22 February, 2011

...Chapter 12...

Sa Rang melepaskan keluhan berat.Ruang tamunya yang sedikit bersepah itu sudah dikemasnya.Min Jung pula sudah keluar.Mahu berjumpa dengan rakan katanya.Sa Rang meletakkan tangannya di atas dahi sambil memejamkan matanya.Hujung minggu seperti ini teramat-amat dinantikannya.Bukannya selau dapat berehat macam ni...Namun,rehatnya terganggu apabila kedengaran telefon bimbitnya berdering.Matanya terbuka luas apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Dong Joon ah,"jawab Sa Rang.Kedengaran keluhan Dong Joon dalam talian.Sa Rang hairan."Dong Joon?"soal Sa Rang.Kedengaran keluhan Dong Joon lagi dalam talian.Sa Rang mulai resah.
"Dong Joon,kenapa ni?"soal Sa Rang.Dong Joon tidak memberi sebarang respon."Lebih baik awak cakap.Kalau tak,saya letak telefon,"ugut Sa Rang,mulai rimas dengan gurauan Dong Joon.
"Ala,nak main-main pun tak boleh.Garanglah cikgu ni."Kedengaran suara Dong Joon dalam talian.Sa Rang tersenyum sumbing.
"Awak kat mana ni?Tiba-tiba je call saya.Yun Ho tak ada apa-apa kan?"soal Sa Rang.
"Yela,kalau saya call je...mesti kena cakap pasal si kenit tu kan?"balas Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Oh,bukan pasal Yun Ho ke?Habis tu?"soal Sa Rang lagi.
"Saja.Nak tengok awak hidup lagi ke tak,"kata Dong Joon.
"Kenapa pula?"soal Sa Rang sambil berjalan ke arah balkoni rumahnya.
"Yela.Manalah tahu yang awak dah mati rindu kat saya.Kan saya dah lama tak hantar Yun Ho ke sekolah,"balas Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Tak payah nak perasan.Ala,baru dua minggu...apalah yang nak dikecohkan sangat,"kata Sa Rang.
"Ala,dengan saya,awak bolehlah cakap macam tu.Cuba kalau dengan boyfriend awak tu,mesti sesaat pun awak tak boleh tak jumpa dia,"kata Dong Joon.Sa Rang terkejut.
"Ji Won ke?Dia tu kawan saya je la,"balas Sa Rang.Kedengaran Dong Joon tertawa dalam talian.
"Sekarang yela awak cakap macam tu.Nanti-nanti tak tahu lagi,"kata Dong Joon lagi.
"Dahlah.Lupakanlah pasal tu.Awak kat mana ni?"soal Sa Rang,cuba menukar topik perbualan.
"Kat bawah,"jawab Dong Joon.
"Bawah?"soal Sa Rang.
"Em,"balas Dong Joon.Sa Rang memandang ke bawah.Memang benar!Dong Joon sedang menelefonnya dari bawah.
"Yah,apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.
"Boringlah duduk kat rumah.Jom keluar,"kata Dong Joon.Sa Rang masih memandang ke arah Dong Joon yang juga sedang memandang ke arahnya."Cepatlah turun.Awak nak tengkuk saya patah ke?"soal Dong Joon.


