02 February, 2011

...One Word...

Hanna menyibukkan dirinya terhadap kerja-kerjanya yang masih belum selesai itu.Matanya sakit untuk melihat kemesraan antara Emmet dengan Sara.Dah tak ada tempat lain ke nak menyibuk?Hatinya menahan geram dengan sikap Sara yang sengaja menyakitkan hatinya itu.Sabar Hanna...sabar...
"Oppa,jomlah kita keluar malam nanti.Sara ada sesuatu yang Sara nak tunjukkan dekat oppa,"pujuk Sara,manja.Hanna mencebik.
"Malam ni tak bolehlah,Sara.Hari ni saya ada kerja sikit sampai malam.Lain kali jelah,"kata Emmet,menolak lembut ajakan Sara.Sara kelihatan hampa.Hanna pula tersenyum gembira.
"Oppa tak nak rehat sikit ke?"Sara terus cuba memujuk.
"Mestilah nak.Tapi kan,ada kerja yang perlu disiapkan.Kalau saya tak siapkan sekarang,makin banyak pula kerja yang tertangguh nanti.Lagipun,tak lama lagi saya nak keluarkan single saya sendiri.Makin sibuklah,"jawab Emmet.
"Kalau macam tu,biar Sara temankan oppa,"kata Sara,masih tidak mahu mengalah.
"Tak apalah,Sara.Saya tak tahu balik pukul berapa nanti.Lagipun,Ken pun ada sekali dengan saya.Saya janji...lain kali kita keluar ye?Saya harap awak faham,"kata Emmet.
"Betul ni?"soal Sara.Emmet angguk.Sara merangkul lengan Emmet sambil melentokkan kepalanya pada bahu Emmet.Hati Hanna dilanda cemburu.
"Okey.Sara tunggu,"kata Sara,manja.Emmet tersenyum nipis.Sesekali matanya memandang ke arah Hanna yang turut memandang ke arahnya.Menyedari pandangan Emmet itu,Hanna segera berpaling darinya dan menyambung kerjanya semula.Emmet berasa tidak selesa ketika itu.Entah mengapa,dia berasa bersalah terhadap Hanna ketika itu.Dia sendiri tidak mengerti.

Emmet mengejar Hanna yang sedang menuju ke keretanya.
"Hanna!"jerit Emmet.Hanna menghentikan langkahnya daan berpaling ke arah Emmet.
"Ya?"soal Hanna.Emmet memperlahankan langkahnya dan mulai mendekati Hanna.
"Awak...awak dah nak balik ke?"soal Emmet.Hanna angguk.
"Kenapa?Baju yang saya bagi tadi ada masalah ke?"soal Hanna,menyangka ada sesuatu yang tidak kena pada rekaannya.Emmet menggeleng."Habis tu?"soalnya lagi.Emmet memandang wajah Hanna.Sejak belakangan ini,Emmet benar-benar tidak mengerti perasaannya.Awalnya,dia benar-benar tidak menyukai kehadiran Hanna di agensi itu.Perasaan benci itu juga tidak tahu dari mana puncanya.Sekarang,dia sudah boleh menerima Hanna seadanya.Malah sudah mula berkawan rapat dengannya.Walhal,wanita itu baru sebulan bekerja di situ.
"Emmet?"soal Hanna.Lamunan Emmet terhenti.
"Awak ni kenapa?Tak sihat ke?"Pantas sahaja Hanna meletakkan tangannya pada dahi Emmet.Emmet terkejut.Dia terus memalingkan wajahnya dari Hanna.Hanna semakin hairan dengan sikap Emmet.
"Emmet,kalau awak tak ada apa-apa...saya balik dulu.Esok kita bincang kalau ada apa-apa.Lagipun,dah agak lewat ni,"kata Hanna,berkira-kira mahu segera pulang.Emmet masih tidak membalas apa-apa."Saya balik dulu ye,Emmet,"kata Hanna.Namun,langkahnya terhenti apabila merasakan dirinya dipeluk oleh Emmet dari belakang.Hanna betul-betul terkejut.Jantungnya juga berdegup kencang.Pelukan Emmet kian erat.
"Emmet...?"
"Shh...izinkan saya unuk memeluk awak sekejap je,Hanna.Tolonglah..."pinta Emmet.Hanna betul-betul tidak mengerti dengan keadaan yang benar-benar di luar jangkaannya itu."Selesanya..."bisik Emmet.Muka Hanna berubah merah.Kenapa dengan Emmet?
"Saya rasa...macam rindukan seseorang.Tapi tak tahu siapa.Bila saya peluk awak macam ni,saya rasa...tenang,"kata Emmet.Hanna mengukir senyuman manis.Terharu dengan kata-kata Emmet itu.Dia memegang tangan Emmet.Apakah seseorang yang dimaksudkan Emmet itu adalah dirinya?
"Emmet...awak tahu tak...ini adalah satu penghormatan untuk saya?"Hanna menyoal Emmet.Emmet yang masih memejamkan matanya itu tersenyum.Hanna turut tersenyum.Hatinya benar-benar bahagia ketika ini.Namun tidak bagi Sara yang ternampak perlakuan mereka itu.Hatinya benar-benar panas.Mustahil Jeremy sudah mengingati Hanna semula?Dia menggenggam tangannya.Kali ini,dia nekad untuk menjadikan Emmet sebagai miliknya.Tidak mahu mengalah lagi!

