07 February, 2011

...Chapter 3...

"Yun Ho,jom balik.Nanti hyung suruh omma tukarkan Yun Ho ke sekolah lain,"kata Dong Joon,tegas.Sa Rang tersenyum nipis.
"Hahaha...nampaknya awak ni penakut orangnya.Tak sangka pula.Muka je nampak garang..tapi...penakut,"balas Sa Rang,mengejek.Dong Joon terkejut mendengar ejekan Sa Rang itu.
"Yah...apa yang takutnya?Aku cuma tak nak adik aku,diajar oleh orang macam kau.Silap-silap,perkataan terima kasih pun adik aku tak kenal nanti,"perli Dong Joon.
"Oh...nampaknya awak masih ingat kejadian hari tu ya?Em..kalau macam tu,memang patutla adik awak ni belajar dengan saya.Sekurang-kurangnya dia tahu menghormati orang lain.Bolehlah dia ajarkan hyung dia sekali kan?"Sa Rang membalas sindiran Dong Joon itu.Dong Joon tertawa.
"Kau nak ajar dia hormat kat orang lain?Tak payah nak berangan.Yun Ho boleh belajar dengan cikgu yang lebih bagus dari kau.Yun Ho,jom balik!"panggil Dong Joon.Namun,tidak disahut oleh adik angkatnya itu."Yun Ho ah.."panggil Dong Joon lagi.Namun,masih sama seperti tadi.Dong Joon menoleh,mencari kelibat adiknya.Sa Rang tersenyum.
"Lupakan jelah niat awak tu.Nampaknya,adik awak sendiri dah setuju nak sekolah kat sini,"kata Sa Rang sambil memandang ke arah Yun Ho yang sedang berbual dengan rakan-rakan barunya.Dong Joon mengeluh.Kemudian,Sa Rang menoleh semula ke arah Dong Joon."Nampaknya,kita terpaksalah bekerjasama,"kata Sa Rang.Dong Joon tidak menoleh ke arah wanita itu.Sa Rang kemudiannya menghulurkan tangan kepada Dong Joon.
"Saya Cik Sa Rang,Kim Sa Rang.Saya cikgu yang...masih boleh dikatakan baru kat sini.Tapi,awak tak boleh pandang rendah kat saya,sebab awak tak tahu lagi kemampuan saya uruskan pelajar-pelajar kat sini,"kata Sa Rang.Dong Joon memandang tangan yang dihulurkan Sa Rang kepadanya.
"Kita tengok sejauh mana...kau boleh tahan dengan perangai adik aku tu,"kata Dong Joon pula.Sa Rang tersenyum.
"Sure.Why not?"Sa Rang bersetuju.Dong Joon tersenyum.
"Dong Joon,Park Dong Joon,"kata Dong Joon sambil menyambut salam yang Sa Rang hulurkan.Sa Rang tersenyum.
"Selamat berkenalan,Encik Park..."

"Min Jung,kenapa dengan awak ni?Awak tak suka kawan dengan saya ke?"soal Won Bin,resah dengan sikap Min Jung yang sering menjauhkan diri darinya.Min Jung meneruskan langkahnya sebelum tangannya dipegang oleh Won Bin.
"Lepaslah.Awak tak malu ke kalau ada orang nampak?"soal Min Jung,tidak selesa dengan perbuatan Won Bin itu.
"Saya tak boleh lepaskan tangan awak selagi saya belum dapat jawapan dari mulut awak sendiri,"kata Won Bin.
"Apa yang awak nak saya jawab lagi?Kan,saya dah cakap...yang saya tak boleh kawan dengan awak,"balas Min Jung.Won Bin tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Min Jung itu.
"Kenapa?Sebab saya ni anak presiden kolej ni?"soal Won Bin.Min Jung tidak mengiyakannya.Won Bin tertawa kecil."Semua tu tak ada apa-apalah.Yang presiden tu,appa saya.Bukan saya.Saya masih pelajar biasa kat sekolah ni.Dilayan sama macam orang lain.Nanti,saya keluar juga dari kolej ni macam awak...macam orang lain.Tak ada beza kan?"tanya Won Bin.Min Jung tidak membalas pertanyaan Won Bin itu.Won Bin memandang wajah Min Jung yang bercermin mata itu.Jauh di sudut hatinya,dia benar-benar tertarik kepada kecantikan yang ada pada Min Jung.Min Jung mempunyai sepasang mata yang cantik,cuma malangnya tersembunyi di sebalik kaca mata.Entah kenapa,hatinya betul-betul tertarik untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Min Jung,sedangkan ada lagi wanita lain yang sedang mendambakan perhatiannya.
"Min Jung,kita kawan ekh?"Won Bin masih terus berusaha.Min Jung membetulkan cermin matanya.Dia keliru ketika ini."Min Jung?"
"Saya nak balik dulu,"kata Min Jung,cuba mengelakkan dirinya lagi daripada Won Bin.Min Jung berasa lega apabila melihat Hye Ri sedang berjalan di hadapannya.Lalu,dia berlari mendapatkan kawan baiknya itu.Namun,tidak bagi Won Bin.Dia benar-benar hampa.
"Tak apa...esok masih ada.Oh Won Bin,hwaiting!"Hatinya berikrar.