Sa Rang membelek-belek anak patung beruang berwarna putih sambil tersenyum-senyum.Dong Joon sekadar menunggunya dari luar.Dia kemudiannya melihat jam tangannya.Perempuan memang suka melabur duit kat tempat macam ni ke?Penantiannya berakhir apabila Sa Rang mulai melangkah keluar dari kedai itu sambil menjinjing beg kertas berwarna merah jambu.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang menghulurkan beg kertas itu kepadanya.
"Kenapa ni?"soal Dong Joon.Sa Rang kemudiannya mencapai tangan Dong Joon dan memaksa Dong Joon untuk memegang beg kertas itu.Dong Joon melihat isi di dalamnya.
"Untuk Yun Ho ke?"soal Dong Joon.
"Takkan nak bagi kat ahjussi kot,"jawab Sa Rang,bergurau.
"Yah,siapa yang ahjussi ni?Cakap baik-baik sikit ekh,"kata Dong Joon,tidak senang dipanggil 'ahjussi'.Sa Rang tersenyum.
"Alang-alang dah keluar ni,saya nak juga belikan sesuatu kat anak murid saya,"kata Sa Rang.
"Dekat Yun Ho je ke?"soal Dong Joon.
"Gilir-gilirlah.Lepas ni,belikan untuk yang lain pula,"jawab Sa Rang.Dong Joon sekadar mendengar.Kalau Sa Rang sedang membicarakan mengenai tadika dan anak-anak muridnya,Dong Joon tidak mahu mencelah.Sa Rang kelihatan sangat gembira apabila berbicara mengenainya.Dong Joon menyembunyikan senyumannya apabila melihat Sa Rang ketawa di antara ceritanya.
"Hah,Dong Joon...awak memang dah tak hantar adik awak ke tadika lagi dah ke lepas ni?"soal Sa Rang,sehingga membuatkan Dong Joon tersentak dari lamunannya yang baru singgah seketika.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Hantar ke sekolah?Em...tak tahu lagi,"kata Dong Joon.
"Apa maksud awak?"soal Sa Rang.
"Saya kena balik Busan semula Selasa ni.Sebab,nak kena turun ke tapak...tengok perjalanan projek tu,"kata Dong Joon,perlahan.
"Wah,nampaknya appa awak dah percayakan kebolehan awak untuk uruskan projek besar!Tahniah!"ucap Sa Rang sambil menepuk perlahan bahu Dong Joon.Dong Joon tersenyum nipis.
"Tapi...lepas ni,saya dah jarang balik ke Seoul.Mungkin,sebulan lebih saya ada kat Busan,"kata Dong Joon lagi.Riak wajah Sa Rang berubah.Sebulan lebih?Namun,Sa Rang berlagak biasa.
"Tak apalah.Memang tu kerja awak kan?"kata Sa Rang,pura-pura tersenyum.Entah kenapa,dia rasa tidak senang dengan perpisahan sementara yang bakal terjadi itu."Awak ni nampak sedih pula kenapa ni?"soal Sa Rang apabila melihat riak wajah Dong Joon yang berubah sedih itu.
"Sedih?Tak adalah...cuma..."
"Cuma apa?"soal Sa Rang.Namun,perbualan mereka terganggu apabila terdengar tangisan seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Sa Rang segera mendekati kanak-kanak itu.
"Adik,kenapa ni?"soal Sa Rang,cemas.Dong Joon sekadar melihat dari jauh.
"Omma..."jawab kanak-kanak itu,sebak.Sa Rang mengesat air mata kanak-kanak itu.Sa Rang mendukung kanak-kanak itu.
"Biar unni tolong carikan omma ye.Nama adik siapa?"soal Sa Rang.
"Julie..."jawab kanak-kanak itu.Sa Rang tersenyum.Dia kemudiannya melangkah ke arah Dong Joon sambil mendukung Julie.
"Awak nak buat apa dengan budak ni?"soal Dong Joon.
"Kita tolong carikan omma Julie ni lah,"jawab Sa Rang.Dong Joon terkejut.
"Kenapa pula?Awak letak je lah budak ni kat balai polis.Tak payah nak susahkan diri,"kata Dong Joon,tidak bersetuju dengan cadangan Sa Rang.
"Dong Joon,tak baik awak cakap macam tu.Kita kena tolong Julie,"kata Sa Rang.
"Saya tak nak tolong.Awaklah yang tolong budak ni sorang-sorang,"kata Dong Joon.Sa Rang menahan geram.
"Baik,tapi saya nak awak dukung Julie.Biar saya pergi ke balai polis,"kata Sa Rang.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang meletakkan Julie pada pangkuannya.
"Yah,awak patutnya bawa budak ni sekali,"kata Dong Joon.Sa Rang menunjukkan gambar yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.Dong Joon terkejut.
"Bila masa pula awak tangkap gambar budak ni?"soal Dong Joon,hairan.
"Awak tak perlu tahu.Tapi,awak tolong jagakan Julie kejap ye?Mungkin omma Julie pun ada kat balai polis juga.Julie duduk dengan oppa ye,"kata Sa Rang kemudiannya mengusap lembut rambut Julie yang panjang itu.
"Yah,Sa Rang!"panggil Dong Joon.Namun tidak diendahkan oleh Sa Rang yang segera beredar dari situ.Dong Joon mengeluh dan kemudiannya menjeling ke arah Julie.
"Kau ni kacaulah.Ingat senang ke aku nak date dengan dia?"kata Dong Joon kepada Julie yang sedang duduk di sebelahnya.Julie sekadar mendiamkan diri.Dong Joon mengeluh lagi.
"Kau nak aiskrim ke?"soal Dong Joon.Perlahan-lahan,Julie angguk.Dong Joon mendukung kanak-kanak itu sambil menuju ke arah kedai aiskrim,tidak jauh dari situ.