Emmet mencuri-curi melihat ke arah Hanna yang sedang membetulkan pakaiannya.Hanna buat-buat tidak nampak.Sesekali Emmet membuka butang bajunya semula apabila Hanna berpaling darinya.Apabila Hanna memandang ke arah Emmet semula,dia terkejut apabila melihat butang baju Emmet terbuka semula.
"Eh,longgar ke?"soal Hanna.Dia kemudiannya memasangkan semula butang baju Emmet itu.Emmet menahan dirinya dari ketawa.Hanna ni betul-betul comellah...Sedang Hanna membetulkan ikatan kain pada leher Emmet,Emmet mendekatkan wajahnya ke arah Hanna perlahan-lahan.Hanna memandang ke arah Emmet.
"Emmet?"Hanna terkejut apabila Emmet memegang dagunya.Emmet seperti tidak menyedari apa-apa.Kemudian,dia mengucup pipi Hanna.Hanna tergamam.Emmet tersenyum nakal.
"Hanna,kenapa ni?Macam nampak hantu je,"usik Emmet.Hanna masih terkejut dengan sikap Emmet.Emmet tertawa.Tawa Emmet terhenti apabila setiausaha Encik Oh memasuki bilik persalinan itu.
"Selamat tengahari,Emmet...Hanna,"ucap Setiausaha itu.
"Ada apa,Noona?"soal Emmet,berpura-pura biasa.Begitu juga dengan Hanna.
"Noona,ada hal sikit dengan Hanna,"jawab setiausaha itu.Emmet menoleh ke arah Hanna.
"Cakap je lah,"kata Emmet sembil berjalan ke arah cermin.Setiausaha itu mula mendekati Hanna dan mengatakan sesuatu kepadanya.
"Unni nak saya ambil barang kat Daegu?"soal Hanna.Setiausaha itu angguk.
"Sepatutnya Encik Lee yang pergi ambil tapi hari ni dia ada hal dengan Encik Oh pasal konsert FT Island nanti.Jadi,Unni nak minta tolong Hanna ambilkan barang tu.Jangan risau,Elli pun ikut sekali,"kata setiausaha itu.Hanna melihat jam tangannya.
"Em,okeylah.Kerja saya kat sini pun dah siap,"kata Hanna.
"Bagus.Ni alamatnya,"kata Setiausaha itu sambil menghulurkan sehelai kertas kecil kepada Hanna."Kalau ada apa-apa,telefon Unni tau,"pesannya lagi.Hanna angguk.

