20 February, 2011

...Chapter 10...

"Yalah,oppa.Hye Ri baru je habis kelas ni,"kata Hye Ri,sedikit manja.Maklumlah buah hati yang menelefon.Seketika Hye Ri ketawa.Mungkin Jong Suk sedang bergurau dengannya.Hye Ri sangat kusyuk berbual sehinggakan tidak sedar dirinya sedang diekori oleh seseorang.
"Nak keluar malam ni?"soal Hye Ri semula apabila Jong Suk mengajaknya keluar malam nanti."Em...tak tahu lagilah,oppa.Nanti,Hye Ri confirmkan balik dengan oppa ok?"jawab Hye Ri selepas berfikir sejenak mengenai ajakan Jong Suk itu.
"Okeylah kalau macam tu.Jangan lupa beritahu oppa okey?Mesej pun jadilah,"kata Jong Suk dalam talian.Hye Ri tersenyum.
"Okey.Saranghae oppa,"ucap Hye Ri.
"Saranghae..."balas Jong Suk.Hye Ri menamatkan panggilannya dengan senyuman senang hati.Sudah agak lama juga Jong Suk tidak menghubunginya kerana kesibukannya Hye Ri juga.Terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan.Maklumlah pengajian semester akhir hampir tamat.Peperiksaan juga hampir tiba.Bertuah sungguh dirinya kerana mendapat teman lelaki yang sangat memahami.
"Hye Ri ah..."Lamunan Hye Ri terganggu apabila mendengar namanya dipanggil.Hye Ri mengerutkan dahinya apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali sedang berjalan ke arahnya.
"Ya?"soal Hye Ri apabila wanita sudah berdiri di hadapannya.Seingatnya,dia tidak pernah melihat wanita cantik ini di kampus.
"Yah,janganlah buat-buat tak kenal pula.Takkan kau pun tak kenal aku juga?"kata wanita itu,sedikit hampa.Hye Ri tersenyum nipis.
"Sorry.Rasanya saya tak pernah nampak awak pun kat sini,"akui Hye Ri.Kedengaran wanita itu mengeluh perlahan.Dia kemudiannya memakai cermin matanya.Hye Ri terkejut.
"Min Jung?!"soal Hye Ri,tidak percaya.Min Jung kemudiannya membuka cermin matanya sambil tersenyum.
"Hah...kenal pun.Sampai hati kau tak kenal aku,"kata Min Jung,pura-pura merajuk.Pantas sahaja Hye Ri mendekatinya.
"Ala...sorrylah.Seriously,aku tak kenal kau.Min Jung,kenapa kau tiba-tiba...berubah cantik macam ni?"soal Hye Ri sambil meraba-raba wajah Min Jung yang kian cantik itu.Rambutnya juga sudah berubah stail.Gayanya lebih matang dari biasa.Tidak kelihatan seperti pelajar kolej.Min Jung tersengih.
"Cantik ke?"soal Min Jung,malu-malu.Hye Ri angguk.
"Ah...ni mesti sebab Won Bin kan?"usik Hye Ri.
"Taklah.Aku...saja je nak ubah gaya.Barulah standard kawan dengan kau,"balas Min Jung.Hye Ri mencebik.
"Kau ingat aku ni memilih sangat ke bab-bab berkawan ni,"kata Hye Ri.Min Jung ketawa.
"Wah,kalau Won Bin tengok kau macam ni,mesti lagi laju dia kejar kau,"usik Hye Ri lagi.Min Jung tersenyum nipis.Tidak selesa digosipkan dengan Won Bin.Perubahan ini bukan dilakukan untuk lelaki itu.Tetapi untuk seseorang yang sudah berjaya menakhluki hatinya.Namun,hal itu perlu dirahsiakan dari pengetahuan Hye Ri.
"Hye Ri,jomlah kita pergi lunch sama-sama,"ajak Min Jung sambil memegang tangan Hye Ri.Hye Ri angguk,bersetuju dengan ajakan kawan karibnya itu.

