04 February, 2011

...Chapter 1...

Sebuah kereta mewah bewarna merah membelah laju jalan raya tanpa menghiraukan hon yang dibunyikan oleh pemandu lain,yang kurang senang dengan perbuatannya itu.Muzik pula dipasang kuat.Sengaja mahu membangkitkan lagi kemarahan orang lain.Orang lain memandang jelik ke arahnya.Namun,tidak dihiraukan olehnya.Peduli apa...Kereta aku...Radio aku...Buat apa nak sibuk hal orang lain?Keretanya mula dipandu perlahan apabila melihat lampu isyarat di hadapannya bertukar merah.
"Wah...hotnya awak!"tegur seorang wanita yang juga pemandu sepertinya.Dia menoleh ke arah wanita itu.Cermin mata hitamnya diturunkan sedikit.Kemudian,dia mengenyitkan matanya sebelah.Wanita itu terpana.Kemudian,dia menaikkan semula cermin matanya dan mula memandu laju keretanya apabila lampu isyarat bertukar hijau.Sesekali dia tersenyum nipis.
"Girls...are always like that..."katanya.Pemanduannya terganggu apabila telefon bimbitnya berdering."Hello!'jawabnya,bersemangat."Apa?Malam ni?!Kat mana?!"soalnya.Kedengaran dia ketawa besar.
"Orait...aku confirm datang!Hahahaha...Jangan risaulah...!"sambungnya lagi.

"Terima kasih,Cik Sa Rang.Maaflah,kalau anak saya ni menyusahkan Cik Sarang hari ni,"kata Puan Kim,ramah.Sa Rang tersenyum.
"Tak adalah.Hari ni,Eun Hye banyak tolong saya.Jadi,tak ada apa-apa yang  nak disusahkan,"balas Sa Rang,sambil mengusap lembut rambut anak muridnya itu.
"Ye ke?Baguslah kalau macam tu.Lega saya dengar.Baguslah,anak mama ni,"puji Puan Kim sambil mengusap kepala anaknya.Eun Hye tersenyum."Kalau macam tu,kami minta diri dululah ye,Cik Sa Rang,"kata Puan Kim sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Sa Rang.
"Ya,baiklah.Hati-hati..."ucap Sa Rang,ramah.Sa Rang membalas lambaian anak muridnya sambil tersenyum.Kemudian,Sa Rang mengalihkan pandangannya ke arah anak-anak muridnya yang masih sedang seronok bermain sementara menunggu kedatangan ibu-bapa mereka.
"Ish,bagilah balik!Tu saya punyalah!"jerit seorang kanak-kanak perempuan,apabila rakannya mengambil barangnya.
"Ala,saya nak main kejap pun tak boleh ke?"soal kanak-kanak lelaki itu.
:Bagilah balik!"jerit kanak-kanak perempuan itu lagi.Mereka saling menarik-narik permainan itu sehinggakan permainan itu tercampak keluar ke jalan raya.
"Tengok tu!Awak pergi ambil balik!"kata kanak-kanak perempuan itu,hampir sahaja mahu menangis.Kanak-kanak lelaki itu bimbang sekiranya perbuatannya itu dilaporkan kepada Cik Sa Rang,apatah lagi Cik Sa Rang sedang menuju ke arah mereka.Dia pun melangkah ke arah jalan raya untuk mengambil semula permainan yang tercampak keluar itu.
"Jun Su!Mari sini balik!"jerit Sa Rang,bimbang dengan keselamatan anak muridnya itu.Pantas sahaja dia mendekati Jun Su itu.Jun Su tersenyum apabila dia berjaya mendapatkan semula permainan itu.Namun,senyumannya kian mengendur apabila ternampak sebuah kereta merah sedang meluncur laju ke arahnya.Sa Rang yang ternampak kejadian itu segera berlari untuk mendapatkan Jun Su.
"Jun Su!!!"jeritnya.Namun,Jun Su masih tidak berganjak.