Hanna terkejut apabila mendapati Emmet sedang bersandar pada keretanya.
"Emmet,apa awak buat kat sini?"soal Hanna.
"Nak ikut awakla,"kata Emmet,selamba.Elli yang turut berada di sebelah Hanna turut pelik dengan kehadiran Emmet di situ.
"Elli,awak naik atas balik.Biar saya yang temankan Hanna pergi Daegu,"arah Emmet.
"Tapi,awak kan ada hal hari ni?Kalau awak tak pergi,macam mana?"soal Elli.
"Ala macam tak biasa je FT Island pergi apa-apa event tanpa Emmet.Pandai-pandailah awak bagi alasan nanti.Jom Hanna,"kata Emmet lalu mengambil kunci kereta Hanna dari pegangan gadis itu.

Hanna membisu sepanjang perjalanan ke Daegu.Fikirannya buntu dengan sikap Emmet yang berlainan dari biasa itu.
"Senyap je.Kenapa?"soal Emmet,tidak selesa dengan keadaan yang sunyi sepi itu.
"Tak ada apa,'jawab Hanna.Emmet tersenyum.Hanna mesti rasa kaget ketika ini.
"Malu ke?"soal Emmet,sekaligus mengusik.Pantas sahaja Hanna menggeleng.
"Tak adalah,"balas Hanna.Kemudian,Emmet membelokkan keretanya ke arah satu simpang.Hanna berasa pelik dengan laluan yang digunakan oleh Emmet.
"Awak nak pergi mana ni,Emmet?Bukan kita patut ikut jalan tadi ke?Ni kan dah nak masuk tempat lain,"kata Hanna.
"Ala,sama je,"jawab Emmet.
"Emmet,baik kita ikut jalan tadi.Lagipun,awak biasa ke ikut jalan ni?"soal Hanna.
"Relakslah Hanna.Awak ni takut sangatlah,"kata Emmet,selamba.Hanna bersandar pada tempat duduknya.Benar-benar tidak puas hati dengan tindakan Emmet.Bagaimana kalau sesat?Siapa yang susah?

"Kan saya dah kata ikut jalan tadi?Awak ni degillah Emmet!"marah Hanna.Emmet masih meneruskan pemanduannya.Hanna geram.Dia segera membuka tali pinggang keledar dan berkira-kira mahu membuka pintu kereta itu.Emmet yang menyedari tindakan Hanna itu segera memberhentikan keretanya itu.Hanna segera keluar dari situ dan berjalan menuju ke tengah jalan raya yang agak lengang itu.Emmet turut mengekori Hanna.
"Hanna!Awak nak pergi mana?!"jerit Emmet.Dia cuba mengejar Hanna.
"Awak duduk jelah kat situ!Awak ni sengaja melambatkan kerja sayalah,Emmet!"balas Hanna,tanpa menoleh ke arah Emmet.Emmet mencapai tangan Hanna.Namun,Hanna melepaskan tangannya kasar.
"Lebih baik saya bawa Elli tadi.Kalau saya bawa dia tadi,mesti tak jadi macam ni,"kata Hanna.
"Hanna!"
"Awak pergi baliklah,Emmet.Awak ni suka buat perangai tau.Dalam banyak-banyak orang,awaklah orang yang paling degil yang pernah saya jumpa!"marah Hanna.
"Okey,fine!Saya salah!Tapi,boleh tak kalau awak datang balik ke sini?!Awak tengah berdiri kat tengah jalan tu,tahu tak?!"jerit Emmet.Hanna tidak peduli.Dia malas hendak bertekak dengan Emmet lagi.Hanna berpaling dari Emmet.Namun,kakinya terasa berat untuk melangkah apabila melihat kereta pacuan 4 roda sedang meluncur laju ke arahnya.Hanna terasa kakinya diikat.
"Hanna!"Suara Emmet yang kuat itu seolah-olah tenggelam pada pendengaran Hanna.Pantas sahaja,Emmet menarik tangan Hanna sebelum sahaja kereta itu tepat-tepat mengenai sasarannya.Emmet memeluk Hanna erat.Hanna pula masih ketakutan dalam pelukan Emmet.Benar-benar terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu.Emmet merasakan kepalanya sakit semula.Bayang-bayang yang pernah terlintas di fikirannya sebelum ini,kini datang semula.Entah kenapa,dia dapat melihat dirinya sedang menyanyi di hadapan ramai sambil diperhatikan oleh Hanna.

