03 September, 2011

-Monalisa Page 19-

Yang Seung Ho
 Ryu Hyo Young
Fei Miss A
Seung Ho tersenyum lebar apabila orang yang dinanti-nantikannya itu kini sudah pun berada di hadapan matanya.Fei turut membalas senyuman manis pewaris utama itu sambil melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.Sudah hampir dua minggu mereka tidak bersua muka selepas majlis pertunangan Seung Ho dengan Hyo Young yang diadakan dua minggu yang lalu.
"Wah,nampak berseri-seri muka awak sekarang kan?"Soal Fei,sekaligus mengusik Seung Ho yang sudah pun menjadi tunangan orang itu.
"Berseri?Tak adalah.Makin berserabut adalah.Sekarang ni,dah ada macam-macam kerja yang saya kena buat,"kata Seung Ho."Awak nak minum apa?"Soal Seung Ho.
"Jus oren jelah,"balas Fei.Seung Ho kemudiannya mengangkat tangannya ke arah pelayan lelaki yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.Seung Ho memberi pesanan kepada pelayan itu sambil diperhatikan oleh Fei.Seung Ho kemudiannya mengukir senyuman manis sebelum pelayan itu beredar dari situ.
"Kita minum-minum dulu lah.Lepas tu,baru kita pergi ke tapak sama-sama,okey?”Seung Ho memberi cadangannya.Fei sekadar angguk,bersetuju dengan cadangan Seung Ho itu.”Fei,boleh saya tanya awak satu soalan?”Soal Seung Ho.
“Apa dia?”Balas Fei.
“Saya rasa…syarikat AA ni bukannya kepunyaan keluarga awak.Tapi,kenapa awak nak kerja dengan syarikat ni sedangkan keluarga awakkan ada syarikat sendiri?Tak silap saya…syarikat keluarga awak tu…tak kurang hebatnya juga,”kata Seung Ho.
“Oo…pasal tu ke.Em,sebenarnya…appa saya memang beria-ia nak saya masuk dalam syarikat keluarga saya tu.Tapi…saya ingat,saya nak berdikari dulu kot.Yela,mungkin saya boleh belajar selok-belok perniagaan dalam syarikat AA ni,dan saya boleh gunakannya untuk syarikat keluarga saya.Tak salah kan?”Balas Fei,sebelum menghadiahkan senyuman kepada Seung Ho.Seung Ho pula membalasnya dengan senyuman sumbing.
“Oo..kira saya ni tak berdikarilah sebab bekerja dengan syarikat keluarga saya sendiri?”Balas Seung Ho.
“Eh,mana ada.Kes awak ni lain sikitlah,Seung Ho.Awak sedarlah sikit awak tu siapa.Yang Seung Ho,pewaris utama keluarga Diraja Yang,sekaligus merupakan pemegang ketiga terbesar syer syarikat keluarga awak.Nak tak nak,awak kenalah belajar selok belok pengurusan syarikat keluarga awak tu.Lagipun,lebih senang bekerja dengan syarikat keluarga sendiri.Cuba awak tengok saya.Macam kuli tau saya dikerjakan.Mereka bukannya peduli pun status saya sebagai bangsawan ke…anak raja ke.Yang penting,kerja mesti disiapkan,”terang Fei,panjang lebar.Fei kemudiannya memandang ke arah Seung Ho yang sedang asyik memandang ke arahnya itu.”Seung Ho?”Fei cuba melambai-lambaikan tangannya di hadapan Seung Ho.Namun,Seung Ho tetap kaku.
“Awak ni kenapa,Seung Ho?Macam kena sampuk je saya tengok,”soal Fei,sambil tertawa kecil.
“Awaklah yang sampuk saya tu,”balas Seung Ho.Fei terkejut dengan kenyataan Seung Ho itu.
“Saya?Mengarut jelah awak ni,Seung Ho.Dahlah,cepat habiskan jus awak tu.Nanti kita lambat nak ke tapak,”kata Fei,malas hendak melayan kerenah Seung Ho yang semakin menjadi-jadi itu.