"Minta maaf,ahjussi,"ucap seorang budak lelaki apabila terlanggar Dong Joon yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai itu.Dong Joon memandang tajam ke arah budak lelaki itu.
"Apa kau panggil aku?Ahjussi?"soal Dong Joon,geram.Budak lelaki itu ketakutan dengan pandangan tajam Dong Joon lalu segera berlari dari situ.
"Yah!"jerit Dong Joon.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah kedai itu."Sedap-sedap je panggil orang 'ahjussi',"katanya perlahan.Julie tersenyum kecil."Apa yang kelakarnya?"soal Dong Joon.Julie menggeleng.Dong Joon mencebik.


"Julie!"panggil Puan Mary apabila melihat anaknya sedang duduk sambil menjamah aiskrim bersama-sama dengan Dong Joon.Sa Rang yang turut berada di sebelah Puan Mary turut tersenyum melihat kerajinan Dong Joon melayan kanak-kanak itu.Julie yang melihat kelibat ommanya segera berlari ke arah Puan Mary.Dong Joon berdiri apabila Puan Mary berjalan ke arahnya.
"Kamsahamida.Maaflah buat kamu berdua...susah je,"ucap wanita itu sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Oh,tak ada apa-apa.Cuma lain kali,Puan kena hati-hati sikitlah lepas ni,"kata Dong Joon.Puan Mary angguk lalu meminta izin untuk beredar dari situ.Sa Rang mendekati Dong Joon dengan senyuman yang lebar.
"Awak ni kenapa pula?"soal Dong Joon.
"Awak ni...baik juga dengan budak-budak ekh?"usik Sa Rang.Dong Joon menelan air liur.
"Ni yang saya malas ni.Kalau keluar dengan cikgu tadika,memang saya tak boleh terlepas dari budak-budak ekh?Fine,kalau macam tu,saya bawa Yun Ho jela lepas ni kalau keluar dengan awak lagi,"kata Dong Joon lalu beredar,meninggalkan Sa Rang.Sa Rang ketawa sambil menggeleng.Dong Joon...Dong Joon...


Dong Joon memarkirkan keretanya di hadapan apartment Sa Rang.Sa Rang membuka tali pinggang keledarnya.
"Terima kasih,Dong Joon.Sebab sudi ajak saya keluar,"kata Sa Rang.Dong Joon angguk.
"Tapi tak seperti yang saya rancangkan,"kata Dong Joon,perlahan.
"Apa?"soal Sa Rang.
"Tak ada apa..."kata Dong Joon,pura-pura ketawa.Sa Rang tersenyum.
"Esok..."
"Mungkin saya hantar Yun Ho ke sekolah,sebab saya cuti esok,"kata Dong Joon,memotong percakapan Sa Rang.
"Oh ye ke?"soal Sa Rang,pinta kepastian.Dong Joon angguk.
"Kalau macam tu,kita jumpa esoklah,"kata Sa Rang.Dia kemudiannya keluar dari kereta Dong Joon.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Unni?"Sa Rang dan Dong Joon menoleh ke arah suara yang memanggil 'unni' itu.Dong Joon terkejut apabila melihat Min Jung sedang memerhatikan mereka.
"Min Jung,baru balik ke?"soal Sa Rang.Min Jung tersenyum sambil berjalan ke arah kakaknya.
"Min baru balik dengan kawan,"kata Min Jung,sekali-sekala memandang ke arah Dong Joon yang masih terpinga-pinga itu.
"Dong Joon,kenalkan...ini Min Jung,adik saya,"kata Sa Rang.
"Adik awak?"soal Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon tersenyum.
"La,kenapa tak cakap awal-awal?"soal Dong Joon.
"Cakap apa?"soal Sa Rang.
"Min Jung ni kawan adik saya,Hye Ri..."kata Dong Joon.
"Oh yeke?Baguslah macam tu.Kan,Min?"soal Sa Rang.Min Jung sekadar angguk.
"Em,tak apalah.Kita jumpa esok.Saya balik dulu,"kata Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon kemudiannya memasuki semula ke dalam keretanya.Min Jung tidak senang dengan situasi itu.Bagaimana Sa Rang dan Dong Joon boleh berkenalan?Rasa cemburu  mulai bersarang dalam hatinya.
"Min...jom naik,"ajak Sa Rang,sambil memegang tangan adiknya.Min Jung sekadar tersenyum nipis.
"Min memang dah kenal dengan Dong Joon ke?"soal Sa Rang.
"Tak sangat...sikit je,"jawab Min Jung,lemah.Sa Rang memaut bahu adiknya tanpa mengesyaki sesuatu.
"Jom,unni masakkan ramen.Mesti Min penat kan?"soal Sa Rang.Min Jung sekadar angguk.





G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang

Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung

No comments:

Post a Comment