"Saya akan katakannya berulang kali,Hanna.Saranghae..."

Emmet memegang kepalanya.Hanna yang melihat keadaan Emmet itu turut rasa cemas.
"Emmet,kenapa ni?"soal Hanna.Emmet mengerang kesakitan.Dalam bayangan itu juga,Emmet turut melihat dirinya sedang berlari ke arah Hanna lalu menolak Hanna,supaya tidak dilanggar oleh kereta yang sedang meluncur laju ke arah Hanna.
"Emmet!!"
"Argh!!!!"Jerit Emmet.

"Saranghae..Hanna.."

"Miane...oppa.Tapi apa yang Sara cakapkan itu betul.Hanna tak boleh dekat dengan oppa..."

"I'm sorry but i love you,Jeremy..."

Kemudian,Emmet merasakan pandangannya semakin gelap.Suara Hanna juga tidak didengarinya lagi.


Hanna mengesat air matanya.Ken  memegang bahu Hanna.Danny,Alan,dan Mackey turut bimbang dengan keadaan Emmet.
"Semua ni salah saya,Ken.Kalau saya dengar cakap Emmet tadi...mesti benda ni takkan terjadi,"kata Hanna,sebak.
"Shh..jangan cakap macam tu.Emmet tak ada apa-apa.Saya yakin,dia mungkin terkejut.Awak jangan risau ya,"pujuk Ken.Dia menepuk-nepuk bahu Hanna,dengan tujuan untuk menenangkan hati wanita itu.Penantian mereka berakhir apabila doktor yang merawat Emmet itu keluar dari bilik rawatan.Pantas sahaja,Hanna mendekati doktor itu.
"Doktor,macam mana dengan Emmet?"soal Hanna,bimbang.Begitu juga dengan yang lain.
"Awak..Cik Hanna ke?"soal doktor itu lagi.Hanna angguk.
"Encik...Jeremy nak jumpa dengan awak,"jawab doktor itu,sambil tersenyum.Hanna terkejut.Perlahan-lahan,Ken tersenyum lega.Dia memegang bahu Hanna.Hanna menoleh ke arahnya.
"Pergilah,Hanna,"kata Ken.

