01 February, 2011

Untitled Story Part 15

Emmet termenung di katilnya,memikirkan sikap Hanna yang berlainan sekali dari biasa tengahari tadi.Kenapa Hanna berlari keluar selepas sahaja aku habis menyanyikan lagu tadi?Hatinya menyoal sendiri.Kelakuan Hanna benar-benar pelik sejak dari pertemuan pertama mereka lagi.Apatah lagi,gadis itu terus memanggilnya Jeremy.Siapa pula Jeremy?Apa kaitan Jeremy dengan dirinya?Emmet melepaskan keluhan berat.
"Buat apa aku pening-pening fikir pasal perempuan tu?Buang masa je..."Jeremy bersiap-siap untuk mandi.Kemudian,dia menanggalkan gelang tangannya lalu memasukkan ke dalam bekas.Matanya tertangkap pada sesuatu objek yang agak asing baginya.Dia mengeluarkan dua bentuk cincin yang berlainan saiz,lagaknya seperti cincin perkahwinan.
"Eh,kenapa aku baru perasan pasal cincin ni?Tak pernah nampak pun sebelum ni,"fikirnya,hairan.Jeremy cuba menyarungkan cincin yang besar itu pada jari manisnya.Em,muat!Aku punya ke?Dia melihat pula pada cincin yang lebih kecil itu.Semestinya pemilik cincin itu adalah wanita.Emmet duduk semula.
"Apa semua ni?Macam mana cincin ni boleh ada kat tempat aku?Muat pulak tu..."Emmet buntu.Dia cuba mengingati sesuatu.Terus cuba mengingati sesuatu.
"Miane...Jeremy..."
Emmet membuka matanya.Jantungnya berdegup pantas.Suara siapa yang baru didengarinya itu?Siapa Jeremy?Emmet mengusutkan rambutnya.
"Apa ni?Kenapa aku nampak macam...satu bayangan..."fikirnya.Jeremy memegang kepalanya yang mulai sakit itu.Pantas sahaja dia menanggalkan cincin itu.Kepalanya masih sakit.
"Jeremy..."
"Argh..!"Emmet menahan kesakitan.Dia terbaring di katil.
"Argh!!!!"

Tumpuan Ken terganggu apabila terdengar jeritan Emmet dari biliknya.Pantas dia bergerak ke bilik Emmet.
"Emmet!"Ken terus menerpa ke arah Emmet yang kesakitan itu.Emmet masih memegang kepalanya.
"Emmet,kenapa ni?"soal Ken,cemas.Emmet mengerang kesakitan.
"Diamlah!Aku bukan Jeremy!"jerit Emmet.Ken terkejut.Jeremy?Takkanlah....
"Emmet,kenapa dengan Jeremy?"soal Ken.Emmet menggeleng.
"Argh!!!"jerit Emmet.Air matanya mengalir.Lagaknya seperti dalam ketakutan yang teramat.
"Hyung!!!"Danny terkejut melihat keadaan Emmet yang kesakitan itu.
"Danny,telefon doktor sekarang!"arah Ken.Danny segera bertindak.

"Sebenarnya,apa yang dah berlaku?"soal doktor itu.Dahi Ken berkerut saat diajukan soalan oleh doktor itu.
"Apa maksud doktor?"soal Ken.
"Rasanya,Jeremy sedang dibayangi oleh masa silam dia.Ada kemungkinan ingatan dia sedang beransur pulih,"kata doktor itu.
"Ingatan dia...dah nak pulih?"soal Ken,tidak percaya.Doktor angguk.
"Selalunya,pesakit takkan dapat mengingati sesuatu kalau tak ada sebab yang boleh mengembalikan ingatannya sedikit demi sedikit.Encik Ken tak tahu ke apa yang membuatkan Jeremy jadi macam tu?"soal doktor yang telah merawat Jeremy 4 tahun yang lalu,dan dia masih mengendalikan kes Jeremy itu.Ken menggeleng.
"Awak dah jumpa dengan bekas isteri dia?"soal doktor itu lagi.
"Dah.Tapi Jeremy masih tak dapat ingat,"jawab Ken.
"Kita kena bantu Jeremy,Ken.Ingatan dia harus dipulihkan.Saya harap,awak dan bekas isteri dia dapat membantu.Jeremy tak boleh hidup sebagai Emmet selama-lamanya,"kata doktor itu,tegas.Ken angguk.
"Arasso.Saya akan cuba apa yang termampu,"kata Ken.Doktor itu mengukir senyuman manis saat mendengar jawapan Ken.
"Bagus,"katanya.