"Hahahaha...gelabahlah kau!Aku tahulah...kalau kau tak cakap pun,aku tahu!"Lelaki itu masih leka dengan perbualan telefonnya.Kemudian,matanya tertangkap pada seorang wanita yang sedang berlari ke arah seorang kanak-kanak yang berdiri di tengah jalan itu.Telefon bimbitnya terlepas dari pegangan.Pantas dia menekan brek keretanya yang sedang dipandu laju itu.Sa Rang menutup matanya sambil memeluk Junsu.Nasib mereka baik apabila kereta itu sempat berhenti betul-betul di hadapan mereka.Sa Rang membuka matanya lalu menghembus nafas lega.Kemudian,dia cuba memujuk Jun Su yang sedang menangis ketakutan itu.Lelaki itu turun dari keretanya.Pantas sahaja dia mendekati ke arah Sa Rang.
"Yah!!!Kau dah gila ke?!Dah tak sabar sangat nak mati ke?!"jerkah lelaki itu.Sa Rang menoleh ke arah lelaki itu.
"Encik..encik tak boleh nak salahkan kami juga!Ni kan kawasan sekolah.Sepatutnya Encik pun kena pandu perlahan kat sini,"balas Sa Rang,geram dengan kelakuan lelaki yang kurang sopan itu.Lelaki itu tersenyum sinis.
"Oh..jadi aku yang salah?"soal lelaki itu,tidak puas hati."Hello,kira baiklah aku sempat berhenti tadi.Patutnya,kau kena berterima kasih dengan aku.Bukannya marah-marah macam ni,"sambung lelaki itu lagi.
"Saya tahu.Saya tahu nak berterima kasih.Tapi..kalau orang macam awak ni..memang tak layak nak dapat ucapan terima kasih tu.Sepatutnya,awak kena tanya keadaan kami okey ke tak...Bukan terus sembur je!"marah Sa Rang.Lelaki itu mendekati Sa Rang.Sa Rang terkejut.
"Kau jangan nak mengajar aku kat sini.Kau ingat aku takut nak pukul perempuan ke?Kalau budak-budak ni takde,dah lama buku lima ni singgah kat muka kau!"ugut lelaki itu.Sa Rang menelan air liur.Lelaki itu benar-benar tak waras!Lelaki itu kembali menaiki keretanya.Malas hendak melayan perempuan yang tak sedar diri itu.Dia segera menaikkan cermin tingkapnya apabila mendapati wanita itu sedang melangkah ke arah keretanya.Sa Rang mengetuk cermin tingkap kereta lelaki itu berulang kali,namun tidak dilayan.Pantas sahaja lelaki itu memandu laju keretanya.Sa Rang geram.
"Jangan bagi saya jumpa dengan awak lagi,tak guna!"kata Sa Rang.Dia kemudiannya mendapatkan Jun Su semula."Jun Su tak ada apa-apa kan?"soal Sa Rang,risau.Jun Su menggeleng.Sa Rang tersenyum lega.

Kereta mewah itu diparkir di garaj rumahnya dengam mudah.Dia melangkah masuk ke rumahnya sambil bersiul.Malas hendak memikirkan kejadian tadi.Naik atas,tidur lagi bagus!Puan Park menggeleng saat melihat kelibat anaknya yang sedang menaiki tangga itu.
"Dong Joon,awal kamu balik hari ni?Kerja kamu dah siap ke?"soal Puan Park.Dong Joon menoleh ke arah ommanya.
"Malaslah,omma.Lagipun,Dong Joon ada hal ni.Malam ni,Dong Joon tak balik makan.Dong Joon nak keluar,"kata Dong Joon.Dia segera menuju ke biliknya tanpa memberi peluang untuk ommanya untuk membalas kata.

Dong Joon menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk itu.Senyumannya melebar.Sangat lega dan nyaman.Hilang segala perkara-perkara yang menyesakkan kepalanya itu.Dia mula melelapkan matanya.Namun,niatnya terganggu apabila terdengar pintu biliknya diketuk.Dia mengeluh kasar.
"Siapa?!"Dong Joon mengalihkan tubuhnya ke arah lain apabila melihat adik angkatnya sedang memasuki biliknya.
"Hyung,bangunlah.Temankan Yun Ho pergi beli barang sekolah..."pujuk Yun Ho yang berusia 6 tahun itu.Dong Joon mengeluh,Malasnya nak layan budak ni!
"Hyung penatlah.Yun Ho ajaklah omma.Omma kat bawah,"balas Dong Joon.
"Omma yang suruh Yun Ho ajak hyung.Omma kata,kalau hyung tak nak pergi,nanti omma report kat appa yang hyung ponteng kerja lagi hari ni,"kata Yun Ho.Dong Joon segera bangun.Mendengar sahaja perkataan 'appa',pantas sahaja dia bangun.
"Apa lagi?Pergilah siap-siap!"arah Dong Joon.



G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang


Yoo Geun as Yun Ho

No comments:

Post a Comment