Hanna memasuki bilik Emmet.Dilihatnya lelaki itu sedang menoleh ke arah tingkap.Hanna melangkah mendekati Emmet yang sedang terbaring itu.
"Emmet..."sapa Hanna.Emmet menoleh ke arah Hanna.Dia tersenyum ke arah Hanna.
"Awak tak ada apa-apa?"soal Emmet,lembut.Hanna menggeleng.Kemudian,Emmet memegang tangan Hanna.
"Syukurlah.Nasib baik,awak tak ada apa-apa.Awak ni memang suka buat saya risau,"kata Emmet lagi.Hanna menahan air matanya dari mengalir.
"Miane...saya tak bermaksud nak marah awak tadi,"kata Hanna,penuh rasa bersalah.
"Tak...semua tu salah saya.Kalau saya ikut cakap awak tadi,mungkin perkara ni takkan terjadi,"kata Emmet.Hanna tersenyum nipis.
"Nampaknya...saya kena akui juga kata-kata awak dulu..."kata Emmet.Hanna memandang ke arah Emmet.
"Lain kali jangan tunjuk hebat.Sebab...nanti menyusahkan orang lain juga,"kata Emmet.Hanna terkejut dengan kata-kata Emmet.Bukankah itu kata-kata yang pernah diungkapkannya sewaktu tangan Jeremy tercedera kerana mengutip kaca 4 tahun yang lalu?
"Je...Jeremy?"
"Awak pergi mana,Hanna?Selama 4 tahun ni,mana awak menghilang?Awak dah tak cintakan saya ye?"soal Emmet,sambil tersenyum.Air mata Hanna mengalir laju.Benarkah itu Jeremy?
"Saya rindukan awak,Hanna.Sangat rindukan awak...."ucap Emmet,sambil mencium tangan Hanna.
"Jeremy!"Hanna terus memeluk Emmet.Emmet membalas pelukannya.
"Miane....Hanna tak bermaksud nak tinggalkan oppa...Tapi,Hanna terpaksa,"kata Hanna dalam tangisan.Jeremy tersenyum.
"Oppa tahu.Oppa dah dengar segala-galanya 4 tahun yang lalu.Apa yang penting,tak ada apa yang oppa nak maafkan...Sebab Hanna tak buat apa-apa salah pun kat oppa..."kata Jeremy,jujur.Hanna memeluk Jeremy erat.Dia benar-benar bersyukur.Jeremy akhirnya sudah pulih.
"Saranghae..."ucap Jeremy.Air mata Hanna semakin lebat.Sungguh dia amat merindui 'One Word' dari Jeremy itu.


Jeremy kian pulih.Hari ini,dia sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.Hanna membantu mengemaskan barang-barang Jeremy.
"Syukurlah,Jeremy.Aku gembira kau dah pulih semula,"kata Ken.Jeremy tersenyum lebar.
"Semua ni sebab sokongan dan bantuan kau,Ken.Kalau kau tak ada,mungkin...aku pun tak dapat jumpa Hanna lagi,"kata Jeremy,sambil memandang ke arah Hanna.Hanna tersenyum ke arahnya.Ken turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan yang akhirnya dapat juga dikecapi oleh pasangan itu.
"Oh ya...macam mana dengan yang lain?"soal Jeremy,merujuk kepada ahli-ahli FT Island yang lain.
"Don't worry.Semuanya dah beres.Aku dah jelaskan segala-galanya.Mereka pun tak sabar nak kau balik semula ke asrama.Lagipun,mereka nak kenal kau dengan lebih rapat sebagai Jeremy...sebelum kau berpindah dari asrama tu,"kata Ken.Kening Jeremy terangkat sebelah.
"Apa maksud kau ni?"soalnya tidak mengerti.Ken mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video yang baru dirakamnya semalam.


"Hyung!!!Bagilah kami kenal-kenal dengan hyung lama sikit.Kami nak juga kenal dengan Jeremy!!!"jerit Alan.
"Eh,tepilah...Jeremy Hyung!!!Wah..selamat kembali...Ehem-ehem,mesti Cik Hanna kita pun tersenyum lebar sampai ke telinga sekarang ni kan?"Danny pula mencelah.
"Hanna...bagilah Jeremy hyung duduk dengan kami lama sikit.Nanti,kalau kami dah boring dengan Jeremy hyung,baru Hanna ambil ekh?!"pinta Mackey pula.Kemudian,kedengaran mereka ketawa besar.


Jeremy dan Hanna tersenyum apabila melihat video tersebut.
"Macam tak dapat je Hanna nak bawa Oppa duduk dengan Hanna,"kata Hanna.Jeremy dan Ken menoleh ke arahnya.
"Kenapa?'soal Jeremy.
"Diorang kata,Hanna boleh ambil oppa kalau diorang dah bosan dengan oppa.Hanna tak rasa diorang bosan dengan oppa nanti,"jawab Hanna.Jeremy dan Ken tertawa saat mendengar jawapan Hanna itu.Jeremy mencuit lembut hidung Hanna.Hanna turut tertawa.Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik itu dibuka dari luar.Jeremy,Hanna, dan Ken memandang ke arah pintu itu.