Sa Rang sedikit hairan apabila sudah hampir seminggu Yun Ho tidak dihantar dan dijemput oleh Dong Joon.Apabila ditanya kepada Yun Ho,dikatanya Dong Joon sangat sibuk kebelakangan ini.Jadi,Sa Rang tidak mahu bertanya lebih.Mungkin benar Dong Joon betul-betul sibuk.Maklumlah pewaris syarikat besarlah katakan.Mungkin Dong Joon sudah mulai serius dengan pekerjaan dan tanggungjawabnya.Sa Rang memuji Dong Joon dalam diam.
"Cikgu,saya balik dulu,"ucap Yun Ho sambil melambai ke arah Sa Rang.
"Em,Yun Ho!"panggil Sa Rang.Yun Ho tidak jadi meneruskan langkahnya lalu menoleh ke arah Sa Rang.Sa Rang kemudiannya mendekati Yun Ho sambil menundukkan sedikit badannya.
"Nanti...em..kalau Yun Ho dah balik rumah,Yun Ho tolong sampaikan salam cikgu dekat hyung ekh?"pesan Sa Rang,sedikit malu dengan tindakannya.Yun Ho tersenyum nakal.
"Cikgu rindu kat hyung saya ekh?"usik Yun Ho.Sa Rang menahan malu.
"Eh,bukan.Cuma...hahaha...yela,diakan..."Sa Rang terdiam seketika.Siapakah Dong Joon di hatinya?Kawan kah?Ataupun sekadar hubungan antara guru dan penjaga?Sa Rang menelan air liur.
"Okey,nanti saya cakap dekat hyung saya,"kata Yun Ho.Sa Rang tersenyum.
"Kamsahamida.Hati-hati ya,"kata Sa Rang.Yun Ho segera berjalan meninggalkan Sa Rang,menuju ke arah Ki Tae yang masih setia menunggunya.
"Mana abang dia,Sa Rang?"soal Ji Eun,tiba-tiba.Hampir luruh jantung Sa Rang apabila ditegur oleh Ji Eun tiba-tiba.
"Ji Eun,kau ni!Terkejutla,"balas Sa Rang,pura-pura marah.Ji Eun ketawa.
"Sorrylah.Aku tengok kau ni macam pungguk rindukan bulan pula,"usik Ji Eun.
"Apa yang rindunya?Kau ni ada-ada je,"balas Sa Rang,cuba menyembunyikan getaran hatinya.Bimbang dihidu oleh Ji Eun.
"Aku tengok kau ni lain macam sikit sejak si Yun Ho tu tak dihantar oleh abangnya lagi.Ni mesti ada apa-apa kan?Ala,aku rasa logik je kalau kau tercair kat Dong Joon tu.Aku tengok dia pun boleh tahan juga.Nasib baik aku dah kahwin.Kalau tak,dah lama aku rebut dia dari kau,"kata Ji Eun,semakin galak mengusik Sa Rang.
"Ambil je la kalau kau nak.Aku tak ada kena-mengena dengan dia,"kata Sa Rang.Ji Eun mencebik.
"Jangan ego sangat.Kalau dah suka tu,lebih baik cakap je.Nanti melepas,baru tahu,"kata Ji Eun,sambil menepuk bahu Sa Rang.
"Impossible!Benda tu takkan terjadi.Aku takkan tersangkut kat mamat tu,"balas Sa Rang,penuh yakin.
"Well,tengoklah macam mana,"kata Ji Eun pula.

Tumpuan Ji Won terganggu apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar.
"Masuk!"Ji Won meneruskan kerjanya tanpa menoleh ke arah seseorang yang sedang memasuki biliknya.
"Oppa,"tegur Mika lembut.Ji Won menoleh ke arah Mika sambil tersenyum.
"Eh,Mika.Duduklah.Sorrylah,bilik oppa berselerak sikit,"kata Ji Won.Mika tersenyum.
"Eh,tak apa.Mika masuk pun kejap je.Nak tanya kalau oppa nak pesan apa-apa tak sebab Mika nak keluar dengan ahjumma ni,"kata Mika.Ji Won memandang ke arah Mika.
"Mika nak keluar dengan omma?"soal Ji Won semula.Mika angguk.Ji Won terdiam sejenak.Mika sekadar merenung wajah lelaki itu.Seketika Mika tersenyum sendiri.Apabila Ji Won memandang ke arahnya semula,pantas sahaja Mika mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.
"Em,Mika belikan jus kesukaan oppa tulah.Macam biasa.Tadi oppa tengok kat dalam peti ais,dah habis,"kata Ji Won.
"Dah agak dah.Ada lagi ke yang oppa nak pesan?"soal Mika lagi.Ji Won menggeleng.
"Nanti kalau ada lagi,oppa telefon Mika okey?"balas Ji Won.
Mika angguk sambil tersenyum.Mika beralih dari Ji Won dan menuju ke arah pintu bilik Ji Won.Namun,dia berhenti seketika.
"Em,hari ni oppa keluar lagi ke dengan Sa Rang unni?"soal Mika,perlahan tanpa menoleh ke arah Ji Won.
"Tak kot.Kenapa?"soal Ji Won,tidak mengesyaki apa-apa.Mika kemudiannya menoleh ke arah Ji Won sambil tersenyum.
"Saja tanya.Sebab kalau oppa nak keluar,jangan lupa bawa kunci.Mika dengan ahjumma maybe balik lambat sikit,"kata Mika.Ji Won tersenyum.
"Arasso,"balas Ji Won.Mika kemudiannya meminta izin untuk keluar.Ji Won sekadar menggeleng.
"Comel betul Mika ni,"pujinya dalam diam.Kemudian,matanya tertumpu kepada telefon bimbitnya.Hatinya menjerit-jerit mahu menghubungi Sa Rang.Namun,dilupakan sahaja niatnya itu.Bimbang mengganggu wanita itu pula.
"Esoklah telefon,"katanya perlahan.Sungguh dia amat menyenangi Sa Rang.Sa Rang melengkapi ciri-ciri wanita idamannya.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia menjadikan wanita itu sebagai teman istimewanya.Namun bimbang jika ditolak memandangkan perkenalan mereka masih baru.Dia akui dia amat tertarik untuk mengenali Sa Rang sejak dari pertama kali memandang wajahnya.Sebab itu,dia menggunakan helah novel kesukaan Sa Rang sebagai cara untuk mendekati wanita itu.Cinta pandang pertama!Ji Won tersenyum malu.