Seung Ho dan Fei tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh arkitek yang bertugas itu.Mereka juga kelihatan serius ketika bertanyakan soalan terutamanya Seung Ho.Pembantu-pembantu Seung Ho sedikit hairan dengan sikap Seung Ho ketika itu.Selalunya,Seung Ho tidak pernah serius dalam bekerja seperti ketika itu.Tidak pastilah sama ada pertunangannya dengan Hyo Young yang telah mengubah sikap Seung Ho itu ataupun kerana Fei yang sedang berada di sebelahnya itu.Maklumlah,Seung Ho kan terkenal dengan sikap ‘playboy’nya itu.
“Saya rasa,kalau Tuan mahukan gambaran yang lebih jelas,Tuan boleh tengok-tengok dulu sekeliling.Lagipun,kita dah siapkan hampir 50 peratus daripada pelan yang baru saya terangkan tadi,”kata arkitek itu.Seung Ho dan Fei sekadar angguk.
“Kita tengok-tengok dulu nak?”Cadang Fei.Tanpa berfikir panjang,Seung Ho pantas angguk.
Mereka berjalan beriringan memerhati bangunan yang sudah hampir siap sebanyak 50 peratus itu.Sesekali kelihatan mereka sedang membincangkan sesuatu.Mungkin hal-hal yang berkaitan dengan projek binaan itu.
“Hati-hati!”Seung Ho dan Fei terkejut apabila terdengar jeritan yang kuat dari atas.Seung Ho segera melindungi Fei apabila melihat beberapa kepingan kayu terjatuh dari tingkat atas bangunan yang sedang disiapkan itu.Akibatnya,Seung Ho rebah tidak sedarkan diri apabila belakangnya ditimpa dengan kayu-kayu itu.Semua orang yang berada di situ serta-merta berlari mendekati ke arah Seung Ho itu.
“Seung Ho!”Fei cuba menyedarkan Seung Ho yang sudah tidak sedarkan diri itu.”Seung Ho,bangunlah!”Fei mulai menangis apabila lelaki itu tidak memberi respon terhadapnya.
“Kita mesti bawa Tuan ke hospital sekarang!”Kata pembantu peribadi Seung Ho yang sudah pun memberi isyarat kepada pambantu yang lain untuk menghubungi ambulans.Fei pula terus mengalirkan air mata.Rasa bersalahnya kian menebal terhadap lelaki itu.Andai bukan kerana dirinya,pasti Seung Ho tidak akan jadi seperti ini.
Fei setia menemani Seung Ho yang sedang terbaring lemah itu.Rasa bersalahnya terhadap lelaki itu masih lagi menebal.Mengapa pula Seung Ho mahu membahayakan dirinya semata-mata mahu menyelamatkan dirinya itu,sedangkan dahulu Fei telah banyak menyusahkan lelaki itu ketika mereka kecil dahulu?Jadi,adalah tidak mustahil sekiranya Seung Ho enggan mengikat tali pertunangan dengan dirinya sehingga lelaki itu mengambil keputusan untuk bertunang dengan Ryu Hyo Young.
“Miane,Seung Ho.Saya tak sangka awak boleh jadi macam ni disebabkan saya,”kata Fei,dalam sebak.Tangan lelaki itu dicapainya.”Seung Ho,tolonglah bangun.Janganlah terus diam macam ni.Susah hati saya tengok awak macam ni,”kata Fei,seolah-olah merayu.Namun,Seung Ho seolah-olah tidak mengendahkan rayuannya apabila dia tetap kaku di situ.Fei menoleh ke arah pintu apabila menyedari seperti ada seseorang yang menolak pintu itu dari luar.Jangkaannya tepat sekali apabila matanya menangkap kelibat Hyo Young yang muncul di muka pintu itu.Fei segera mengesat air matanya yang masih lagi membasahi pipinya itu.
“Cik Hyo Young…”Sapa Fei dalam nada sebak.Berusaha menyembunyikan rasa sebaknya supaya tidak kelihatan keterlaluan pada pandangan mata Hyo Young.Perlahan-lahan,Hyo Young melangkah mendekati ke arah Seung Ho yang terbaring lesu itu.