Ken membetulkan selimut yang membaluti tubuh Emmet itu.Dia benar-benar simpati dengan keadaan Emmet itu.Sudah hampir 4 tahun,Jeremy hilang identitinya.Sudah 4 tahun,Jeremy hidup sebagai Emmet.Emmet yang sombong dan kasar.Jauh berbeza dengan dirinya yang sebenar.Ken melepaskan keluhan.Tiba-tiba,matanya tertangkap sesuatu objek yang berada di atas meja Emmet.
"Cincin?"soalnya.Tidak lama selepas itu,Ken mengukir senyuman lega.
"Akhirnya kau nampak juga cincin ni?Kenapa Jeremy?Kenapa kau baru sedar kewujudan cincin ni?Sedangkan aku dah letak cincin ni dalam simpanan kau 4 tahun yang lalu.Apa yang membuatkan kau ternampak pada cincin ni?"soal Ken kepada Emmet yang masih lena itu.Ken tersenyum lagi.
"Miane...aku pun tak nak kau hidup sebagai Emmet.Sebab tu aku buat macam ni.Aku nak Jeremy yang dulu.Jeremy yang sentiasa tersenyum...bukan Emmet yang selalu berpura-pura,Jeremy.Aku tak nak kau hidup macam tu.Kau berhak dapatkan kehidupan kau semula.Berhak kecapi kebahagiaan dengan Hanna.Tolong ingat Hanna,Jeremy.Dia sedang menunggu kau.Aku nak kau segera pulang dalam hidup dia.Aku tak nak tengok korang terseksa lagi.Tolong,Jeremy...tolonglah..."rayu Ken.Dia mulai sebak.Benar-benar mengharapkan agar lelaki itu dapat mendengar luahan hatinya yang sebenar.Namun,Emmet masih diam membatu.

Hanna curi-curi memandang Emmet yang sedang merakamkan lagu itu.Dalam diam,dia bersyukur kerana kini dia begitu dekat dengan Jeremy walaupun Jeremy bukan lagi seperti Jeremy yang dulu.Walaupun begitu,masih ada ciri-ciri Jeremy yang dapat dilihat pada Emmet.Penghayatannya terhadap lagu yang dinyanyikan tetap tidak berubah.Cara nyanyian Emmet tetap tak ubah seperti Jeremy.Andai lagu yang dinyanyikan itu sedih,maka riak wajah Emmet tetap berubah sedih.Hilang wajah bengisnya sama sekali.
"Okey,bagus.Rakaman kita dah selesai."Lamunan Hanna terhenti saat terdengar suara penerbit itu.Hanna segera beredar dari situ.
"Ahjumma!"panggil Emmet.Hanna terkejut.Ditolehnya ke arah Emmet.Emmet tersenyum sinis.Perasan pula dia tu ahjumma,bisik hatinya.
"Ambilkan air kat atas meja tu,"arah Emmet,selamba.Hanna sekadar menurut.Dihulurkan air suam itu kepada Emmet.Hanna berkira-kira untuk beredar dari situ.'"Siapa suruh kau pergi?Duduk sini,"kata Emmet lagi.Hanna tergamam.Duduk sekali?
"Jangan nak perasan.Duduk jelah!"kata Emmet.Hanna menurut.Kemudian,Emmet menyelak majalah yang ada di atas meja itu.Sesekali,dia meneguk air suam itu lagi.Hanna sekadar menundukkan wajahnya.
"Macam mana kerja kat sini?"soal Emmet,tiba-tiba.
"Hah?"Hanna terkejut.
"Aku tanya...macam mana kerja kau kat sini?"soal Emmet lagi.
"Okey,'jawab Hanna,spatah.
"Tak rasa nak berhenti ke?"soal Emmet,masih tidak memandang ke arah Hanna.
"Kenapa saya nak berhenti pula?Kan saya baru lagi kat sini.Lagipun saya suka dengan kerja saya,"kata Hanna.
"Kau tak penat kena buli dengan aku ke?"soal Emmet.Hanna memandang wajah Emmet.Sungguh dia amat merindui Jeremy.
"Tak apa...asalkan saya boleh dekat dengan awak..."hatinya berbisik.Dia mengukir senyuman 
tawar.Sudah tentu,Emmet tidak mendengar bisikan hatinya.
"Kau dengar tak soalan aku?"Soalan Emmet mematikan lamunan Hanna yang baru singgah seketika itu.
"Dengar...em..awak kan orang hebat.So,bukannya selalu dapat kena buli dengan orang hebat macam awak.Apa salahnya kan?"balas Hanna.Emmet tertawa.
"Oh...baru kau tahu aku ni hebat.Bagus bagus,"kata Emmet sambil ketawa.Hati Hanna senang melihat tawa Emmet...atau Jeremy,yang amat dirinduinya itu.Jeremy,kau masih belum mengingati aku lagi?Hatinya berbisik.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar suara Alan memanggil nama Emmet.
"Apa?"soal Emmet.
"Sarang..sarang..sarang...your sarang is cominglah,hyung,"kata Alan.Emmet melepaskan keluhan berat.Hanna tertanya-tanya sendiri.
"Sarang?"fikirnya.
"Panggil jelah dia masuk,"arah Emmet.Jantung Hanna mulai berdegup kencang.Bimbang.
"Oppa!"Mata Hanna terbeliak luas saat melihat wajah wanita yang memanggil Emmet dengan manja itu.Hanna berdiri.
"Sara?!"soal Hanna.Sara turut terkejut dengan kehadiran Hanna di situ.
"Hanna?"










To Be Continued...

No comments:

Post a Comment