"Hyung!!!"Ken terus mendekati Nick sambil memeluk lelaki itu.Jeremy dan Hanna masih terkejut dengan kehadiran Nick di situ?
"Bila kau balik Seoul?Tak cakap pun,"soal Ken.Nick tersenyum.
"Dua hari lepas,aku dah ada kat sini.Sebenarnya,minggu lepas aku dah balik Korea.Cuma saja nak lepak-lepak kat Daegu.Ada hal sikit..."jawab Nick.Nick kemudiannya melangkah ke arah Jeremy dan Hanna.
"Apa khabar,Jeremy?"soal Nick sambil menghulurkan salam kepada Jeremy.Perlahan-lahan,Jeremy menyambut salam Nick itu.Hanna pula sudah lama memaut lengan Jeremy,erat sekali.
"Hanna?Apa khabar?"soal Nick kepada Hanna pula.Hanna teragak-agak untuk menerima salam daripada Nick itu.
"Hanna..."pujuk Jeremy.Hanna menyambut salam Nick itu selepas dipujuk oleh Jeremy.
"Aku gembira kau dah sihat,Jeremy,"kata Nick.
"Thanks,Nick,"ucap Jeremy,masih kekok dengan pertemuan semula itu.Apatah lagi dengan Nick.Lelaki yang pernah merampas Hanna darinya.Ken melangkah mendekati Jeremy.
"Actually,aku dengan Nick ada sesuatu nak katakan kat korang berdua,"kata Ken.Hanna dan Jeremy memandang ke arah Ken.
"Sebenarnya,aku dengan Nick Hyung yang merancang untuk menemukan semula korang selepas 4 tahun ni.Mengenai tawaran FNC kepada Hanna tu,aku yang uruskan.Itupun disebabkan oleh bantuan Nick Hyung.Dia dapat menjejak Hanna sampai kat New York.Dari  situ,aku pun rekemenkan Hanna pada Encik Oh untuk mengambil Hanna sebagai pereka fesyen baru kat agensi kita..."kata Ken.Jeremy dan Hanna benar-benar terkejut dengan pengakuan Ken itu.
"Apa yang penting,aku nak tebus balik kesilapan aku terhadap korang berdua.Jeremy,aku betul-betul minta maaf pasal hal dulu.Tapi,mengenai kemalangan yang menimpa kau dulu,jujur aku kata kan...bukan aku yang buat,"kata Nick,jujur.Hanna terus berdiri.
"Habis tu,siapa yang buat?Hanna tak percaya.Bukan ke selama ni,oppa yang berdendam dengan Jeremy?Oppa jangan ingat Hanna lupa dengan perbuatan oppa yang kejam tu,"kata Hanna.
"Hanna.."Jeremy cuba menenangkan Hanna.
"Kalau bukan oppa,siapa lagi?"Hanna mengulangi soalannya.
"Sara,"jawab Ken,bagi pihak Nick.Hanna betul-betul terkejut.Begitu juga dengan Jeremy.Sara yang melakukan semua ni?
"Ya,Hanna.Memang Sara yang buat semua ni.Kejadian kat Daegu tu pun...Sara yang buat.Dia upah orang lain untuk kenakan Hanna..."sambung Nick pula.Hanna terduduk.Berita itu benar-benar di luar jangkaannya.
"Mana dia sekarang?"soal Jeremy.
"Dia dah pergi dari sini.Dan aku yakin...dia takkan balik semula ke sini,"jawab Ken.Dia juga turut bengang dengan tindakan Sara yang tidak berhati perut itu.Air mata Hanna mengalir.Sara memang tak boleh dimaafkan.Tindakannya hampir-hampir meragut nyawa Jeremy.
"Ahhh...!!!"tangis Hanna.Jeremy memeluk Hanna.
"Hanna...tak dapat nak maafkan dia...Dia hampir membunuh oppa.Hanna tak boleh terima!!"tangis Hanna lagi.Jeremy menepuk perlahan belakang Hanna.
"Tapi...oppa kan tak ada apa-apa.."pujuk Jeremy.
"Tapi macam mana kalau oppa langsung dah tak ingatkan Hanna lagi?Hanna takut..."Hanna menangis dan terus menangis.Kudratnya betul-betul lemah untuk menerima kejutan ini.Jeremy terus menenangkan Hanna.Nick simpati.Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Hanna dan Jeremy.
"Miane..."ucap Hanna."Hanna tak patut buat kontrak tu...Semua ni salah Hanna.."kata Hanna.
"Lupakannya,Hanna.Jangan ingatkan perkara-perkara lepas.Kita bina hidup baru lepas ni okey?"pujuk Jeremy sambil memandang wajah Hanna.Perlahan-lahan,Hanna angguk.Kata-kata Jeremy itu benar-benar meyakinkannya.