Min Jung berjalan laju apabila menyedari Won Bin sedang mengekorinya dari belakang.Namun,Won Bin berjaya menahannya.Min Jung melepaskan keluhan berat.
"Won Bin,saya nak cepat ni,"kata Min Jung,malas hendak melayan Won Bin yang tidak henti-henti mengekorinya.Min Jung rimas!Susah sangat ke nak faham?!
"Min Jung,saya nak cakap dengan awak kejap je,"kata Won Bin.
"Masalahnya saya tak nak cakap dengan awaklah.Kalau awak nak bincang pasal benda yang sama,saya tetap dengan jawapan saya.Jawapan saya masih sama!"balas Min Jung,sedikit kasar.Hati Won Bin sedikit terusik dengan layanan Min Jung yang dingin terhadapnya.Won Bin memegang tangan Min Jung.
"Awak tak nak bagi peluang langsung untuk saya berkawan dengan awak ke?Saya cuma nak berkawan dengan awak,"kata Won Bin,tidak putus asa.Min Jung melepaskan tangannya.
"Kenapa saya?Kan ramai lagi perempuan yang ada.Kalau awak tanya soalan ni kat mereka,confirm awak takkan sakit hati macam awak tanya soalan ni kat saya.Awak tak bosan ke dengan saya?Saya dah tolak ajakan awak banyak kalikan?"soal Min Jung.Won Bin terdiam.Min Jung segera meninggalkan Won Bin.Won Bin memandang Min Jung dengan pandangan sayu.Dia melepaskan keluhan berat.Hye Ri yang terdengar perbualan mereka segera melangkah mendekati Won Bin.Won Bin pura-pura tersenyum apabila melihat Hye Ri sedang berjalan ke arahnya.
"Hi,Hye Ri,"sapa Won Bin,berlagak biasa.
"Awak okey ke?"soal Hye Ri.Won Bin tersenyum.
"Apa yang okey?"soal Won Bin.
"Saya dengar tadi.Sorry,tak sengaja dengar perbualan korang tadi.Em...saya harap awak tak terasa dengan Min Jung.Mungkin dia ada alasan dia sendiri,"kata Hye Ri.Won Bin menggeleng.
"Tak adalah.Okey je.Mungkin saya ni mendesak sangat kot,'kata Won Bin,pura-pura ketawa.Hye Ri tersenyum tawar.Sedikit rasa bersalah terhadap Won Bin.
"Saya nak minta maaf bagi pihak Min Jung,"ucap Hye Ri,perlahan.
"Eh,tak perlu minta maaf.Tak ada apa-apalah.Em,tak apalah saya pun ada hal ni.Saya pergi dulu ekh,"kata Won Bin,segera beredar dari situ.Hye Ri melepaskan keluhan.Simpati kepada Won Bin yang tidak jemu untuk mendekati Min Jung.Hye Ri sedikit hairan dengan Min Jung.Apa lagi yang Min Jung mahu?Bukankah Won Bin sudah melengkapi semua ciri lelaki idamannya?Jenis lelaki yang macam mana lagi yang Min Jung mahukan?




Han Hyo Joo as Kim Sa Rang

Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung



Ji Young KARA as Park Hye Ri


IU as Mika


Lee Dong Hae as Oh Won Bin


Bo Ram T-ARA as Han Ji Eun

Im Seulong as Kang Ji Won

No comments:

Post a Comment