“Kenapa dengan Seung Ho?Macam mana dia boleh jadi macam ni?”Soal Hyo Young,perlahan.
“Maafkan saya,Cik Hyo Young.Semuanya disebabkan saya.Seung Ho cuma nak selamatkan saya dari ditimpa kayu-kayu tu.Saya betul-betul minta maaf,Cik Hyo Young,”ucap Fei,bersungguh-sungguh meminta kemaafan daripada wanita itu.
“Tak apa,Cik Fei.Saya…saya faham,”balas Hyo Young.Matanya masih tertumpu pada wajah Seung Ho yang lesu itu.Fei kemudiannya perlahan-lahan meninggalkan Hyo Young bersama-sama dengan Seung Ho di situ.Dia yakin,Hyo Young pasti kurang menyenangi akan kehadirannya di situ,apatah lagi sebab utama Seung Ho terlantar di atas katil itu adalah disebabkan oleh dirinya!
Hyo Young menatap wajah Seung Ho yang lesu tidak bermaya.Pasti lelaki itu berada dalam kesakitan ketika itu.Hyo Young mengusap rambut Seung Ho yang hitam keperang-perangan itu.
“Babo!”Bisik Hyo Young,melepaskan geramnya.”Kalau awak mati,macam mana?Awak ingat awak tu hebat sangat ke,hah?Tengok,sekarang siapa yang sakit?Awak juga kan?”Sekali lagi,Hyo Young melepaskan geram terhadap tindakan Seung Ho yang dianggapnya kurang bijak itu.Wajah Seung Ho itu ditatapnya lagi.
“Sebenarnya…hati saya pun sakit bila tengok awak macam ni.Awak ingat saya suka bila tengok awak sakit macam ni?Lagi-lagi,awak sakit macam ni disebabkan oleh Fei.Kalau saya yang berada di tempat Fei masa tu,adakah awak pun akan buat perkara yang sama terhadap saya?”Soal Hyo Young.Suaranya mulai kedengaran serak.Ternyata wanita itu mulai menangis.
Hyo Young membuka matanya perlahan-lahan.Dia kemudiannya menggeliat di atas katil itu.Sekejap…di atas katil?Hyo Young memerhati ruang sekeliling.Bukankah ini bilik rawatan yang menempatkan Seung Ho semalam?Hyo Young kemudiannya menoleh ke arah kirinya.Matanya terbuntang luas lantas segera bangun dari pembaringannya apabila melihat Seung Ho sedang duduk di atas kerusi sambil memerhati ke arahnya.
“Seung Ho?Awak..awak dah sedar?”Soal Hyo Young,tidak percaya.Hyo Young pantas bangun dari katil itu lalu melangkah mendekati ke arah Seung Ho yang sedang duduk bersandar di atas kerusi empuk itu.
“Habis tu,kau nak aku mati terus ke?”Balas Seung Ho,terus berkelakuan kasar terhadap wanita itu seperti kebiasaannya.
“Tak adalah.Tapi…macam mana awak boleh…”Hyo Young segan untuk meneruskan pertanyaannya apabila memikirkan dirinya yang tertidur di atas katil Seung Ho tadi.
“Kau nampak letih sangat tadi.Sebab tu,aku dengan terpaksanya angkat kau,tidur kat atas katil tu,”kata Seung Ho,tidak langsung memandang ke arah Hyo Young.Mungkin malu untuk mengakui kebenaran kata-katanya itu.Hyo Young tersenyum manis.
“Awak rasa sakit lagi?Nak saya panggilkan doktor untuk tengokkan luka awak?”Soal Hyo Young,menawarkan bantuan.Seung Ho menggeleng.
“Tak apa.Sakit sikit je.Aku kan kuat.Macamlah kau tak…”Belum sempat Seung Ho menghabiskan kata-katanya,Hyo Young memeluknya.Tindakan Hyo Young itu terus membuatkan lidah Seung Ho kelu untuk berkata-kata.
