung Ho.
"Sampai bila kau nak hukum aku macam ni,Seung Ho?Perkara tu dah lama berlaku.Dan aku tahu...semua tu salah aku tapi aku tak pernah minta pun perkara tu daripada terjadi,"kata Byung Hee.Seung Ho tersenyum sinis.
"Kenapa?Hidup kau tak tenang ke tanpa maaf daripada aku atas apa yang dah kau buat selama ni?Oh...tak tak...aku rasa kau bukan tak tenang sebab aku tak maafkan kau atas kesalahan kau tu.Tapi...aku rasa kau tak tenang sebab...kau kehilangan Nana sebagai balasan atas kesalahan kau terhadap aku dulu,kan?"Seung Ho sengaja menghidupkan api kemarahan Byung Hee apabila membangkitkan hal kematian Nana di hadapannya.Byung Hee menggenggam erat tangannya,menahan geram.Senyuman Seung Ho pula semakin lebar.
"Apa yang kau rasa bila Nana dah tak ada?Dan apa yang kau rasa bila...Nana mati atas perbuatan omma kau sendiri?Hm?"Soal Seung Ho.Byung Hee pula membisu.
"Jangan nak berlagak kasihanlah kat sini.Aku tahu yang lakonan kau ni takkan menjadi.Dan aku takkan mudah bersimpati atas apa yang dah berlaku kat kau dulu.Memang patut pun Nana mati.Sekurang-kurangnya bagi kau rasa apa yang aku dah rasa selama ni.Terasa puas pula hati aku bila fikir balik pasal nasib malang yang menimpa kau ni,"kata Seung Ho.Tanpa disedarinya,Byung Hee menghadiahkan tumbukan pada mukanya.Seung Ho terjatuh akibat daripada serangan mengejut daripada Byung Hee itu.Seung Ho memandang tajam ke arah sepupunya itu.
"Aku sedar salah aku,Seung Ho.Aku sedar yang kau susah nak maafkan aku.Tapi...aku tak boleh terima kalau kau babitkan Nana dalam hal ni.Dia tak ada kaitan langsung dalam hal ni."Byung Hee melepaskan geramnya terhadap Seung Ho.Berang apabila kematian Nana dikaitkan dengan kekhilafannya terhadap Seung Ho 12 tahun yang lalu.Seung Ho bangun sambil mengusap mulutnya yang berdarah itu.Kolar baju Byung Hee itu ditariknya.

"Sekurang-kurangnya kau hanya hilang cinta seorang gadis.Dan kau boleh gantikannya dengan cinta yang baru.Kau masih boleh bercinta dengan wanita lain sebagai ganti cinta Nana yang dah hilang tu.Tapi aku?Kau rasa aku boleh dapatkan cinta seorang ayah yang dah lama hilang tu ke?Kau rasa aku boleh dapatkan semula ayah aku ke?Kau rasa kau mampu untuk pulangkan semula ayah aku yang dah lama meninggal tu ke?"Soal Seung Ho sambil memandang tajam ke arah Byung Hee."Ayah aku mati...sebab kau!Kau dah menyebabkan aku jadi anak yatim,tahu tak?!"Jerkah Seung Ho lalu melepaskan kolar baju Byung Hee.Seung Ho melepaskan keluhan berat sambil meraup wajahnya.

"Kalau kau tak nak aku bunuh kau,kau jangan sesekali berani campur segala urusan aku...termasuk hal pertunangan aku!"Seung Ho segera membuka pintu keretanya sebelum memecut laju keretanya,meninggalkan perkarangan istana itu dengan perasaan marah.Byung Hee melepaskan nafas berat.Ternyata Seung Ho keras kepala.Sekurang-kurangnya dia perlu tahu perkara sebenar yang berlaku 12 tahun yang lalu.Selepas itu,terserahlah kepada Seung Ho sama ada mahu memaafkannya atau tak.Byung Hee memusingkan tubuhnya ke belakang.
"Noona?"Byung Hee terkejut apabila melihat kelibat Sandara yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada sekarang.Byung Hee pura-pura tersenyum.
"Apa yang Noona buat kat sini malam-malam ni?Noona tak nak balik rumah lagi ke?"Soal Byung Hee,berlagak biasa.Kali ini,dia sudah berada dekat dengan wanita itu."Kalau noona nak,Jio boleh temankan Noona balik rumah,"kata Byung Hee lagi.Byung Hee terkejut apabila tiba-tiba sahaja Sandara memeluk tubuhnya.Mata Byung Hee terbuntang luas.Sandara mengusap lembut belakang tubuh Byung Hee itu.
"Jangan terasa hati dengan Seung Ho.Dia...kan memang macam tu.Macamlah Jio tak kenal dengan Seung Ho tu,"kata Sandara,seolah-olah memujuk.
"Tak ada apa-apalah,Noona.Memang salah Jio pun...cuma Jio kecewa yang Jio masih tak dapat nak jelaskan perkara sebenar kepada Seung Ho.Tu je..."balas Byung Hee.Sandara kemudiannya melepaskan pelukannya sambil mengukir senyuman manis terhadap sepupunya itu.
"Jio kata nak temankan Noona balik tadi.Betul ke?"Soal Sandara,sengaja menukar topik perbualan.Byung Hee tersenyum.Perlahan-lahan,dia angguk.Senyuman Sandara kian lebar.

No comments:

Post a Comment