Dua tahun berlalu...


Hanna menutup wajahnya dengan bantal apabila terasa cahaya matahari mulai mengenai wajahnya.Jeremy tertawa kecil melihat gelagat Hanna yang begitu liat untuk bangun dari tidur itu.Dia mengalihkan bantal itu dari wajah Hanna.
"Em..."Hanna kelihatan marah.Jeremy tertawa lagi.
"Yeobo...."Jeremy cuba mengejutkan Hanna."Yeobo..."kejut Jeremy lagi.Namun,Hanna masih belum memberi apa-apa respon.Jeremy tersenyum nakal.Perlahan-lahan,dia mencuit pinggang Hanna.Hanna terjaga dari tidurnya.Jeremy menghamburkan tawanya apabila melihat gelagat Hanna yang terkejut itu.Hanna geram lalu membaling bantal ke arah Jeremy.
"Ouch!Sakitlah,yeobo.."Jeremy mengaduh kesakitan.Hanna tersenyum puas.
"Padan muka.Siapa suruh kacau Hanna tidur lagi..."kata Hanna,sambil menguap.Jeremy tersenyum.Kemudian,dia terus menerpa ke arah Hanna.Hanna menjerit.
"Apa oppa ni?Sakitlah...!"keluh Hanna.
"Siapa suruh Hanna bangun lambat?Oppa geramlah tengok Hanna tidur.Comel sangat.Tu yang oppa nak kacau tu...Macam mana oppa nak pergi kerja kalau asyik tengok kecomelan Hanna yang sangat comel ni?"kata Jeremy sambil mencubit pipi Hanna.Hanna tertawa.
"Oppa ni..ada-adalah...Pergi jelah kerja tu.Nanti Ken marah tak tahu.."balas Hanna.Jeremy mengeratkan lagi pelukannya terhadap Hanna.
"Malaslah.Hari ni,oppa nak cuti.Oppa rindulah kat yeobo...Jomlah tidur lagi,"kata Jeremy sambil menarik selimut.Hanna tertawa.
"Aik..tadi kata nak suruh Hanna bangun.Ni nak suruh tidur balik.Oppa ni kelakar lah,"balas Hanna.Kemudian,pipinya dicium oleh Jeremy.
"Banyak cakaplah,yeobo ni.Jomlah tidur,"ajak Jeremy,sambil memejamkan matanya.Hanna tersenyum bahagia.Rambut Jeremy yang hitam itu diusapnya lembut.Kemudian,dia mencium dahi Jeremy,lembut.
"Saranghae...oppa..."ucapnya.Jeremy membuka matanya semula.Dia tersenyum ke arah Hanna.
"Saranghae..."balasnya.Kemudian,dia mencium Hanna.Pelukannya kian dieratkan.Seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.Hidupnya adalah untuk Hanna semata-mata.Untuk saat ini...esok...dan selama-lamanya...




Hanna and Jeremy


Ken


Sara



Ken




The End...


THANKS FOR READING...

No comments:

Post a Comment