“Syukurlah awak selamat.Awak tahu tak…saya risau sangat bila saya diberitahu yang awak kemalangan kat tapak projek semalam.Macam-macam yang saya fikirkan pasal awak.Tapi,syukurlah…yang awak tak cedera teruk,”kata Hyo Young.Hati Seung Ho tersentuh mendengar kata-kata Hyo Young itu.Benarkah dengan apa yang Hyo Young katakan itu?Benarkah yang Hyo Young benar-benar bimbang akan keselamatannya?
“Terima kasih,Seung Ho,”ucap Hyo Young sambil tersenyum manis.Seung Ho pula terus membisu,membiarkan Hyo Young berkata-kata.
“Terima kasih sebab awak masih bertahan.Kalau bukan untuk saya pun,sekurang-kurangnya awak masih terus bertahan untuk keluarga awak,”sambung Hyo Young lagi.Perlahan-lahan,Seung Ho mengukir senyuman manis.Sungguh hatinya berasa tenang dengan kata-kata Hyo Young itu.Terasa separuh daripada kesakitannya kian hilang.Namun,Seung Ho segera tersedar daripada terus terbuai dengan angan-angannya yang baru seketika itu.
“Argh…sakitlah!Lepaslah,kau peluk aku kuat sangat!”Seung Ho berpura-pura mengaduh kesakitan.Kelam kabut Hyo Young melepaskan pelukannya terhadap Seung Ho itu.Kelihatan riak wajahnya berubah cemas.
“Sakit ke?Oh,miane.Nak saya panggilkan doktor ke?”Soal Hyo Young,cemas.Seung Ho menjeling tajam ke arah Hyo Young.Seperti memahami isyarat mata Seung Ho yang membunuh itu,pantas sahaja Hyo Young melangkah keluar dari bilik itu untuk mendapatkan doktor bagi memeriksa keadaan Seung Ho.Seung Ho pula tertawa kecil.Terhibur dengan telatah Hyo Young yang sangat comel pada pandangan matanya itu.Namun,senyumannya mengendur apabila melihat Fei muncul di muka pintu tidak lama selepas Hyo Young beredar dari bilik itu.
“Fei?”Seung Ho terkejut melihat wajah Fei yang kusam itu.Matanya kelihatan bengkak,mungkin wanita itu baru sahaja lepas menangis.Seung Ho ingin cuba bangun namun rasa sakit pada belakangnya menghalang niatnya itu.”Fei,awak tak ada apa-apa?Awak ada cedera kat mana-mana ke semalam?”Soal Seung Ho,bimbang.Perlahan-lahan,Fei berjalan ke arahnya.Seung Ho sekadar memerhati.Kemudian,Fei melabuhkan punggung di sebelah Seung Ho sambil memandang lesu ke arah lelaki itu.”Fei,awak okey tak ni?”Soal Seung Ho lagi.Kebimbangannya semakin menebal apabila melihat butir-butir jernih yang mulai mengalir pada pipi wanita itu.
“Seung Ho,saya minta maaf.Awak sepatutnya tak perlu selamatkan saya semalam.Saya rasa bersalah bila tengok awak sakit macam ni disebabkan saya,”kata Fei,sambil menangis teresak-esak.”Miane…”Ucap Fei lagi.
“Awak duduk kat sini semalaman ke?”Soal Seung Ho,apabila menyedari Fei masih lagi memakai baju yang sama seperti semalam.
“Saya terlalu risaukan awak.Sebab tu,saya tak sampai hati nak tinggalkan awak,Seung Ho,”kata Fei,dalam sebak.Fei terkejut apabila Seung Ho memeluknya secara perlahan-lahan.
“Gomawo…”Ucap Seung Ho.”Saya lega yang awak tak apa-apa,Fei,”kata Seung Ho.Air mata Fei semakin lebat.Sungguh Seung Ho benar-benar ambil berat akan dirinya.
Hyo Young menutup pintu bilik Seung Ho itu dengan perlahan,bimbang kehadirannya di situ mengganggu perbualan antara Seung Ho dengan Fei.Hyo Young mengukir senyuman nipis.Dia cuba menahan rasa cemburunya yang kian menebal itu.Hyo Young menggeleng perlahan.Dia kemudiannya beredar dari situ dengan hati yang terluka.

No comments:

Post a Comment