"Lajunya jalan,Hye Ri.Penat saya kejar awak,"kata Min Jung,masih kepenatan.Hye Ri tersenyum.
"Miane.Tapi,saya kena cepat ni,"kata Hye Ri pula.
"Eh,kenapa?Awak nak pergi mana?'soal Min Jung.
"Saya ada hal dengan Jong Suk oppa,"jawab Hye Ri selamba.Min Jung tersenyum.
"Wah,bertuahnya.Nak jumpa dengan buah hati rupanya.Dia nak jemput awak ke?"soal Min Jung lagi.
"Tak.Oppa saya yang jemput saya balik hari ni,"balas Hye Ri.
"Tapi...bukan tadi awak naik kereta ke datang sini?"soal Min Jung lagi,setelah menyedari sesuatu.
"Tayar pancit.Dahlah tak ada tayar spare.Terpaksalah menggunakan khidmat oppa kejap.Lagipun,dia tu bukannya ada kerja sangat.Apa salahnya menggunakan dia kejap kan?Hahahahaha..."kata Hye Ri,sambil ketawa.Min Jung tersenyum.Dia juga belum pernah berjumpa dengan oppa Hye Ri secara berdepan.Hanya melihat melalui foto keluarga Hye Ri sewaktu dia melawat rumah Hye Ri dahulu.Ketika itu,oppanya sedang belajar di luar negara.Lamunannya terganggu apabila terdengar telefon bimbit Hye Ri berdering.
"Ya...Hye Ri tengah on the way nak ke pintu pagar lah ni,"jawab Hye Ri.Min Jung sekadar memasang telinga."Ah..oppa..tumpangkan Min Jung sekali boleh?"soal Hye Ri.Min Jung terkejut.
"Hye Ri,tak payahlah.Saya boleh balik sendiri,"kata Min Jung.Hye Ri tidak mengendahkan Min Jung.
"Ok..."kata Hye Ri,sebelum menamatkan panggilan telefon itu.
"Hye Ri...awak ni,"kata Min Jung,kelihatan wajahnya sedikit merah.Hye Ri tersenyum nakal.
"Oooo....awak malu dengan oppa saya ye?"usik Hye Ri.
"Taklah.Cuma tak nak susahkan awak dengan oppa awak je,"kata Min Jung,berdalih.
"Ala...relakslah..saya gerenti yang awak takkan terpikat dekat lelaki macam oppa saya tu.Bagi free pun tak nak tau.Pemalas sungguh!Dia tak layak untuk awaklah.Just ignore about him,"kata Hye Ri.Min Jung akhirnya angguk.

"Kenapa tak suruh si Jong Suk tu jemput Hye Ri je?"soal Dong Joon,tidak puas hati.
"Ala,oppa...hina sangat ke ambil adik sendiri dari kolej?"soal Hye Ri.
"Masalahnya,hari ni oppa rasa macam dah jadi driver tetap dah dalam keluarga Park.Pagi hantar si Yun Ho kenit tu.Ni ambil awek si Jong Suk pula,"ngomel Dong Joon.Min Jung sekadar mendiamkan dirinya.
"Nak hantar kat mana ni?"soal Dong Joon,tidak lama selepas itu.
"Tu..kat kafe Paradise tu,"jawab Hye Ri.Dong Joon memberhentikan keretanya di hadapan kafe itu.
"Tunggu Jong Suk sampai datang tau.Dia ada hal sikit hari ni.Jangan merayau mana-mana pula,"pesan Dong Joon,bimbang dengan keselamatan adik perempuannya.
"Arasso...oppa pula tolong hantarkan Min Jung ekh,"kata Hye Ri.
"Em.."balas Dong Joon,sambil memandang ke arah Min Jung melalui cermin pandang belakang.

"Kamsahamida,Dong Joon oppa,"ucap Min Jung sambil menundukkan sedikit badannya.
"Sama-sama...pergilah masuk,"kata Dong Joon.Min Jung tersenyum sambil angguk.Dia kemudiannya beredar dari situ.Dong Joon menoleh ke tempat duduk belakang.Matanya tertangkap sebuah fail berwarna merah jambu berada di atas tempat duduk belakang keretanya.Pasti kepunyaan Min Jung,fikirnya.
"Min Jung!"panggil Dong Joon.Min Jung yang baru hendak membuka pintu rumahnya terkejut dengan panggilan Dong Joon.Dong Joon kemudiannya melangkah mendekati Min Jung.
"Nah,awak tertinggal fail ni,"kata Dong Joon,sambil menghulurkan fail itu kepada Min Jung.Min Jung tersenyum.
"Gomawo...sorry sebab susahkan,"kata Min Jung.
"Sama-sama.Dah,pergilah masuk,"kata Dong Joon,sambil tersenyum sebelum beredar menuju ke keretanya.Min Jung kusyuk memerhatikan Dong Joon sehinggalah lelaki itu sudah hilang dari pandangan matanya.
"Dong Joon oppa..."



Ji Young KARA as Park Hye Ri


Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung


Lee Dong Hae SUJU as Oh Won Bin

No comments:

Post a Comment